Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MAC lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan semula

projek Taman Sains Selangor II dengan konsep baharu berteraskan Bandar Pintar
dan menamakannya sebagai Selangor Cyber Valley.

Maka, apakah itu Bandar Pintar? Konsep Bandar Pintar atau Smart City adalah
konsep yang berakar umbi dari pelaksanaan idea untuk pengurusan sumber dan
alam bina yang lestari serta mesra pengguna dan menjadi popular di serata dunia
pada alaf baru.

Pada masa kini, konsep ini dimajukan dengan perkembangan teknologi yang
membolehkan pelaksanaan lebih efisien dan menyeluruh bertujuan meningkatkan
fungsi kecekapan dan produktiviti pengurusan sesebuah bandar raya.

Hal ini termasuk kepada peralihan kaedah dan amalan semasa ke dalam sistem
seperti pengangkutan awam, pengurusan sisa, pengurusan tenaga (elektrik),
pengurusan trafik, keselamatan awam, pengurusan data pengguna dan
kesejahteraan sosial masyarakat.

Walaupun belum ada satu piawaian untuk mendefinisikan Bandar Pintar, ia masih
boleh dilihat dan diukur daripada kecekapan pengurusan dan penambahbaikan
kualiti perbandaran dan kehidupan penduduk di sesebuah bandar.

Pendekatan kaedah dalam mewujudkan sesebuah Bandar Pintar adalah lebih


tertumpu kepada kemasyarakatan daripada perbandaran itu sendiri.

Walaupun sebuah bandar raya pintar pada mulanya menekankan pelaksanaan


dan penggunaan teknologi digital, ia kini dilihat sebagai satu alat yang ada dan
bukan matlamat akhir.
Matlamat utama lazimnya adalah ke arah mewujudkan sebuah bandar raya yang
paling boleh didiami, di mana masyarakat dan penduduk dapat mendiami, bekerja
dan beriadah dengan paras kesejahteraan, kualiti hidup dan kepuasan hati yang
tinggi.

Dengan pelaksanaan Bandar Pintar pelbagai manfaat dan keuntungan, termasuk


potensi keuntungan kewangan dan pengurangan kos operasi - boleh dikecapi dan
dinikmati oleh rakyat; masyarakat itu sendiri, dan juga pihak berkepentingan
dalam komuniti perniagaan serta kerajaan.

Di Sydney, Australia pelaksanaan sistem pintar ini dilakukan bukan sahaja untuk
pengurusan trafik dan pengurusan sisa, malah untuk pembangunan pintar melalui
usaha sama awam-swasta seperti projek Green Square Town Centre; Haymarket
Library dan projek rumah mampu milik.

Di Amsterdam, Belanda program dan projek seperti Amsterdam Arena dan


Amsterdam Smart City meningkatkan paras kepuasan hati masyarakat, manakala
pelancong di bandar itu dapat melawat lebih banyak kawasan dengan
menggunakan aplikasi pintar pelancong yang disediakan di bandar berkenaan.

Pembangunan Bandar Pintar boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu 'Brownfield


City' di mana bandar ini sudah sedia ada, 'Greenfield City', iaitu sebuah bandar
yang dibina bertemakan bandar pintar dan akhir sekali 'Smart Plan.'

Dalam konteks Malaysia, bandar yang boleh diklasifikasikan sebagai 'Brownfiled


City' adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, di mana bandar ini
sudah wujud sejak sekian lama.

'Greenfield City' membawa maksud sebaliknya di mana ia adalah sebuah bandar


yang dirancang daripada awal bertemakan Bandar Pintar seperti Forest City di
Iskandar Malaysia dan Masdar Abu Dhabi, juga boleh dikatakan untuk Selangor
Cyber Valley.

Dalam kata mudah, bandar ini sengaja dirancang dan dibina khas sebagai Bandar
Pintar.

Pelaksanaan dan pengurusan sebuah Bandar Pintar membabitkan pelbagai pihak


daripada kerajaan dan sektor awam kepada sektor swasta dan pemaju,
sehinggalah masyarakat setempat itu sendiri.

Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan komitmen dan sumber
kewangan yang mencukupi untuk kesinambungan sistem pintar itu.

Bukan itu sahaja, faktor lain juga memainkan peranan dalam keberkesanan
Bandar Pintar ini.

Ia memerlukan usaha sama daripada pengguna, masyarakat, pihak pemaju sistem


dan swasta, pihak pentadbir dan kerajaan.

Kepenggunaannya dapat membantu meningkatkan kesejahteraan sesebuah


bandar ke arah mencapai Bandar Raya Boleh Didiami Dunia.

Mungkin, visi seperti yang dibuat untuk Selangor Cyber Valley dan Forest City,
boleh diterapkan sebagai amalan terbaik untuk diperkembangkan lagi agar
bandar baharu di Malaysia dapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Lestari.

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar
supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini
sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga
yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama
negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayu-
kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan
apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia
menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang
mapan atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan
lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan
pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus
melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari
dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.

Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong


dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi
yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk
mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan
perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat
memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah,
berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh
dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu,
kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat
dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula
sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan
secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.
Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan
masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan
negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan
yang lestari, berkualiti dan seimbang.

Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi
kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi
tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara
tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu
baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini
patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah
mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa
plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.

Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan
lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan
memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan
penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih
bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga.
Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan
hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang
sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu
denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah
menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas
dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar.

Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam


sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai
aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum
yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah
wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka
akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka
dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi
yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi,
pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah
untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.

Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu
dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat
menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek
pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara
tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita
perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita
tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal
menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang
ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak
harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan
mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari
tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman
semula.

Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat


membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam.
Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-
langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-
alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan
lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar
yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan
masalah ini diharapkan dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa
melakukan kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat
menikmati kemajuan dan pembangunan negara dengan diselimuti kehijauan
alam sekitar.

Petempatan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah


tamadun. Tanpa sebuah petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah Tamadun
Mesir Purba, Tamadun Indus dan sebagainya. Sebuah petempatan yang maju
dapat menjadi pendorong kepada kegemilangan sesebuah tamadun. Bagi saya
dan keluarga petempatan yang selesa, bersih dan selamat menjadi pilihan.
Keselesaan ialah perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih
sesebuah petempatan. Apa gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga
beratus-ratus ringgit tidak selesa untuk didiami oleh pemiliknya. Bukankah ini satu
kerugian namanya? Keadaan sekeliling yang masih mengekalkan keadaan
geografinya serta bebas daripada pencemaran amat sesuai bagi kami sekeluarga
yang sangat mencintai flora dan fauna. Setelah penat sehari-harian menjalankan
tugas di kota metropolitan yang dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti gas
karbon dioksida, gas karbon monoksida dan sebagainya, sebuah petempatan yang
dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, burung-burung berkicauan, udara yang
segar serta bunyi deruan air sungai dapat mengembalikan ketenangan fikiran
serta mencergaskan badan di pinggir kota menjadi pilihan saya dan keluarga.
Selain itu, sebuah petempatan yang tersusun turut menjadi pilihan. Semasa
tamadun Indus, Bandar Harappa, mempunyai susunan bangunan yang sangat
terkancang. Bangunan berbentuk segi empat disusun rapi pengaplikasian ilmu
matematik dan geomentri telah menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang
gemilang. Petempatan yang terancang lebih menyedapkan mata yang
memandang jikalau dibandingkan dengan sebuah petempatan yang bangunannya
disusun sesuka hati. Fikiran yang sudah sarat dengan masalah di tempat kerja
akan menjadi lebih serabut apabila terpandang keadaan petempatan yang tidak
terancang. Jelaslah bahawa, sebuah petempatan yang tersusun dapat
membentuk sebuah organisasi yang kukuh dan haol ini telah dibuktikan oleh
tamadun-tamadun sebelum ini.
Kebersihan sesuatu tempat amatlah penting kerana kebersihan tempat tinggal
menjamin kesihatan penduduk. Cuba bayangkan sebuah petempatan yang
mempunyai sistem peparitan yang tersumbat disebabkan oleh sampah sarap,
tempat pembuangan sampah yang tidak pernah dibersihkan serta anjing-anjing
liar berkeliaran di sana sini. Keadaan ini pasti mengundang penyakit berbahaya
seperti denggi, taun, keracunan makanan dan sebagainya. Jikalau saya memilih
petempatan seperti ini, nescaya kos perubatan keluarga saya akan meningkat dan
generasi saya pada masa akan datang berpotensi tinggi mengalami sebarang
penyakit. Saya tidak tergamuk mahu merampas masa depan generasi akan
datang. Hanya kerana sikap tidak prihatin akan kebersihan seluruh generasi saya
akan menanggung akibatnya. Oleh hal yang demikian, petempatan yang bersih
pasti menjadi pilihan kami, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Petempatan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan-
kemudahan lain adalah menjadi impian banyak keluarga, begitu juga dengan
keluarga saya. Dengan adanya kemudahan seperti sekolah, klinik, taman rekreasi,
telefon awam dan sebagainya dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga
lebih mudah. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan seperti sekolah, ibu
bapa tidak perlu bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke tempat yang
lebih jauh untuk menuntut ilmu hingga ke negeri China. Namun, begitu, pada usia
yang mentah, anak-anak lebih mementingkan keseronokan daripada
keselamatan. Dengan adanya sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal,
tidak perlulah saya berasa bimbang akan keselamatan anka-anak ketika mereka
pergi mahupun pulang dari sekolah kerana saya akan menghantar dan mengambil
mereka pulang. Risiko penculikan atau pemerdagangan kanak-kanak dapat
dihindari. Sesungguhnya kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat
menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu menjadi lebih bahagia, seperti padi
setangkai bernas semuanya.
Kemudahan lain seperti pengawal keselamatan yang mengadakan rondaan yang
kerap dapat mengatasi masalah penculikan dan rompakan yang sering berlaku di
negara kita belakangan ini. Dengan adanya kemudahan seperti ini, tahap
keselamatan penduduk di kawasan petempatan tersebut lebih terjamin.
Tambahan pula, dengan adanya pekerja-pekerja yang diupa bagi menjaga
kebersihan kawasan tersebut dengan memastikan sampah-sampah dikutip dan
dibuang ke tempat pelupusan sampah, rumput-rumput dipotong, system
perparitan berfungsi dan sebagainya lagi. Petempatan yang mempunyai ciri-ciri ini
amat bersesuaian dengan keluarga kami.
Apa gunanya jikalau sebuah petempatan itu cantik dan bersih tetap jiran
sebelah-menyebelah tidak bertegur sapa. Keluraga kami sangat mementingkan
semangat kejiranan kerana perkara ini ada ditekankan di dalam Al-Quran.
Pembangunan sesebuah negara bergantung pada perpaduan rakyat. Perpaduan
rakyat bermula dengan semangat kejiranan yang jitu. Jiran yang mengambil berat
akan perihal jirannya serta bersedia membantu jirannya yang berada dalam
kesusahan dapat memajukan sesebuah negara. Komuniti yang mesra serta
mengambil berat antara satu sama lain adalah satu komuniti yang menjamin
kehidupan yang bahagia. Perkara ini telah dibuktikan dengan pembukaan Kota
Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kesediaan kaum Ansar membantu kaun
muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah sekali gus menjadikan Kota Madinah sebuah
empayar Islam yang teragung. Oleh itu, petempatan yang menawarkan komuniti
yang bersatu padu menjadi idaman sekeluarga. Sesungguhnya perpaduan rakyat
merupakan landasan kejayaan sesebuah negara lantaranPerpaduan Teras
Kejayaan.
Kesimpulannya, petempatan yang selesa, bersih, selamat dan masyarakat yang
bersatu padu merupakan petempatan idaman kami sekeluarga. Apa gunanya
memiliki rumah bangle dua tingkat yang tersergam indah tetapi dikelilingi
bangunan-bangunan konkrit, kawasan sekeliling tercemar dan jiran tetangga yang
mementingkan diri sendiri. Hidup umpama enau dalam beukar melepaskan pucuk
masing-masing bukan pilihan kami sekeluarga. Biarlah rumah itu sederhana tetapi
petempatnya, selesa, bersih, selamat dan masyarakatnya hidup dalam harmoni.
Maka dengan ini negara Malaysia akan terus maju di mata dunia.

Kita perlu berbangga kerana negara kita merupakan negara yang mengutamakan
pembangunan mesra alam berkonsepkan bandar dalam taman.
Huraikan kepentingan konsep bandar dalam taman terhadap rakyat dan negara
kita.

Kemajuan dalam aspek pembangunan dan perancangan bandar telah


menemukan satu formula baharu untuk mengekalkan kelestarian warisan alam.
Konsep mengutamakan pembangunan negara yang mesra alam telah menjadi
satu unsur penting dalam pembangunan negara. Lihat sahaja pembanggunan di
Shah Alam dan Putrajaya yang membuktikan kesungguhan negara ini dalam
mengetengahkan konsep bandar dalam taman tersebut. Sebenarnya, konsep
bandar dalam taman ini membawa banyak kepentingannya terhadap rakyat dan
negara.

Faedah utama yang dibawa oleh konsep bandar dalam taman ini melibatkan
keupayaan negara menjaga keseimbangan alam dan eskosistem dengan efektif.
Keseimbangan ini berlaku kerana faktor kadar penebangan hutan dengan kadar
pertumbuhan hutan dijaga dengan baik oleh mana-mana pihak yang
membangunkan sesuatu projek pembangunan itu. Situasi ini menjamin
kewujudan kehijauan alam sekitar untuk satu tempoh yang lama buat sesuatu
kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan itu. Ringkasnya, pelan pembangunan
sesuatu kawasan dirancang dengan teliti kerana setiap pembangunan
mengutamakan alam sekitar.

Selain itu, pembangunan berteraskan konsep ini berupaya mengurangkan


pencemaran alam dengan begitu mudah. Semua pembangunan terutama yang
melibatkan sistem pengangkutan awam mengutamakan istilah mesra alam itu.
Penggunaan bahan api dikurangkan untuk menjaga kualiti udara menerusi
pembinaan sistem transit aliran ringan yang berupaya menghubungkan mana-
mana destinasi di sesuatu bandar itu dalam tempoh yang pantas. Alam juga tidak
tercemar kerana pembangunan mesra alam turut mengutamakan pembinaan
sistem pembetungan yang berkualiti untuk memastikan sumber air terutama
untuk kegunaan penduduk tidak tercemar.

Tambahan pula, pembangunan berteraskan bandar dalam taman akan


menyediakan suasana kehidupan yang berkualiti buat penduduk setempat.
Semua aktiviti pembangunan dilakukan tanpa mengabaikan keindahan alam
sekitar yang sudah lama wujud tersebut. Landskap yang menarik dihasilkan oleh
pihak pemaju untuk menggantikan binaan hutan batu yang menjadi amalan
utama dalam pembangunan sebelum ini. Akibatnya, rakyat dapat menikmati
keindahan alam di depan mata mereka tanoa perlu kembali ke kampung halaman
untuk melihat keindahan tersebut.

Kehidupan moden telah menyebabkan manusia semakin tertekan lalu usaha


menjadikan konsep bandar dalam taman satu realiti akan membantu rakyat
negara ini menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan kehidupan tersebut.
Pelbagai kawasan riadah dengan kemudahan yang mesra pengguna dibina
sehingga menarik minat rakyat untuk beriadah sepanjang masa. Tindakan ini akan
menjadikan kualiti kesihatan diri dan mental rakyat menjadi bertambah baik
untuk satu tempoh tertentu. Lama-kelamaan, kehidupan masyarakat di negara ini
akan menjadi lebih tenang dan harmoni kerana negara mengutamakan
pembangunan yang seimbang dalam perancangan pemodenan itu.

Impak terakhir pelaksanaan konsep bandar dalam taman ialah negara ini akan
menarik lebih banyak pelancong terutama pelancong asing untuk melawat
Malaysia. Golongan pelancong ini pastinya akan mudah terpesona dengan
keindahan dan kekreatifan perancang bandar negara ini dalam merancang
sebarang pembangunan tersebut. Pelancong akan memuji sikap rakyat negara ini
yang begitu mengutamakan kemodenan tetapi masih mengekalkan kehijauan dan
keaslian alam sekitar yang sukar untuk diperoleh di negara asal mereka itu. Sudah
pasti apabila mereka kembali ke negara asal pelbagai cerita tentang keindahan
negara terutama kesungguhan rakyat Malaysia mengekalkan keseimbangan
pemodenan dan alam sekitar akan menjadi buah mulut masyarakat di sana.

Kesimpulannya, konsep bandar dalam taman perlu diwujudkan di negara ini


dengan lebih banyak. Pelbagai faedah timbul sama ada daripada segi ekologi dan
ekonomi kepada rakyat serta negara ini secara tidak langsung. Pembangunan
negara ini hendaklah mengikut acuan kita sendiri kerana langkah sebegini
beruoaya menaikkan nama negara pada mata masyarakat dunia pula. Namun,
sokongan rakyat amat diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan konsep sebegini
bak kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh yang menekankan peri pentingnya
kerjasama masyarakat dalam kehidupan moden ini.

You might also like