Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN

Kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah dengan latar belakang masing-masing sangat menarik
untuk dipelajari dan diketahui. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri
daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dan lebih daripada 50 bahasa dengan 90 dialek yang
digunakan. Antara sebahagian penduduk asli di Sabah ialah Kadazandusun, Bonggi, Murut,
Kimarang, Bajau, Kwijau, Paitan, Lundayeh, Kedayan, Ubian, Sulu, Binadan, Bisaya, Kokos,
Rumanau, Lotud, Minokok, Orang Sungai, Rungus, Tatana, Tagaas, Suluk, melayu, pelbagai
etnik Filipina selatan, Irranun dan Ida’an Brunei.

Masyarakat atau Etnik Murut merupakan salah satu kaum ketiga terbesar di Sabah. Ramai orang
beranggapan bahawa etnik Murut Sabah adalah hanya satu kumpulan etnik sahaja. Tetapi
sebenarnya, etnik Murut terbahagi kepada 12 kumpulan utama Murut di Sabah dan masing-
masing dengan bahasa dan terdiri daripada beberapa dialek dan budayanya tersendiri. Seperti
juga rumpun dusunik dan rumpun paitanik, rumpun murutik Sabah ialah etnik-etnik pribumi
Austronesia yang leluhur mereka telah tinggal di utara Borneo selama beribu-ribu tahun dahulu.

Istilah ‘Muru’ ialah eksonim yang dikatakan berasal dari Brunei bermaksud ‘orang bukit’
(Woolley, 1962:1; LeBar,1972:153). Pada masa dahulu, perkataan ini biasanya digunakan untuk
merujuk beberapa kumpulan berlainan yang tinggal di kawasan pedalaman selatan Sabah,
Sarawak dan Kalimantan.
ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT MURUT TAHOL

Perkahwinan antara anggota pahaka atau saudara dekat dilarang sama sekali dan dianggap
sebagai sumbang mahram dalam masyarakat Tahol, dan peraturan eksogami ini menjangkau ke
peringkat tiga pupu. Seorang bapa selalunya mulai mengatur perkahwinan anak lelakinya dengan
mengunjung bapa kepada gadis yang hendak dijadikan menantu. Jika bapa gadis itu bersetuju,
merika memutuskan tarikh tinumang atau pertunangan.

Pada hari yang dipilih, pemuda dan keluarganya mengunjungi rumah gadis tersebut untuk
makan bersama, dengan membawa hadiah pertunangan yang berupa empat bungkas atau tali
pinggang, manik putih dan sehelai skirt tiub. Bapa gadis kemudiannya akan menyerahkan senarai
barangan yang diperlukan mereka dalam pupulut atau hantaran kahwin. Mereka memutuskan
tarikh untuk keluarga pemuda membawa pengantin perempuan ke kampung mereka, dan jumlah
ansuran pertama pupulut.( selalunya sebuah tempayan pusaka) yang perlu dibayar oleh pemuda
itu pada waktu itu ( Harris, 1991:49 ).
Terdapatdua cara untuk seseorang bapa meminta bayaran hantaran kahwin. Cara pertama
dikenali sebagai akililimpuhu. Bapa gadis meminta lelaki mmembawa sejumlah hantaran yang
besar kahwin apabila dia datang untuk mengambil pengantin perempuan. Si bapa kemudian
memberi pengantin lelaki sebuah tibuku atau kalendar ikatan untuk tempoh 28 hingga 30 hari.
Pengantin lelaki membawa balik pengantin perempuan ke rumahnya dan pada akhir tempoh
tersebut, dia kembali dengan hantaran kahwin tambahan diiringi oleh pengantin perempuan,
keluarga lelaki dan sanak saudara dekat untuk menghadiri kenduri di kampung pihak perempuan.
Mengikut cara kedua, bayaran hantaran kahwin awal tidak diperlukan apabila pengantin lelaki
datang untuk mengambil pengantin perempuan. Bapa pengantin perempuan memberi sebuah
kalendar ikatan kepada pengantin lelaki bagi tempoh empat hingga tujuh hari. Pada akhir tempoh
itu, pengantin lelaki dan sanak saudaranya kembali dengan membawa sejumlah besar hantaran
kahwin untuk kenduri di rumah pengantin perempuan. Selepas pembayaran ansuran awal
pupulut itu, tempat tinggal selepas berkahwin dalam masyarakat Tahol adalah bersifat virilokal
(Harris,1991:49). Pembayaran ansuran hantaran kahwin dan kenduri yang mengiringinya dalam
masyarakat Tahol merupakan sistem pertukaran sosioekonomi yang rumit dan boleh
berterusan sepanjang perkahwinan itu. Dalam tinjauannya, Sue Harris mendapati lapan peratus
daripada perkahwinan di kawasan sungai tagal adalah berbentuk poligini dan lazimnya
hanya melibatkan dua orang isteri. Dalam separuh daripada kes itu, si suami mengahwini
adik-beradik peprempuan isteri pertama (poligini saudara perrempuan) atau saudara terdekat
isteri pertama, manakala dalam separuh lagi kes,si suami mengahwini orang lain. Kes
poligini saudara perempuan boleh berlaku jika seseorang lelaki gembira akan menantunya
dan menawarkan seorang lagi anak perempuan untuk dijadikan isteri kedua. jumlah
pupulut yang sama dikehendaki untuk isteri kedua seperti jumlah untuk isteri pertama.
Poligini begini boleh menjadikan menantu lelaki lebih terhutang budi kepada bapa
mertuanya, sambil meningkatkan lagi status sosial bapa mertua sebagai orang yang kerap
mengadakan kenduri (Harris, 1991:50). Perceraian dalam masyarakat Tahol adalah sukar
disebabkan sistem pertukaran kompleks yang mengesahkan perkahwinan. Terdapat dua
proses utama: ahali atau “lelaki menceraikan isterinya, dan ahimpong atau “wanita lari
daripada suaminya.” mengikut ahali. Bapa isteri tidak dikehendaki menghantar balik
hantaran kahwin. Suami mesti memberi wang secukupnya kepada isteri untuk pulang ke
kampungnya dan anak mereka boleh pulang bersama-samanya. Jika dia berhasrat untuk
berkahwin semula dengan bekas isterinya, dia mesti membayar jumlah penuh pupulut dan
mengadakan semua kenduri yang dituntut mengikut ahimpong, jumlah penuh pupulut
mesti dibayar balik ditolak jumlah untuk mengadakan semua kenduri. Anak boleh tinggal
bersama-sama bapa mereka kecuali mereka terlalu banyak untuk dijaganya seorang.

You might also like