Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PELAN TINDAKAN

PROGRAM SEKOLAH
SELAMAT

UNIT KESELAMATAN
SMK CHANIS
KANDUNGAN

1. KONSEP SEKOLAH SELAMAT SMK CHANIS

- Pengenalan
- Polisi Sekolah Selamat
- Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
- Fungsi dan Peranan Sekolah, Keluarga dan Komuniti
- Anggaran Perbelanjaan
- Perancangan Aktiviti Tahunan

2. POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK CHANIS

- Bidang Keselamatan Semasa Perjalanan Pergi dan


Balik Sekolah
- Bidang Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti
Kokurikulum, Perkhemahan dan Lawatan
- Bidang Keselamatan Fizikal dan Banguan Sekolah
- Bidang Sosial
- Bidang Keselamatan daripada Bencana Alam
- Bidang Disiplin Pelajar

3. LAMPIRAN

- Carta – carta Aliran


- Brosur Polisi Sekolah Selamat SMK CHANIS
- Manual Keselamatan Sekolah
- Borang Aduan
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

1.0 KONSEP SEKOLAH SELAMAT


Konsep Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana
warga sekolah selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak samada dari
dalam mahu pun dari luar. Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan
baik dan terancang maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah
dan penghuninya haruslah dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan
di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang
bertanggungjawab mewujudkan peraturan- peraturan , latihan-lathan yang
berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan
kemungkinan berlakunya insiden-insiden negative di kalangan murid. Manakala di
rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai
yang diterapkan melalui pengajaran , asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat
yang lebih luas pu la, keselamatan adalah merupakan satu manifestasi bangsa yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jat diri yang
cemerlang.

2.0 MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komunit.

3.0 OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman mengenai tatcara dalam menghadapi sebarang isu


keselamatan , kecemasan dan kemalangan
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanna aktiviti-aktviti sekolah.
Mewujudkan persekitaran sekolah sihat, selamat dan menyeronokkan.
Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
Meningkatkan kualit pengajaran dan pembelajaran.
Memujudkan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil
Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat
Meningkatkan tahap penumpuan kepada pembelajaran dan
kerja di kalanganwarga sekolah.
Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara posit kepada
sekolah.

4.0 RASIONAL
Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
pertmbangan .
Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal,emosi dan
teknikal. Jesteru itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dan segi keselamatan.

You might also like