Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Pengenalan

Perubahan organisasi ialah satu keadaan di mana struktur, teknologi dan manusia dalam

organisasi bertukar bentuk. Konsep perubahan dalam organisasi merangkumi perubahan yang

kecil sehingga ke keseluruhan organisasi. Pendek kata perubahan organisasi ialah proses

transformasi dalam organisasi. Dalam konteks ini, proses tersebut merujuk kepada asas

perombakan pengoperasian sesuatu organisasi (McNamara, 1999).

Oleh kerana perubahan selalu terjadi dan pasti akan selalu terjadi, pimpinan organisasi di

samping harus memiliki kepekaan terhadap perubahan-perubahan yang terjadi di luar organisasi

yang dipimpinnya dan mampu memperhitungkan dan mengakomodasikan dampak daripada

perubahan-perubahan yang terjadi itu, mutlak perlu pula untuk mempunyai keterampilan dan

keberanian untuk melakukan perubahan di dalam organisasi demi peningkatan kemampuan

organisasional untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Menurut Zainal Ariffin (1998), terdapat tiga jenis daya yang menyebabkan kepada

perubahan dalam organisasi iaitu daya luaran, daya dalaman dan daya pengurus sebagai

pemangkin perubahan. Daya luaran sering mewujudkan keperluan untuk sesuatu organisasi

berubah dari pelbagai sumber. Daya luaran yang dimaksudkan di sini termasuk pasaran

pengguna, teknologi yang selalu berkembang, pasaran tenaga buruh, perubahan pasaran ekonomi

dan undang-undang serta perlembagaan negara.

Daya dalaman pula merujuk kepada faktor-faktor perubahan organisasi seperti

pengubahsuaian strategi organisasi, teknologi dan peralatan yang digunakan untuk penghasilan

dan sikap pekerja. Proses perubahan memerlukan suatu pemangkin. Dalam organisasi peranan
pemangkin dibawa oleh pengurus. Selain itu watak tersebut juga boleh dimainkan oleh pekerja

pakar dan konsultan yang diupah dari luar. Walau bagaimanapun, pengurus ialah watak penting

dalam pemangkinan sesuatu perubahan. Ini kerana, beliau adalah orang yang membuat

keputusan dan penentu segala aktiviti dalam organisasi.

Konsep Organisasi

Kamus Dewan (1994) memberi erti "organisasi" sebagai "kesatuan yang terdiri daripada

bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan", "pertubuhan" dan

"perbadanan". Dalam kajian pengurusan terdapat pelbagai takrifan istilah "organisasi", Weber

(1948) mentakrifkan "organisasi" sebagai "perhubungan sosial yang menghad atau menutup

kemasukan orang luar dengan mengadakan peraturan". Lima elemen penting timbul daripada

takrifan ini:

(a) Kewujudan perhubungan sosial, pada mana ahlinya berinteraksi secara rasional dan

aktif.

(b) Terdapat hierarki kuasa dan pembahagian tugas.

(c) Terdapat sempadan yang memasukkan sebahagian populasi dan memisahkan yang

lain.

(d) Proses interaksi yang sokong menyokong dan tidak communal.

(e) Organisasi terlibat dengan aktiviti yang bermatlamat tertentu.


Litterer (1975) mentakrifkan organisasi sebagai "satu rekaan atau alat yang

dibangunkan oleh manusia untuk mencapai sesuatu, yang tanpa kewujudannya tidak mungkin.

Rekaan sosial ini mengambil masuk pelbagai sumber manusia, pengetahuan dan bahan, dan

memberikan mereka susunan dan sistem untuk mengeluarkan sesuatu yang bersepadu". Takrifan

ini mengandungi unsur berikut:

(a) Organisasi dianggap sebagai satu sistem.

(b) Organisasi melibatkan perhubungan sosial.

(c) Organisasi merupakan alat untuk memenuhi keperluan masyarakat.

(d) Organisasi mempunyai sempadan.

(e) Organisasi mempunyai struktur.

(f) Interaksi dalam organisasi adalah associative dan bukan communal.

(g) Yang ditekankan ialah individu dan kebolehan mereka.

Takrifan di atas mengikut perspektif yang menganggap organisasi sebagai sistem

tertutup. Taylor, pengasas Pengurusan Saintifik menganggap matlamat organisasi sebagai

diketahui atau diberikan tugasnya rutin, dan inputnya mudah diperoleh dan tidak terhad. Taylor

menyatakan bahawa kriteria terakhir untuk prestasi organisasi ialah efisiensi. Pengurusan tidak

perlu mengambil berat faktor di luar organisasi.

Hall (1977) berpendapat perkara seperti matlamat, sumber, peraturan dan tatacara

organisasi tidak wujud dalam organisasi secara semula jadi. Sumber tersebut dibawa masuk dari
luar. Matlamat mungkin diarahkan dari luar. Bagi Hall, perspektif sistem tertutup dengan mana

organisasi tidak mempunyai pertukaran dengan persekitaran tidak dapat diterima.

Kecaman yang paling hebat terhadap organisasi sebagai sistem tertutup diutarakan oleh

Katz dan Kahn (1966). Mereka menyatakan perspektif ini tidak mengendahkan persekitaran yang

memberi kesan kepada organisasi. Organisasi senantiasa bergantung pada input dari luar.

Pembangunan Organisasi

Clark (1994) menyatakan Pembangunan Organisasi (OD) merupakan suatu pengurusan

sokongan atas ke bawah, usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki proses pembaharuan

dan penyelesaian masalah organisasi, terutamanya melalui diagnosis yang lebih efektif dan kerja

sama serta penekanan yang lebih kepada kerjasama kumpulan yang formal, kumpulan sementara

dan budaya antara kumpulan dengan bantuan seorang perunding – fasilitator serta penggunaan

teori dan teknologi untuk sains kelakuan aplikasi (applied behavioural science), termasuk

penyelidikan kelakuan.

Ia merupakan usaha dan program yang melibatkan individu dari semua tahap dan lapisan

organisasi. Ia diimplimentasi oleh seorang ataupun satu kumpulan orang yang dikenali sebagai

ejen pengubah (change agents). Agen pengubah tersebut merupakan pemangkin untuk perubahan

dalam sesuatu organisasi. Dia merupakan pakar dalam bidang ini iaitu, untuk membaiki sistem

pengoperasian sesuatu organisasi. Dia boleh merupakan salah seorang pekerja dalam organisasi

tetapi biasanya dia diupah untuk mengimplementasikan program OD.


Ciri-Ciri Pembangunan Organisasi Menurut Stewart (1991) ciri-ciri Pembangunan Organisasi

(OD) adalah seperti berikut:

(a) Sistematik

OD perlulah sistematik untuk menjadi efektif. Penulis beranggapan sekiranya perubahan

yang akan dilaksanakan diterangkan dengan lebih terperinci kepada semua ahli masyarakat,

mungkin kita akan lebih bersikap terbuka dan sedar akan kelebihan dan kekurangan perubahan

yang dilaksanakan.

(b) Jangka panjang

“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus sedar bahawa perubahan

serta perlaksanaan ini adalah untuk kebaikan negara dan masa depan generasi akan datang”.

Di sini perubahan yang dilaksanakan terhadap organisasi pendidikan negara seharusnya

di lihat untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya penggunaan Bahasa Inggeris hanya

disandarkan kepada kepentingan jangka pendek sahaja. Namun begitu, kita jangan melihat

keberkesanannya dalam masa yang singkat kerana kebanyakan program OD adalah berlanjutan

selama 12 bulan dan berkemungkinan sehingga 3 hingga 5 tahun. Sekiranya kita melihat

pencapaian penerapan Bahasa Inggeris kurang daripada jangka masa itu, ia semestinya tidak

bersesuaian jika dibandingkan dengan keberkesanan program-program lain seperti 3M.

(c) Sains kelakuan

Merujuk kepada psikologi, psikologi sosial, sosiologi, antropologi, sains politik dan sains

sosial yang lain termasuk kesemua cabang-cabangnya yang berbeza.

(d) Keberkesanan
Dalam OD, organisasi yang efektif merupakan organisasi yang belajar dari pengalaman

dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Ia dilihat sebagai suatu keperluan untuk pembangunan

dan pembaikan dengan cara yang lebih berkesan seperti kadar penggantian (turnover) dan

keuntungan (profit). Sebagai contoh, keberkesanan 3M (membaca, menulis dan mengira) yang

diperkenalkan negara dahulu merupakan sesuatu yang dibimbangi sekitar tahun 1980-an dahulu

namun kini, ia merupakan asas kepada pembentukan pelajar yang berkualiti.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembangunan Organisasi

Antara faktor yang dikenal pasti boleh mempengaruhi keberkesanan program yang

pengajaran dalam Bahasa Inggeris ini adalah bergantung kepada perubahan tingkah laku pekerja

terhadap pekerjaan mereka. Sesebuah institusi pendidikan terdiri daripada pekerja dari pelbagai

lapisan, daripada peringkat bawahan seperti pelajar kepada kakitangan yang berpangkat tinggi

seperti guru besar dan sebagainya.

Sumbangan setiap individu adalah penting dalam membangunkan misi negara dan tidak

harus disandarkan kepada guru matematik dan sains sahaja. Oleh itu, jika para guru yang terlibat

berasa tidak puas dengan situasi yang berlaku, adalah sukar bagi mereka bagi memperoleh tahap

pekerjaan yang optimum dan ini sekaligus menjejaskan mutu dan kualiti pengajaran yang di ajar

di dalam kelas. Ini mungkin berlaku sekiranya guru-guru merasa tertekan apabila segelintir besar

daripada mereka masih kekok berbahasa Inggeris dengan fasih dan mungkin berasa malu semasa

mengajar dengan keadaan yang demikian.

Selain daripada faktor dalaman, terdapat juga faktor luaran yang mempengaruhi

pembangunan sesuatu organisasi. Pembangunan serta pemindahan teknologi dalam era ini juga
adalah penting. Dengan perkembangan yang semakin pesat dan kerap dalam bidang teknologi,

sesuatu organisasi juga haruslah mengadakan perubahan dan Pembangunan agar tidak

ketinggalan dalam dunia yang kian berubah ini (Bennett, 1999). Jika kita lihat senario yang

berlaku sekarang, dengan perkembangan teknologi komputer yang semakin pesat, penerapan ke

atasnya kurang dilaksanakan ke sekolah-sekolah luar bandar. Penggunaan komputer sedikit

sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan

mungkin kita tidak perlu hanya tertumpu kepada penggunaan Bahasa Inggeris semata-mata.

Penerapan teknologi ini hendaklah ditekankan di semua peringkat sama ada peringkat atasan

hinggalah kepada peringkat bawahan iaitu pelajar agar sistem yang digunakan adalah sistematik.

Kehendak pengguna juga perlu dititikberatkan. Ini kerana dalam melaksanakan

perubahan, pengguna iaitu individu yang terlibat dalam sistem pendidikan negara. Ada banyak

faktor yang boleh menjejaskan pembelajaran pelajar di sekolah. Pada saya perkara yang paling

utama ialah diri pelajar itu sendiri: Adakah mereka sanggup untuk menerima perubahan itu?

(Dr. Jamilah Mustafa, 2002)

Perubahan yang dilaksanakan hendaklah sejajar dengan perubahan kehendak pasaran di

mana kebanyakan institusi kerjaya sekarang amat memerlukan pekerja yang mampu menguasai

bahasa Inggeris. Sesebuah organisasi haruslah peka terhadap keperluan serta kehendak umum

(Robbins dan Coulter, 1999). Jika dilihat kepada institusi pendidikan luar bandar terutamanya,

pencapaian mata pelajaran individu amat memuaskan namun gred yang rendah di dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris merendahkan gred keseluruhan sekolah-sekolah luar bandar. Jadi

penulis merasakan perubahan ini adalah perlu berdasarkan kepada kepentingannya.


Selain itu, program pengurusan baru harus diberi perhatian sekiranya perubahan ingin

dilaksanakan. Di dalam pengurusan baru ini, guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung perlu mengetahui hala tuju masing-masing di dalam melaksanakan pendidikan baru.

Program-program pendedahan kepada Bahasa Inggeris standard perlu disebarkan kepada guru-

guru yang kurang fasih berbahasa Inggeris dan program-program lain yang berkaitan. Dengan

menerapkan pengetahuan baru kepada pekerja-pekerja dan kumpulan-kumpulan bekerja boleh

membantu menaikkan semangat serta tahap pekerjaan mereka (Robbins dan Coulter, 1999).

Persaingan adalah motivasi yang terbaik dalam sebarang pembangunan. Dalam sesuatu

organisasi, persaingan yang sengit antara dua organisasi yang berasingan seperti pendidikan

swasta dan kerajaan perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, sekiranya penerapan Bahasa Inggeris

menjadi realiti, pelajar-pelajar yang dihasilkan menerusi kedua-dua bahagian tadi mungkin perlu

bersaing dalam mendapatkan tempat di institusi pendidikan tinggi kerana hasil yang dikeluarkan

kedua-duanya adalah terbaik dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Saingan yang sengit

antara pelajar-pelajar seperti yang dinyatakan tadi turut membawa kepada perkembangan yang

drastik kepada suatu organisasi.

Agen Perubahan

Menurut Robbins dan Coulter (1999), agen perubahan melibatkan perubahan yang

meliputi empat kategori iaitu struktur, teknologi, persekitaran fizikal dan orang.

Perubahan Struktur
Agen-agen perubahan juga boleh memperkenalkan pengubahsuaian yang besar di dalam

reka bentuk struktur sebenarnya. Ini mungkin termasuk peralihan daripada struktur yang ringkas

kepada struktur yang berasaskan kumpulan atau membentuk struktur matriks.

Perubahan Teknologi

Kebanyakan perubahan yang berlaku adalah berkaitan dengan usaha-usaha yang dibuat

ke arah perubahan teknologi. Perubahan teknologi pada hari ini melibatkan pengenalan kepada

alat-alat baru, perkakasan, kaedah, automasi atau pengkomputeran.

Faktor-faktor persaingan atau inovasi di dalam pendidikan selalunya berhubung kait di

dalam menghasilkan masyarakat yang berteknologi tinggi sejajar hasrat negara menuju negara

yang maju dan berteknologi tinggi pada tahun 2020 nanti. Perubahan teknologi yang hangat

adalah perkembangan pengkomputeran. Melihat kepada sistem pengoperasian yang diguna pakai

sekarang seperti Windows dan Linux, kedua-duanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa utama kepada penggunanya. Sekiranya pelajar-pelajar tidak memahami bahasa Inggeris,

mungkin mereka menguasai literasi komputer dengan baik. Namun jika pelajar didedahkan

kepada penggunaan komputer sehari-hari, mungkin minat dan kefahaman terhadap Bahasa

Inggeris ini akan wujud dengan sendirinya di dalam diri para pelajar kerana dengan memahami

kaedah penggunaan komputer ia menguntungkan bukan hanya pelajar tetapi sektor pekerjaan

yang memerlukan pekerja yang mahir menggunakan komputer.

Perubahan Persekitaran Fizikal

Perubahan ke atas persekitaran sekolah juga seharusnya dilaksanakan di dalam

membentuk persekitaran yang diperlukan. Antara contoh yang dapat diberikan adalah dengan

mewujudkan suasana persekitaran Bahasa Inggeris. Persekitaran yang diwujudkan ini akan
membantu dalam membuka minda pelajar terhadap kepentingan Bahasa Inggeris dan tidak

hairan jika kita melihat pelajar menyambut baik perubahan dasar kerajaan jika pemupukan

bahasa ini telah dilaksanakan terlebih dahulu.

Perubahan Orang

Perkara terakhir yang agen-agen perubahan perlu mengubah ialah menolong pelajar dan

kumpulan di dalam institusi pendidikan untuk bekerjasama dengan lebih cekap. Secara

ringkasnya konsep pembangunan organisasi merangkumi satu bentuk ikatan untuk mengubah

orang lain dan kualiti serta sifat semula jadi terhadap perhubungan kerja mereka.

Tentangan Terhadap Perubahan

Tentangan terhadap perubahan semestinya timbul dalam cara yang piawai. Tentangan

boleh berlaku secara terang-terangan, bersembunyi, segera ataupun tertunda. Adalah mudah

untuk pengurusan mengatasi tentangan ini apabila ianya secara terang-terangan dan segera.

Misalnya, satu perubahan yang dicadangkan dan pekerja dengan cepat memberikan tindak balas

dengan menyuarakan ketidakpuasan, membuat kerja dengan perlahan, mengancam untuk

berhenti atau seumpamanya. Cabaran yang paling besar ialah tentangan bersembunyi atau

tertunda. Usaha untuk mengurus tentangan tersembunyi adalah tidak ketara dengan kehilangan

kesetiaan kepada organisasi, kehilangan motivasi untuk bekerja, meningkatkan kadar

ketidakhadiran dengan alasan ‘sakit’ kerana ia lebih sukar dikenal pasti. Sama juga tindakan

yang lambat diambil akan mengukur perhubungan di antara tentangan dan reaksi terhadapnya.

Seterusnya adalah sumber-sumber halangan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis yang utama

iaitu sumber individu dan sumber organisasi (Robbins dan Coulter, 1999).
Tentangan Individu

Punca-punca penentangan individu adalah daripada sifat-sifat asas manusia seperti

persepsi, keperibadian dan keperluan. Berikut meringkaskan lima sebab kenapa individu

mungkin menentang perubahan.

(a) Tabiat

“Apa yang berlaku ini memang lumrah. Apabila mereka telah selesa dengan apa yang

diamalkan, mereka jadi bimbang. Mereka risau jika sesuatu yang baru diperkenalkan ia mungkin

tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka”

(Dr Chia Oai Peng, 2002)

Melihat kepada petikan di atas, pelajar umpamanya merupakan makhluk yang bertabiat.

Kehidupan harian sudah cukup rumit dan mereka tidak perlu menilaikan semua kemungkinan

bagi ratusan keputusan yang perlu dibuat seharian. Untuk menangani kerumitan ini, pelajar dan

sesiapa sahaja bergantung pada tabiat atau tindak balas yang telah diprogramkan. Tetapi apabila

menghadapi perubahan, kekerapan bertindak balas dalam cara yang kita biasa lakukan akan

menjadi suatu punca untuk enggan berubah contohnya takut. Apabila dasar kerajaan diubah,

pelajar mula rasa khuatir dan merasakan mata pelajaran yang selama ini sukar difahami akan

lebih tidak difahami walhal perkara ini mungkin tidak akan berlaku.

(b) Keselamatan

Mereka yang memerlukan keselamatan tinggi berkemungkinan besar menentang

perubahan kerana ia mempunyai ancaman terhadap perasaan keselamatan mereka.

(c) Faktor-faktor ekonomi


Selain itu, individu yang menentang dasar ini mungkin beranggapan mereka mungkin

terjejas ekoran perubahan yang dijalankan. Sebagai contoh, pelajar Cina yang sejak kecil

diterapkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris merasakan perubahan dasar ini tidak

menguntungkan mereka. Pencapaian akademik dan peluang pekerjaan mereka adalah baik dan

pendidikan yang dijalankan selama ini adalah yang terbaik bagi mereka. Jadi perlukah perubahan

ini dijalankan?.

(d) Ketakutan pada yang tidak dikenali

Bagi pelajar Melayu terutamanya, perasaan takut kepada perubahan ini berlaku apabila

pelajar-pelajar yang selama ini didedahkan sejak kecil berbahasa Melayu perlu memahami

sesuatu yang dianggap ganjil. Mereka merasakan mereka mungkin akan lebih ketinggalan di

dalam mengikuti pengajaran yang di ajar dan ini mewujudkan penentangan. Selain itu, ada

sesetengah orang yang merasakan kita tidak seharusnya merubah dasar pendidikan kerana ini

akan menjatuhkan maruah bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa pengantar di

pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

(e) Pemprosesan maklumat secara selektif

Bukan itu sahaja, pelajar dan individu yang terlibat membentuk jawapan kepada dasar

kerajaan melalui persepsi mereka sendiri. Sekiranya faktor-faktor lain yang diterangkan di atas

menjadi antara pendorong kepada pemilihan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa

Malaysia. Pelajar dan individu bersalah kerana memproses maklumat secara pilihan, semata-

mata untuk memastikan persepsi mereka tidak berubah. Mereka hanya mendengar apa yang

mereka hendak dengar. Mereka mengabaikan maklumat yang bercanggah dengan yang telah

mereka bentuk.
Tentangan Organisasi

Organisasi secara semula jadi adalah konservatif. Mereka secara aktif menentang

sebarang bentuk perubahan. Mereka tetap akan meneruskan apa yang dilakukan selama ini tanpa

menghiraukan adakah mereka perlu berubah seperti yang kita lihat penentangan cauvinis Cina

menerusi pertubuhan-pertubuhan Cina yang menentang dasar kerajaan. Fenomena ini jelas

terbukti, di antaranya adalah enam punca tentangan organisasi untuk mengubah (Robbins dan

Coulter, 1999).

a) Inersia struktur

Organisasi merupakan mekanisme-mekanisme yang sedia ada untuk menghasilkan

kestabilan. Mereka yang diambil bekerja oleh organisasi dipilih mengikut kesesuaian. Kemudian

mereka akan dibentuk dan diarahkan untuk bersikap dalam cara-cara tertentu. Semasa sesebuah

organisasi menghadapi perubahan, inersia struktur ini bertindak sebagai penghalang untuk

mengekalkan kestabilan.

b) Fokus perubahan yang terhad

Organisasi pendidikan terdiri daripada sebilangan subsistem yang saling bergantungan.

Sekiranya hanya pendidikan sains dan matematik di ajar di dalam Bahasa Inggeris sedangkan

mata pelajaran yang lain di ajar di dalam Bahasa Malaysia, kejanggalan akan timbul seperti yang

berlaku di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Ini kerana Bahasa Inggeris itu

sendiri bukan sesuatu yang diguna pakai secara keseluruhan. Kenapa bahasa Inggeris ini tidak

dilaksanakan kepada bahagian-bahagian lain? Kenapa guru-guru lain tidak perlu mengajar di

dalam Bahasa Inggeris? Persoalan-persoalan seperti ini mempengaruhi persepsi dan fokus

perubahan yang ingin dilaksanakan.


c) Inersia kumpulan

Walaupun pelajar ingin mengubah sikap mereka, norma-norma kumpulan mungkin

bertindak sebagai penghalang. Seperti yang kita tahu, pelajar mungkin inginkan perubahan

pendidikan beralih kepada sesuatu yang menguntungkan mereka, namun jikalau ada sesetengah

kumpulan yang mewakili mereka menentang, mereka akan tersepit di antara masalah tersebut.

d) Ancaman pada kepakaran

Perubahan dalam corak organisasi mungkin mengancam kepakaran kumpulan-kumpulan

terkhusus. Sebagai contoh, jika ada 10 orang guru pakar sains dan matematik, tidak semua

daripada mereka mempunyai kefasihan menerangkan mata pelajaran yang diajar menggunakan

Bahasa Inggeris. Status mereka mungkin terjejas hanya kerana perubahan yang dijalankan oleh

kerajaan ini.

e) Ancaman pada perhubungan-perhubungan kuasa yang terbina

Sebarang pengagihan semula kuasa membuat keputusan boleh mengancam perhubungan

kuasa yang telah lama terbina dalam institusi pendidikan tersebut. Pengenalan kepada

penglibatan dalam membuat keputusan atau kumpulan-kumpulan kerja yang diuruskan sendiri

merupakan perubahan yang sering dianggap sebagai ancaman oleh guru-guru yang terlibat

f) Ancaman pada pengagihan-pengagihan sumber yang terbina

Kumpulan-kumpulan dalam organisasi yang mengawal sumber yang banyak sering

menganggap perubahan sebagai ancaman seperti organisasi yang mengawal sektor ekonomi

negara. Mereka cenderung berasa puas hati dengan cara yang sedia ada kerana ia merupakan
yang terbaik bagi mereka. Mereka berasa terancam oleh perubahan yang mungkin

mempengaruhi pengagihan masa depan.

Mengatasi Tentangan Untuk Berubah

Memandangkan wujudnya tentangan sama ada dari individu mahupun organisasi, maka

satu cara yang berkesan mesti disediakan supaya tentangan-tentangan tidak terus berlaku.

Menurut Robbins dan Coulter (1999), di antara enam taktik yang boleh digunakan oleh agen-

agen perubahan untuk menangani keengganan untuk berubah.

a) Pendidikan dan motivasi

Tentangan boleh dikurangkan melalui komunikasi dengan individu yang terlibat di dalam

institusi pendidikan untuk menolong mereka melihat logik perubahan. Taktik yang pada asasnya

menganggap punca keengganan terletak pada komunikasi yang lemah dan pemberian maklumat

yang silap. Jika pelajar-pelajar, guru dan masyarakat menerima fakta yang penuh dan

menyelesaikan ketidak sefahaman tersebut, komunikasi boleh dicapai melalui perbincangan

secara perseorangan, memo, persembahan berkumpulan atau laporan.

b) Penglibatan

Adalah sukar bagi manusia untuk tidak menerima keputusan untuk berubah sekiranya

mereka terlibat secara langsung. Sebelum melakukan perubahan tersebut, mereka yang

membantah boleh dibawa bersama dalam proses membuat keputusan. Andaikan mereka yang

terlibat mempunyai kepakaran untuk menyumbang secara bermakna, penglibatan mereka boleh

mengurangkan keengganan mendapat komitmen dan meningkatkan kualiti keputusan.

c) Kelengkapan dan sokongan


Agen-agen perubahan boleh menawarkan suatu rangkaian usaha-usaha sokongan untuk

mengurangkan keengganan. Apabila pelajar umpamanya takut dan risau, kursus-kursus

brainstroming adalah antara langkah yang sewajarnya dilaksanakan dan mungkin juga

melaksanakan perubahan peringkat demi peringkat. Mungkin dengan menggunakan 20% Bahasa

Inggeris 80% Bahasa Malaysia dan sehinggalah kepada tahap 100% Bahasa Inggeris.

d) Perundingan

Satu lagi taktik bagi agen–agen perubahan menangani tentangan untuk berubah ialah

menukar suatu yang bernilai sehingga mengurangkan keengganan itu. Contohnya, jika tentangan

itu tertumpu pada beberapa individu yang berkuasa, satu pakej penghargaan yang tertentu boleh

dirundingkan yang akan menepati kehendak individu mereka. Rundingan sebagai suatu kaedah

bagi suatu punca yang berkuasa besar.

e) Manipulasi

Manipulasi merujuk kepada percubaan menukar pengaruh. Pemesongan fakta untuk

menjadikannya lebih menarik tanpa mengandungi maklumat yang tidak diingini dan membuat

khabar angin yang palsu untuk mendapatkan persetujuan individu seperti pelajar dan badan-

badan luar adalah contoh manipulasi. Kooptasi pula berbentuk manipulasi dan penglibatan. Ia

cuba menghasut ketua-ketua kumpulan yang menentang dengan memberi mereka tugas utama

dalam membuat keputusan perubahan. Kedua-dua manipulasi dan kooptasi secara relatifnya

tidak mahal dan merupakan cara yang mudah untuk memperoleh sokongan daripada pihak

pembangkang, tetapi taktik ini boleh gagal jika sasaran sedar bahawa mereka tertipu atau

diperalatkan.

f) Paksaan
Taktik terakhir ialah penyalahgunaan kuasa oleh pihak atasan seperti kerajaan

menggunakan kuasa eksekutif secara langsung atau kuasa ke atas mereka yang enggan berubah.

Langkah ini merupakan langkah terakhir yang mungkin dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya

masih wujud penentangan daripada pertubuhan-pertubuhan Cina seperti dari Persatuan Lembaga

Pengurusan Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Guru Sekolah Cina.

Strategi Untuk Mengurus Perubahan Organisasi

Model Tiga Langkah Lewin merupakan kaedah yang popular untuk menangani

perubahan dalam organisasi.

“Perubahan yang berjaya dalam organisasi seharusnya mengikut tiga langkah:

mencairkan status semasa, peralihan ke situasi baru dan membekukan semula perubahan baru

untuk menjadikannya tetap,” Kurt Lewin.


Aplikasi Model PESTEL Dalam Salah Satu Lembangan Saliran

Pengurusan lembangan saliran bersepadu (IRBM) yang telah ditubuhkan di Malaysia

merupakan suatu proses penyelarasan dalam pemeliharaan, pengurusan dan pembangunan

sumber air, tanah dan sumber-sumber yang saling berkait antara satu sama lain di mana ianya

juga turut melibatkan semua sektor yang terdapat dalam sesebuah lembangan saliran itu (Jabatan

Pengairan Dan Saliran Negeri Perak). Penubuhan IRBM ini bertujuan untuk memaksimumkan

faedah sosio-ekonomi bagi sumber bumi terutamanya sumber air dan sekaligus pada masa yang

sama mampu mengekalkan keharmornian bersama. Pembangunan mapan terhadap pengurusan

lembangan saliran ini merupadan suatu isu pengurusan yang sangat mencabar (C.A. Brebia dan

K.L Katsifarakis, 2007). Oleh sebab itu, bagi menjayakan lagi pengurusan lembangan saliran

yang lebih bersepadu, pengaplikasian model Pestel ini telah dijadikan sebagai titik permulaan

dalam sistem saliran ini.

Aplikasi model Pestel ini telah banyak digunakan buat masa sekarang lebih-lebih lagi

dalam bidang perniagaan dan syarikat-syarikat besar. Tidak dilupakan juga dalam pengurusan

lembangan saliran di Sabah. Rangka kerja yang terdapat dalam model pestel ini boleh digunakan

untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan trend masa hadapan dalam politik, ekonomi,

sosial, teknologi, alam sekitar dan persekitaran undang-undang. Model pastel ini menyediakan

senarai komprehensif yang memberikan pengaruh terhadap sesuatu kerja/ projek sama ada ianya

berkemungkinan berjaya ataupun gagal (Li Zhu dan Dan Xu, 2010)

Sesebuah perusahaan/ organisasi itu mempunyai jalan kerja atau strategi yang menjadi

keperluan asas dalam menentukan kedudukan yang strategik di mana ianya akan mengenal pasti
kesan ke atas strategi persekitaran luaran, keupayaan strategik dalam sumber dan kecekapan

organisasi serta harapan dan pengaruh pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang tersebut

(Gerry, Kevan dan Richar, 2008). Selain daripada itu juga, model pastel ini akan dapat

membantu dalam memahami kedudukan strategik sesebuah organisasi dalam persekitaran makro.

Apabila sesebuah organisasi itu membuat keputusan untuk memulakan sesuatu projek

pembangunan dan pengurusan dalam sesuatu lembangan saliran itu, persekitaran makro kawasan

itu perlulah di analisis terlebih dahulu. Menurut Tuntutan Tsiakkiros 2002, perubahan yang

radikal dan berterusan yang berlaku dalam masyarakat itu akan mewujudkan persekitaran yang

tidak menentu dan ianya memberikan impak kepad fungsi keseluruhan organisasi pengurusan itu.

Dalam menganalisis persekitaran makro itu, adalah penting bagi organisasi pengurusan itu untuk

mengenal pasti terlebih dahulu faktor-faktor dan seterusnya menjelaskan beberapa

pembolehubah penting yang mungkin boleh mempengaruhi sesebuah organisasi itu (Kotter dan

Schlesinger, 1991) dalam pengurusan lembangan saliran.

Rajah 1 : Unsur-unsur Utama Aplikasi Model PESTEL.


Di dalam model pastel ini, ianya dikategorikan kepada enam jenis unsur utama yang menjadi

asas dalam rangka kerja pembangunan iaitu politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan

undang-undang. Rangka kerja mengkategorikan pengaruh politik, ekonomi, sosial dan teknologi

merupakan elemen penting dalam model “PEST”. Kadang-kadang, kedua-dua faktor tambahan

iaitu alam sekitar dan undang-undang akan digunapakai untuk menjalankan analisis PESTEL

(Byars, 1991 : Cooper, 2000).

Dalam faktor, isu-isu politik perlulah relevan dengan pengurusan lembangan saliran yang

terdapat di Malaysia. Isu politik yang di ungkitkan perlulah berkait rapat dengan pengurusan

lembangan saliran secara langsung mahupun tidak langsung. Tambahan pula, jika dilihat pada

fenomena pada masa sekarang, kegiatan perindustrian yang dijalankan di negara-negara maju ini

telah menjejaskan lembangan saliran yang ada. Ini memerlukan kerjasama antara pihak kerajaan

dan bukan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Menurut Brown 2005, pentadbiran politik yang perlahan akan menjadi penghalang kepada

pelaksanaan pengurusan saliran yang baik. Dalam pengurusan sesuatu berkenaan dengan sumber

air ini, terdapat halangan yang terpaksa dihadapai. Antara halangannya ialah, kos, ketidakpastian

dalam pencapaian, perubahan dalam piawaian, tanggungjawab, kekurangan pembiayaan/ dana

dan insentif dan sebagainya ( Allison 2008). Ini bermakna, pengurusan lembangan saliran ini

memerlukan campur tangan politik sebagai penguat kepada pengurusan ini (Sharifah et. All,

2013).

Selain itu, keadaan ekonomi juga dipengaruhi oleh dasar-dasar kerajaan. Kedua-duanya saling

barkaitan kerana dua elemen ini secara tidak sengajanya boleh mempengaruhi daya alam sekitar

yang lain terutamanya dalam sumber air. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi sering kali dianggap
sebagai salah satu indikator dalam menjayakan pembangunan sesebuah negara itu ( Tri Widodo,

2009). Pencemaran ke atas lembangan saliran seperti sungai mampu menjejaskan ekonomi

sesebuah negara termasuk juga pendapatan individu itu sendiri.

Sungai merupakan mata pencarian bagi nelayan-nelayan. Sebagai contohnya, pada tahun 2007,

Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km itu di dapati telah tercemar dan ini telah menyebabkan

nelayan tidak dapat menangkap ikan. Hasil yang didapati juga semakin berkurang. Selain itu

juga, pencemaran sungai Kinabatangan ini juga telah menjejaskan aktiviti perlancongan kerana

sungai juga merupakan salah satu aset penting bagi sektor itu (Mstar.com, 2007). Ini sekaligus

mempengaruhi dalam kehidupan sosial manusia.

Teknologi adalah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengurusan lembangan

saliran sebagaimana ianya sebagai penggerak dalam pengurusan yang lebih bersepadu. Antara

teknologi yang telah dibangunkan untuk memajukan sistem pengurusan lembangan saliran di

Malaysia ialah dengan penubuhan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar

(REDAC). Ini merupakan memorandum persefahaman yang telah ditandatangani pada 1Oktober

1999 di antara USM dan JPS. Tujuannya adalah untuk menjalinkan kerjasama pintar untuk

membangunkan teknologi yang terkini dalam pengurusan lembangan saliran terutamanya di

Malaysia yang mengambilkira pengurusan sungai, saliran bandar, kejuruteraan hidrologi dan

beberapa lagi. Ini adalah bagi kesenangan pengurusan bandar yang lebih sistematik dan

mentransformasikan kualiti kehidupan penduduk di bandar (Nor Azazi, 2007).

Dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) , strateginya adalah membina kerjasama

dengan kerajaan untuk mencapai pembangunan yang mapan dalam pengurusan lembangan

saliran seperti pengawalan punca air larian, pengurusan dalam pelupusan sisa buangan,
peningkatan kualiti sumber air, pengurangan fenomena banjir dan banyak lagi. Pendekatan

teknologi seperti ini mampu untuk meningkatkan pengurusan dalam lembangan saliran (sumber :

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar). Di samping itu juga, menurut Nor

Azazi 2007, terdapat juga satu konsep sistem saliran jangka panjang iaitu Sistem Saliran Bandar

Mapan (SUDS) di mana ianya mengambil kira faktor-faktor alam sekitar dan juga sosial.

Pengurusan saliran yang berperingkat ini mampu untuk menggalakkan pengurusan air yang lebih

efisien dan sistematik.

Pengurusan lembangan saliran juga dititikberatkan dalam pemuliharaan dan pengurusan alam

sekitar (Manual Kualiti NRE, 2009). Di dalam sungai, terdapatnya komponen-komponen alam

sekitar yang hidup iaitu abiotik dan biotik yang berinteraksi antara satu sama lain bagi

menyempurnakan kitaran kehidupan sungai (Melati, 2008). Apabila berlakunya gangguan ke atas

interaksi antara komponen-komponen ini, ianya akan menyebabkan ekosistem saliran itu

menjadi tidak seimbang dan menjejaskan fungsinya (Soylu 2003). Salah satu hidupan penting

dalam saliran sungai ialah fitoplankton. Ianya penting sebagai makanan kepada habitat yang

hidup di dalam air seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya untuk keperluan gizi pada saat

awal kehidupan larva ikan (Myrna, 2012). Jika terdapatnya gangguan ke atas saliran sungai,

maka ianya akan mengganggu keseluruhan kitaran habitat di dalam sungai itu. Maka ianya juga

akan turut mengganggu dalam pengurusan lembangan saliran secara amnya.

Undang-undang merupakan salah satu langkah penting yang dititikberatkan dalam mengatasi

masalah pengurusan lembangan saliran di Malaysia. Isu pengurusan lembangan saliran seperti

sungai menjadi satu isu yang penting sejak belakangan ini. Salah satu langkah yang digunapakai

ialah langkah perundangan di mana langkah ini melibatkan penggunaan polisi dan perundangan
dalam pengurusan saliran. Antaranya ialah seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta

Kerajaan Tempatan 1976, Akta Perancangan Bandar Dan Desa dan banyak lagi (Haliza, 2007).

Penggunaan model PESTEL dalam pengurusan lembangan saliran ini mempunyai

kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah penggunaan model ini adalah sangat mudah dan

ianya hanya mengambil kira kos masa untuk melaksanakannya. Selain itu, penggunaan aplikasi

model ini dapat menggalakkan pembangunan pemikiran yang lebih matang dan strategik.

Melalui kaedah ini, sesebuah organisasi pengurusan itu boleh memberikan idea terhadap

pengurusan lembangan saliran yang lebih baik. Di samping itu, sesebuah organisasi pengurusan

itu dapat melihat peluang yang berguna dan memanfaatkannya untuk kemajuan dalam

pengurusan lembangan saliran.

Secara keseluruhannya, dalam pengurusan lembangan saliran di Malaysia, terutamanya

Sabah, pengaplikasian terhadap penggunaan model Pestel ini mampu mengubah pengurusan

lembangan ke arah pengurusan yang lebih sistematik dan teratur serta efisien. Penggunaan model

Pestel ini bukan sahaja mudah, malah mampu mengubah pandangan masyarakat bagaimana

pengurusan saliran dapat diuruskan dengan baik dan cekap. Penekanan ke atas politik, ekonomi,

alam sekitar, teknologi moden, alam sekitar dan undang-undang dalam pengurusan lembangan

saliran ini akan mampu mentransformasikan kaedah pengurusan lembangan saliran kepada yang

lebih matang lagi.


RUJUKAN

Allison H. Roy .( 2008). Impediments And Solutions To Sustainable, Watershed-Scale Urban

Storm Water Management: Lesson From Australia And The United States. Journal

Environmental Management 42:344-359

Brown. R . (2005). Impediments To Integrated Urban Storm Water Management : The Need For

Institutional Reform. Journal Environmental Management 36(3):455-468.

Byars, L. (1991). Strategic Management, Formulation And Implementation : Concepts And

Cases, New York: Harpercollins

C.A. Brebia Dan K.L Katsifarakis. (2007). Management Of Natural Resources Sustainable

Development And Ecological Hazards. Institute Of Technology Press, 2007.

Cooper, L. (2000) Strategic Marketing Planning For Radically New Products, Journal Of

Marketing, Vol. 64 Issue 1, Pp.1-15.

Gerry, J., Kevan, S., & Richard, W. (2008). Exploring Corporate Strategy: Text & Cases (8th

Ed.).England: Financial Times Prentice Hall Imprint.

Haliza Abdul Rahman (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-

9 September 2007, Dibentangkan Di Persidangan Geografi 2007, Anjuran UPSI.

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak. Http://Www.Jpsperak.Gov.My /Web/Page

/Home.Aspx / Diakses Pada 28 November 2013.


Kotter, J. Dan Schlesinger, L. (1991) . Choosing Strategies For Change, Harvard Business

Review. Muka Surat 24-29.

Li Zhu Dan Dan Xu. (2010). Marketing Strategic Change In Expansion Of Disneyland: Cases

Study Of Disneyland’s Overseas Expansion In Shanghai.Jonkoping International Business

School. JÖNKÖPING UNIVERSITY.

Manual Kualiti NRE. KELUARAN 5 OGOS 2009 (Http://Www.Nre.Gov.My/).

Melati Ferianita Et. All. (2008). Komposisi Dan Model Kemelimpahan Fitoplankton Di Perairan

Sungai Ciliwung, Jakarta. Jurusanteknik Lingkungan, Universitas Trisakti (USAKTI), Jakarta

11440 .ISSN: 1412-033X ,Volume 9, Nomor 4 Oktober 2008, Halaman: 296-300 .

Mstar.Com.(2007).Http://Mstar.Com.My/Berita/Cerita.Asp?File=/2007/9/21/TERKINI/Mutakhir

/Sungai_Kedua_Terpanjang_Di_Msia_Diancam_Pencemaran&Sec=Mstar_Berita / Diakses Pada

28 November 2013.

Myrna Budi Resmawati Et. All.(2012). Pengaruh Pemberian Pupuk Cair Limbah Ikan Lemuru

(Sardinella Sp.) Terhadap Kepadatan Populasi Spirulina Platensis.Fakultas Perikanan Dan

Kelautan, Universitas Airlangga Kampus C Mulyorejo, Surabaya, Indonesia. Journal Of Marine

And Coastal Science, 1(1), 22 – 33, 2012.

Nor Azazi Zakaria. ( 2007). Sistem Saliran Bandar Mapan Penyelesaian Banjir Kilat,

Pencemaran Sungai Dan Kekurangan Air Untuk Kesejahteraan Sejagat. Universiti Sains

Malaysia. Pulau Pinang.


Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC). Manual Saliran Mesra

Alam (MSMA). Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Sharifah Meryam Shareh Musa Et. All. (2013). Faktor Polisi Dan Tindakan Pengurusan Banjir

Dalam Mempengaruhi Keberkesanan Pelaksanaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). In:

Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran Di

Alam Melayu, 6-7 Mei 2013, Provinsi Riau, Indonesia

Soylu E.N., Dan A. Gönülol. (2003). Phytoplankton And Seasonal Variations Of The River Ye

Ilırmak, Amasya, Turkey. Turkish Journal Of Fisheries And Aquatic Sciences 3: 17-24.

Tri Widodo W. Utomo.( 2009). Keseimbangan Kepentingan Ekonomis Dan Ekologis Dalam

Menunjang Kebijakan Pembangunan Berkelanjutan (Sustainable Development).Fakultas

Ekonomi Dan Bisnis, Universitas Gadjah Mada.

Tsiakkiros A. (2002). "Strategic Planning And Education: The Case Of Cyprus", The

International Journal Of Educational Management Bradford 2002

You might also like