Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

1.0 – Pengenalan................................................................................................................................. 2

1.1– Konsep Kesusasteraan Melayu ......................................................................................... 2

2.0 - Pengkategorian Sastera Melayu ........................................................................................ 3

3.0 - Perkembangan Kesusasteraan Melayu ............................................................................... 5

3.1 - Zaman Sebelum Hindu ......................................................................................................... 6

3.2 - Zaman Pengaruh Hindu ....................................................................................................... 6

3.3 - Zaman Peralihan Hindu-Islam ............................................................................................ 7

3.4 - Zaman Pengaruh Islam ........................................................................................................ 8

4.0 - Kepentingan Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu ............................................................ 9

5.0– Kesimpulan ............................................................................................................................... 11

6.0 - Rujukan ...................................................................................................................................... 12

1
1.0 – Pengenalan

1.1– Konsep Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan merupakan salah satu bentuk karya seni yang disampaikan melalui bahasa.
Sastera adalah berkait rapat dengan ciptaan karya yang menggunakan bahasa puitis dan
tersirat sebagai penyampaiannya. Ali Ahmad (1994) menyatakan bahawa kesusasteraan
adalah berkait rapat dengan nilai kehalusan dan estetika dalam berbahasa. Menurut beliau
keindahan dalam berbahasalah yang menjadi asas wujudnya kesusasteraan. Muhammad Haji
Salleh (1995) menyatakan bahawa sastera merujuk kepada karya lisan dan juga tulisan yang
berunsur cereka dengan menggunakan bahasa yang pelbagai (Nang Naemah,2014).

Selain itu, Abu Bakar Hamid menegaskan sastera sebagai satu seni yang bercorak
intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik (Nang Naemah,2014).
Dengan kata lain, sastera ini merupakan satu bentuk ilmu yang memaparkan idea dan buah
fikiran pengarang yang ingin berkongsi dengan pembaca dan pendengar.

Berdasarkan pandangan beberapa tokoh, kesusasteraan ini merupakan sesuatu karya


kreatif yang dihasilkan oleh manusia menggunakan bahasa yang indah. Jadi pada zahirnya
kesusasteraan merupakan inspirasi kehidupan manusia yang diungkapkan dengan spontan
daripada pemikiran dan perasaan seterusnya diserlahkan dalam karya sebuah tulisan
mahupun lisan yang bercorak akademik dan bukan akademik.

Sesungguhnya kesusasteraan amat penting dalam keaslian seni masyarakat Melayu


sejak dahulu lagi. Terbukti dalam sejarah telah wujud satu bangsa yang bernama Melayu yang
amat mementingkan adat resam, bahasa dan kebudayaan bangsanya. Sejarah juga telah
membuktikan kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh luar contohnya Hindu
Buddha dalam genre sastera Melayu seperti sastera rakyat, hikayat, lagenda dan lain-lain lagi.
Cerita-cerita juga disampaikan secara lisan dan tulisan. Begitu juga dengan puisi Melayu lama
yang banyak memuatkan mesej tentang akal budi dan pandangan hidup masyarakat Melayu.

2
2.0 - Pengkategorian Sastera Melayu

Sastera Melayu merupakan sastera yang mengalami pelbagai bentuk perubahan dalam
genre-genre dengan pembawakan pengaruh-pengaruh luar. Sarjana barat berpendapat
bahawa kedatangan pengaruh luar seperti Hindu Buddha membawa pengaruh yang amat
besar ke Nusantara terutamanya dalam aspek kesusasteraan. R. O. Winstedt berpendapat
cerita dongeng Melayu yang disadur dari agama Hindu adalah cerita yang tak bermanfaat.
Cerita dongeng yang dinyatakan oleh sarjana Barat tersebut dapat diklasifikasikan dalam
sastera Melayu tradisional. Sastera Melayu yang dimaksudkan adalah sastera yang mendapat
pengaruh agama lain yang telah diolah ke dalam bahasa Melayu.

Pada pendapat saya, setiap karya sastera yang dihasilkan mempunyai nilainya yang
tersendiri yang diterima mengikut kepercayaan masing-masing. Kebanyakan karya sastera
yang dihasilkan ini memberi banyak faedah seperti mendidik, menghibur dan teknik
penceritaan yang penuh dengan unsur magis dan suspen. Jelas disini menunjukkan bahawa
karya tersebut bukan hanya cerita semata-mata tetapi mempunyai nilai kehidupan yang
penting terhadap masyarakat masyarakat masa itu. Secara amnya, sastera Melayu
dipecahkan kepada dua iaitu sastera tradisional dan sastera moden. Merujuk rajah 1, ketegori
cerita dongeng tergolong dalam cerita rakyat.

3
mitos

lisan lagenda jenaka

cerita rakyat Binatang


lipur lara
Dongeng
naratif cerita
pengaruh teladan
sastera panji
hindu

pengaruh sastera
hindu-islam transisi
Prosa Melayu tulisan
tradisional
hikayat
kitab
pengaruh
sejarah
islam
ketatanegaraan kebangsaan
bukan
naratif epik
undang- Melayu-
undang Islam

sufi

Rajah 1: Prosa Melayu Tradisional

4
3.0 - Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Sarjana barat berpendapat bahawa sejarah kesusasteraan Melayu terdiri daripada cerita-
cerita dongeng yang diambil daripada kesusasteraan Hindu dan tidak bermanfaat. Cerita
Hindu biasanya membicarakan tentang kehidupan dewa-dewi serta Tuhan Hindu yang
mengandungi unsur-unsur kesaktian, fantasi dan falsafah kehinduan (Shaiful Bahri 2005).
Contohnya pengaruh genre-genre berbentuk sastera hikayat ini adalah seperti Hikayat
Ramayana dan Mahabharata yang memberi nilai ketuhanan yang tersendiri dalam sesebuah
masyarakat yang menganut agama Hindu Buddha. Sesebuah karya sastera mempunyai nilai
dan fungsinya yang tersendiri serta berbeza dari segi kefahaman setiap agama.

Sejarah kesusasteraan Melayu tradisional muncul secara berperingkat. Menurut Zalila


Sharif dan Jamilah Hj. Ahmad (1993), mereka berpendapat budaya dan sastera Melayu
terbahagi kepada zaman animisme, zaman Hindu, zaman peralihan dan zaman Islam.

3.1 Zaman Sebelum


Hindu

Perkembangan 3.2 Zaman Hindu


Kesusasteraan
Melayu 3.3 Zaman Peralihan
Hindu-Islam

3.4 Zaman Pengaruh


Islam

Rajah 2.0 Perkembangan Kesusasteraan Melayu

5
3.1 - Zaman Sebelum Hindu

Pada awalnya, tradisi sastera di alam melayu telah wujud dalam bentuk lisan sejak
2000 tahun sebelum masihi iaitu sebelum kedatangan pengaruh Hindu Buddha atau dikenali
sebagai zaman animisme. Mereka mempunyai sastera tersendiri yang disampaikan dari mulut
ke mulut dan berterusan dari generasi ke generasi yang baru. Sastera lisan yang dihasilkan
pada zaman ini bersifat kolektif dan tidak terdedah dengan mana-mana pengaruh luar. Ini
kerana mereka terdiri daripada kelas rakyat yang biasa yang tinggal di pedalaman dan
menjalankan ekonomi pertanian. Penghasilan karya mereka adalah seperti mitos, lagenda,
cerita lipur lara dan cerita teladan.

3.2 - Zaman Pengaruh Hindu

Seterusnya bermula abad keempat hingga sebelas masihi, pengaruh Hindu Buddha
telah berkembang ke Nusantara. B. Harrison berpendapat bahawa kedatangan orang Hindu
ke Tanah Melayu sejak kurun pertama lagi (Muhd Mansur Andullah, 2008). Pada zaman ini
kebudayaan Hindu telah datang bersama-sama bahasa Sanskrit yang menjadi pengaruh
besar dalam bahasa Melayu kuno. Menurut Ismail Yusof (2008), perkembangan pangaruh
Hindu dapat dilihat dengan penerimaan bahasa Sanskrit yang diserap ke dalam bahasa
Melayu dan berbentuk lisan seperti jampi. Buktinya adalah batu bersurat di Kedukan Bukit,
Palembang bertarikh 683 masihi menunjukkan bahasa Melayu telah wujud sebelum
dipengaruh oleh bahasa Sanskrit. Nang Naemah (2014) menyatakan bukti kewujudan
pengaruh ini dengan adanya penemuan batu berhala dengan tulisan Pallava dari Pantai
Koromandel. Selain itu, terdapat juga peninggalan batu bertulis dalam Bahasa Sanskrit di
Cerok Tokkun, Seberang Prai dan Bukit Meriam, Kedah. Karya-karya terjemahan epik-epik
India juga ditulis dalam tulisan Pallava dan Kawi. Menurut Ismail Yusuf (2008), kitab-kitab dan
motif kebudayaan Hindu mula disadur dan mempengaruhi cara hidup orang Melayu. Sebagai
contoh, Hikayat Melayu Tua seperti Mahabharata dan Ramayana. Oleh kerana bahasa yang
digunakan adalah bahasa Sanskrit sepenuhnya dan sukar untuk difahami masyarakat masa
itu, hikayat tersebut telah disadur dan diubah plotnya supaya dapat disesuaikan dengan
masyarakat tempatan masa itu.

6
3.3 - Zaman Peralihan Hindu-Islam

Pada zaman peralihan ini, kedatangan Islam ke Alam Melayu telah menunjukkan
beberapa perubahan corak hidup masyarakat. Kedatangan Islam di Nusantara mempengaruhi
masyarakat masa itu dengan membentuk pemikiran yang baru iaitu konsep rasionalisme,
intelektualisme dan sistem bermasyarakat yang adil. Namun begitu, pengaruh Hindu
merupakan ajaran pertama yang bertapak di Nusantara dan budaya Hindu Buddha masih lagi
diamalkan dalam masyarakat serta sukar untuk dihapuskan. Jadi muncullah beberapa karya
sastera Hindu yang telah diubah suai dengan unsur Islam. Contohnya, Hikayat Ramayana
diubah kepada Hikayat Seri Rama, Hikayat Jaya Langkara, Hikayat Ahmad Muhammad dan
lain-lain lagi.

Antara ciri-ciri karya sastera zaman peralihan adalah seperti berikut :

i. Hasil-hasil karya berunsur Hindu telah disesuaikan dalam unsur Islam.


ii. Nama-nama tempat dan watak dalam cerita diubah kepada berunsurkan Islam.
Contohnya nama Siti menggantikan Sita dan Maharaja Pikrama Indera ditukar kepada
Paduka Sultan Jaya Pati.
iii. Istilah Hindu juga ditukar seperti Brahma kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Nama
dewa agama ditukar kepada nama nabi atau malaikat.
iv. Hikayat yang bertentangan dengan Islam akan diubahsuai selaras dengan prinsip
Islam contohnya pertukaran tajuk hikayat dahulu sepert Hikayat Marakarma menjadi
Hikayat Si Miskin dan Hikayat Indrajaya menjadi Hikayat Syah Mardan.
v. Bentuk cerita puisi Hindu dahulu diubah supaya jalan cerita berbaur dengan prinsip
Islam dan Melayu. Contohnya puisi Ramayana dan Mahabharata ditukar kepada prosa
Melayu.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (2008), nama tempat dan watak dalam cerita diubah supaya
lebih berbaur Islam. Mana-mana sastera yang bertentangan dengan prinsip Islam akan diubah
dan ditulis dalam tulisan Jawi supaya selari dengan islam. Sebab itulah ia dikenali sebagai
sastera zaman peralihan. Kesusasteraan zaman peralihan memperlihatkan pembauran antara
budaya Hindu dan Islam. Pada pendapat saya, corak mencampur aduk pengaruh ini
menghasilkan suatu corak baru dalam kesusasteraan Melayu itu sendiri. Jadi, hasilnya adalah
karya yang diolah sendiri dan menjadi manfaat kepada masyarakat masa itu.

7
3.4 - Zaman Pengaruh Islam

Akhirnya pada abad ke 13 Masihi, agama Islam berkembang pesat di Kepulauan


Nusantara. Bukti kedatangan Islam adalah dengan wujudnya Batu Bersurat Terengganu pada
tahun 1303 menunjukkan Islam tersebar di daerah tersebut. Pada tahap ini, pengaruh Islam
berkuasa sepenuhnya dalam sistem pemerintahan dan kesusasteraan di Tanah Melayu.
Menurut Syed Mohammaed Naquib Al-Attas (1968), kesusasteraan Melayu ketika penyebaran
Islam ini tidak lagi menekankan latar cerita berkonsepkan tuhan-tuhan atau dewa-dewi seperti
yang dibawa dalam tradisi epik Hindu. Jadi pembawakan prinsip sastera Hindu terdahulu telah
terhapus sepenuhnya dalam budaya masyarakat Melayu masa itu. Menurut Siti Hawa Salleh
(1993), karya sastera berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 malam, Hikayat Hassan
Damsyik dan lain-lain lagi. Kisah penceritaan hikayat pada zaman Islam ini menceritakan
tentang keagungan agama Islam, nabi-nabi dan pahlawan Islam yang berani. Contohnya
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nur Muhammad yang menceritakan tentang keagungan
nabi dan Tuhan serta menjadi pemberi semangat kepada pahlawan dahulu sebelum
berperang.

Demikian merupakan peringkat perkembangan sastera Melayu tradisional yang


berkembang sejak zaman melayu kuno hingga datangnya pengaruh agama Islam. Sastera-
sastera yang dihasilkan mempunyai maksudnya yang tersendiri mengikut kefahaman agama
masing-masing. Ini kerana sastera Melayu dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh seperti India,
Parsi dan lain-lain lagi. Kebanyakkan sastera Melayu merupakan hasil ubah suai berperingkat
dari tulisan Sanskrit kepada Melayu kuno dan akhirnya dalam tulisan Jawi.

8
4.0 - Kepentingan Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merupakan satu kebudayaan asli yang patut dikekalkan dalam
kehidupan. Ini kerana sastera Melayu terdiri daripada pelbagai genre dan pelbagai mesej
tersirat yang hendak disampaikan kepada pendengar. Sarjana barat berpendapat bahawa
kesusasteraan Melayu tidak bermanfaat. Bagi pendapat saya, sastera Melayu merupakan
karya yang amat ternilai. Ini kerana sastera bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi
juga sebagai satu penghayatan tentang nilai-nilai yang diterapkan dalam sesebuah karya.

Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi
sebagai salah satu wadah hiburan. Ia diceritakan oleh Panglipur Lara di waktu malam. Arifin
Said (1996) berpendapat bahawa sastera rakyat merupakan salah satu hiburan yang perlu
bagi menghilangkan penat lelah bekerja di waktu siang (Nang Naemah, 2014). Lazimnya cerita
penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu. Kebanyakkan cerita yang disampaikan
adalah kisah yang penuh dengan keunggulan raja-raja, kesaktian dan dewa dewi. Contohnya,
Hikayat Malim Deman di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Selain itu,
panglipur lara juga lazimnya akan menceritakan cerita bertemakan percintaan antara wira
dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam
mencapai sesuatu tujuan. Contohnya Hikayat Seri Rama yang asalnya merupakan epik Hindu
menceritakan tentang Tuhan lalu diubah suai dengan unsur Islam.

Seterusnya sastera Melayu menjadi wadah sebagai alat pendidikan. Sastera Melayu
menyelitkan pelbagai nilai nasihat dan pengajaran terutama kepada anak supaya tidak bersifat
tamak dan lupa diri. Contohnya, cerita ‘ Si Tanggang adalah sebagai yang menjadi alat “Alat”
Mengajar dan Mendidik. Pendidikan moral dan nilai murni diterapkan dalam tradisi
masyarakat melalui cerita-cerita lisan. Anak-anak dididik dengan sifat menghormati orang
tuanya supaya selamat hidup dunia akhirat.

Selain itu, sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan. Usman
Awang menyatakan bahawa sesuatu karya sastera itu mengungkapkan gagasan dan
pemikiran pengarangnya bukan hanya untuk tujuan keseronokan semata-mata. Pendapat ini
dosokong lagi oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan
jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang
diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya. Di samping itu, sastera juga
menjadi alat perhubungan sosial yang istimewa antara masyarakat terdahulu. Contohnya
penggunaan pantun dalam menyampaikan hajat sesuatu. Adat perkahwinan sering dilihat
penggunaan karya pantun ini secara spontan dilakukan oleh wakil pihak pengantin semasa

9
merisik dan meminang. Penggunaan pantun ketika adat ini dilakukan menjadikan majlis yang
dirai itu meriah dan unik seterusnya mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Akhir sekali, sastera juga menjadi medium mengkritik. Contohnya, telah diceritakan
dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi tuntutan Puteri Gunung
Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. Segala permintaan Puteri Gunung
Ledang dapat dilaksanakan namun hanya syarat semangkuk darah Raja Muda yang
memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang
terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala,
untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat
ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. Cerita-cerita ini digunakan sebagai saluran untuk
membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan yang
mementingkan kuasa dan mengetpikan kesejahteraan rakyat. Ini kerana kehidupan
masyarakat masa itu terikat dengan kepercayaan, adat dan ketaatan kepada pemerintah
sendiri. Oleh itu sastera rakyat digunakan oleh penulis dalam menyampaikan amarah dan rasa
tidak puas hati terhadap sikap dan perbuatan golongan tertentu secara simbolik (Ismail Yusoff,
2008). Sehingga kini dapat melihat perjuangan tokoh-tokoh sasterawan negara menggunakan
kepakaran mereka sendiri dengan mengkritik pemimpin dan corak pemerintahan negara iaitu
dengan menyampaikan buah fikiran masing-masing semasa berkarya.

10
5.0– Kesimpulan

Daripada keseluruhanya, didapati bahawa kesusasteraan Melayu banyak menghasilkan karya


yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Karya yang dihasilkan adalah berdasarkan
daripada kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat masa itu. Dari segi sejarahnya
dapat diketahui bahawa kesusasteraan Melayu ini telah bermula sejak zaman Hindu lagi.
Pengaruh Hindu ini tersebar melalui proses perpindahan dan perdagangan ke Nusantara.
Kesusasteraan ini diteruskan lagi ke zaman peralihan sehinggalah zaman Islam. Kebanyakan
pendapat Barat menyatakan kesusasteraan Melayu ini banyak disadur daripada sastera
Hindu. Akan tetapi, hanya sesetengah sahaja daripada sastera Melayu ini diserap dan
beberapa lagi diserap daripada pengaruh lain seperti pengaruh Parsi. Setiap pengaruh sastera
yang diolah ke dalam bahasa Melayu ini mempunyai nilai dan kepercayaan yang tersendiri.

Jadi daripada pelbagai pengaruh yang telah diserap ini, terhasillah karya yang
mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina jati diri masyarakat dalam
kehidupan. Setiap genre yang dihasilkan mempunyai makna yang mendalam untuk dihayati
dan menjadi panduan masyarakat sepanjang zaman.

11
6.0 - Rujukan

A.Aziz Deraman. (2000).Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia.
Serdang.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua.
Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Zalila Sharif dan Jamilah H Ahmad. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Mansur Abdullah. (2008). Prosa Tradisional Melayu. Bukit Mertajam : Goal Intelligent
Publishing Sdn. Bhd)
Ismail Yusof. (2008). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok : Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman, (1985) Mendekati
Kesusasteraan Melayu, KL: Fajar Bakti.
Shaiful Bahri Md. Radzi. (2005). Tradisi Bertulis : Prosa dalam Persuratan Melayu Tradisional
Ke Moden. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nang Naemah Nik Dahlan. (2014). Sastera Rakyat Melayu : Sejarah Dan Genre-Genre Utama.
Jurnal Al-Muqaddimah. 2(2). 46-63.

12

You might also like