Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Esei Pengajian Am : Tadbir Urus

Perkhidmatan Awam
by eseipa on November 19, 2015 in Esei Pengajian Am, Pengajian Am, STPM

Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-ciri kepimpinan


yang berkualiti. Tadbir urus yang baik dalam sesebuah perkhidmatan awam akan dapat
menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.

Ciri-ciri kepimpinan berkualiti adalah


Keadilan dalam pentadbiran
Seseorang pemimpin dalam sesebuah perkhidmatan awam atau organisasi perlu
bersikap adil terhadap pekerjanya dalam pengurusan kerja.
Tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pekerja.
Penurunan kuasa juga tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran.

Mempunyai iltizam yang kuat


Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan berwawasan akan menyebabkan integriti
sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya akan merosot.
Hal ini boleh berlaku kerana pemimpin yang lemah iltizamnya tidak sanggup melarang
pekerja bawahannya dari amalan rasuah.
Hal ini kerana mereka takut kehinlangan pengaruh.

Bersikap tegas dalam pentadbiran


Pemimpin perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-
mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa, masalah disiplin,
mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
Pengurusan sebegini amat perlu bagi memastikan ahli-ahli dalam agensi mempunyai
etika yang tinggi dan berdisiplin.
Hal ini juga dapat mendapat kepercayaan orang ramai dalam sesebuah sektor awam.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik
Komunikasi yang baik penting untuk memastikan pelaksanaan tugasan yang tepat dan
efisien.
Pemimpin yang berkualiti harus mampu memberikan penjelasan terhadap apa-apa jua
tindakan dalam pelaksanaan tugasan.
Pekerja mudah memahami arahan dan dapat menjalankan tugas secara telus.
Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami.

Peka terhadap perubahan


Seseorang pemimpin yang mempuyai ciri kepimpinan berkualiti perlu sentiasa bersedia
untuk berubah.
Sanggup menjalani perubahan dari segi pengurusan supaya meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan tadbir urus.
Hal ini demikian akan dapat melahirkan sebuah organisasi yang lebih berdaya saing dan
dinamik.

Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif


Dapat mewujudkan struktur organisasi yang baru dengan persekitaran kerja yang selesa
atas kerjasama dengan ahli-ahlinya.
Menggantikan sistem, prosedur dan garis panduan yang lemah.
Mampu menjadikan perkhidmatan mempunyai daya saing yang setanding dengan
sektor swasta.

Kesimpulannya, sistem perkhidmatan awam perlu inovatif, kreatif dan cekap bagi
menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan
negara-negara maju yang lain.

You might also like