Aspirasi Minda Bestari: Pusat Kegiatan Guru Gemencheh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ASPIRASI MINDA BESTARI

Pusat Kegiatan Guru Gemencheh


BIL 1/ 2015
TEL/FAX : 06-4317381/pkg_gemencheh@moe.gov.my

TEXT
WHAT’S NEWS
WELCOME
Lorem Ipsum is simply dummy text of
Lorem Ipsum is simply dummy text the printing and typesetting industry.
of the printing and typesetting Lorem Ipsum has been the industry's
industry. Lorem Ipsum has been the standard dummy text ever since the
industry's standard dummy text ever 1500s, when an unknown printer took a
since the 1500s, when an unknown galley of type and scrambled it to make a
printer took a galley of type and type specimen book.
scrambled it to make a type
specimen book.

when an unknown printer took a


galley of type and scrambled
Title
it to make a type specimen
book. Lorem Ipsum is simply dummy text of
the printing and typesetting industry.
Lorem Ipsum has been the industry's
standard dummy text ever since the
1500s, when an unknown printer took a
ANNOUNCEMENTS galley of type and scrambled it to make a
Lorem Ipsum is simply dummy text type specimen book.
of the printing and typesetting
industry. Lorem Ipsum has been the Lorem Ipsum is simply dummy text of
industry's standard dummy text ever the printing and typesetting industry.
since the 1500s, when an unknown Lorem Ipsum has been the industry's
printer took a galley of type and standard dummy text ever since the
scrambled it to make a type specimen 1500s, when an unknown printer took a
book. galley of type and scrambled it to make a
type specimen book.
Lorem Ipsum is simply dummy text
of the printing and typesetting
industry. Lorem Ipsum has been the Lorem Ipsum is simply dummy text of
industry's standard dummy text ever the printing and typesetting industry.
since the 1500s, when an unknown Lorem Ipsum has been the industry's
printer took a galley of type and standard dummy text ever since make a
scrambled it to make a type. type specimen book.
TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana
seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah
Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan
reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang
dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh
akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan
kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu
Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi
Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha,
kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan
arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun
ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
MALAM TAHUN BARU CINA

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat


atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara
makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang
menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan
malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan
sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan
menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan
memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam
tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah
jong’sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api
akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
TARIAN SINGA

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan
‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia
membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang
bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’
diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum
berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti
daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka
yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
CAP GOH MEH
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘
tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh,
menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama
Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-
lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada
hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua
perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu
pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu
Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu
kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk
merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-
lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang
di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan
sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang
berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang,
bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang
canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan
cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu
warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata
dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol
dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan.
ANG PAU

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang


sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang
tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua
ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya
bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil
dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian ( 帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa
sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya
dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.
Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
BUNGA API

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan
dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di
China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini
berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan.
Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung.
Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-
letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam
bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang
dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga
melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting
dalam sambutan Tahun Baru Cina.
PAKAIAN

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai


sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah
akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
RUMAH TERBUKA

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah


terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput
rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan
rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

You might also like