k1 Nota Kuliah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS ETN 8012 : OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

K6 - CONDUCT TRAINING NEED ANALYSIS


KOMPETENSI

6.1 Categorizes training needs


6.2 Prepare training needs activities
KOMPETENSI UNIT 6.3 Execute training needs analysis
6.4 Perform findings

Trainee must be able to:

KOMPETENSI 1. Organise training programme, material and facilities based on management Master Work
PEMBELAJARAN Program. (P3, PLO2)

ETN8012/NK 06/NK 01-10


NO KOD
EDISI 2/JUNE 2017
EE-010-3 MUKA : 01 DARIPADA 06
DUTY08/TASK08.05
NO KOD JPK
EE-010-4
DUTY08/TASK08.01

1
PENGENALAN

Majikan mestilah memastikan ahli Jawatanluasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas tentang aspek keselamatan dan kesihatan terkini.
AKKP 1994 (Akta 514) menetapkan majikan perlu menyediakan kepada semua peringkat pekerja
sama ada pada peringkat pengurusan, penyelia, pekerja bawahan iaitu menyediakankan latihan dan
pendidikan asas bagi membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam satu pasukan dalam
bidang berikut:
a) Kehendak undang-undang
b) Standard keselamatan dan kesihatan
c) Tatacara pemeriksaan keselamatan dan kesihatan
d) Langkah pengawalan risiko
e) Tatacara siasatan dan penyediaan laporan
f) Teknik komunikasi dan promosi

Mekanisma bagi memperolehi pengetahuan dan latihan ialah dengan menghadiri seminar, kursus
dan ceramah. Usaha seumpama ini dikendalikan oleh banyak pihak, misalnya DOSH, National
Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) dan juga Malaysian Employers Federation (MEF)

Latihan (training) dimaksudkan untuk memperbaiki penguasaan berbagai ketrampilan dan teknik
pelaksanaan kerja tertentu, terperinci dan rutin. Iaitu latihan rnenyiapkan para tenaga kerja untuk
melakukan pekerjaan-pekerjaan sekarang.

KEPENTINGAN LATIHAN:
Antara kepentingan latihan adalah seperti berikut:
1. Pekerja mendapat kemahiran yang diperlukan, kepakaran, kecekapan, pengetahuan untuk
melaksanakan tugas dengan lebih sempurna.
2. Mendedahkan kepada pekarja baru dengan budaya, tugas, peranan dan tanggungjawab sebg
pekerja dlm organisasi tsb.
3. Memastikan pekerja dapat kemahiran yang sesuai dan relevan untuk mencapai tahap
pencapaian setinggi yg boleh.
4. Meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi
5. Menyediakan pekerja yg terpilih bagi tujuan kenaikan pangkat

Untuk menjalankan sesuatu latihan, beberapa perkara perlu diambil perhatian anataranya:
i. Kenalpasti hasil kursus :
- kursus mencapai matlamat

2
- boleh memenuhi kehendak pelanggan
- masa dapat dijimatkan setelah lebih Kompeten
- Pengeluaran mencapai / melebihi target
ii. Kompetensi boleh dilatih :
- kemahiran sesuatu kerja dapat dilatih
- Sesetengah kemahiran tidak dapat dilatih tetapi ada pada seseorang secara semulajadi
seperti kemahiran memujuk sebagai jurujual.
iii. Beri keperluan kepada kompetensi yang diperlukan:
- pastikan latihan yang dibenar-benar diperlukan dijalankan dahulu
- Kompetensi yang meningkatkan keuntungan syarikat didahulukan
Beberapa faedah dari program pelatihan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti produktiviti


2. Mengurangi waktu pembelajaran yang diperlukan pekerja untuk mencapai standar kerja
yang dapat diterima.
3. Membentuk sikap dan kerja sama yang lebih menguntungkan
4. Memenuhi keperluan perencanaan sumber tenaga manusia
5. Mengurangi kekerapan dan kemalangan kerja
6. Membantu pekerja/individu dalam peningkatan dan pengembangan peribadi.

Langkah-Langkah Pelaksanaan Pelatihan

Langkah-langkah yang dilakukan dalam melaksanakan latihan adalah seperti berikut:

1. Menganalisis keperluan latihan organisasi, yang sering disebut need analysis atau need
assessment.
2. Menentukan sasaran dan program pelatihan.
3. Menentukan kaedah pelatihan dan prinsip-prinsip belajar yang digunakan.
4. Menilai program.

Analisis Keperluan

Analisis keperluan adalah penentuan keperluan pelatihan yang akan dilakukan. Kegiatan ini sangat
rumit dan sulit, karena perlu mendiagnosis kompetensi organisasi saat ini dan kompetensi yang
diperlukan sesuai dengan perubahan lingkungan dan masa yang akan datang. Analisis keperluan
dilakukan melalui langkah-langkah:

1. Analisis keperluan organisasi

Analisis keperluan organisasi iaitu mengidentifikasi strategi organisasi, lingkungan organisasi pada
saat ini dan masa yang akan datang untuk mencapai tujuan. Tantangan lingkungan menghendaki
kompetensi pegawai, ditandai dengan :

 Lingkungan persaingan yang semakin ketat sebagai akibat globalisasi.


 Kecendeungan peningkatan outsourcing.
 Perubahan-perubahan teknologi.
 Keanekaragaman pegawai.

2. Analisis keperluan tugas

Analisis tugas iaitu menganalisis tugas-tugas yang harus dilakukan dalam setiap jabatan, yang dapat
dipelajari dari perilaku peran tersebut, dan informasi analisis jabatan iaitu huraian tugas, persyaratan
tugas dan standar unjuk kerja yang terhimpun dalam informasi sumber daya manusia organisasi.
3
3. Analisis keperluan pegawai

Analisis keperluan pegawai adalah menganalisis mengenai apakah ada pegawai yang kurang dalam
penyediaan tugas-tugas atau kurangnya kemampuan, keterampilan dan pengetahuan yang dapat
diketahui dari penilaian prestasi, penyeliaan ke lapangan(semuasa pekerja itu bekerja/ditempat
kerja), pertanyaan/soalan.

Penentuan Tujuan Pelatihan

Tujuan pelatihan harus dirumuskan secara spesifik, apakah perubahan perilaku atau perubahan
pengetahuan yang ingin dicapai setelah pelatihan dilakukan. Berdasarkan tujuan tersebut maka
ditentukan perkara untuk pelatihan bagi mencapai tujuan.

Pemilihan Kaedah Pelatihan

1. On the job training, iaitu dilakukan pada waktu masa kerja berlangsung, baik secara formal
mahu pun informal.
2. Off the job training, iaitu pelatihan yang dilakukan secara khusus di luar pekerjaan.

Penilaian Pelatihan

Penilaian pelatihan dilihat dari hasil/kesan pelatihan dikaitkan dengan:

1. Reaksi peserta terhadap isi dan proses pelatihan.


2. Pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman latihan.
3. Perubahan perilaku.
4. Pembaikan pada organisasi

Keberkesanan program latihan

Keberkesanan Program Latihan Keselamatan Menurut kajian Raymond C. Sinclair et. al (2003)
menyatakan bahawa latihan keselamatan akan meningkatkan pengetahuan dan mengurangkan
kecederaan di tempat kerja.
Terdapat hubung kait antara latihan dan latihan tahap tinggi yang berkaitan dengan pengetahuan
antara pelatih.
Tiga faktor paling ketara yang mungkin menyumbang kepada perbezaan keberkesanan program ini
adalah bahan-bahan latihan baru, sesi-sesi latihan pengurus, dan sesi-sesi latihan pekerja. Kajian ini
juga mendapati bahawa mereka yang melaporkan memegang kerja yang kurang berbahaya
(contohnya, seorang pengurus) adalah mungkin untuk mendapat pengetahuan yang lebih tinggi
daripada mereka yang banyak terlibat dalam pekerjaan berbahaya. Salah satu sebabnya ialah
pengurus-pengurus mudah terdedah kepada lebih banyak maklumat keselamatan dan kesihatan
dalam kerja, sama ada daripada majikan mereka dan daripada sumber-sumber lain seperti agensi
kerajaan. Keadaan ini membimbangkan terutama bagi usaha pencegahan kecederaan, dan mereka
yang senantiasa terdedah dengan risiko bahaya nampaknya kurang pengetahuan tentang
pencegahan. Untuk menilai sejauh mana keberkesanan sesuatu program yang telah dijalankan ,
maka perlu di jalankan soal selidik kepada peserta program.

Menilaian keberkesanan program


Keberkesanan program latihan boleh dinilai dengan cara pengumpulan data iaitu melibatkan
usaha sendiri pengumpul data iaitu dengan pembentukan soalan soal selidik, penyusunan soal
selidik, pengedaran dan pengutipan, pengawalan, pengiraan dan penganalisisan. Data yang
dikumpulkan merangkumi data kuantitatif dan kualitatif. Data Kuantitatif meliputi data yang dapat
diungkapkan dengan bentuk angka iaitu:
4
- tingkat umur,
- pendapatan sebulan,
- tempoh perkhidmatan,
- bilangan kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang pernah diambil.

Manakala bagi data kualitatif meliputi data yang tidak dapat diungkapkan dengan bentuk angka iaitu:
- jantina, bangsa,
- taraf perkahwinan,
- jenis pekerjaan,
- golongan yang terlibat dalam latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan sebagainya.

Skala likert merupakan skala yang banyak digunakan untuk membuat pengkadaran tentang tahap
kebersetujuan atau tahap ketakbersetujuan. contohnya meliputi 5 kategori digunakan bermula
daripada sangat tidak setuju kepada sangat setuju. Setiap kategori juga diberikan satu angka yang
menunjukkan tahap yang boleh dipilih oleh peserta/pekerja. Skala yang diberi ialah:

1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4- Setuju, 5- Sangat Setuju.

Melalui pilihan skala ini, responden dapat memberikan persepsi sendiri terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan memilih kebersetujuan sendiri
terhadap fakta-fakta yang dikemukakan.

Soal selidik
Reka Bentuk Soal Selidik Bagi tujuan untuk mengumpulkan data bagi penyelidikan terjadap
keberkesanan program ini, Satu set soal selidik perlu dikemukakan kepada peserta. Dalam
penyelidikan ini, peserta memberi jawapan secara bersendirian yakni mencatat jawapan tanpa
bantuan penemubual, maka borang jawapan yang dikemukakan ini dinamakan soal selidik. Soal
selidik yang disediakan menjadi satu kaedah tinjauan bagi memperolehi data-data yang dikehendaki
untuk penyelidikan dan selaras dengan objektif kajian yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LATAR BELAKANG


A Tahun anda dilahirkan: 19 |___|___|

B Jantina: Lelaki Perempuan

C Jawatan:...........................

JAWAB SETIAP SATU DARIPADANYA.

1. Pihak pengurusan menggalakkan pekerja di sini bekerja mengikuti peraturanperaturan keselamatan Tidak Ya.

2. Pihak pengurusan memastikan semua orang menerima maklumat yang perlu mengenai keselamatan Tidak Ya.

3. Pihak pengurusan tidak peduli semasa seseorang mengabaikan keselamatan Tidak Ya.

4. Pihak pengurusan mengutamakan keselamatan daripada produktiviti Tidak Ya.

5. Pihak pengurusan membenarkan pekerja di sini mengambil risiko semasa jadual bekerja yang ketat Tidak Ya.

6. Setelah mengikuti program latihan adakan anda sedar kepentingan keselamatan Tidak Ya.

7. Adakah anda tahu bagaimana untuk bertindak jika berlaku kecemasan Tidak Ya.

Contoh borang soal selidik


5
RUJUKAN:

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-2-25.pdf,3/8/17,4.10PM

https://www.google.com/search?q=latihan+kesedaran+keselamatan+dan+kesihatan+pekerjaan&sou
rce,8/8/2017,12.33PM

http://www.arbejdsmiljoforskning.dk/~/media/spoergeskemaer/nosacq-50/language-
versions/nosacq, 8/8/2017,3.32pm

You might also like