Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1. Tajuk : Budaya ufti dalam kalangan kerajaan melayu suatu interaksi pelbagai tamadun.

2. Sinopsis :

Pemberian ufti merupakan mekanisme diplomatik utama yang digunakan oleh raja dan
pembesar Melayu dalam mencetuskan keberlangsungan sesebuah hubungan diplomatik.
Selain itu, budaya pemberian ufti adalah tanda persahabatan dan pengiktirafan terhadap
sesuatu kerajaan yang mempunyai kuasa dan hanya kerajaan yang berkuasa sahaja diterima
uftinya. Justeru itu, pemberian ufti merupakan salah satu daya usaha kerajaan melayu untuk
menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat melayu.

Budaya ufti dalam kalangan kerajaan melayu telah memberi pelbagai impak kepada
negara Asia daripada pelbagai aspek yang berkait rapat dengan interaksi pelbagai tamadun.
Akan tetapi, budaya pemberian ufti bukan hanya terbatas pada hubungan perdagangan
semata-semata, malahan ia menjangkaui hubungan kebudayaan, pemikiran dan sistem
kepercayaan sesebuah kerajaan. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai kesan yang
positif dapat dilihat daripada wujudnya budaya pemberian ufti di kalangan kerajaan melayu
antaranya ialah hubungan diplomatik yang terjalin daripadanya. Selain itu, budaya ufti ini
adalah cerminan intelektual orang Melayu dalam membentuk dan melaksanakan kaedah
komprehensif agar sesebuah kerajaan itu berjaya mencapai objektif dalam menjalinkan
hubungan diplomatik dengan kerajaan lain.

Natijahnya, hubungan yang selama beratus tahun ini tidak pernah berakhir bahkan
kesinambungannya boleh dilihat berlaku sehingga ke hari ini. Nilai-nilai sejagat daripada
wujudnya budaya ufti ini juga telah banyak mengajar masyarakat untuk memahami konsep
ketamadunan pada bangsa melayu dan bangsa lain.

3. Objektif :
a) Mengenalpasti nilai-nilai sejagat daripada budaya pemberian ufti.
b) Memahami dan mempelajari kepentingan interaksi antara pelbagai tamadun.
c) Menjelaskan apakah kesan-kesan positif hasil daripada pemberian ufti dalam
kalangan kerajaan melayu.

1
4. Metodologi :
a) Kajian perpustakaan
b) Kajian internet
c) Wawancara

5. Sorotan kajian :

Kajian mengenai budaya ufti dalam kalangan kerajaan melayu suatu interaksi pelbagai
tamadun ia bukanlah satu kajian yang baharu. Berdasarkan kajian oleh Mohd Khalil
Yaakob dan Syaimak Ismail, budaya pemberian ufti direncanakan bagi menjaga hubungan
diplomatik dengan kawasan luar negeri. Setiap kunjungan atau warkah yang diutus sudah
pasti akan diiringi dengan hadiah yang beranekaragam.

Menurut Gallop (1994:78) pemberian ufti selalunya dihantar pada peringkat permulaan
hubungan mesra antara dua pihak. Sementara itu, bagi hubungan diplomatik yang sedia
terjalin, pemberian ufti tersebut akan dijadikan sebagai pengukuh hubungan antara
sesebuah kerajaan.

Selain menjalinkan hubungan diplomatik, pemberian ufti juga bertujuan untuk


mengukuhkan kedaulatan dan memperluaskan pengaruh adat dan budaya yang menjadi
pegangan masyarakat pada masa itu. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh
Salmah Jan Noor Muhammad.

You might also like