Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMBA,

JALAN KILANG TEBU, 05050, ALOR SETAR KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN KALI


KEEMPAT 2017

Tarikh : 10 OKTOBER 2017


Hari : SELASA
Masa : 1.30 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT

Kehadiran:
1. Yusaini Bin Yusoff
2. Mohd Ikhwan Bin Mohd Hadzir
3. Mohd Nazrul Bin Jasni
4. Kamaluddin Bin Chik
5. Irwandi Bin Che Azmi
6. Arzhari Bin Ibrahim
7. Haznizan Bin Mohamad

Turut hadir :
1. Pn. Norhafizah Binti Hamzah
Tidak hadir:
1. Ariff Bin Kamis @ Shariff

Agenda Mesyuarat

1. Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan
semua guru ke Mesyuarat Panitia PJK kali ke 4 bagi tahun 2017. Mesyuarat
dimulakan dengan membaza surah Al-Fatihah.
Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
semua ajk panitia sepanjang tahun 2017.
Tindakan: Makluman
2. Perutusan Pentadbir
2.1 Pn. Norhafizah Binti Hamzah mewakili penasihat mengucapkan terima kasih di
atas kehadiran guru ke mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman

3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


Cadangan : En. Nazrul Bin Jasni
Disokong : En. Kamaluddin Bin Chik

4. Perkara Berbangkit

4.1 En. Irwandi memaklumkan bahawa alatan yang rosak telah dikumpulkan dan
diletakkan di dalam stor pasukan sekolah.

5. Analisa dan post mortem Peperiksaan Akhir Tahun

5.1 Pengerusi membentangkan analisis peperiksaan akhir tahun untuk tahap 1 dan 2
seperti dalam lampiran yang diedarkan. Secara keseluruhannya, pencapaian
murid adalah memuaskan dan menepati target yang ditetapkan. Cuma terdapat
beberapa pelajar yang tidak mendapat gred target. Ini adalah disebabkan
penguasaaan kemahiran membaca dan menulis yang lemah. Oleh itu, guru-guru
pendidikan jasmani bolehlah turut membantu pelajar untuk membaca dan
menulis dengan lebih baik jika berkesempatan.

6. Semakan tugas sebelum bercuti


6.1 Semakan Fail Panitia - Guru perlu menyemak fail panitia dan mengemaskini
bahan bagi tahun 2017.
6.2 Semua kunci bilik khas perlu dipulangkan ke pejabat untuk dilabelkan
6.3 Pastikan semua buku-buku latihan, buku kerja dan kertas peperiksaan
diserahkan kembali kepada murid.

Tindakan : Ketua Panitia


7. Hal-hal lain
7.1 Rancangan pelajaran harian perlu diserahkan pada minggu ke-2 bulan Januari
2018.
7.2 Guru perlu membuat laporan pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun
2017 iaitu kelemahan yang dikenalpasti dan tindakan yang sewajarnya diambil.

Tindakan : Semua Guru

8. Ucapan Penangguhan

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh,

_________________
(Irwandi Che Azmi)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Disemak oleh,

_________________
(Yusaini Bin Yusoff)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Disahkan Oleh,

__________________
(Norhafizah Binti Hamzah)
PK KoKurikulum

You might also like