Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat


holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada
dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). Kategori bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
berasaskan sekolah.

(Sumber: Lembaga Peperiksaan 2014).

Pada penilaian anda, apakah bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di
sekolah?
[20 markah]
SP No. 3.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di sekolah?
Contoh huraian.
i. Masa:

Guru-guru PBS terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk merangka


penilaian (penyediaan instrumen), ulang mengajar, pengisian data dan penyimpanan
eviden yang banyak. Dalam menyediakan instrumen, guru juga perlu merangka
penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaaan murid mempunyai kesejajaran.
Oleh itu, guru-guru perlu memperuntukkan masa yang mencukupi.

Guru juga terpaksa mengulang pengajaran sekiranya murid itu tidak mencapai Band
yang ditetapkan. Selain itu, guru juga perlu merangka dan membina instrumen baru
sehingga murid itu mencapai tahap yang ditentukan.

Guru-guru juga bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem, tetapi


mereka menghadapi cabaran dengan server yang perlahan dan terpaksa menunggu
masa yang sesuai.

ii. Kompetensi guru:

Guru-guru beranggapan mereka mempunyai kompetensi yang kurang dalam


melaksanakan PBS. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara,
antaranya; kursus PBS yang mereka hadiri tidak fokus kepada pentaksiran, dan
guru-guru kurang pengetahuan dalam membina instrumen. Kursus PBS yang dihadiri
tidak fokus ini disokong dengan kenyataan guru-guru PBS.

Apabila kurus yang dihadiri tidak fokus dan pencairan maklumat yang berlaku tidak
betul, menyebabkan guru-guru PBS kurang pengetahuan dalam membuat penilaian.
Berikut adalah apa yang dialami oleh guru-guru PBS

iii. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Guru-guru juga menghadapi cabaran berkaitan dengan kemudahan pengajaran dan


pembelajaran seperti masalah bilik darjah, komputer dan capaian internet.
Kebanyakan sekolah masih kekurangan bilik darjah dan setiap bilik darjah dimuatkan
dengan bilangan murid melebihi 30 orang. Bilangan murid yang ramai ini
menyebabkan bilangan komputer yang ada di sekolah tidak mencukupi, dan masih
menggunakan komputer versi lama.

iv. Sistem pengurusan PBS.

Semua guru PBS perlu menggunakan aplikasi dalam talian untuk memasukkan
markah PBS murid ke dalam sistem. Guru-guru menghadapi cabaran besar dalam
pengisian data ke dalam sistem kerana mereka tidak diajar cara-cara memasukkan
markah, sistem bermasalah, dan mengambil masa yang panjang.
Setiap isi dan huraian membawa 5 markah

[20 Markah]

You might also like