Bengkel Galak Guna

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bengkel Galak Guna Perpustakaan Awam

TAWAU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah
Tawau dengan kerjasama Perpustakaan Wilayah Tawau (PWT) telah menganjurkan
bengkel galak guna perpustakaan awam 28 oktober yang lalu.
Bengkel ini berlangsung selama sehari di auditorium Perpustakaan Wilayah
Tawau. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media
daerah Tawau telah menyertai bengkel ini.
Menurut Ketua Perpustakaan Wilayah Tawau, Puan Salmah Abd Razul, objektif
utama pelaksanaan bengkel ini ialah memberi pendedahan terutamanya tentang
peranan dan fungsi PWT serta menarik minat orang awam untuk datang ke
perpustakaan awam.
Taklimat Perpustakaan wilayah telah disampaikan oleh Puan Nursiah Padu,
manakala taklimat pendidikan pengguna oleh Puan Saharia Latif. Kedua-dua
penceramah ini merupakan pegawai perpustakaan wilayah Tawau. Semua peserta
telah dibawa melawat keseluruhan kawasan perpustakaan dalam slot ‘Library Tour’
yang dikendalikan Puan Fauziana Mohammad dan Encik Bujang.
Majlis perasmian penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Pegawai
Teknologi Pendidikan daerah Tawau, Encik Sulaiman bin Musi yang mewakili Pegawai
Pendidikan Daerah Tawau.

(Tamat)

Barisan peserta dan penceramah bengkel galak guna perpustakaan awam. Enam dari
kiri ialah Puan Salmah Fazul Rahman Ketua Perpustakaan Wilayah Tawau
Saharia menerangkan fungsi bahagian dalam slot library tour

Fauziana membawa peserta melawat bahagian-bahagian dalam perpustakaan


Hatta mencuba aplikasi OPAC yang ada dalam perkhidmatan perpustakaan awam
Sesi dialog bersama Ketua Perpustakaan Awam wilayah Tawau (Salmah) dan
kakitangannya Saharia, Fauziana, Nursiah dan Bujang.

You might also like