Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN DAN TATATERTIB

PERHATIAN
• Sila baca keseluruhan kandungan Peraturan dan Tatatertib
• Sila maklumkan, pihak Pentadbiran Ma'haad Tahfiz Al-Faqiha akan mengambil tindakan
berikut jika seseorang pelajar mengikari salah satu atau mana-mana Peraturan dan
Tatatertib:-
i. Untuk kesalahan pertama, ibu/bapa/penjaga akan dipanggil ke Ma'haad Tahfiz dan pelajar
tersebut akan diberi amaran bertulis pertama dan hukuman setimpal yang akan diputuskan
oleh pihak Pentadbiran dan akan dimaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga.

ii. Untuk kesalahan kali kedua, ibu/bapa/penjaga akan dipanggil ke Ma'haad Tahfiz danpelajar
tersebut akan diberi amaran bertulis kedua serta hukuman setimpal yangakan diputuskan
oleh pihak Pentadbiran dan akan dimaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga.

iii. Untuk kesalahan kali ketiga, pelajar tersebut akan disingkir dari pengajian di Ma'haad Tahfiz
dan tiada jenis rayuan yang akan dilayan oleh pihak Pentadbiran.
Untuk kesalahan bertanda (e), (f) dan (n) di bawah, pelajar yang mengingkarinya akan terus
disingkir serta merta tanpa sebarang jenis amaran atau rayuan.
Peraturan dan Tatatertib
a) Setiap pelajar mesti mengambil bahagian di dalam setiap program Ma'haad Tahfiz.
b) Setiap pelajar mesti menepati masa yang telah ditetapkan untuk segala urusan jadual
harian di Ma'haad Tahfiz.
c) Setiap pelajar dikehendaki makan secara berjemaah.
d) Pakaian para pelajar mengikut sunnah iaitu jubah atau kurta berwarna putih mestilah
dari atas buku lali manakala pakaian rasmi semasa waktu kelas adalah jubah putih
labuh, kopiah serta serban putih.
e) Tidak membawa ke Ma'haad Tahfiz serta dilarang menghisap rokok, menghisap
dadah,minum arak, menghidu gam atau apa-apa benda yang boleh mengkhayalkan.
f) Setiap pelajar dilarang keluar dari Ma'haad Tahfiz samada semasa waktu pengajian atau
sebaliknya tanpa keizinan mudir atau pihak pentadbiran.
g) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam Ma'haad Tahfiz.
h) Setiap pelajar yang disingkirkan atau diberhentikan tidak dibenarkan masuk ke dalam
asrama atau kawasan Ma'haad Tahfiz.
i) Setiap pelajar tidak dibenarkan menerima wang, hadiah atau benda dari sesiapa kecuali
dari keluarga sendiri.
j) Pemberian wang, hadiah atau makanan hendaklah diberikan kepada pelajar melalui
pihak Pentadbiran Ma'haad Tahfiz.
k) Dicegah dari melibatkan diri dalam politik, membentuk sebarang
pertubuhan,mengadakan tunjuk perasaan, menghalang manshah (kehendak ) Ma'haad
Tahfiz dan dari menyiarkan sebarang berita di akhbar, internet atau di dalam apa jenis
jua media cetak.
l) Tidak dibenarkan membawa majalah, akhbar, radio, kaset, video, kamera, telefon
bimbitdan kesemua jenis alat-alat muzik ke dalam Ma'haad Tahfiz.
m) Tidak dibenarkan menyimpan barang-barang merbahaya seperti pisau, parang,
besitajam, kapak atau apa-apa benda yang boleh diibaratkan sebagai alat yang
membahayakan.
n) Dilarang dan dicegah melakukan perkara-perkara yang mencela dan tidak
senonoh,melawan serta bergaduh dengan guru dan pelajar lain serta tidak melakukan
hubungan sejenis dan atau apa-apa perbuatan yang menghairahkan.
o) Setiap pelajar dilarang meminjam, mengambil serta menggunakan baran-barang
kepunyaan awam atau kepunyaan Ma'haad Tahfiz.
p) Pelajar yang gagal menghafal 8 juzuk dalam setahun dan tidak ada kesungguhan dalam
pengajian akan diberhentikan.
Dengan ini kami/saya telah membaca kandungan peraturan dan tatatertib dan faham akan
segala intipati serta implikasinya. Kami/saya bersetuju untuk mematuhinya tanpa kemusyhkilan
serta tentangan. Seterusnya kami/saya bersetuju bahawasanya jika pelajar mengingkari mana-
mana peraturan dan tatatertib tersebut di atas, maka tindakan disiplin seperti merotan atau
denda akan diambil oleh pihak Pentadbiran.

PELAJAR
Nama : .....……………………………………………………………………………………………..
No. Kad Pengenalan : .....……………………………………………………………………………………………..
Tarikh : .....……………………………………………………………………………………………..
Tandatangan : .....……………………………………………………………………………………………..

IBU/BAPA/PENJAGA
Nama : .....…………………………………..............................................................
No. Kad Pengenalan : .....……………………………………………………………………………………………..
Tarikh : .....……………………………………………………………………………………………..
Tandatangan : .....……………………………………………………………………………………………..

PENTADBIRAN MA'HAAD TAHFIZ AL-FAQIHA


Nama : .....……………………………………………………………………………………………..
Jawatan : .....……………………………………………………………………………………………..
Tarikh : .....……………………………………………………………………………………………..
Tandatangan : .....……………………………………………………………………………………………..

You might also like