Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

05.07.

2018

YB. Lee Chun Kit


Ahli Dewan Undangan Negeri
Pulau Tikus

YB.
MASALAH BANJIR KILAT DI DALAM KAWASAN PENANG CHESHIRE HOME, 409, LEBUHRAYA
BABINGTON 10450 PULAU PIANAG

Adalah dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Penang Cheshire Home adalah
merupakan sebuah Pertubuhan Sukarela yang memberi perkhidmatan kepada golongan
Orang Kurang Upaya.
2. Sukacita pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa Penang Cheshire
Home sering mengalami masalah banjir kilat pada setiap kali hujan lebat berterusan turun
walaupun untuk tempoh yang singkat ( I jam) Air dari banjir kilat ini akan masuk kedalam
Dewan Serbaguna, Klinik dan juga ruang dapur dan ini mendatangkan masalah kepada
pihak kami.
3. Pihak kami telah cuba untuk mengatasi masalah ini dengan cadangan untuk melebarkan
longkang yang sedia ada di dalam kawasan Penang Cheshire Home namun kami telah
dimaklumkan oleh pihak Konsultan bahawa ianya tidak dapat menyelesaikan masalah banjir
kilat di Penang Cheshire Home . Ini adalah disebabkan pada waktu hujan lebat , parit
dikawasan luar iaitu di Jalan Tull dan Lebuhraya Babington telah penuh dengan air.
4. Oleh yang demikian pihak kami memohon kerjasama pihak tuan dapat memanjangkan
perkara ini kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya longkang di kawasan Jalan Tull dan
Lebhraya Babington dapat dinaiktaraf.
Kerjasama pihak tuan didalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih. Sekian.

Saya yang menjalan tugas,

( ROKIAH BINTI AHMAD )


Pentadbir
Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang

You might also like