Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN KRIKET BAWAH 12 DAN 18 TAHUN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KEDAH


TAHUN 2018

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kriket sebagaimana yang ditetapkan
oleh Kelab Kriket Maryleborne, tertakluk kepada pindaan yang diluluskan dan Peraturan-Peraturan
Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

2. PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem liga.

3. SISTEM PERTANDINGAN
Bawah 12 Tahun DAN 18 Tahun :
Liga SATU Kumpulan

4. HAD MASA
4.1. Semua perlawanan mengandungi satu ‘innings’ bagi setiap pasukan dan setiap ‘innings’
dihadkan kepada:-
20 overs (6 ball) overs – (B12)
20 overs (6 ball) overs – (B18)

4.2. Dua permainan akan diadakan setiap hari di semua padang yang ditetapkan. Semua perlawanan
ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi ialah seperti berikut:-

Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun :


Untuk setiap permainan tempoh permainan ialah 3 jam.

Masa perlawanan ialah:-


Sesi Pertama : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
: 8.30 pagi hingga 11.30 pagi (JUMAAT)
Sesi Kedua : 2.00 petang hingga 5.00 petang.
: 3.00 petang hingga 6.00 petang. (JUMAAT)

4.3. Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, pengadil akan menyusun semula jumlah ‘overs’ bagi ‘innings’ kedua-dua pasukan.
Penyusunan ini hendaklah dibuat dengan mematuhi syarat bahawa bilangan ‘overs’ tidak kurang
daripada separuh (1/2) ‘overs’ yang asal. Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi maka perlawanan
berkenaan akan dianggap seri.

4.4. Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira sebagai
seri tanpa lawan dan tiap-tiap pasukan diberi satu (1) mata.

5. HAD SEKATAN
5.1. Seorang pembaling tidak boleh membaling lebih daripada:-

4 ‘overs’ di dalam satu ‘innings’ untuk 20 overs (6 ball perovers) permainan.

5.2. Had minimum membaling ialah 15 ‘overs’ pada satu jam dan Jawatankuasa Pengelola akan
mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.

5.3. Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menghabiskan satu ‘overs’ kerana sesuatu halangan
tertentu, baki ‘balls’ hendaklah dibaling oleh seorang pembaling yang lain. Baki ‘balls’ yang
berkenaan adalah dikira sebagai satu ‘overs’ kepada pembaling yang mengambil alihnya.

5.4. Sekiranya peraturan 4.3 dilaksanakan seorang pembaling tidak dibenarkan membaling ‘overs’
yang lebih jumlah ‘overs’ yang tidak boleh dibahagi dengan 5, maka hanya satu ‘overs’ setiap
pembaling boleh diberikan kepada bilangan pembaling minimum yang dibenarkan.

_________________________Peraturan Kriket MSS KEDAH 2018


(Contoh: Sekiranya satu ‘innings’ dikurangkan kepada 18 ‘overs’ maka tiga orang pembaling
boleh membaling sebanyak 4 ‘overs’ seorang dan pembaling-pembaling yang lain tidak boleh
membaling melebihi 3 ‘overs’ seorang).

5.5. Seorang pembaling tidak dibenarkan membuat balingan ‘underarm’.

6. KEPUTUSAN DAN PEMBERIAN MATA


6.1. Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan ‘overs’ yang dipersetujui, maka pasukan yang
mempunyai larian (runs) yang lebih banyak akan menjadi pemenang dalam sesuatu permainan.

6.2. Pasukan memukul (batting) kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya separuh ‘overs’
yang diperuntukkan atau semua pemukulnya ‘out’ sebelum sesuatu keputusan perlawanan boleh
dibuat.

6.3. Sekiranya pasukan memukul (batting) kedua sebelum menghabiskan ‘overs’ yang dipersetujui,
maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah:-

Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap ‘overs’ (Run Rate Per Over) yang lebih besar
dihitung tepat kepada dua tempat perpuluhan akan menjadi pemenang. Perhitungan kadar
larian setiap ‘over’ bagi pasukan memukul pertama akan dibuat berdasarkan kepada jumlah
‘overs’ yang telah ditetapkan.

6.4. Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 6.1 atau 6.2, maka kedua-dua
pasukan akan dianggap seri.

6.5. Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie), maka kedua-dua pasukan
akan dianggap seri.

6.6. Pasukan yang tidak bersedia memulakan sesuatu perlawanan 30 minit selepas masa yang
ditetapkan akan dianggap menarik diri dan menyerah kalah.

6.7. Pemberian mata:-

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

6.8. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira Johan setelah tamat pertandingan.

Setelah tamat sesuatu peringkat pertandingan jika terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah
mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-
Pasukan-pasukan yang mempunyai purata ‘net run rate’ yang lebih besar dalam
permainan-permainan kumpulan masing-masing dikira menang.
[‘Net run rate’ ialah :
1. Jumlah larian yang diperolehi satu pasukan dalam permainan pusingan dan
dibahagikan dengan jumlah overs yang dimainkan. NRR-‘for’.
2. Jumlah larian yang kena oleh satu pasukan dalam permainan pusingan dan
dibahagikan dengan jumlah overs yang kena. NRR-‘against’.
3. NRR-‘for’ – NRR-‘against’.]

(Dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan yang hampir)

Jika dua pasukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
Jika dua atau lebih pasukan masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

_________________________Peraturan Kriket MSS KEDAH 2018


7. PENDAFTARAN
Setiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 15 pemain. Senarai nama pemain dalam borang
tertentu hendaklah disampaikan kepada pegawai bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan
dijalankan.

8. MINUMAN
Dalam sesuatu ‘innings’, minuman boleh dibawa ke padang sekali sahaja. Jika cuaca terlalu panas
dengan arahan pengadil, minuman boleh dibawa dua kali ke padang dalam perlawanan ini.
Minuman hanya boleh dibawa selepas perlawanan berjalan lebih 60 minit atau selepas 10 overs
tamat.

9. LAPORAN MELANGGAR PERATURAN


9.1. Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola dalam
masa satu jam setelah tamat perlawanan mana-mana pemain yang melanggar peraturan atau
berkelakuan kurang sopan.

9.2. Pengadil-pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang terlibat bahawa ia akan melaporkan
kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

10. PENALTI
Mana-mana pasukan yang melanggar sebarang peraturan dalam pertandingan boleh digantung atau
disingkirkan daripada pertandingan, bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.

11. GELANGGANG
11.1. Boleh disapu dan digelek di antara ‘innings’ dalam masa 7 minit sahaja. (Ini tidak berkuat kuasa
jikalau “Matting Wicket’ digunakan).

11.2. Dalam permainan yang dijalankan di atas “Matting Wicket’ bola yang dibaling ke penghujung
tikar ataupun keluar adalah disifatkan sebagai ‘no ball’.

11.3. Semua bola yang terkeluar 2 kaki sebelum (Off Stump) adalah disifatkan sebagai ‘wide ball’.
Jika sekiranya bola melantun melepasi atau ke atas bahu pemukul yang berdiri di
tempat biasa ‘crease’ pengadil akan memanggil bola itu sebagai ‘no ball’.

11.4. Jika bola yang dibaling terus (full toss) melepasi paras pinggang pemukul, maka pengadil akan
memanggil balingan tersebut sebagai ‘no ball’.

11.5. Pengadil boleh memanggil ‘no ball’ bagi bola berikut:-


Lantunan lebih daripada dua (2) kali.
Bola yang meleret.
Bola yang dibaling berhenti serta-merta.

12. BANTAHAN
Sila Rujuk Peraturan Am MSSM

13. JURI RAYUAN


Sila Rujuk Peraturan Am MSSM

14. KUASA MUTLAK


Jawatankuasa Pengelola ialah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi memutuskan sesuatu
perselisihan atau perlanggaran undang-undang.

_________________________Peraturan Kriket MSS KEDAH 2018


15. PERATURAN TAMBAHAN

Bawah 18 Tahun : Liga satu pusingan.

Pasukan yang mendapat jumlah mata tertinggi ialah Johan dan pasukan yang mendapat jumlah mata
kedua tertinggi ialah Naib Johan. Dan begitulah seterusnya bagi pasukan yang mendapat jumlah
mata ketiga, keempat dan kelima tertinggi, akan mendapat kedudukan Ketiga, Keempat dan Kelima.

Disediakan oleh :
Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan (PTPS) Kriket
MSS Kedah
Tahun 2018

_________________________Peraturan Kriket MSS KEDAH 2018

You might also like