Professional Documents
Culture Documents
Laporan Dokumentasi Majlis Persaraan Puan Teh Pheck Tann
Laporan Dokumentasi Majlis Persaraan Puan Teh Pheck Tann
Laporan Dokumentasi Majlis Persaraan Puan Teh Pheck Tann
TARIKH
MASA
TEMPAT
ANJURAN
DENGAN KERJASAMA
HARI : Khamis
AKTIVITI :
Pada hari Khamis, 22 September 2016 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Sri Damai
telah mengadakan majlis persaraan Puan Teh Pheck Tann .Sambutan tersebut
diadakan di Dewan Perhimpunan dan Kuala Lumpur Golf Club Centre. Majlis diadakan
di dua tempat kerana majlis persaraan diadakan di dewan sekolah manakala majlis
makan tengahari diadakan di Kuala Lumpur Golf Centre.
Semua murid dan guru telah berkumpul di sepanjang koridor menuju ke dewan
pada jam 10.00 pagi. Majlis sambutan kedatangan Puan Teh Pheck Tann dengan
iringan muzik serta persembahan silat. Majlis dimulakan dengan penuh gimik oleh
Puan Noriah Bt Mohamed dengan kerjasama guru-guru dan staf. Ucapan pembukaan
majlis oleh Penyelaras Badan Kebajikan Guru dan staf iaitu Encik Mansor diikuti oleh
ucapan dari Guru Besar SK Sri Damai iaitu Puan Noriah Binti Mohamed dan mantan
guru besar SK Sri Damai iaitu Encik Khairul. Seterusnya majlis diiteruskan dengan
ucapan oleh wakil murid. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan
nyanyian oleh murid tahun 6 dan nyanyian solo oleh Puan Nurhidayu.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari Puan Teh Pheck Tann dan
sebagai penghargaan kepada beliau, beliau dipakaikan dengan selempang jasa mu
dikenang. Selesai ucapan dari beliau, majlis disembahkan dengan tayangan multimedia
khas untuk Puan Teh Pheck Tann. Sekali lagi majlis diserikan dengan persembahan
nyanyian dari guru-guru dan staf. Majlis kemuncak adalah upacara bersalam-salaman,
pemberian hadiah kepada Puan Teh Pheck Tann oleh murid-murid mengikut kelas dan
sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Pada jam 1.30 tengah hari, majlis bersurai dengan lambaian kasih oleh guru-
guru dan murid-murid. Majlis makan tengah hari diteruskan pada pukul 2.00 sehingga
4.00 petang di Kuala Lumpur Golf Centre. Para guru dan staf berarak dan konvoi
menaiki kereta mengiringi Puan Teh ke Kuala Lumpur Golf Centre. Majlis makan
tengah hari dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Asnawi dan pemberian hadiah
kepada Puan Teh Pheck Tann oleh guru-guru. Makan tengah hari di hidang dengan
penuh eklusif dan semua menikmati makanan dengan penuh selera. Majlis ini selesai
selepas makan tengah hari.
KEKUATAN :
1. Program berjalan dengan lancar dan teratur mengikut tetapan masa yang telah
dirancang.
KELEMAHAN :
1. Murid mula membuat bising ketika kemuncak majlis dan tidak dikawal oleh
pengawas.
CADANGAN :
............................................................... ………………………………….
……………………………………………..