Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN

British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis
Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya
menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd
Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-
negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula
campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen.
Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS

1. FAKTOR EKONOMI
 Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri
mengetin makanan)
 Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan
Perak negeri pengeluar utama.
2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
 Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku
Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
 Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
 Kegiatan pelanunan
3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
 Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka
bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
 Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.

Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada
pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang
dilantik oleh pihak Empayar British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran
negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islamdan juga adat resam orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri
Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja
Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan
oleh kerajaan British.
Faktor-faktor Campur Tangan British Di Tanah Melayu
Faktor Ekonomi
Merupakan faktor terpenting campur tangan kerana Britishmemerlukan bahan-bahan mentah kerana
ketika itu berlakunya revolusiindustri di Eropah. Ramai pedagang British telah menanam modal
dinegeri-negeri Melayu khususnya di kawasan perlombongan.
Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-kuasa Asing
Pada tahun 1870-an, kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jermandan Rusia bersaing untuk
mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikansebagai pembekal bahan-bahan mentah untuk tujuan
industri.
Masalah Di Tanah Melayu
Perang saudara antara pembesar dan sultan dalam merebut takhtadan kawasan selain daripada itu,
berlakunya pergaduhan antara Kongsigelap Cina (Ghee Hin dan Hai San) dan juga kegiatan
perlanunan di SelatMelaka.
Perubahan dalam kakitangan Pejabat Tanah Jajahan
Sebelum tahun 1871, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan danparti Liberal yang memerintah
England tidak bersimpati langsung denganrayuan-rayuan bagi kerajaan NNS campur tangan di Tanah
Melayu untukmemulihkan keamanan.

Tetapi selepas tahun 1871, telah berlaku perubahan dalam kakitanganPejabat Tanah Jajahan dan
kabinet British yang melahirkan sentimenimperialisme (dasar luar yang aktif serta amalan berkuasa
terus dalam tanah jajahan) di Britain.
Golongan ini telah menyokong dasar campur tangantersebut.Pada tahun 1870, Lord Kimberley
dilantik sebagai Setiausaha PejabatTanah Jajahan dan mengarahkan Sir Andrew Clarke untuk
melaporkanlangkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan British untukmemulihkan keamanan di
Tanah Melayu
Menjelang tahun 1870-an, dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu mulai berubah.
Kemajuan ekonomi dan perubahan politik di Britain telah mendorong perubahan sikap
Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada
dasar campur tangan. Pada bulan September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha
Pejabat Tanah Jajahan telah mengambil keputusan untuk mengubah dasar campur
tangan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu. Dasar campur tangan Inggeris telah
bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti
oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh
lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah menganggu gugat kepentingan tradisi
masyarakat tempatan dan segi politik, ekonomi, dan sosial. Faktor Ekonomi Menurut
Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak
Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin menguasai
sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar campur tangan
secara rasminya. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan
abad ke-19 telah mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat
membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari
pasaran terhadap “barangan siap” yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain.
Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat berikutan kemajuan dan
perkembangan industri mengetin makanan di Eropah. BijIh timah diperlukan dengan
banyak sekali sebagai bahan “anti karat” iaitu menyalur tin supaya tidak berkarat.
Longgokan bijih timah di Cornwall England yang semakin berkurangan dan tidak
bermutu telah meresahkan pihak Inggeris. Oleh sebab itulah Inggeris telah memulakan
campur tangannya untuk menguasai negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang
kaya dengan bijih timah yang berkualiti tinggi. Permintaan dan harga bijih timah yang
tinggi di Eropah telah menambah minat Inggeris untuk campur tangan Inggeris di negeri-
negeri tersebut. Campur tangan Inggeris juga berlaku atas desakan oleh golongan
saudagar-saudagar Cina dan Negeri-Negeri Selat yang meminta kerajaan campur
tangan bagi memulihkan keamanan di Negeri-negeri Melayu akibat berlakunya anarki
atau huru hara. Akibat huru hara ini mereka gagal untuk rnengeksploitasi keuntungan
kegiatan perdagangan dan pelaburan Inggeris di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh,
banyak pedagang dan syarikat milik British telah terlibat membuat pelaburan modal
yang besar bagi memajukan kawasan perlombongan terutamanya di Larut, Sungai
Ujong, Lukut dan Melaka. Mereka juga turut mendapatkan konsesi perlombongan
dengan bayaran yang cukup tinggi. Buktinya pada tahun 1861, Syarikat Paterson,
Simons and Company telah membayar sebanyak $33 500 bagi mendapatkan konsesi
perlombongan di Kuantan, Pahang. Pada tahun 1872, Syarikat Bijih Timah Sungai
Ujong membayar sebanyak $30 000 kepada Datuk Kelana untuk mendapatkan konsesi
perlombongan di Negeri Sembilan. Pada September 1873, Lord Kimberley iaitu
Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengarahkan Sir Andrew Clarke (Gabenor
baru bagi Negeri-negeri Selat yang baru) untuk mengkaji dan membuat laporan
mengenai keadaan yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh kerajaan Inggeris untuk melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-
negeri Melayu. Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Asing Pertengahan abad ke-19,
terdapat perlumbaan kuasa-kuasa barat untuk mencari tanah jajahan baru di Timur.
Ekoran dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah membawa kepada
wujudnya persaingan di antara kuasa-kuasa Eropah seperti Jerman, Perancis,
Sepanyol, Amerika Syarikat, Itali dan Rusia bagi mendapatkan bahan mentah dan
pasaran baru terhadap hasil pengeluaran industri mereka. Menjelang tahun 1870-an,
kebanyakan negara di Asia Tenggara telah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat kecuali
Siam dan Tanah Melayu. Ini telah menyebabkan negara Jerman, Rusia, Itali dan
Amerika menunggu peluang yang sesuai untuk bertapak di Tanah Melayu kerana
kekayaan hasil yang dimiliki. Kemungkinan kuasa-kuasa barat menjadikan masalah
anarki di Negeri-negeri Melayu sebagai alasan untuk campur tangan. Pembukaan
Terusan Suez pada tahun 1869 oleh Ferdinand de Lessep menghubungkan Laut
Mediterranean dan Laut Merah telah memendekkan jarak dan menjimatkan masa
perjalanan di antara Eropah dan Asia. Ini telah menggalakkan lagi kedatangan kuasa-
kuasa barat ke Timur untuk mendapatkan tanah jajahan. Kebimbangan Inggeris
semakin memuncak dengan kemunculan kuasa Jerman sebagai satu kuasa Eropah
yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck pada tahun 1871.
Kekuatan Jerman telah terbukti selepas berjaya menewaskan Perancis pada tahun
1872. Tambahan pula, minat dan peluang Jerman untuk meluaskan kuasa di Tanah
Melayu telah mula kelihatan seperti Jerman telah mengadakan rundingan dengan
Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Langkawi untuk dijadikan pangkalan tentera
laut. Sementara Tengku Kudin di Selangor pula cuba mendapatkan bantuan Jerman
untuk menamatkan Perang Kelang seandainya Inggeris enggan membantu. Pedagang-
pedagang Jerman di Singapura turut berminat untuk menanam modal di Negeri-negeri
Melayu. Kepentingan ekonomi Inggeris di Negeri-negeri Melayu akan terancam
sekiranya Jerman bertapak di Tanah Melayu. Kebimbangan ini memaksa Seymour
Clarke menghantar sepucuk surat kepada Lord Kimberley (Setiausaha Pejabat Tanah
Jajahan di London) pada 18 Julai 1873 memberitahu keadaan di Tanah Melayu dan
mendesak campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu dengan segera.
Sememangnya kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing telah menjadi sebab
yang mempercepatkan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pendapat ini disokong
oleh C.D. Cowan, Profesor John F. Cady, Emily Sadka, Harry Miller, J.M. Gullick dan
K.G. Tregonning. Mereka sependapat menyatakan sebab terpenting campur tangan
Inggeris di Tanah Melayu adalah berkaitan kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa
asing. Masalah Anarki di Negeri-Negeri Melayu Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an,
negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan
tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki atau huru hara seperti perebutan takhta
kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina, masalah perlanunan dan perang saudara
yang tidak terkawal. Di Perak telah berlaku kekacauan akibat perebutan takhta di antara
Raja Abdullah dan Sultan Ismail selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871.
Keadaan bertambah rumit apabila berlakunya pergaduhan Kongsi Gelap Cina Ghee Hin
dan Hai San yang telah membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II dan III (1861-
1874). Di Selangor pula berlakunya pertelingkahan di antara Raja Abdullah dan Raja
Mahadi (1867-1873) kerana merebut Daerah Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Sementara itu, di Sungai Ujong telah tercetus pergaduhan antara Datuk Kelana dan
Datuk Bandar berkaitan hak memunggut cukai di Sungai Linggi, Sungai Ujong. Keadaan
anarki yang berlaku ini telah menjejaskan aktiviti perdagangan di Negeri-negeri Selat,
mengancam keselamatan nyawa dan harta benda serta membantutkan pengeluaran
bijih timah. Syarikat-syarikat Inggeris di Negeri-negeri Melayu menanggung kerugian
kerana mereka telah banyak melabur modal sedangkan perniagaan tidak dapat
dijalankan. Justeru itu, saudagar-saudagar Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah
menghantar surat rayuan ke London, mendesak Kerajaan Inggeris supaya meluaskan
kekuasaannya di Negeri-negeri Melayu agar kepentingan mereka terus terpelihara.
Perubahan Kepimpinan di England Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai
pemerintahan di England dan bersikap “anti imperialisme”. Dasar ini penting bagi
memelihara hubungan baik dengan pemerintah tempatan serta mengelakkan terjadinya
peperangan yang akan menelan belanja yang besar. Selepas tahun 1871, kepimpinan
baru di England telah mencetuskan “idea imperialisme” bagi mengembangkan Empayar
Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu. Mereka. terdiri daripada Lord Kimberley
(Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan) Edward Knatchbull Hugessen (Setiausaha Rendah
Parlimen) dan Sir Robert Herbert (Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan).
Parti Konservatif telah menguasai parlimen Britain pada tahun 1873 menggantikan Parti
Liberal. Disraeli sebagai Perdana Menteri baru Britain sememangnya menyokong kuat
dasar imperialisme serta memberikan galakan positif ke arah campur tangan Inggeris di
Negeri-negeri Melayu demi memelihara kepentingàn mereka. Pada bulan September
1873, Sir Andrew Clarke, iaitu Gabenor baru Negeri-negeri Selat yang dilantik untuk
menggantikan Sir Harry Ord telah diarahkan oleh Lord Kimberley untuk campur tangan
di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan.
Peranan Sir Andrew Clarke Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew
Clarke telah ditugaskan untuk menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-
negeri Melayu pada November 1873. Beliau juga dikehendaki menyediakan satu
laporan lengkap tentang situasi Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-
langkah yang seharusnya diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan
serta memelihara kepentingan Inggeris di Negeri-negeri tersebut. Walau bagaimanapun,
Sir Andrew Clarke telah bertindak melebihi arahan yang diberikan oleh Lord Kimberley.
Atas inisiatif atau daya usaha sendiri, Clarke telah campur tangan di Perak pada Januari
1874 untuk menyelesaikan pertelingkahan politik yang berlaku tanpa mempedulikan
arahan Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London. Dengan itu, bermulalah campur
tangan Inggeris secara rasmi di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada
20 Januari 1874. Selepas itu Inggeris terlibat campur tangan di Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. Faktor Kemanusiaan Frank Swettenham menggunakan alasan
“tanggungjawab kemanusiaan” untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi
menamatkan kekacauan sebagai jaminan keselamatan nyawa dan harta benda.
Kerajaan Inggeris harus bertanggungjawab terhadap masalah di Negeri-negeri Melayu
selaras dengan dasar Pax Britannica iaitu mewujudkan keamanan dalam Empayar
Inggeris mulai tahun 1860-an. Justeru itu, kerajaan perlu bertindak membantu negeri-
negeri yang disalahtadbirkan. Walau bagaimanapun, faktor ini menimbulkan banyak
keraguan dari pelbagai pihak. Kemungkinan besar ianya hanya “helah” Inggeris untuk
campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Faktor-faktor lain yang boleh dihuraikan ialah
sebab penyebaran tamadun barat, penyebaran agama Kristian dan pembukaan terusan
Suez.
1. Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung dalam
pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2. Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka.Negeri-Negeri
Selat dibentuk pada tahun 1826.
3. Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-negeri
Melayu.
4. Peranan NNS:
a. Pelabuhan entrepot
b. Pelaburan modal
5. Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
a. Kekayaan hasil bumi
b. Revolusi perindustrian
c. Terusan Suez dan kapal wap
d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
e. Pertukaran kerajaan
f. Desakan pedagang

a. Kekayaan hasil bumi


- Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan arang batu
Bijih timah
- Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
- Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
- Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
- Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
Emas
- Ulu Tembeling ( Pahang)
b. Revolusi Perindustrian
- Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan dan tempat
untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
c. Terusan Suez dan kapal wap
- Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke Tanah Melayu
manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa perjalanan dan membawa mutan yang
lebih banyak
d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda telah meluaskan
pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.
e. Pertukaran kerajaan
-Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal
f. Desakan pedagang
- Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah menyebabkan
para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan melindungi kepentingan
pelaburan mereka.
- Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk mendesak
kerajaan British supaya campur tangan

1. Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung dalam
pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2. Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka. Negeri-
Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826.
3. Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-
negeri Melayu.
4. Peranan NNS:
a. Pelabuhan entrepot
b. Pelaburan modal
5. Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
a. Kekayaan hasil bumi
b. Revolusi perindustrian
c. Terusan Suez dan kapal wap
d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
e. Pertukaran kerajaan
f. Desakan pedagang

a. Kekayaan hasil bumi


- Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan arang batu
Bijih timah
- Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
- Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
- Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
- Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
Emas
- Ulu Tembeling ( Pahang)
b. Revolusi Perindustrian
- Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan dan tempat
untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
c. Terusan Suez dan kapal wap
- Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke Tanah Melayu
manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa perjalanan dan membawa mutan yang
lebih banyak
d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda telah meluaskan
pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.
e. Pertukaran kerajaan
-Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal
f. Desakan pedagang
- Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah menyebabkan
para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan melindungi kepentingan
pelaburan mereka.
- Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk mendesak
kerajaan British supaya campur tangan

You might also like