Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

1.

0 Pengenalan

Keadaan politik dan ekonomi di barat telah mempengaruhi keadaan ekonomi dan politik

di Malaysia secara langsung mahupun tidak langsung. British dan Belanda adalah antara negara

yang paling memberikan impak terhadap keadaan politik dan ekonomi di Malaysia. Malaysia

pada waktu itu merangkumi Pulau Pinang, Singapura , Selangor , Negeri Sembilan, Perak dan

juga Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. British merupakan negara barat utama yang memberikan

kesan paling besar terhadap ekonomi dan politik Malaysia pada abad ke 19. Buktinya , Britian’s

emergence as the world premier economic and naval power in the nineteenth century had a

dramatic impact on Malaya and the Malays1.

Pihak barat telah memberikan nafas baru ataupun persekitaran yang baharu terhadap

keadaan ekonomi dan politik yang terdapat di Malaysia. Sewaktu berada di bawah kawalan pihak

barat Malaysia telah di adaptasikan dengan sistem politik dan ekonomi berdasarkan acuan barat

yang semestinya memberikan kelebihan kepada negara mereka. Malaysia telah mula mengalami

perubahan daripada sistem politik dan ekonomi yang tradisi kepada sistem politik dan ekonomi

Barat. Hal ini telah dinyatakan seperti by creating a new economic and political world, they

brought Malaya into a worldwide imperial system whichs the Malays came to share with people

from outside the archipelago. By the end of the nineteenth century, the Malays lived in a society

rule by cultural outsiders-The British.2

Kami telah bersetuju bahawa politik memainkan peranan yang amat penting dalam

mempengaruhi keadaan politik dan ekonomi di Malaysia. Buktinya , pada akhir abad ke 19,

1
Jim Barker . 1999 . Crossroads A Popular History of Malaysia Singapore . Singapore- Kuala Lumpur: Times
Book International . hlm . 79 .
2
Ibid .

1
kawalan politik yang di amalkan oleh Inggeris jelas memberi pengaruh ke atas kedudukan

ekonomi di tanah melayu. Walaubagaimanapun ekonomi barat turut menjadi pengaruh dominan

dalam politik dan ekonomi di Malaysia . Pengaruh dominan ini turut memberikan satu

transformasi yang besar terhadap negeri- negeri Malaysia . Dimana negeri yang memberikan

kelebihan ekonomi terhadap barat menjadi negeri yang paling awal menerima pengaruh pihak

barat. Proses transformasi berlaku di negeri – negeri melayu Pantai Barat akibat daripada

kegiatan ekonomi yang wujud di kawasan itu .3

Namun begitu politik menjadi aspek yang paling berpengaruh ke atas situasi yang berlaku

di Malaysia. Antara aspek politik barat yang memberi pengaruh terhadap Malaysia adalah sistem

residen , persaingan kuasa barat , perubahan udara politik barat ,dasar pemodenkan orang luar

ataupun white man burden, peperanganNapoleon iaitu antara Perancis dan Belanda. Manakala

pengaruh ekonomi barat di Malaysia pula ialah revolusi perindustrian, perkembangan kapal wap

, pembukaan terusan Suez, peningkatan perdagangan bebas dan agrikultur. Tetapi politik barat

tetap memberikan pengaruh terhadap ekonomi di Malaysia.

3
Khoo Kay Kim . 1984 . Negeri – Negeri Melayu Pantai Barat 1850- 1873 , Kesan Perkembangan Dagang
Terhadap Politik Melayu . Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd . hlm . 57 .

2
2.0 POLITIK

2.1 PARTI LIBERAL DAN PARTI KONSERVATIF

Pada kurun ke-19 iaitu pada penghujung tahun 1873 parti konservatif telah menewaskan

parti liberal. Parti baru ini dipimpin oleh Disraeli.4 Pemimpin parti konsevatif ini sangat agresif

untuk menguasai tanah jajahan. Khususnya di tanah melayu, hal ini kerana, pada ketika itu

Singapura telah maju. Malaysia menjadi tumpuan barat kerana ianya terdapat banyak kelebihan.

Salah satunya kerana ianya mempunyai bekalan bahan mentah dan kedudukannya yang strategi.

Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia berpotensi untuk dimajukan dan bakal memberikan

keuntungan yang besar terhadap pihak Barat. Keadaan politik barat iaitu daripada parti

konservatif inilah yang telah membawa perubahan kepada keadaan politik dan ekonomi di

Malaysia. Buktinya The actual change in policy took place when the Conservative Party

replaced the Liberal Party in the British Government. The conservative were amenable to

imperial expansions and the acquisition of new territories as source of raw materials for British

industrial expensions.5 Dorongan pemimpin parti konservatif ini telah membawa kepada

terjadinya penjelajahan dan penjajahan terutamanya kepada Malaysia. Mereka berasa negeri

melayu adalah sebuah negeri yang kaya jika pihak Inggeris tidak memilikinya ( Malaysia ),

mereka akan kehilangannya kepada kuasa lain.6

4
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 183 .
5
Jim Barker . 1999 . Crossroads A Popular History of Malaysia Singapore . Singapore- Kuala Lumpur: Times
Book International . hlm . 135.
6
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 182 .

3
2.2 DASAR CAMPURTANGAN INGGERIS

Pada penghujung bulan November 1873,telah berlaku penggubalan dasar dalam politik

barat, iaitu pengenalan kepada dasar campurtangan Inggeris. Lord Kimberly telah mengubah

sikap dengan menyokong dasar ini.7 Edward Knatchbull Huggesen selaku Setiausaha Rendah

Parlimen British yang baru di lantik juga menyokong dasar ini. Sejurus selepas itu, mereka telah

bersetuju dan mengarahkan Sir Andrew Clarke yang menggantikan Sir Harry Ord untuk

meninjau keadaan di Negeri-Negeri Selat. Clarke juga diarahkan untuk memberikan alasan

kepada pihak atasan tentang mengapa Inggeris perlu campurtangan. Keadaan politik di barat ini

sememangnya mempengaruhi keadaan politik dan ekonomi di Malaysia.

Berlakunya perubahan politik di barat seperti perlaksanaan dasar baru merupakan titik

tolak yang membawa perubahan yang besar terhadap suasana politik di Malaysia. Pelaksanaan

dasar baru ini telah menyebabkan mereka menghantar Sir Andrew Clarke untuk berada di

Malaysia bagi meninjau keadaan di Malaysia. Pelantikan Clarke sebagai gabenor di Negeri-

Negeri Selat yang baru8, menggantikan Sir Harry Ord turut mempercepatkan proses dalam

mencampuri pentadbiran di Malaysia. Hal ini kerana Clarke telah bertindak di luar arahan

kerajaan Britain apabila menandatangani Perjanjian Pangkor pada Januari 1874, iaitu kira-kira

dua bulan selepas Clarke di arahkan untuk menjalankan tugas meninjau di Malaysia.

7
Emerson Rupert . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur : University Of Malaya
Press . hlm . 127.
8
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 182 .

4
Secara umumnya telah diketahui bahawa pada Januari 1874 inilah merupakan titik tolak

permulaan campurtangan British di Malaysia. Ianya bermula dengan adanya Perjanjian Pangkor

yang terkandungnya persetujuan diantara kedua-dua belah pihak iaitu Sir Andrew Clarke dengan

Raja Abdullah.9 Perjanjian ini telah memberi peluang secara langsung kepada barat untuk mula

campurtangan di Malaysia. Ianya hanya kerana satu persetujuan, iaitu, Raja Abdullah bersetuju

untuk menerima seorang residen di ,negeri Perak. Terdapat dua alasan penting yang

menyebabkan Clarke campurtangan di Perak iaitu kerana keadaan anarki akibat perebutan takhta

pemerintahan dan dua pergaduhan kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San. Raja

Abdullah memihak kepada kumpulan Ghee Hin dan Ngah Ibrahim memihak kepada puak Hai

San. Pertelagahan telah berlaku antara kedua-dua kongsi gelap sehingga membawa kepada

peperangan.10

Pertolongan Clarke kepada Raja Abdullah meleraikan pertelingkahan ini dan mengiktiraf

Raja Abdullah sebagai raja muda hendaklah dipersetujui dengan menerima seorang residen

British sebagai penasihat dalam pentadbiran sebagai galang ganti. Di dalam hal ini, meskipun Sir

Andrew Clarke selaku gabenor baru telah bertindak melampaui tugas yang di arahkan dengan

menandatangani perjanjian iaitu bukan seperti kerajaan British melalui pejabat setiausaha tanah

jajahan berkehendakan iaitu hanya meninjau dan berikan alasan mengapa Inggeris perlu

campurtangan. Namun, tindakan drastik Clarke inilah yang telah menyebabkan proses

campurtangan British di Malaysia menjadi cepat.

Secara kronologinya, dapat dilihat secara jelas dan nyata bahawa keadaan politik di Barat

telah mempengaruhi perubahan keadaan politik dan ekonomi di Malaysia. Ianya bermula dengan

9
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The
Macmillan Press Ltd . hlm . 155.
10
Mohd Isa Othman . 2002 . Sejarah Malaysia ( 1800- 1963 ) .Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd . hlm . 53 .

5
keadaan politik di barat iaitu mereka telah mengusulkan Dasar Campurtangan, lalu ianya

disokong oleh Edward Knatchbull Hugessen selaku setiausaha rendah Parlimen British,

seterusnya mereka mengambil tindakan menghantar sir Andrew Clarke ke negeri melayu untuk

meninjau dan memberikan alasan mengapa Inggeris perlu camputangan di Malaysia,

penghantaran Clarke ini adalah sebagai langkah susulan daripada perlaksanaan dasar

campurtangan yang telah disokong. Tindakan Clarke mengambil langkah menandatangani

perjanjian mempercepatkan proses campurtangan sekalipun ianya bukan diatas permintaan pihak

pemerintahan British. Campurtangan ini mempengaruhi perubahan keadaan politik dan ekonomi

di Tanah Melayu.

Rentetan daripada keadaan politik di barat ini telah memberi peluang secara lansung

kepada British untuk mereka mula campurtangan bukan hanya dari segi politik dengan

menempatkan seorang residen disetiap negeri malah dalam masa yang sama British juga mula

menapak memulakan langkah campurtangan ke atas ekonomi Malaysia. Pembesar dan raja di

ikat untuk mendengar segala nasihat Residen.11 Hal ini kerana, keadaan ekonomi di barat

mendesak British untuk keluar mencari tapak dan kawasan baru yang mempunyai potensi dan

bahan untuk menampung keperluan dan permintaan ekonomi di barat. Campurtangan dalam

bidang politik ternyata memberi banyak kelebihan kerana dalam masa yang sama mereka mula

memonopoli ekonomi di Malaysia.

2.3 PERANG NAPOLEON

Pada tahun 1793, berlaku peperangan antara Britain dan Perancis. Belanda dan Perancis

menandatangani Perjanjian The Hague pada tahun 1795 yang memaksa Belanda memihak

11
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 186 .

6
kepada Perancis dalam Perang Napoleon itu.12 Namun, Raja Belanda melarikan diri ke England

dan menandatangani perjanjian dengan Raja England yang memberi hak kepada Britain untuk

mengambil alih buat sementara waktu tanah jajahan Belanda di Seberang Laut. Tujuannya

adalah untuk menyekat tanah jajahan itu daripada jatuh kepada Perancis.

Setelah Perang Napoleon tamat pada tahun 1815, pihak Inggeris bersetuju untuk

menyerahkan semula wilayah-wilayah Belanda seperti Melaka, Jawa dan Maluku yang telah

diberikan kepada Inggeris untuk ditadbirkan. Ianya berlaku setelah kejatuhan kerajaan napoleon

buktinya seperti petikan yang terdapat dalam buku Imperialisme in South east Asia iaitu “France

had lost an overseas empire and its Napoleonic empire in Europe had been overthrown”.13

Namun demikian, Raffles yang mempunyai sikap anti-Belanda dan setelah memikirkan

kepentingan Inggeris di Nusantara amat kecewa dengan langkah ini. Beliau pulang ke London

dan cuba mempengaruhi SHTI ( Syarikat India Timur ) supaya membentuk rangkaian stesen di

Aceh , Selat Sunda , Kepulauan Riau dan Barat Borneo. Matlamatnya adalah untuk memajukan

perdagangan dan melindungi kapal-kapal syarikat di Kepulauan Melayu. Raffles berharap

Belanda mengambil sikap lebih liberal dalam urusan perdagangan. Namun SHTI tidak berminat

dengan rancangan beliau. Apabila Stamford Raffles kembali ke Bangkahulu sebagai Leftenan

Gabenor , beliau berusaha menyekat perkembangan Belanda di Selatan Sumatera. Raffles telah

ke Calcutta untuk mempengaruhi Lord Hastings untuk menyingkirkan Belanda dari Sumatera

namun beliau gagal.14 Hal ini disebabkan Hastings tidak mahu Raffles bertelingkah dengan pihak

Belanda.

12
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, E. et al. 1992.Malaysia Warisan dan
Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puataka. hlm. 76.
13
Nicholas Tarling . 2001 . Imperialism in Southeast Asia . New York : Taylor & Francis Group . hlm .114 .
14
Ibid . hlm .78.

7
Setelah itu , Raffles telah meminta bantuan sahabat lamanya iaitu Kolonel William

Farquhar. Pada tahun 1818 , Farquhar telah diberi tugas untuk berunding dengan pihak berkuasa

Riau. Rundingan itu gagal kerana residen yang telah diletakkan di Riau oleh Belanda telah

mendakwa bahawa Belanda mempunyai hak ke atas keseluruhan tanah jajahan kesultanan

tersebut. Farquhar telah mencadangkan Pulau Karimun sebagai tempat baru untuk perdagangan

kepada Raffles tetapi didapati kurang sesuai kerana berbatu. Raffles berpendapat Singapura

mempunyai banyak kelebihan dari segi bekalan untuk kapal-kapal , pelabuhan semula jadi dan

kedudukannya di pintu Selatan Selat Melaka.

Pada 28 Januari 1818 , Raffles dan Farquhar sampai di Singapura. Ketika itu pihak

Belanda tiada di situ. Oleh kerana pada waktu itu terdapat masalah takhta di Riau-Lingga selepas

kemangkatan Sultan Mahmud III pada tahun 1812 , Raffles telah mengambil peluang itu untuk

mengesahkan pertapakan Inggeris di Singapura. Perebutan takhta antara dua putera Sultan

Mahmud III iaitu Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman berlaku disebabkan Tengku

Abdul Rahman yang bongsu telah dilantik sebagai sultan kerana ketika kemangkatan

ayahandanya Tengku Hussain berada di Pahang. Farquhar telah mempengaruhi Temenggung

untuk melantik Tengku Hussain sebagai sultan. Temenggung kemudiannya menghantar utusan

ke Riau untuk membawa Tengku Hussain ke Singapura.

Pada 30 Januari 1819, Temenggung dan Raffles telah membuat perjanjian membenarkan

SHTI membina pos perdagangan.15 Temenggung berjanji tidak akan membuat perjanjian dengan

kuasa lain dan sebagai balasan Temenggung akan mendapat $ 3 ribu. Pada 6 Febuari 1819 ,

Tengku Hussain , Temenggung Abdul Rahman dan Raffles telah menandatangani satu perjanjian

yang mengiktiraf Tengku Hussain sebagai Sultan Hussain Muhammad Syah. Baginda juga di

15
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. hlm. 21.

8
kenali sebagai ‘Yang Dipertuan Selat’. Kemudian Raffles telah melantik Farquhar sebagai

residen yang bertanggungjawab kepada beliau sebagai Leftenan Gabenor Bangkahulu.

Pendudukan Inggeris di Singapura telah menimbulkan bantahan Belanda. Gabenor

Melaka telah menghantar bantahan kepada Gabenor Pulau Pinang. Belanda mendakwa

Singapura sebagai sebahagian Kesultanan Riau-Lingga. Oleh kerana bimbang di serang oleh

Melaka, Farquhar telah meminta bantuan dari Pulau Pinang namun Bannerman yang menjadi

Gabenor Pulau Pinang enggan memberi bantuan dan meminta Farquhar meninggalkan

Singapura. Di Calcutta , Raffles telah mendapat sokongan daripada beberapa kalangan termasuk

akhbar dan Gabenor General Hastings. Hastings telah mengarahkan Bannerman memberi

bantuan kepada Singapura . Setelah itu Bannerman segera mengirimkan 200 orang askar India

dan sejumlah wang. Seramai 500 orang askar India dari Bangkahulu turut dihantar ke Singapura.

Inggeris dan Belanda telah bermusuhan antara satu sama lain selama lebih 200 tahun.

Persaingan yang berlaku di antara Inggeris dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menarik

perhatian pegawai-pegawai tinggi di Eropah untuk menyelesaikannya di meja rundingan.

Apabila peperangan Napoleon hampir sampai ke penghujungnya, Menteri-menteri British yang

amat bimbang atas keselamatan negara mereka, telah mengalihkan perhatian mereka kepada

masalah penubuhan semula negara Belanda yang kuat di Eropah. Akhirnya pada 1824, Perjanjian

Inggeris-Belanda telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sementara perundingan yang

membawa kepada Perjanjian 1824 berlangsung di London, pihak berkuasa Belanda menguatkan

hak mereka di Borneo.16 Residen-residen telah dilantik di Banjarmasin bagi kawasan Pantai

Selatan dan di Pontianak dan Sambas di sebelah Barat (bersama pembantu-pembantu Residen di

16
Graham Irwin. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Terjemahan Mohd. Nor Ghani dan Noraini Ismail, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm. 85.

9
Mampawa dan Landak). Menjelang tahun 1825, pegawai-pegawai ini dengan bantuan

Pesuruhjaya kerajaan yang dihantar dari Jawa, telah berjaya menarik semua anak-anak raja

tempatan yang penting dari kedua-dua kawasan itu untuk mengiktiraf Kerajaan Belanda.

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, hubungan diantara Britain

dengan Belanda bertambah baik. Antara perkara penting yang terkandung dalam perjanjian

tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura manakala Melaka diserahkan

kepada Belanda.17 Dengan berbuat demikian, Kerajaan Johor-Riau telah terbahagi kepada dua

untuk selama-lamanya. Kesatuan kebudayaan Pantai Timur Sumatera dan Semenanjung Melayu

turut terpisah.18

Perjanjian ini telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang , Melaka, dan

Singapura yang juga dikenali sebagai ‘Negeri-negeri Selat’ .Hal ini kerana kedudukan Inggeris

di Pulau Singapura telah disahkan. Peluang ini digunakan oleh Residen John Crowfurd untuk

melupuskan kuasa Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman. Setelah itu, Singapura

berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dunia di sebelah timur. Singapura jelas berperanan

mengawal lalu lintas Selat Melaka di selatan manakala Pulau Pinang di utara . Namun Inggeris

terlepas peluang untuk membina sebuah lagi empayar di Kepulauan Melayu sesudah India.

British kehilangan kawasan-kawasan kaya seperti Pulau Belitong, Bangka, Madura, Lombok,

Sumbawa, Sulawesi, Flores dan Sumatera.

Perjanjian Inggeris-Belanda juga telah meruntuhkan Kerajaan Johor yang memang lemah

sejak kurun ke-18 lagi. Kerajaan Riau-Lingga jelas mengalami kerugian setelah dipecah-

17
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009. Kenegaraan dan
Ketamadunan. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd. hlm. 46.
18
Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:Syarikat R & S. hlm.
140.

10
pecahkan. Perjanjian ini telah menamatkan sejarah empayar Johor apabila kekuasaannya di

kawasan Riau-Lingga diletakkan di bawah pengaruh Belanda. Temenggung Abdul Rahman juga

kehilangan pegangannya ke atas pulau-pulau Selatan Singapura dan beberape negeri di Pantai

Timur Sumatera tetapi dengan adanya perjanjian 1824 ini memberi ruang yang cukup untuk

keluarga Temenggung Abdul Rahman mengasaskan Kesultanan baru di Johor manakala keluarga

Bendahara di Pahang.19

Di sini kita dapat lihat,keadaan politik yang berlaku di barat telah banyak mempengaruhi

keadaan dan corak pemerintahan di Malaysia , khususnya yang telah berlaku di Melaka, Perak,

Selangor, kawasan borneo, Singapura dan negeri-negeri melayu yang lain. Dasar ingin

mendapatkan kawasan dan tanah jajahan telah membawa kepada perubahan dan temeterainya

perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

2.4 KEBIMBANGAN ANCAMAN KUASA BARAT LAIN

Pada abad ke-19 terutamanya sekitar tahun 1860 an, ianya merupakan zaman perluasan

kuasa yang sangat ketara. Hal ini kerana kuasa barat semakin giat menjalankan penjelajahan dan

penaklukan. Perlumbaan ini menjadi semakin sengit di rantau asia tenggara ini selepas

pembukaan terusan suez pada 1869. Pembukaan terusan ini menjadikan laluan daripada barat ke

timur semakin pendek., singkat dari segi masa perjalanannya dan selamat daripada tiupan angin

monsoon timur laut pada penghujung tahun20 hal ini menjadikan penarik dan terdapat banyak

kuasa barat mengambil peluang dan bersaing untuk melakukan penjelajahan. Mengapa mereka

perlu bersaing untuk menjelajah? Persaingan sengit ini terjadi adalah disebabkan keadaan kuasa

barat itu sendiri. ia dapat dilihat dengan rentetan daripada kejayaan kuasa barat yang lain

19
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. hlm. 25.
20
Ibid . hlm . 166.

11
menakluki kawasan di rantau asia tenggara. Sebagai contoh, Perancis yang telah menguasai

Indo-china, Sepanyol menguasai Filipina, Belanda yang telah menguasai Indonesia seawal abad

ke 16 dibawah pemerintahan King Philip.21

Sementara Itali dan Rusia sedang berusaha mencari tanah jajahan. Di dalam hal ini,

British merupakan antara kuasa barat yang terkemudian dalam menyahut dan menyertai

penjajahan dan penjelajahan. Ini dapat dilihat dengan jelasnya bahawa British memulakan

perjalanan jarak jauh yang terawalnya ialah pada abad ke-17.22 Namun, British merupakan

Negara yang paling banyak menjajah dan menakluk dalam sejarah dunia, sehinggakan di gelar

“The Great Britain”. Iaitu mengikut Negara keanggotaannya sebanyak 53 buah Negara bernaung

dibawah satu pertubuhan iaitu komanwel.23 Dengan bukti yang dapat dinyatakan ini, terbukti

bahawa meskipun British merupakan negara yang terkemudian yang menjalankan penjelajahan

iaitu pada abad ke 17, namun ianya menjadi negara paling banyak menjajah, ia dapat

disimpulkan bahawa, British sememangnya, menyahut dan bersaing secara sengit dan giat sekitar

abad ke 18 dan 19 untuk mendapatkan kawasan jajahan.

3.0 EKONOMI

3.1 REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Pada kurun kurun-19, keadaan ekonomi di barat mengalami perubahan yang sangat

ketara. Pada ketika itu, barat telah mengalami revolusi perindustrian iaitu satu perubahan secara

besar-besaran terhadap perindustrian Barat. Keadaan ekonomi di barat ini sangat mempengaruhi

21
Ibid . hlm .50
22
Maruwiah Ahmat . 2006 . Penjajahan Portugis Sepanyol ke atas Asia Tenggara . Shah Alam : Karisma
Publications . hlm. 3 .
23
Ibid

12
keadaan ekonomi di Malaysia secara langsung ataupun tidak. Hal ini telah mencetuskan

perkembangan ekonomi yang amat pesat sehingga mengakibatkan pencarian bahan mentah

secara meluas. Sebagai contoh, bahan yang sangat dikehendaki oleh barat ialah bijih timah yang

boleh di gunakan dalam industri pengetinan makanan.

Di Eropah, pihak Inggeris terpaksa bersaing dalam era revolusi perindustrian. Hal ini berlaku

kerana, pada ketika itu keperluan dan permintaan terhadap bijih timah sangat tinggi, dan keadaan

di barat tidak mampu menampung permintaan yang dikehendaki kerana kekurangan bahan

mentah, iaitu bijih timah . Bijih timah menjadi bahan mentah paling utama dalam campuran

untuk menghasilkan tin makanan. Pada kurun ke 19 industri pengetinan makanan menjadi begitu

membangun akibat daripada trend pengunaan makanan dalam tin. Permintaan yang bertamabah

juga adalah kesan dari revolusi perusahaan dan hasil- hasil serta prosesnya yang baru timbul24.

` Pada waktu itu makanan dalam tin menjadi begitu terkenal akibat daripada peperagan

yang berlaku. Dimana kebanyakkan mereka yang terlibat dalam peperangan akan menyimpan

makanan di dalam tin sebagai stok makanan mereka. Selain itu, keadaan cuaca di Barat juga

membuatkan mereka lebih gemar memilih makanan di dalam tin sebagai makanan. Hal ini

kerana Barat memiliki cuaca 4 musim dimana kebanyakkan orang barat menjadikan makanan

dalam tin sebagai makanan ketika musim sejuk. Buktinya, pengunaan timah di Britian telah

bertambah dari 11 000 tan dalam tahun 1800 menjadi 58 000 tan dalam tahun 1850. Sebahagian

besar dari timah yang digunakan oleh Britian adalah bijih timah yang di eksport dari negeri-

negeri di Malaysia .25

24
Longman Event .1978 . Sejarah Asia . Kuala Lumpur . Longman Malaysia Sdn Berhad . hlm. 14.
25
Ibid

13
Oleh yang demikian , pihak barat telah mencari jalan penyelesaian dengan mencari bahan

mentah seperti bijih timah untuk meningkatkan lagi tahap ekonomi mereka. Pada masa yang

sama pula negeri- negeri di Malaysia seperti Perak , Negeri Sembilan dan Selangor memiliki

sumber bijih timah yang banyak. Contohnya ,pada abad ke 19 lombong-lombong bijih timah di

temui di Larut dan orang yang bertanggungjawab terhadap penemuan ini ialah Long Jaafar bin

Long Abdul Latif.26 Terdapat juga lombong bijih timah di Sungai Ujung, Negeri Sembilan

.Penemuan lombong - lombong ini telah menarik minat Barat terutamanya Britian untuk

mendapatkan bijih timah di Malaysia. Bijih timah ini penting bagi menentukan kedudukan

ekonomi mereka di Eropah.

Pada asalnya Britian telah menjalankan urusan jual beli bijih timah dengan pihak

Malaysia. Hal ini di kukuhkan lagi dengan pengurangan cukai import bijih timah oelh British

pada tahun 1842.27 tetapi lama kelamaannya ianya mula berubah kepada campurtangan ataupun

penjajahan. Akibat daripada Revolusi Perindustrian keperluan lebih tertumpu kepada bahan-

bahan mentah pula. Barang-barang ini terpaksa di import secara besar-besaran dan tidak putus.

Maka cara yang terbaik bagi menjamin bekalan bahan mentah adalah dengan menjajah jajahan

yang sesuai.28 Melalui penjajahan ini Britian telah menerima bekalan bahan mentah bijih timah

yang tidak putus dan mereka hanya menanggung kos penghantaran bahan tanpa perlu membeli

terlebih dahulu bijih timah tersebut.

Britian telah mula menjajah kawasan yang kaya dengan bijih timah seperti di Larut,

Lukut di Perak manakala di Negeri Sembilan pula, Sungai Ujung dan Linggi menjadi kawasan

26
Khoo Kay Kim . 1984 . Negeri- Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 . Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd . hlm. 73.
27
Longmen event .1978 . Sejarah Asia . Kuala Lumpur . Longman Malaysia Sdn Berhad . hlm. 14
28
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 181 .

14
perlombongan29. Setiap tempat ini mengalami pergolakkan yang tersendiri yang akhirnya telah

membawa kepada kemasukkan British yang sememangnya ingin menjajah kawasan tersebut bagi

mendapatkan bijih timah. Persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Pangkor pada 20 Januari

1874 telah menyebabkan bermulanya sistem residen di Perak dan membuatkan ekonomi bijih

timah dikawal oleh British.30

Bukti ini menunjukkan bahawa sememangnya British amat menginginkan kawasan

jajahan bagi menampung keperluan bahan mentah mereka. Keadaan ekonomi yang begitu

mendesak ini membuatkan pihak barat mula memberikan pengaruh ke atas sistem ekonomi di

Malaysia.

3.2 PERHUBUNGAN

Berikutan dengan pekembangan ekonomi di Barat telah mempengaruhi pekembangan

ekonomi di Tanah Melayu .Dengan adanya permintaan bijih timah yang tinggi di Eropah telah

membawa kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. Sebagai contohnya, penggunaan kapal

wap,pembinaan landasan kereta api,jalan raya dan pembinaan terusan Suez. Dengan adanya

kapal wap ini, bahan-bahan mentah seperti bijih timah dapat dihantar dengan masa yang

cepat.Oleh yang demikian,pada kurun ke-19 pekembangan bijih timah ini telah membawa

kepada pengenalan penggunaan kapal wap untuk mengambil bijih timah dan hasil

pertanian,hasil-hasil hutan31 untuk dieksport melalui Singapura dan Pulau Pinang. Jika sebelum

ini, penggunaan sungai ,kereta lembu dan pejalan kaki tidak memberikan pekembangan yang

29
Norhalim Hj Ibrahim . 1998 . Sejarah Linggi Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri Sembilan . Shah Alam
: Penerbit Fajar Bakti . hlm. 191.
30
Emerson Rupert . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur : University Of Malaya
Press . hlm . 133.
31
Zainal Abidin bin Abdul Wahid Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim E. at al. 1992. Malaysia Warisan dan
Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 164.

15
baik dalam sistem ekonomi di Malaysia. Oleh yang demikian jaringan penghubungan yang baik

diperlukan untuk melicinkan pentadbiran dan menjaga kepentingan ekonomi British.

Seterusnya,pekembangan ekonomi di barat juga membawa kepada kemajuan ekonomi di

Malaysia. Tetapi, ketiadaan sistem penghubungan yang baik sudah tentu kegiatan ekonomi yang

dijalankan tidak dapat berkembang kerana mengalami masalah dalam aspek pengeksportan. Oleh

sebab itu,dengan adanya landasan kereta api dan jalan raya yang baik dapat memberi kelebihan

terhadap kemajuan sesebuah Negara.Sebagai contohnya,pihak British telah mengadakan satu

sistem pengangkutan dan penghubungan yang lebih baik dan cekap. 32Pada tahun 1885, landasan

kereta api mula dibina untuk menghubungkan pelabuhan Weld dengan Taiping yang menjadi

pusat utama di Larut. Landasan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pelombongan

di pendalaman dengan kawasan utama pelombongan iaitu bermula sekitar tahun 1885 hingga

1895 yang pada mulanya hanya terdapat empat landasan yang pendek.Pada tahun 1886, pula,satu

landasan kereta api dibina untuk menghubungkan landasan kereta api Klang dengan Kuala

Lumpur dan pada tahun 1891,landasan kereta api yang menghubungkan Port Dikson dengan

Seremban.Selain itu,dengan adanya jaringan jalan raya yang baik dan landasan kereta api akan

membawa kepada pembukaan kawasan lombong baru dan lebih banyak pengeluaran lombong

akan didapati.

Selain itu, perkembangan ekonomi di Barat juga telah mempengaruhi ekonomi di

Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Pembukaan

Terusan Suez ini telah menyebabkan wujudnya satu jalan laut yang baru dan juga menyebabkan

berlakunya perubahan yang bersifat antarabangsa. Antaranya ialah pembukaan Terusan Suez ini

32
Ibid. hlm. 165.

16
telah dapat memendekkan masa dan jarak perjalanan.33 Contohnya ialah perjalanan daripada

Liverpool ke Singapura apabila melalui Tanjung Pengharapan lebih daripada 12000 batu dan

mengambil masa selama hampir 117 hari untuk tiba ke destinasi.34 Pembukaan Terusan Suez ini

bukan sahaja mengurangkan jaraknya itu menjadi kira-kira 8000 batu tetapi juga membolehkan

sebuah kapal api yang mengambil masa perjalanan selama 37 hari sahaja. Oleh itu, jarak yang

dapat dikurangkan lebih daripada 4000 batu dan masanya pula ialah 80 hari. Keadaan ini telah

mempengaruhi perdagangan di Malaysia kerana pembukaan Terusan Suez telah membawa

perubahan yang besar dalam perdagangan. Sebelum pembukaan Terusan Suez ini, barang

dagangan yang dibawa telah menjadi rosak setelah tiba dikawasan perdagangan kerana jarak

perjalanan yang lama dan memakan masa yang panjang.

Pembukaan Terusan Suez juga telah mempercepatkan ketibaan pelayaran kapal api.35 Hal

ini kerana penggunaan kapal api memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana perlu

menggunakan banyak arang batu yang digunakan iaitu kira-kira 60 tan sehari. Selain itu,

penggunaan bahan api yang banyak telah menyebabkan barang dagangan tidak dapat dibawa

dengan banyak dalam satu-satu masa. Terusan Suez ini bukan sahaja menjadikan jalan lebih

dekat tetapi juga membolehkannya terdirinya beberapa buah stesen mengisi arang batu yang

tidak jauh antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa sedikit sahaja arang batu yang

dibawa tetapi dapat membawa lebih banyak barang dagangan. Keadaan ini telah mempengaruhi

keadaan ekonomi di Malaysia.

33
Joginder Singh Jessy. 1964. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
165.
34
Ibid.
35
Ibid.

17
Seterusnya pembukaan Terusan Suez juga membantu perluasan Empayar Inggeris36 di

Afrika dan di Asia Barat. Hal ini kerana pembukaan Terusan Suez telah mendekatkan jarak

laluan antara Timur dan Barat. Jarak perjalanan yang dekat ini telah menyebabkan pihak Inggeris

mudah untuk menakhluk negeri-negeri yang berada di Timur.

3.3 AGRIKULTUR

Keadaan ekonomi di Barat telah mengakibatkan perkembangan dalam agrikultur di

Malaysia. Peningkatan dalam perdagangan terutamanya terhadap permintaan barangan dari

kawasan tropika begitu tinggi oleh pasaran Eropah. Masyarakat barat pada ketiku itu sudah mula

menggunakan bahan – bahan yang terdapat di asia tenggara khususnya dalam kehidupan seharian

mereka. Oleh yang demikian , British ingin merebut peluang ini untuk menjadi kuasa dagangan

utama yang mengedarkan segala bahan ini di Eropah. Buktinya , In the early years of the

nineteenth century Europeans in the Straits Settlements had embarked on some experimental

plantation agriculture, hoping to exploit the European market37.

Terdapat juga hasil tanaman yang digunakan dalam sektor perindustrian mereka contohnya

getah. Bahan- bahan dari Malaysia ini bukan sahaja mendapat permintaan yang meluas malahan

didagang dengan nilai yang tinggi. Buktinya , pada pertengahan tahun 1890-an harga getah di

pasaran dunia mulai mendadak naik.38 Selain itu , peningkatan populasi masyarakat di kawasan

36
Ibid. hlm. 167.
37
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The
Macmillan Press Ltd . hlm . 135.
38
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim ,Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 154 .

18
pemerintahan British telah menyebabkan permintaan terhadap bahan makanan juga turut

bertambah. Buktinya, agricultural revolution marked by the cultivation of larger food growing

areas for the local and plantations for the export market.39

Lada hitam menjadi tanaman utama yang di tanam di Malaysia terutamanya di Johor. Ianya

di akibatkan oleh permintaan yang begitu tinggi terhadap lada hitam di Eropah. Lada hitam turut

menjadi bahan eksport utama Malaysia sehingga tahun 1850.40 Lada hitam meningkat

permintaannya akibat daripada pengunaan lada hitam secara meluas dalam masakan. Namun

begitu tanaman lada hitam telah mengalami kemerosotan akibat daripada masalah lada hitam

yang hasilnya secara bermusim, lambat matang dan juga masalah penyakit yang melanda

tanaman lada hitam pada masa itu. Buktinya, pepper was seasonal and slower to mature but it

could be combined profitably with gambier.41

Pada pertengahan kedua kurun ke 19 getah telah digunakan untuk membuat berbagai-bagai

jenis barangan seperti kasut, tayar , kenderaan berat , tayar basikal , botol air panas dan

penebatan elektrik.42 Peningkatan pengunaan getah semakin meningkat setelah terciptanya tayar

angin oleh J.B Dunlop pada tahun 1888. Tayar jenis baru ini telah dipasang pada kereta-kereta

bermotor pada tahun 1895.43 Dasar yang terdapat di Britian pada masa itu yang menggalakkan

kepada perkembangan ekonomi menyebabkan mereka ingin mencari kawasan yang sesuai bagi

menanam tanaman getah . British telah memilih Malaysia sebagai kawasan bagi mereka

mendapatkan getah ini secara meluas. Malahan sektor pertanian sebelum adanya getah adalah

39
J. Kennedy . 1919 . A History Of Malaya . Garamond : Kyle Palmer & Co Ltd . hlm . 229.
40
Ibid . Hlm 230.
41
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The
Macmillan Press Ltd . hlm . 136 .
42
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 154 .
43
Ibid. Hlm 155.

19
kurang penting. Buktinya, agriculture before 1867 was of much less importance than it has since

become through the formation of rubber plantations in the Peninsula44. Pada masa itu jumlah

kawasan tanah di Tanah Melayu yang dikhaskan untuk pertanian adalah kira-kira 6 juta ekar, di

antaranya kira-kira sebanyak 5 juta ekar telah di usahakan dan sejumlah kira-kira 3.28 juta ekar

ditanam dengan getah.45

Melalui ini kita dapat melihat bahawa sememangnya keadaan ekonomi di barat telah

mempengaruhi ekonomi di Malaysia. Britian teutamanya telah menjadikan Malaysia sebagai

negara pengeluar tanaman seperti lada hitam, biji kopi dan getah. Segala tanaman ini telah

dibawa masuk ke Malaysia dan menyebabkan ekonomi di Malaysia pada ketiku itu mencapai

tahap yang gemilang. Contohnya pada zaman kegemolangan getah , Malaysia telah

membekalkan sejumlah besar getah kepada Britian melalui Singapura yang bertindak sebagai

pelabuhan entereport. Selain lada hitam terdapat juga tanaman lain yang telah dijadikan sebagai

bahan dagangan di Eropah oleh pihak Britian seperti kelapa, koko, nenas , hasil hutan dan juga

sarang burung . Antara buktinya ialah increasingly since the 1870s, cocunat has also been

exported in the forms of copra and cocunat oil; the value of such exports.46 Fakta ini telah

menjadi bukti peningkatan ekonomi di barat menyebabkan keadaan ekonomi di Malaysia turut

mengalami peningkatan.

44
John Bastin and Robin W. Winks . 1966 . Malaysia Selected Historical Readings . Kuala Lumpur : Oxford
University Press . hlm .152.
45
Emerson Rupert . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur : University Of Malaya
Press . hlm .44.
46
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim , Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 237.

20
4.0 Penutup

Sememangnya kuasa Barat iaitu British terutamanya telah memberikan pengaruh yang begitu

besar ke atas Malaysia. Politik dan ekonomi Barat telah memberikan pengaruh secara langsung

mahupun tidak dalam politik serta ekonomi di Malaysia. Tetapi politik adalah aspek utama yang

mempengaruhi politik serta ekonomi Malaysia. British telah memberikan nafas baharu kepada

aspek politik di Malaysia dan mengakibatkan sistem politik tradisi mulai pudar peranannya.

Buktinya, The several years following 1874 maybe more properly categorized as the phase

which saw important changes taking place in the political system, manifested,more specifically ,

by the introduction of what has come to be commonly known as the Residential System47. ini

telah menjadi bukti bahawa politik barat telah mempengaruhi kepada perubahan politik di

Malaysia. Malaysia telah mnerima seorang residen barat yang bernama J.W.W Birch.

Penggantian sistem politik tradisi kepada sistem politik yang mempunyai pengaruh dan acuan

barat menyebabkan persekitaran ekonomi di Malaysia turut mengalami perubahan. Ianya

merupakan asas kepada bentuk ekonomi baharu. Buktinya in the third quarter of the nineteenth

century the significant developments were basically economic in the content.48 Malaysia telah

mengalami perubahan ekonomi yang mengikut landasan yang disediakan oleh barat. Dimana

setiap hasil kita dimanipulasi oleh barat dengan meluas.

47
Khoo Kay Kim . 1972 . The Western Malay States 1850-1873 . Kuala Lumpur-Singapore : Oxford University
Press .hlm. 226.
48
Ibid

21
Secara keseluruhannya dapat dilihat dengan jelas dan nyata, bahawa keadaan ekonomi di

barat pada kurun ke-19 sememangnya memberikan dan mempengaruhi perubahan keadaan

politik dan ekonomi dimalaysia. Lebih dominannya ia sangat mempengaruhi dari segi politik.

Hal ini kerana, politik di barat merupakan tunjang utama perubahan yang berlaku di Malaysia.

Permulaan awal yang berlaku di barat sememangnya berakhir dengan memberi perubahan yang

sangat besar di Malaysia, iaitu yang hanya bermula dengan perubahan dasar, dan perubahan ini

berakhir dengan perubahan yang ketara di Malaysia iaitu raja kehilangan kuasa mutlak, dan

pembesar kehilangan kuasanya. Antara akibat yang ketara ialah kemasukkan imigran asing yang

sudah mula membentuk kepada satu struktur masyarakat majmuk. Kemasukkan imigran ini juga

berpunca dari perkembangan ekonomi yang pesat. iaitu rentetan daripada pengambilan buruh

asing bagi mengendalikan ekonomi di Malaysia.

22
BIBLIOGRAFI

Andaya Watson B & Leonard Y . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The

Macmillan Press Ltd .

Andaya Watson B & Leonard Y . 1983 . Sejarah Malaysia Edisi Kedua Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur : Syarikat R& S.

Barker James . 1999 . Crossroads A Popular History of Malaysia Singapore . Singapore- Kuala

Lumpur : Times Book International .

Bastin John and Winks W. Robin . 1966 . Malaysia Selected Historical Readings . Kuala

Lumpur : Oxford University Press.

International Law Book Services . 2000 . Malaysia Kitta Panduan & Rujukan Untuk

Peperiksaan Am Kerajaan . Kuala Lumpur : Golden Book Centre Sdn.

Irwin Graham . 1986 . Borneo Abad Kesembilan Belas. Terjemahan Mohd. Nor Ghani dan Noraini

Ismail, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Joginder Singh Jessy. 1964. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Kennedy J . 1919 . A History Of Malaya . Garamond : Kyle Palmer & Co Ltd .

Khoo Kay Kim . 1984 . Negeri- Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 . Petaling Jaya :

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd .

Khoo Kay Kim . 1972 . The Western Malay States 1850-1873 . Kuala Lumpur-Singapore :

23
Oxford University Press .

Longmen event .1978 . Sejarah Asia . Kuala Lumpur . Longman Malaysia Sdn Berhad .

Maruwiah Ahmat . 2006 . Penjajahan Portugis Sepanyol ke atas Asia Tenggara . Shah Alam : Karisma

Publications .

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.

Kenegaraan dan Ketamadunan. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norhalim Hj Ibrahim . 1998 . Sejarah Linggi Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri

Sembilan . Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti .

Rupert Emerson . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur :

University Of Malaya Press.

Tarling Nicholas . 2001 . Imperialism in Southeast Asia . New York : Taylor & Francis Group.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim , Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 .

Malaysia Warisan dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

24
25

You might also like