Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

4.3.

2 SELOKA
4.3.2.1 Pengenalan
4.3.2.2 Fungsi Seloka
4.3.2.3 Mengalunkan Seloka
4.3.2.4 Kesesuaian Bahan Rangsangan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Seloka
Menggunakan Pelbagai Media Termasuk TMK

4.3.2.1 PENGENALAN

Definisi :
 Menurut Kamus Dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka,
dll)
 Perkataan/ istilah ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.
 Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir.
 B.Simorangkir menjelaskan bahawa seloka merupakan peribahasa atau pepatah yang di
dalamnya diberi sampiran.
 Hooykaas menjelaskan bahawa Seloka adalah pantun yang didalamnya ibarat mengandungi
kisah-kisah dan berisi unsur nasihat.

 Isinya membawa maksud sindiran yg selalunya merupakan kritikan sosial, ejekan, gurauan atau
berjenaka.
 Membongkar dan mengkritik kepincangan dalam masyarakat,
 boleh dimanfaatkan untuk tujuan yang kurang serius seperti usik-mengusik sesama taulan.
 karangan berangkap atau bahasa berirama,
 seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
 Walaupun bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran
dan teladan kepada pembaca.
 Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan
memakai bentuk pantun atau syair.
 Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi
berkenaan.

Bentuk / Keterangan :
 Bentuk puisi lama /puisi melayu bebas , puisi paling tua dalam kesusasteraan melayu
 ditulis secara berangkap-berangkap , tidak tetap rangkapnya
 tidak tetap jumlah perkataan sebaris dan sama ada berima atau tidak (bunyi Rima akhir adalah
tidak tetap)
 Bilangan baris seloka juga tidak tetap malah tidak terhad.
 Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan
 Seloka tidak mempunyai pembayang

Ciri-ciri Seloka

 Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas
 Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
 Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap
 Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
 Digunakan untuk menyindir sambil mengajar
 Seloka mempuyai 2 bentuk iaitu : terikat dan bebas.
 Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung.
 Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).
 Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
 Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
 Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

GAYA BAHASA

a. Diksi

Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus
memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. Personifikasi

Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang
memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. Simile

Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak
(tidak boleh dihitung)
d. Metafora

Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak,
umpama, ibarat, dan sebagainya.

e. Asonansi

Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris seloka.

Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam Seloka Pak Kadok.


Sauh dilabuh bayu berpupuk.

f. Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris seloka.

g. Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

h. Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa
yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia

Jenis-jenis Seloka

 · Seloka gurau senda


 · Seloka nasihat
 · Seloka pendidikan
 · Seloka sindiran

Contoh seloka bentuk gurau senda : Contoh seloka bentuk nasihat :

Jika hendak kamu melamar,


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan banyak tulis dihapus,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Jika siswa rajin belajar,
Benda yang baik tak payah diuji,
Sudah tentu pasti lulus.
Akan terserlah akhlak terpuji.
Jika kita pegang kuas,
Melukislah pada kertas, Sudahkah kita tanamkan iman,
Jika anak bangsa cerdas, Menutup aurat seluruh badan,
Bangsa pun berkualitas. Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
Hendaklah melempar jangkar,
Kalau ada perahu singgah, Kalau nak ikut nasihat ini,
Kalau anak bangsa pintar, Jangan bertangguh ubahlah diri,
Negeri ini akan bangga. Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Contoh seloka bentuk pendidikan : Contoh seloka bentuk sindiran :

Candu bungkus daun talas,


Anak ayam turun sepuluh, Makan dia mata bilas,
Mati satu tinggal sembilan, Mandi segan kerja malas,
Tuntulah ilmu dengan sungguh Harta orang hendak digalas.
sungguh,
Supaya engkau tidak ketinggalan. Apa guna pergi ke pasar,
Kalau tidak bawa keranjang,
Anak ayam turun sembilan, Apa guna berkereta besar,
Mati satu tinggal delapan, Kalau hutang keliling pinggang.
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
Tapi jangan sampai putus harapan. Duduk di anjung makan kunci,
Sarung kunci tersangkut di bahu,
Anak ayam turun delapan, Muncung-muncung kononnya
Mati satu tinggal lah tujuh, benci,
Hidup harus penuh harapan, Tapi yang dibenci sikit tah tahu.
Jadikan itu jalan yang dituju.
Seloka Pak Kaduk

SELOKA PANDAI PAK PANDIR

Anak dipijak, dagang dijinjing;


Kucing dibunuh, tikus dibela;
harta habis, badan tergadai,
mendengar gelagak dagang,
tak sedar bertelanjang;
mendengar guruh di langit,
air tempayan dicurahkan.
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram!
Kilat memancar, hujan tak lalu,
awak juga berkecundangan!

MAKSUD

Baris 1 & 2

Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri, sebaliknya menyanjung orang
luar. Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya.

Baris 3, 4 & 5

Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. Sebagai
akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta, kecuali dirinya sendiri.

Baris 6 & 7

Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa
yang ada disia-siakannya.

Baris 8, 9, 10 & 11

Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata
manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir.

Baris 12-17

Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa, sebaliknya Pak Pandir sendirilah
yang rugi atau menerima akibatnya.

TEMA

Moral individu dan akibat sikap mengutamakan orang lain hingga merugikan diri dan keluarga.
Tema ini tentang orang bodoh menjadi makanan si cerdik kerana ia mudah tertipu dan terjebak.
PERSOALAN

1. Kerja yang sia-sia -melakukan kerja-kerja yang sia-sia bukan sahaja merugikan malah
membahayakan diri sendri
2. Kebodohan menyebabkan maruah tergadai -orang yang bodoh mudah ditipu dan menjadi
permainan orang yang mengambil kesempatan daripada kebodohan orang lain
3. Berfikir -fikir sebelum melakukan sesuatu kerja -kerja yang dibuat tanpa memikirkn hasil
dan kesannya akan memudaratkn diri sendri
4. Utamakn diri dan keluarga -waspada terhadap kehadiran orang asing dan jangan
melupakn keluarga sendri kerana orang lain

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA

1. Tujuh belas baris .


2. Tiga hingga patah sebaris .
3. Tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris .
4. Bentuknya bebas .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul ?u?)
8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan ?g?)

NILAI

1. Rasional. Contohnya ,berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.


2. Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.
3. Tolong-menolong. Contohnya, sikap dan nilai baik ini jika dilakukan pada perbuatan negatif
akan merugikan diri sendiri
4. Mulia hati. Contohnya, kemuliaan hati dan budi perlu disalurkan kepada orang yang sesuai

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.


2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti
3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan
merugikan diri sendiri.
4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana
di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.
5. Kita hendaklah teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya
berpura-pura baik di hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat

Pandangan terhadap seloka Pak Pandir.

Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat
yang negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka. Watak
Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan. Dikatakan juga
bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Berikut adalah sebahagian daripada
sifat-sifat negatif yang telah diutarakan:

1. Sikap mengutamakan orang lain. Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Pak Pandir
bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam
perkataan "anak dipijak". Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi
layanan baik sebagimana perkataan "dagang dijinjing".

2. Hartanya telah habis kerana tergadai. Contohnya ayat“hartanya habis tergadai”. Gambaran ini
menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang yang
boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Malah kemungkinan yang
lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang berjudi selalunya
melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan
kepada pihak yang menang.

3. Tak sedar kelemahan diri sendiri. Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir
sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang
terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian.
Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan
yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

4. Terlalu mendengar kata pihak lain. Cepat terpengaruh dengan orang lain. Contohnya ayat
“Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.

5. Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain. Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”,
“Buntut kena cangkuk onak”.

6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat “Awak juga
berkecundangan”
7. Tidak memberi faedah kepada orang lain. Contohnya ayat “ Gelagak rambutan jantan”

8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya ayat “Kilat


memancar hujan tak jadi”.

Gambaran masyarakat.

Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada
masyarakat melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan
harian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang
perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.

Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan
kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.

Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat
kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat
kaya.

Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu
betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka
tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.

Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas
berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain.

Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas
dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada
pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.

Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi
tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya
mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin
menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.

Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya
secara bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya
mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-
apa hasil.
SELOKA SI LUNCAI
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…
Ada rumah tiada dijaga
Ada anak tidak dilatih
Ada ternakan tidak dibela
Ada kebun tidak ditanam
Ada cerdik tiada selidik
Ada belajar kepalang ajar
Ada mengaji tiada mengkaji
Ada masa tiada kuasa
Ada kuat tiada buat
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya

Maksud:
Si Luncai ada segalanya sebagai insan yang boleh berjaya dengan cemerlang dalam hidup, tetapi
bersifat malas, tidak menjaga anak dengan baik, harta tidak diusahakan dengan baik, kecerdikan
tidak dipakai ke jalan yang baik, ada belajar mencari ilmu tapi bertindak tidak menggunakan otak.
Akhirnya, Si Luncai gagal dalam hidup.

Rangkap: 1 rangkap
• Baris: 12 baris
• Patah Perkataan: 2-5 patah perkataan
• Suku kata: 6-13
• Rima: berbentuk bebas dan tidak terikat

Tema:
tentang sikap negartif yang ada pada watak Si Luncai. Si Luncai mempunyai perangai tidak mahu
berusaha dalam hidup dan berkait dengan orang Melayu pada masa kini yang tidak mahu berusaha
untuk maju dalam hidup.

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,


Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Maksud

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabishabisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak
berkayu.
Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan
padi yang ditanamnya tidak menjadi.

Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
• Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
• Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
• Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
• Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.

Gaya Bahasa
1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4. AnaforaAnak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan
2. Nilai bertanggungjawab.
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3. Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

Pengajaran
1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya
pembaziran.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
Maksud :
Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya
menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila
balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut.
Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk
membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk
hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun
bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah
sendiri.

Tema dan Persoalan


Tema seloka ini ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan
sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. Persoalan-persoalan lain seloka ini ialah: kebodohan
merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari
kebolehan diri sendiri, watak dungu masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang
belum tentu benarnya, dan utamakanlah anggota keluarga sendiri sebelum memberi layanan
istemewa kepada orang lain.

Nilai dan Pengajaran


i. Janganlah kita melakukan perkara yang sia-sia.

ii. Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri diketepikan.

iii. Amalkan sikap waras dalam kehidupan.

iv. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

v. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang tidak kita kenali.

4.3.2.2 FUNGSI SELOKA

1. Pengajaran
2. Hiburan
3. Kisah Kemasyarakatan
4. Kiasan/alogari/perbandingan
5. kebudayaan masyarakat.
 Fungsi seloka amat terbatas.
 Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu
masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
 Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik
sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu
sasaran.
 Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.
 Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak
seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran
dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
 Puisi seloka oleh orang Melayu digunakan untuk mengkritik semua kelakuan negatif anggota
masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan dari individu yang bersangkutan.
 Selain itu, fungsi dari seloka adalah sebagai panduan atau pengajaran bagi anggota
masyarakatnya.

4.3.2.3 MENGALUNKAN SELOKA

Bagaimana pempersembahkan (apresiasi) Seloka

Sama seperti puisi tradisional lain, seloka juga boleh dilafazkan atau pun dilagukan. Namun
sebaiknya seloka dilagukan demi memenuhi tuntutan konsep seloka yang bererti puisi lirik yang
mengandungi irama atau lagu.

Jika pelajar memilih untuk melafazkan seloka beberapa panduan mudah boleh dipraktiskan.

1) Fahami dan hayati setiap patah perkataan.

2) Cuba praktis membunyikan perkataan berkenaan dengan jelas dan mengikut nada yang sesuai.

3) Gunakan cermin untuk melihat gerak wajah (permainan mata, bibir, mulut, kening) yang
bersesuaian dengan kata-kata yang dilafazkan.

4) Timbulkan unsur menyindir dan lucu bila menyebut perkataan atau ayat berkenaan.

5) Hayati patah kata/ frasa atau ayat. Rasai nada ucapan kata berkenaan dan lontarkan suara
mengikut memik muka lucu-menyindir.
6) Pernah seorang professor sastera/ puisi memberitahu bahawa cara paling sesuai melafazkan
seloka ialah dengan cara menyebut perkataan sambil memuncungkan bibir serta membeliak/
menjulingkan mata (sepertimana mimik muka orang yang sedang mengumpat/ menyindir).

7) Bila menyebut patah kata, ada kata yang perlu diucapkan dengan laju, keras, nyaring; ada pula
yang lembut, lambat dan perlahan. Oleh itu pelbagaikan tekanan suara dan kelajuan patah
perkataan.

Jika pelajar memilih untuk melagukan seloka pula, beberapa perkara perlu dipertimbangkan ;

1) Nada atau irama yang sesuai adalah irama yang rancak/ cepat.

2) Seloka tidak sesuai dialunkan dengan irama perlahan mendayu. Ini kerana, seloka bersifat lucu-
menyindir. Hendak menyindir atau mengata orang tidak boleh lambat-lambat (nanti kepala benjol !).
Lafazkan cepat-cepat, lepas itu angkat kaki (selamatkan diri!).

3) Mungkin agak sesuai jika iramanya ada unsur irama Hindustan atau pengaruh melodi India,
sesuai dengan asal kedatangannya dari peradaban Sanskrit Hindu.

4) Pelajar sebenarnya bebas untuk melagukan seloka mengikut kesesuaian irama dan mesej yang
hendak disampaikan (asalkan berirama rancak !).

5) Pelajar boleh mendengar contoh lagu seloka yang dimuatkan dalam CD Puisi Tradisional terbitan
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD Puisi Tradisional yang
diusahakan oleh Iladam (Budayawan Melaka) yang dikeluarkan oleh Yayasan Kesenian Negeri
Melaka atau hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like