Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CATATAN HARIAN

NAMA : WONG SENG ZI


PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2016
KELAS : MATEMATIK
SEKOLAH : SJK (C) KEAT HWA (K)
TARIKH : 30.7.2018
MASA CATATAN
7.00 a.m  Tiba di sekolah
 Membuat persediaan dalam bilik maklumat
7.30 a.m  Membaca Jurnal sekolah 2017 untuk lebih
mendalami tentang sekolah
8.30 a.m  Berbincang dengan rakan bahawa kokurikulum yang
dipilih
9.30 a.m  Sarapan pagi
10.00 a.m  Waktu rehat
 Berjalan di sekitar sekolah
10.30 a.m  Menerima jadual waktu daripada PK1
 Berbincang dengan PK1
11.30 a.m  Perbincangan dengan rakan-rakan praktikum
12.30 p.m  Berjumpa dengan guru pembimbing dan berbincang
dengan beliau.
1.50 p.m  Balik

Pada pagi ini, saya telah membaca jurnal sekolah dan mengetahui aktiviti-aktiviti
yang amat menarik di sekolah ini. Sekolah ini sentiasa mempunyai aktiviti-aktiviti
yang menarik seperti hari guru, hari kanak-kanak dan sebagainya. Saya juga
mendapati PIBG sekolah ini amat memberi sokongan dari tenaga dan juga segi
kewangan. Sekolah ini juga mampunyai kumpulan “penyayang ibu bapa” yang
sentiasa sanggup berkorban masa dan tenaga untuk sekolah iaitu mengawal lalu
lintas sekolah, mencerita buku cerita pada waktu SSR dan sebagai aktiviti yang
memerlukan tenaga ibu bapa. Saya telah mempelajari sikap sanggup berkorban
daripada teladan yang diberi oleh ibu bapa.

Hari ini saya juga telah menerima jadual waktu yang saya hendak mengajar.
Saya akan mengambil 8 waktu seminggu iaitu 4 waktu matematik dan 4 waktu
bahasa cina. Saya hendaklah belajar untuk membahagikan masa untuk
menyiapkan rancangan pengajaran harian pada setiap dan banyak perkara yang
perlu saya belajar selepas ini. Saya juga berjumpa dengan guru pembimbing saya
untuk mendapatkan maklumat tentang pengajaran dan topik yang hendak saya
mengajar. Saya juga telah belajar beberapa teknik untuk mengawal kelas daripada
guru pembimbing saya. Selepas mendapat jadual waktu, saya berasa saya
mempunyai satu peranan yang penting iaitu mendidik murid-murid dengan ilmu
pengetahuan yang saya belajar.

You might also like