Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

027 BAHASA CINA PENULISAN

MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN

Kod Mata Pelajaran : 027


Markah Penuh : 50 Markah
Masa : 1 jam 15 minit

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN

1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.

2. Dikehendaki menjawab semua soalan dalam ketiga-tiga bahagian.

3. Bagi Bahagian C, pilih satu soalan sahaja.

Bahasa Cina Penulisan 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


PRESTASI TERPERINCI

BAHAGIAN A

Calon dikehendaki memperkenalkan buah jambu batu berdasarkan gambar dan


maklumat yang diberi. Calon perlu menulis dalam satu perenggan untuk
memperkenalkannya dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 40 patah
perkataan.

Bahasa Cina Penulisan 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Respons calon menepati kehendak soalan. Tiada kesalahan tatabahasa. Calon dapat
memperkenalkan buah jambu batu berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi
dan menulisnya dalam satu perenggan.
考生能根据所提供的资料,以完整、通顺的句子,用字正确并有连贯地表达出来。

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang baik ini menepati kehendak soalan dengan menghuraikan ciri-ciri buah
jambu batu. Huraian calon ringkas dan tepat.
考生能根据所提供的资料,以完整、简洁的句子表达出来。

Bahasa Cina Penulisan 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Respons yang dikemukakan oleh calon menunjukkan kesalahan dalam struktur ayat
iaitu penggunaan kosa kata yang bertindih “价格” dan “价廉物美” (harga).
考生无法根据所提供的资料,以完整的句子书写段落。考生无法了解“价廉物美”的含义。

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Jawapan calon kurang menfokuskan ciri-ciri buah jambu batu. Pemulaan tugasan
ditulis dengan isi yang tidak diperlukan, iaitu memperkenalkan buah-buahan tempatan
yang lain seperti durian, pisang, dan mangga.
文章没有以单刀直入的方式写出重点。文章的开头是多余的,内容略有赘句,遣词用句也
欠 准 确 。

Bahasa Cina Penulisan 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


BAHAGIAN B

Berdasarkan gambar yang diberi, calon dikehendaki memberi respons dan tindakan
yang akan diambil setelah mendengar permintaan rakannya yang ingin menyalin
jawapan di buku latihannya.

Bahasa Cina Penulisan 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya mengemukakan jawapan yang tepat dengan menggunakan ayat yang
gramatis dengan kosa kata yang tepat dan struktur ayat yang betul. Jawapan yang
diberikan memenuhi kehendak soalan.
文章的内容符合题意、扼要简明、条理清楚,四平八稳地说明他这么做的原因。

Bahasa Cina Penulisan 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon dapat mengemukakan jawapan cemerlang dengan memberi idea yang bernas
dengan sistematik dengan menghuraikan sebab-sebab tidak meminjam buku latihan
kepada rakannya. Selain itu, penggunaan kosa kata yang meluas dan pelbagai dengan
penggunaan simpulan bahasa dan kata adjektif yang sesuai dan tepat.
文章的内容符合题意、充实及有条理,语言通顺,遣词用字准确多样化。

Bahasa Cina Penulisan 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Jawapan calon pada peringkat ini tidak mematuhi kehendak soalan. Isi jawapan kurang
eksplisit seperti terus menolak permintaan rakannya kerana huraian sebab-sebab
menolak permintaan kurang jelas. Isi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan
menjejaskan penyampaiannya.
文章的篇幅略长,但内容主次不分,没有根据题目要求作答。考生的文章内容欠具体,偏
向于描述次要内容。

Bahasa Cina Penulisan 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Respons ini menunjukkan calon tidak menjawab soalan dengan tepat. Isi jawapan calon
tidak mencukupi kerana tidak menceritakan cara-cara untuk membantu rakannya.
Huraian calon tidak memuaskan dan juga terdapat kesalahan tulisan yang agak banyak.
考生没有直接回答题目,也没有具体地写出内容。内容没有加以扩充,一笔带过,点到为
止。

Bahasa Cina Penulisan 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


BAHAGIAN C

Soalan C1

(一)我爱吃妈妈做的菜

Calon dikehendaki menulis karangan yang bertajuk “Saya Suka Makan Masakan Ibu”.

Bahasa Cina Penulisan 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Bahasa Cina Penulisan 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Calon menunjukkan kematangan dari segi pemikiran. Jawapan yang dikemukakan oleh
calon mempunyai pengolahan idea yang baik dan gaya penyampaian yang kreatif.
Isi karangan calon padat, logik dan eksplisit.
文章的内容有创意、具体,遣词用字准确,布局前呼后应。

Bahasa Cina Penulisan 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Bahasa Cina Penulisan 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Jawapan calon pada peringkat ini menepati kehendak soalan. Isi kandungan calon
berjaya menghuraikan kesukaannya terhadap masakan ibu.
考生能够表达出爱吃妈妈做的菜的原因,并且从中感受到妈妈做菜的用心与关爱。内容有
创意,遣词用字准确,布局前呼后应。

Bahasa Cina Penulisan 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Pada keseluruhannya, respon calon ini menepati kehendak soalan. Walau


bagaimanapun, isi kandungan kurang eksplisit kerana tidak menghuraikan sebab-
sebab suka masakan ibu. Huraian jawapan calon juga tidak mantap dan kurang
menarik.
文章平铺直叙,内容欠具体,没有具体描述为何喜爱妈妈做的菜。

Bahasa Cina Penulisan 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon menjawab dengan mengemukakan jawapan yang isi kandungan sederhana.


Penggunaan kosa kata kurang tepat contohnya kesilapan kata kerja “放进 masukkan”
(吃进 makan) dan kata nama“ 菜色 sayur-sayuran”(菜肴 masakan. Huraian
respons calon juga tidak mencukupi.
文章内容欠具体,遣词用句欠佳,无法带出为何喜爱吃妈妈做的菜的原因。

Bahasa Cina Penulisan 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan C2

(二)我最想要发明的东西

Calon dikehendaki menghuraikan benda yang ingin dicipta, sebab-sebab ingin mencipta
serta kegunaannya.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Bahasa Cina Penulisan 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh jawapan cemerlang ini menepati kehendak soalan. Isi kandungan kreatif dan
merentasi kurikulum kerana mencipta mesin fotosintesis yang membawa faedah
kepada manusia. Respons calon juga berunsur semangat patriotism dan cintai alam
sekitar.
考生能捉住题眼,成功地带出符合题目要求的文章,内容扎实、有创意,包含跨课程元素
及高尚的情操。

Bahasa Cina Penulisan 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Bahasa Cina Penulisan 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Berdasarkan contoh jawapan di atas, calon berjaya mencipta benda yang kreatif
berasaskan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
考生以旧有的经验,生动地描述了想要发明的东西。文章内容具有创意性,语言通顺,布
局有条不紊,所发明的东西符合学生的年龄层及实用性。

Bahasa Cina Penulisan 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon dapat menyampaikan pelbagai idea yang kreatif dengan mencipta beg sekolah
yang boleh terbang tetapi huraiannya kurang mantap kerana huraian benda yang
dicipta kurang jelas dalam pengggunaan dan kebaikannya.
文章内容符合题意,惟欠缺具体的描述。若内容能加以扩充,将会是一篇更好的文章。

Bahasa Cina Penulisan 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon memahami kehendak tugasan soalan tetapi isi kandungan kurang dan tidak
eksplisit dari segi huraian penggunaan benda yang dicipta. Terdapat beberapa
kesilapan struktur ayat juga.
考生能够根据题意回答,但是内容欠缺,不能具体扩充要点。遣词用字尚可,符合一般要
求。

Bahasa Cina Penulisan 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA CALON

Bahagian A

1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.


2. Calon perlu mengenal pasti kehendak soalan dan menjawab soalan dengan tepat.
3. Calon tidak digalakkan mengembang isi dengan panjang lebar.
4. Tulisan calon haruslah kemas dan jelas.

Bahagian B

1. Calon hendaklah meneliti gambar rajah dan memahami kehendak soalan


kemudian memberi jawapan berdasarkan maklumat yang diberi.
2. Calon haruslah mencari kata kunci soalan dan membuat rangka karangan terlebih
dahulu.
3. Tulisan calon mestilah kemas dan jelas.

Bahagian C

1. Calon harus membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan.
2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan.
3. Gariskan kehendak soalan yang dibaca tadi, kemudian, pilih soalan yang boleh
dikuasai dengan baik.
4. Calon digalakkan membuat peta minda sebelum menjawab soalan.
5. Calon perlu menghuraikan idea dengan ayat yang gramatis, kosa kata, ejaan dan
tanda baca yang tepat.
6. Calon digalakkan banyak membaca untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa
dan memperluaskan pengetahuan.

Bahasa Cina Penulisan 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA GURU

1. Guru haruslah memastikan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.


2. Guru perlu mengajar murid tentang cara-cara menganalisis soalan.
3. Pengajaran penulisan harus merangkumi semua skop penulisan yang terdapat
dalam DSKP.
4. Guru perlu memberi penekanan yang tegas kepada murid untuk memahami
kehendak soalan, mencari kata kunci dan membuat rangka karangan atau peta
minda.
5. Penekanan terhadap teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema,
pendekatan proses membina karangan perlu bagi membantu murid meningkatkan
mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.
6. Guru harus mengaplikasikan kaedah sumbangsaran dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan.
7. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah
memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan
yang dihasilkan oleh murid.
8. Guru digalakkan memberi komen yang positif untuk membina keyakinan murid.
9. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi
contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.

Bahasa Cina Penulisan 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

You might also like