Pentadbiran Harta Pusaka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KUMPULAN 7 (SOALAN 2)

Huraikan tentang pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia. [7 markah]

Pengenalan
Akta Harta Pustaka Kecil (pembahagian) 1955 (Akta 98)
Akta Probet dan Pentadbiran Pusaka 1959 (Akta 97)
a) Pentadbiran Harta Pusaka
i) Pentadbiran Harta Pusaka Biasa (Pusaka Besar)
ii) Pentadbiran Harta Pusaka Ringkas
iii) Pentadbiran Harta Pusaka Kecil
b) Cukai Harta Pusaka
c) Pentadbiran Harta Wasiat
d) Pentadbiran Harta Penama dan Simpanan

Kesimpulan

Undang-undang Pusaka Islam biasanya dikenali sebagai Faraid yang bermaksudkan pembahagian yang
akan dipusakai apabila berlakunya sesuatu kematian.

Pentadbiran harta pusaka dan pembahagiannya termasuk dalam senarai dan tugas negeri. Dalam perkara
mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat umpamanya, Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian) 1955
(Akta 98) dan Akta Probet dan Pentadbiran Pusaka 1959 (Akta 97) diambil kira dalam menguruskan
penyelesaian harta bagi orang Islam. Menurut kedua-dua jenis Akta di atas, pentadbiran dan pengurusan
harta pusaka boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu;

i) Pentadbiran Harta Pusaka Biasa (Pusaka Besar)


Melibatkan harta pusaka yang jumlah nilainya lebih daripada RM2,000,000.00 sama ada terdiri
daripada harta alih sahaja atau harta tak alih sahaja atau campuran kedua-duanya; dan juga harta
pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM 2,000,000.00 di mana si mati ada meninggalkan
wasiat. Bidang kuasa terjatuh di bawah Mahkamah Tinggi dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ii) Pentadbiran Harta Pusaka Ringkas


Melibatkan harta pusaka yang jumlah nilainya tidak lebih dari RM 600,000.00 dan terdiri daripada
harta alih sahaja. Bidang kuasa terletak di bawah Amanah Raya Berhad and Akta Perbadanan ARB
1995

iii) Pentadbiran Harta Pusaka Kecil


Melibatkan harta pusaka yang jumlah nilainya kurang dari RM2,000,000.00 yang terdiri daripada
harta tak alih sahaja atau campuran harta alih dan harta tak alih; dan si mati tidak meninggalkan
wasiat. Bidang kuasa terletak di bawah Pejabat Tanah atau PPPK (Akta Pusaka Kecil Pembahagian
1955)

Berikutan pembahagian harta pusaka, pewaris-pewaris harta pusaka dikehendaki membayar Cukai Harta
Pusaka dengan kadar 5% dan kematian itu berlaku selepas 19 Oktober 1984, selepas ditolak semua hutang
atau lain-lain tanggungan. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang wajib dibayar untuk harta pusaka
si mati yang jumlahnya melebihi RM 2,000,000.00.

Open
1
KUMPULAN 7 (SOALAN 2) (bersambung….)

Untuk Pentadbiran Harta Wasiat, harta pusaka akan dibahagi ke tiga bahagian mengikut Hukum Faraid
atau melalui pemuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan si wasiat; dan ianya dibahagikan
kepada pewaris menurut peruntukan di bawah
i) 1/3 daripada asset si mati kepada bukan waris atau waris yang terdinding
ii) 2/3 dibahagikan kepada waris

Berbeza dari Pentadbiran Harta Pusaka di atas, seorang pemegang amanah yang dilantikkan di bawah
Pentadbiran Harta Penama dan Simpanan akan mengagihkan harta pusaka simati mengikut
pembahagian Faraid. Contohnya pemegang amanah ini akan mengagihkan simpanan yang diterima
daripada akaun si mati KWSP dan mengagihkan mengikut pembahagian Faraid.

Kesimpulan

Harta pusaka islam akan terjatuh dalam ketiga jenis pusaka yang dinyatakan dan ia hendaklah ditadbir
mengikut akta-akta berkaitan selari dengan jenis harta tersebut.

Open
2

You might also like