Borang Penyertaan Dan Peraturan Pertandingan Treasure Hunt Hari Muzium Antarabangsa 2018

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PERATURAN PERTANDINGAN

“TRESURE HUNT MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA” SEMPENA


SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

DI BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH 2018

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini merupakan pertandingan treasure Hunt dengan


berjalan kaki sempena sambutan Hari Muzium Peringkat
Antarabangsa. Ianya akan dijalankan disekitar bandaraya Melaka.
(Bandar Warisan).

2.0 KELAYAKAN DAN YURAN PENYERTAAN

2.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia serta sihat tubuh


badan.

2.2 Jumlah peserta bagi setiap pasukan adalah empat (4) orang dan
setiap pasukan wajib mempunyai komposisi campuran jantina
antara lelaki dan perempuan.

2.3 Yuran penyertaan ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus


Ringgit Sahaja) bagi setiap pasukan.

2.4 KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut;

Nama : PERBADANAN MUZIUM MELAKA


Bank : MAYBANK BERHAD
No. Akaun : 504021250823

(TULISKAN ”NAMA KUMPULAN” PASUKAN ANDA PADA RUANG


“KETERANGAN URUSNIAGA”)

2.4.1 Sila tuliskan NAMA KUMPULAN dan satu nombor telefon ahli
pasukan anda pada resit / slip bayaran sebelum 2 Julai 2018 (Isnin)
dan faks borang penyertaan bersama bukti/ slip bayaran ke
nombor: 606-2826745 atau email ke admin@perzim.gov.my
3.0 PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

3.1 Setiap pasukan hendaklah mengisi boring pendaftaran dan


menandatangani pengakuan penyertaan. Borang penyertaan
yang lengkap hendaklah dihantar bersama-sama yuran
penyertaan kepada pihak penganjur pada 2 Julai 2018 (Isnin).

3.2 Sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan perlu hadir pada sesi


pengesahan penyertaan dan taklimat yang dijadualkan pada
tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 27 Julai 2018 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang

Tempat: Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

3.3 Pasukan yang tidak hadir di sesi taklimat tersbut akan dibatalkan
penyertaannya dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

3.4 Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan di Perkarangan


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan selewat-lewatnya pada
jam 7.30 pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 8.00 pagi,
28 Julai 2018 (Sabtu).

4.0 FORMAT ACARA

4.1 Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan


undang-undang trafik semasa di jalan raya dan peraturan
pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada setiap
masa sepanjang pertandingan ini berlangsung;

4.2 Arah tuju lokasi “Treasure Hunt” adalah berpandukan “clue”


(soalan) yang akan diberi di permulaan acara dan tempat-tempat
yang ditetapkan pihak penganjur;

4.3 Setiap ahli dalam pasukan akan diberikan “Treasure Hunt Check
Point Card” dan setiap lokasi/ check point yang ditemui
berdasarkan “clue” yang diberikan perlu dapatkan bukti
penemuan daripada pegawai bertugas di setiap check point.

4.4 “Treasure Hunt Check Point Card” yang lengkap hendaklah


diserahkan kepada pegawai petugas di check point terakhir di
bangunan memorial.

4.5 Setiap ahli dalam pasukan perlu melengkapkan “Treasure Hunt


Check Point Card” yang diberikan.

5.0 SISTEM PEMBERIAN MARKAH DAN PENENTUAN PEMENANG

5.1 Penentuan pemenang akan dibuat oleh jawatankuasa penganjur


berdasarkan ciri penilaian dari segi:

a) Sertiap jawapan yang tepat dan lengkap (Treasure Hunt Check


Point Card”)
b) Kecepatan masa;
c) Kerjasama pasukan; dan lain-lain

5.2 Keputusan pertandingan yang diumumkan oleh Jawatankuasa


Penganjur adalah muktamad.

6.0 HADIAH DAN SIJIL

6.1 Hadiah Pertandingan adalah seperti berikut:

6.1.1 Johan : RM1,500.00 + Medal

6.1.2 Naib Johan : RM1,000.00 + Medal

6.1.3 Ketiga : RM800.00 + Medal

6.1.4 Ke-4 hingga ke-10 : Hamper + Medal

6.2 Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dan T-shirt


7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Penganjur berhak membatalkan acara ini pada bila-bila masa jika
perlu dan yuran penyertaan akan dikembalikan.

7.2 Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan yang


menyertai pertandingan ini menarik diri.

7.3 Penganjur berhak:

7.3.1 Menolak sebarang penyertaan samada semasa atau


selepas menerima permohonan;

7.3.2 Melarang atau membatalkan mana-mana ahli pasukan


menyertai mana-mana pasukan;

7.3.3 Tidak melayakkan mana-mana pasukan yang didapati


bersalah iaitu;

7.3.3.1.1 Melanggar peraturan acara, undang-undang


jalanraya dan trafik;

7.3.3.1.2 Berpakat untuk menipu dalam apa cara;


Memberi maklumat tidak tepat/palsu;

7.3.3.1.3 Gagal menyempurnakan acara dalam


tempoh masa yang ditetapkan.

7.3.4 Peraturan-peraturan ini boleh ditambah atau dipinda


mengikut budi bicara Jawatankuasa Penganjur. Peraturan
atau syarat tambahan atau pindaan akan dimaklumkan
oleh pihak penganjur semasa taklimat sebelum perlepasan.
Interpretasi serta keputusan mengenai acara adalah hak
penganjur dan peserta adalah tertakluk kepada keputusan
tersebut;

7.3.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko


seperti kemalangan, kerugian dan sebagainya kepada
mana-mana peserta sebelum, semasa atau selepas
pertandingan ini atau disebabkan pertandingan ini;

7.3.6 Insurans berkelompok bagi pertandingan ini disediakan oleh


pihak penganjur.

8.0 PENGANJUR

8.1 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:


Urus Setia
HMA TREASURE HUNT 2018
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, Melaka
75000 Melaka

Encik Abd Jamil bin Zainal


Tel: 06-2812886 / 06-2814872

8.2 Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh dimuat turun di


laman web http://www.jmm.gov.my atau http://www.perzim.gov.my
Borang Penyertaan
“Tresure Hunt Melaka Bandaraya Warisan Dunia” Sempena Sambutan Hari
Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018

NAMA KUMPULAN:
No. Telefon :

Peserta No. Saiz Tshirt


1 K/P
No. Tel
Email

Peserta No. Saiz Tshirt


2 K/P
No. Tel
Email

Peserta No. Saiz Tshirt


3 K/P
No. Tel
Email

Peserta No. Saiz Tshirt


4 K/P
No. Tel
Email
PENGAKUAN DIRI KEGUNAAN URUSETIA
Tarikh Terima :
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini
bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan Jumlah bayaran :
serta mengikut jadual pertandingan yang ditetapkan oleh
pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak
penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas
diri saya / pasukan saya sebelum, semasa dan selepas
menyertai pertandingan ini.

Tandatangan : ..................... Tarikh : ...........................

Nama : .......................................................... ..........................................................


Tandatangan & cop
(Pengurus Pasukan)
Syarat Penyertaan

1. Setiap kumpulan terdiri daripada empat (4) orang peserta.


2. Semua peserta dikehendaki memakai T-shirt yang telah disediakan pihak
penganjur.
3. Yuran penyertaan RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ringgit Sahaja)
bagi setiap pasukan.
4. Masa pertandingan bermula 8.00 pagi. Para peserta dikehendaki berada di
kawasan pertandingan pada jam 7.30 pagi.
5. Keputusan pertandingan berdasarkan masa dan bilangan jawapan yang
betul.
6. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
7. Kumpulan yang beri jawapan cepat dan betul akan dikira sebagai
pemenang.
8. Keselamatan peserta adalah tanggungjawab masing-masing.

You might also like