Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Pengenalan Asal usul Bahasa Melayu agak kabur.

Hal ini
disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrit tentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah. Bukti-bukti
ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong, Sungai
Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan beliung di Utara Tanah
Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah, perhubungan dan perjalanan di
serata dunia. Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu" tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu"
merujuk kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami
hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa terdapat bukti-
bukti penggunaan perkataan "Melayu" pada kurun ketujuh Masihi. Definisi Dari Segi Etimologi
Etimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan. Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataan
Mo-lo-yeu. Bukti penemuan; Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M. Catatan Rahib
Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M. Catatannya mengatakan bahawa
Bahasa Melayu digunakan di Palembang. Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan
Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu. Kerajaan Melaka
menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang
dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China. Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi,
Sumatera, sempena sebatang sungai dipanggil "Sungai Melayu" Salasilah Bahasa Melayu Dalam
kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara
istilah-istilah yang perlu difahami ialah: Filum à Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.
Rumpun à Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun. Keluarga à Kelompok bahasa seusia
kurang daripada 2500 tahun. Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata,
bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau
subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu. sebagai contoh; Golongan Bahasa
Sumatera Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut Jawa Sunda,
Madura,Jawa. Filipina Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu Bahasa Asonesia ialah rumpun
bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris. Bahasa Austris terdiri dari,
àAustronesia àAustroasia àTibet – China

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

You might also like