Probability

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LATIHAN 7.

1. Sebuah kotak mempunyai 5 guli merah dan 21 guli hijau. Uyun memasukkan lagi 4 guli
merah dan 1 guli hijau ke dalam kotak itu. Sebiji guli dipilih secara rawak daripada kotak itu.
Hitung kebarangkailan sebiji guli hijau dipilih.

2. Dalam satu sesi latihan, Adilah membuat beberapa percubaan menjaringkan gol.
Kebarangkalian Adilah menjaringkan gol ialah 13/20. Dalam 60 percubaan, berapakah kali
kah Adilah Berjaya menjaringkan gol?

3. Dalam sebuah kotak, mengandungi 48 biji cawan berwarna biru dan kuning. Sebiji cawan
dipiliH secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian sebiji cawan biru dipilih ialah 1/3.
Berapakah cawan biru yang perlu ditambah supaya kebarangkalian sebiji cawan biru dipilih
ialah 1/2?

4. Terdapat 30 buah buku matematik dan beberapa buah buku sains di sebuah rak.
Kebarangkalian sebuah buku sains dipilih ialah 5/8. Berapakah jumlah buku sains di rak itu?

5. Dalam sekumpulan 80 pelajar, 25 darinya ialah lelaki. Kemudian 10 perempuan


meninggalkan kumpulan itu. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian
murid dipilih ialah lelaki?

6. Sebuah kotak mengandungi 100 biji jambu. Sebiji jambu dilpilih secara rawak dan
kebarangkalian memilih jambu busuk ialah 0.2. Cari bilangan jambu yang tidak rosak di
dalam kotak itu.

7. Dalam sebuah bakul ada 6 bola merah dan beberapa bola hijau. Sebiji bola dipilih dan
kebarangkalian bola hijau dipilih ialah 2/3. Cari bilangan bola hijau.

8. Sebuah beg mengandungi 5 guli kuning, 3 guli merah dan beberapa guli biru. Diberi
kebarangkalian memilih sebiji guli merah ialah 1/6. Cari kebarangkalian guli bukan biru
dipilih?

9. Sekumpulan 40 pelajar mengambil suatu ujian. Seorang pelajar dipilih dan kebarangkalian
pelajar dipilih itu gagal dalam ujian itu ialah 0.1. Cari bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

10. Sebuah beg mengandungi 11 butang hitam, 9 butang putih dan y butang kuning. Sebiji
butang dipilih secara rawak dan kebarangkalian butang kuning dipilih ialah 1/6. Cari
kebarangkalian butang bukan putih dipilih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa BEZA manusia dengan lembu? Manusia ada surat beranak dan belajar di sekolah
tp lembu xda surat beranak dan ke
sekolah untuk meragut rumput atau tidur tanpa perlu buat kerja sekolah….. Jadi
jangan SAMAKAN diri kita dengan lembu!
LATIHAN 7.2

1. Integer positif yang kurang atau sama dengan 40 telah dipilih secara rawak. Senaraikan
semua unsur bagi ruang sampel yang mana memuaskan keadaan yang berikut.
(a) Ruang Sampel
(b) Gandaan 10 terpilih
(c) Nombor dua digit dimana jumlah digit ialah 5
(d) Kuasa dua sempurna di pilih

2. Nombor dua digit yang tidak lebih 30 dipilih secara rawak. Senaraikan semua elemen
bagi ruang sampel yang memuaskan keadaan yang berikut.
(a) Nombor perdana
(b) Nombor gandaan 5
(c) Nombor kuasa dua sempurna

3. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan “KEEPERS”. Hitung kebarangkalian
huruf tersebut
(a) Huruf E dipilih
(b) Huruf konsonan dipilih
(c) Huruf T dipilih

4. Nadia mempunyai koleksi setem dari India, Nepal dan Pakistan. Dia memilih sekeping
setem secara rawak. Kebarangkalian mendapat setem India ialah 1/5 dan kebarangkalian
memilih setem Nepal ialah 8/15. Jika Nadia mempunyai 20 keping setem Pakistan, hitung
bilangan setem di dalam koleksinya.

5. Di dalam satu tinjauan, didapati 7 dari 12 kereta yang dikaji ialah jenama tempatan.. Jika
4800 kereta di daftarkan dalam suatu tempoh tertentu, berapa banyak kereta dijangka
buatan tempatan?

6. Rajah menunjukkan sejumlah kad nombor. Hayati mengambil sekeping kad secara
rawak. Nyatakan kebarangkalian mendapat kad nombor perdana.

17 25 51 39 33 43 31 46 49

7. Rajah menunjukkan sejumlah kad nombor. Alia mengambil sekeping kad secara rawak.
Nyatakan kebarangkalian mendapat kad nombor kuasa dua sempurna.

19 25 23 27 29 33 36 39 49 51 81
8. Kelas 4 Dogol mempunyai 40 orang pelajar. Kebarangkalian memilih pelajar berkaca mata
secara rawak dari kelas itu ialah 2/5. Pada hari Rabu, 5 pelajar tidak hadir, tetapi
kebarangkalian memilih pelajar berkaca mata tetap 2/5. Hitung bilangan pelajar tidak
berkaca mata yang hadir pada hari tersebut.

9. Satu ujian klinikal dilakukan untuk menguji sama ada pill anthistamie member kesan
alahan kepada pesakit ataupun tidak selepas digunakan. Jadual berikut menunjukkan
keputusan ujian dilakukan.

Bilangan pesakit berasa alahan Bilangan pesakit yang berasa tidak alah
810 190

(a) Hitung kebarangkalian di mana pesakit yang dipilih mengalami alahan selepas
mengambil pil.
(b) Jika terdapat 4000 pesakit mengambil pil, hitung bilangan pesakit yang dijangka
mengalami alahan.
(c) Adakah alahan ini dipengaruhi oleh pil ini? Terangkan kenapa?

10. Sebuah bekas mengandungi 18 biji bola merah dan 8 biji bola hijau. Salsabila
memasukkan lagi 2 biji bola merah dan 4 biji bola hijau ke dalam bekas itu. Sebiji bola dipilih
secara rawak daripada bekas itu. Hitung kebarangkalian sebiji bola merah akan dipilih.

Ujian Diagnostik : Kebarangkalian 1

1. Di dalam sebuah kelas, terdapat 12 orang pelajar lelaki dan y orang pelajar perempuan.
Seorang pelajar dipilih secara rawak dan kebarangkalian pelajar itu adalah lelaki ialah
1/4. Hitung bilangan pelajar perempuan.
[4 markah]

2. Terdapat 100 biji guli di dalam sebuah bekas dimana 30 adalah guli merah dan bakinya
guli biru dan hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dan kebarangkalian memilih guli biru
ialah 1/5. Hitung bilangan guli hijau dan nyatakan kebarangkalian memilih guli hijau.
[5 markah]
3. Sejumlah integer positif, x bernilai 40x60 telah dipilih secara rawak. Senaraikan
semua unsur bagi ruang sampel yang mana memuaskan keadaan yang berikut.
(a) Ruang sampel
(b) Nyatakan semua kesudahan dan hitung kebarangkalian bahawa
(i) nombor gandaan 6 dipilih
(ii) nombor dua digit dimana jumlah digit-digitnya kurang dari 5 dipilih.
(iii) nombor di mana digit-digitnya gabungan membentuk nombor perdana dipilih.
[10 markah]

4. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan “JANGAN RASA HEBAT SANGAT”.
Hitungkan kebarangkalian huruf tersebut
(a) huruf A dipilih
(b) huruf konsonan dipilih
(c) huruf P dipilih
[6 markah]

5. KBAT : King mempunyai 80 biji buah tembikai, cempedak dan nenas yang diletak di
dalam sebuah bakul. Sebiji buah ambil secara rawak untuk diberi kepada Kong.
Kebarangkalian buah nenas dipilih ialah 0.4. Jika terdapat 14 biji buah tembikai.
(a) Hitung bilangan buah cempedak di dalam bakul itu.
(b) Sebiji buah dipilih secara rawak untuk diberikan kepada Babun, hitung
kebarangkalian buah yang dipilih ialah buah cempedak.
(c) King menambah 18 biji buah tembikai dan didapati 4 biji buah nenas telah rosak.
Berapa bijikah buah cempedak yang perlu ditambah, sekiranya King mahu
mendapatkan kebarangkalian memilih buah cempedak ialah 0.5?
[15 markah]

You might also like