Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

capan Setiausaha PKR Rembau mengimbai sejarah parti di hari keADILan

SAMBUTAN 13 TAHUN PARTI KEADILAN

4 April 2012, Rembau, Negeri Sembilan

Dibaca oleh Sdr Norazizi - Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau

1. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, pada hari ini kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana hari ini merupakan ulangtahun yang ke 13 kelahiran Parti Keadilan yang dilancarkan secara
gilang gemilang di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 4 April 1999.

2. Setelah DSAI dipecat pada 2 September 1998 dan akhirnya ditangkap pada 20 September 1998,
rakyat secara besar-besaran turun ke jalanraya mengadakan demonstrasi menentang kezaliman.

3. Pada peringkat awal tiada sebarang usaha ketika itu untuk menggerakkan sebuah landasan atau
“platform” politik untuk menyatukan kesemua pejuang-pejuang reformasi yang menuntut keadilan.

4. Sejarah Parti Keadilan bermula apabila sekumpulan anak muda mengadakan perbincangan pada 2
Oktober 1998 di Hotel Allson Klana Resort, Nilai, Negeri Sembilan menyarankan untuk melahirkan
satu wadah politik yang baru untuk menggabungkan kesemua pendokong reformasi dibawah satu
parti yang sah. Satu wadah politik baru perlu untuk menampung kepelbagaian latarbelakang
pendokong-pendokong reformasi dari pelbagai kaum dan pelbagai bangsa.

5. Pada 18 November 1998, di Pejabat Cenpeace, Petaling Jaya, satu mesyuarat khas telah diadakan
yang dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir, Puan Hajah
Marina Yusuf, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek, Puan Nurul Izzah Anwar dan Sdr. Norazmi.
Perbincangan lebih memfokuskan untuk bagaimana menyatukan perjuangan pendokong kebenaran
dan keadilan.

6. Di dalam mesyuarat ini, Dr. Mohamad Rafie mencadangkan untuk melahirkan satu parti politik
yang sah sebagai landasan untuk pendokong-pendokong reformasi. Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail menyatakan ia amat sukar dilakukan kerana sudah pasti pemerintah tidak akan meluluskan
pendaftaran sebuah parti baru.

7. Sebagai satu perancangan yang strategik, Dr. Mohamad Rafie menyarankan supaya usaha dibuat
untuk menubuhkan beberapa buah parti baru tetapi ia akan hanya sebagai satu “camouflage”.
Usaha sebenar adalah untuk mengambil alih sebuah parti politik yang “dormant”. Mesyuarat
bersetuju diatas saranan ini dan Tuan Haji Mohd Anuar Tahir telah diamanahkan untuk menyelaras
untuk merealisasikan matlamat ini.

8. Pada malam ini, kita amat berbesar hati tiga orang yang terbabit untuk menubuhkan tiga parti
baru yang sehingga kini masih tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan hadir bersama-sama kita.

a. Dr. Mohamad Rafie Bin Ab Malek

Presiden Penaja, Parti Malaysia Baru (PMB)

b. Sdr. Norizam Yasin


Presiden Penaja, Parti Himpunan Angkatan Keadilan (HAK)

c. Sdr. Suhaimi Salleh

Setiausaha Agong Penaja, Parti Angkatan Reformasi Malaysia (ARM)

9. Usaha penubuhan tiga parti baru ini telah mendapat liputan meluas media perdana dimana
matlamat yang sebenarnya telah berjaya iaitu sebagai usaha “camouflage” kerana di dalam masa
yang sama usaha secara rasmi telah dibuat untuk mengambil alih Parti Ikatan Masyarakat Islam
Malaysia (IKATAN) dengan mengadakan Persidangan Agung Tahunan untuk menukar Presiden asal
Tuan Haji Abdul Wahab Yunus beberapa individu yang tidak dikenali terbabit di dalam politik dan
hanya bertindak dengan menggunakan nama-nama mereka sahaja. Sdr. Nordin Ismail telah dipilih
selaku penama Presiden manakala Sdr. Mohd Shah Amin selaku Setiausaha Agongnya sementara
menunggu peralihan untuk ditukar kepada Presiden sebenar Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan
Tuan Haji Mohd Anuar Tahir sebagai Setiausaha Agong yang pertama Parti Keadilan Nasional.

10. Malangnya, berlaku pergolakan dalaman di kalangan berlaku pendokong reformasi kerana
banyak pihak tidak bersetuju untuk melahirkan parti baru di atas pelbagai sebab dan balasan.
Mereka menyarankan untuk bergabung samada bergerak dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau
Parti Rakyat Malaysia (PRM).

11. Malahan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri selewat tarikh 15 Mac 1999 iaitu hanya tinggal sekitar
2 minggu sebelum tarikh pelancaran yang dirancang iaitu awal April 1999; diatas pengaruh beberapa
pehak, tidak cenderung untuk Parti Keadilan Nasional dilahirkan. Beliau lebih senang untuk bersama
dengan PAS atau PRM. Dr. Mohamad Rafie Ab Malek beserta pimpinan penaja PMB telah mengutus
surat kepada DSAI untuk menolak pandangan beliau yang tidak mahu Parti Keadilan Nasional
dilancarkan.

12. Pada 19 Mac 1999, jam 11.00 pagi di Petaling Jaya satu mesyuarat yang dihadiri oleh Tuan Haji
Mohd Anuar Tahir, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek, Norazmi, Yusuf Abdul Rahman, Zulkifli Daud dan
beberapa orang yang lain telah memutuskan untuk melancarkan Parti Keadilan Nasional pada awal
April 1999 walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai kelompok yang lain dikalangan
pendokong reformasi. Beberapa usaha untuk menjelaskan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah dibuat untuk menjelaskan mengapa Parti Keadilan Nasional
perlu dilancarkan. Akhirnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akur
bahawa Parti Keadilan Nasional perlu dilancarkan untuk menjadi agen perubah atau “catalyst” di
dalam mencorakkan “landscape” baru politik di Malaysia.

13. Namun, usaha penolakan penubuhan dan pelancaran Parti Keadilan Nasional makin hebat
diteruskan. Akibat pelbagai tekanan, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir merasa terpinggir sebagai
penyelaras pelancaran Parti Keadilan Nasional yang dirancang pada pagi 4 April 1999 di Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur. Dr. Mohamad Rafie Ab Malek segera mengambil alih tugasan dan
mengerakkan puluhan anak-anak muda yang ketika itu majoriti merupakan pekerja-pekerja kilang di
Nilai dan Bangi untuk memastikan Majlis Pelancaran Parti Keadilan Nasional berjalan dengan
jayanya.
14. Pada ketika itu tiada langsung sebarang peruntukan kewangan dari mana-mana pihak, maka
anak-anak muda inilah yang telah mengeluarkan semua belanja untuk menampung semua kos
termasuk sewaan di Hotel Renaissance dan bahan cetakan.

15. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, pada pagi 4 April 1999, ribuan masyarakat dari pelbagai
bangsa dan agama hadir sebagai sokongan. Kehadiran amat menggalakkan sehingga Dewan Besar
tidak mampu menampung yang menyebabkan orangramai melimpah keluar dari kawasan Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur .

16. Alhamdulillah, pada hari ini, genap 13 tahun, Parti Keadilan dilancarkan dan ia lebih simbolik
kerana perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. di era Mekah juga selama 13 tahun.

17. InsyaAllah, era Madinah, era pentadbiran Madani yang bermula di Madinah akan menjadi
simbolik era kejayaan perjuangan kita di Malaysia setelah 13 tahun berlalu bersama-sama satu
pakatan yang lebih besar iaitu PAKATAN RAKYAT.

18. Di dalam simbolik sempena 13 tahun parti, majlis dengan ini mengalu-alukan pengasas-pengasas
parti Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, Sdr. Norizam Yassin dan Sdr. Suhaimi Salleh untuk memotong
kek.

Reformasi, Reformasi, Reformasi.......TAKBIR!!

(Serentak dengan pengumuman ini lagu Teman Sejati - Kumpulan Brothers dikumandangkan
sebagai simbolik dimana lagu ini telah dimainkan semasa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
mula memasuki Dewan Besar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 4 April 1999 dan
tamat sebaik sahaja Presiden sampai di pentas) Ringkasan sejarah penubuhan KEADILAN
2 September 1998
Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3 September 1998
Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan
politiknya.
12 September 1998
Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.
20 September 1998
Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid Negara. Anwar
Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis menyerbu rumahnya di Bukit
Damansara.
27 September 1998
GERAK ditubuhkan.
29 September 1998
Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali pertama
sejak ditahan di bawah ISA.
Oktober 1998
Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman
10 Disember 1998
ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
4 April 1999
Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.
14 April 1999
Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.
Istilah BLACK 14 muncul.
Kenyataan Dr Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional
Jawatankuasa Penaja ADIL
8 Jalan Setiamurni 1
50490 Kuala Lumpur
Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam
pergerakan reformasi dan ADIL telah memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang
bernama Parti Keadilan Nasional. Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul
10.00 pagi, di Hotel Renaissance
(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan
pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung
Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional
(KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang
semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian
besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan
dan kebenaran.
KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua
warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya
pada 4 April 1999.
Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
30 March 1999
**Nota kaki
Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang
ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai
ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan
IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.
Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden
IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin
Yunus.
Satu perkara yang tidak diketahui adalah idea nama KEADILAN timbul selepas menunaikan
solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
1. Parti Keadilan
2. Parti Keadilan Rakyat
3. Partu Keadilan Nasional
4. Parti Keadilan Negara
5. Parti Keadilan Kebangsaan
Akhirnya Dato Seri Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional.
Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari.
Akhirnya Dato Seri Anwar Ibrahim memilih logo mata yang ada sekarang.
Selamat Menyambut Ulangtahun KEADILAN yang ke 17
PENGENALAN

Hasrat memperjuangkan keadilan untuk semua kaum serta menyemarakkan islah dan
pembaharuan hendaklah dilaksanakan dengan berlandaskan perlembagaan dan prinsip
keluhuran undang-undang. Justeru, gerakan reformasi di Malaysia telah memilih PARTI
KEADILAN NASIONAL sebagai wadah untuk meneruskan perjuangan murni ini secara
berganding bahu denganparti-parti politik lain dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
yang mendokong cita-cita yag sama.

OBJEKTIF - PRINSIP PERJUANGAN

1. Membina masyarakat yang adil dari segi pentadbiran, perundangan, politik, ekonomi,
sosial dan budaya.

2. Memelihara dan mempertahankan kemuliaan insan dengan menghapuskan segala


bentuk penindasan dan memperluaskan skop untuk mengaturkan kehidupan berdasarkan
nilai-nilai moral.

3. Melindungi dan menjamin hak asasi manusia pada keseluruhannya serta menggalakkan
individu menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

4. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan membina sebuah masyarakat madani


berasaskan perlembagaan negara dan prinsip keluhuran undang-undang.

5. Meningkatkan mutu kehidupan rakyat berasaskan falsafah keadilan sosial yang hakiki;
menjamin agihan kekayaan dan peluang yang adil; membela nasib rakyat berpandapatan
sederhana dan miskin; mengurangkan jurang pendapatan antara golongan yang paling
kaya dan golongan kurang berada melalui pembangunan yang seimbang dan mapan yang
mengawal persekitaran alam daripada pencemaran.

6. Mendukung dan memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup masyarakat Muslim dan
sebagai agama Persekutuan, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, di
samping mempertahankan prinsip kebebasan beragama serta menekankan kehidupan
bermoral dan berakhlak.

7. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di


samping memelihara hak bahasa-bahasa lain untuk diamal dan dipelajari serta
mempertahan dan menerima penghayatan budaya Malaysia yang dinamis berteraskan
nilai-nilai moral dan prinsip-prinsip hidup yang mulia.

8. Membangunkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu yang mendukung nilai-
nilai bersama serta menolak fahaman perkauman sempit di samping memelihara
kepentingan masyarakat bumiputera serta menjamin keadilan bagi semua kaum.

9. Memerangi rasuah, nepotisme dan kronisme; keangkuhan dan penyalahgunaan kuasa;


dan sikap tamak haloba serta materialisme yang tidak mengenal batas.

10. Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dalam suatu susunan politik,
ekonomi dan budaya antarabangsa yang adil yang melindungi hak negara-negara sedang
membangun.

LATAR BELAKANG

PARTI KEADILAN NASIONAL atau keADILan adalah sebuah pertubuhan politik yang
didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam Malaysia dan
dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepda Parti
Keadilan Nasional, sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Parti ini sejak awal
penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau
reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin
perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan
penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.

Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran. Cita-cita perjuangan
adalah untuk membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat.

BENDERA PARTI KEADILAN NASIONAL [keADILan]

Bendera parti berupa segi empat tidak sama yang


berwarna biru langit (sky blue). Di tengah-tengah segi
empat terdapat sfera (sphere) berwarna putih dan di
tengah-tengah sfera itu pula terdapat satu bulatan yang
berwarna biru langit. Sfere berwarna putih
menggambarkan bumi yang melambangkan perjuangan
murni yang bersifat global. Bulatan yang berwarna biru
langit pula melambangkan keadilan sejagat.

You might also like