Teks Pengacara Majlis-Penutup

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teks Pengacara Majlis: Majlis Penutup Hari Persatuan Puteri Islam Zon Benut

Bil Note Announce


1 MOHON PERHATIAN
Para peserta dan jemputan dipersilakan mengambil tempat
masing-masing di dalam dewan. Mohon kerjasama para hadirin
untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mode senyap
sepanjang majlis ini berlangsung. Kurangkan pergerakan keluar
masuk dewan. Terima Kasih.
Hadirin juga diingatkan supaya bangun ketika tetamu masuk ke
dalam dewan.
2 VIP Masuk Mengumumkan ketibaan

------------------------------------------------
dan tetamu kehormat masuk ke dewan.

Hadirin dipersilakan berdiri.


3 NyanyianLagu Hadirin, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Johor
*check lagu ape ygade~ akan dinyanyikan.
***********************************************************
Hadirindipersilakanduduk.
4 BacaanDoa Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita
semua selaku insane kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari
bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan
dan hasrat dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Saudari ………………………………
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengansegala hormatnya mempersilakan.
********************************
Amin,aminYaRabbalAlamin..
Majlis merakamkan ucapan terima Kasih kepada

Saudari …………………………………………..
atas bacaan doa itu tadi.
5 Kata-kata Aluan Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulilahirabil a’lamin Wasolatuwasala mua’la asyrafil
ambiya ialmursalin,Wa’ala alihi wasohbihi ajmai’n.

YgBerbahagia------------------------------------------------

YgDihormatiSaudara-----------------------------------------

YgDihormatiSaudari

YgDihormatiSaudari

Barisan Guru Besar bagi sekolah-sekolah Zon Benut,


Ahli-ahli jawatan kuasa Hari Puteri Islam Zon Benut,
barisan guru-guru pengiring serta para peserta yang
dikasihi sekalian.

Sirih pinang di dalam puan,


Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan,
Selamat datang kami ucapkan,
Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.
@
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

MC 1&2 Selamat Datang Ke Majlis Penutup Hari Puteri Islam


Malaysia Peringkat Zon Benut.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1


Malaysia.
*******************************************************
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurniaNya dapatlah kita bersama-sama dalam
MajlisPerasmianPenutupan-----------------------------------------
6 Pendahuluan Untuk pengetahuan semua, Program Hari Puteri Islam
Malaysia yang berlangsung pada hari ini adalah dikelolalakn
oleh barisan-barisan guru di Zon Benut ini. Program ini
diadakan adalah bertujuan -----------------------. Antara
pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program hari
ini adalah dekorasi kek, jahitan, nasyid, hafazan, tilawah Al-
Quran dan pertandingan kawad kaki. Selain daripada itu,
program ini juga dapat memilih wakil-wakil yang layak untuk
bertanding mewakili Zon Benut di peringkat daerah Pontian.
7 Kata-kata ucapan Ketua Seterusnya,
Juri
Majlis dengan sukacita menjemput

YgDihormati-------------------------------------------------

Ketua juri -------------------------------


untuk menyampaikan ucapan aluan dan komen-komen
membina.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*******************************************
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kepada

------------------------------------------------,
atas ucapan aluan sebentar tadi.
8 Ucapan Perasmian Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Sekarang, tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis


Perasmian Penutupan Hari Puteri Islam Malaysia Zon Benut.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput & mempersilakan

YgBerbahagia----------------------------------------------------
untuk menyampaikan ucapan Perasmian Penutup Hari
Puteri Islam Malaysia peringkat Zon Benut.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*******************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada

YgBerbahagia---------------------------------------------------- atas
ucapan perasian itu tadi.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Denga takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

9 Majlis Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah Kini, tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu Acara
Penyampaian Hadiah & cenderahati.
(rujuk senarai nama
pemenang) Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput

Yg Berbahagia--------------------------

diiringi oleh --------------ke pentas bagi menyampaikan


hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*******************************************
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada
YgDihormati-------
atas kesudian menyampaian hadiah sebentar tadi.

10 Penutup Tahniah diucapkan kepada pemenang dan barisan penerima


hadiah. Kepada yang tidak bernasib baik, usah berputus
asa. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini
menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan
murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta
mengekalkan prestasi yang cemerlang untuk mewakili Benut
pula pada peringkat daerah pada 10 Mei nanti.

Hadirin sekalian,
Kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara,


Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Hari Puteri Islam Malaysia peringkat Zon Benut hampir


sampai ke penghujungnya.

Sebelum majlis berakhir, bagi pihak ahli Jawatankuasa


pelaksana Program Hari Puteri Islam Malaysia peringkat Zon
Benut ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan
dan ketidaksempurnaan sepanjang program ini berlangsung.
Setinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang &
kepada yg tidak berjaya cuba lagi di masa akan datang 

Madah diungkap santun bitara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah


Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita berpisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada.

Sebelum berpisah, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput para tetamu jemputan, guru-guru pengiring seta
para peserta untuk menjamu sedikit juadah yang telah
disediakan.

Sekian, terima kasih.

You might also like