Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 41

KERTAS KERJA

MOHON PEMBIAYAAN
(MICRO ESP-i) ARGO BANK
BAGI PROJEK
TERNAKAN IKAN KELI

DISEDIAKAN OLEH:-
BERJAYA ENTERPRISE (A-622780)

DISEDIAKAN UNTUK:-
AGRO BANK BHD
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

SINOPSIS

TUGASAN INI ADALAH PROJEK KUMPULAN BAGI KURSUS KEUSAHAWANAN EPPD2013

YANG DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN BERJAYA KEPADA EN. MOHD RASHAN SHAH BIN

ROBUAN DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

KUMPULAN BERJAYA TERDIRI DARIPADA 5 AHLI IAITU:-

MOHD RUZAINI BIN MOHD SALLEH (GA00566)

RIDZAUDIN BIN ABD AZIZ (GA00640)

SHAMSUL HAZRUL BIN JAAFAR (GA00691)

MOHD KHAIRI BIN OTHMAN (GA00557)

MOHD ANAS BIN MUHAMAD DZARIB (GA00552)

2
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan menjadi rujukan dan bimbingan AGROBANK bagi

permohonan “micro economic stimulus package” (Micro ESP-i) untuk pembiayaan

modal kerja Berjaya Enterprise.

Amaun dan Tujuan Pembiayaan (Skim Micro ESP-i)

Pembiayaan RM 150,000
Sebagai Modal Kerja
(Skim Micro ESP-i AgroBank)
Pembayaran Balik Daripada Pendapatan Perniagaan Berjaya Enterprise

2.0 PENGENALAN

2.1 SEBAGAI GARIS PANDUAN UNTUK MENGURUS PERNIAGAAN.

Rancangan perniagaan ini menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh

syarikat serta memberi garis panduan tentang langkah tersebut dilaksanakan. Rancangan

perniagaan ini merupakan satu pelan yang mesti diikuti oleh semua anggota dalam

organisasi.

2.2 MENILAI DAN MENGKAJI PRESTASI PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan ini membolehkan syarikat membuat penilaian tentang kejayaan

atau kegagalan projek syarikat. Rancangan perniagaan ini juga membantu syarikat

mengetahui kekuatan, kelemahan dan potensi perniagaan yang telah syarikat ceburi.

Berdasarkan kajian dan penilaian yang dibuat dari semasa ke semasa, syarikat dapat

3
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

meningkatkan prestasi dan bersedia untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.

Syarikat juga boleh meminimumkan pembaziran, penyelewengan dan kerugian.

2.3 MEMUDAHKAN KAWALAN.

Apabila perancangan dibuat secara sistematik, kawalan dapat dilaksanakan dengan

mudah. Kawalan yamg teratur dan cekap akan menjadikan operasi lebih lancar dan

tersusun. Jika pelaksanaan tersasar daripada rancangan asal, tindakan pembetulan boleh

dibuat dengan lebih cekap dan berkesan.

2.4 MEMAKSIMUMKAN SUMBER UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI.

Proses kerja telah disediakan bagi memastikan operasi dan pengeluaran dapat dibuat

dengan lebih cekap dan kualiti produk terjamin dan mengikut piawaian yang telah

ditetapkan.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

NAMA PERNIAGAAN : BERJAYA ENTERPRISE (A – 622780)

ALAMAT PERNIAGAAN : Lot 437, Persiaran Sentosa, Bukit Sentosa,

48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

TELEFON : 03-60283838

NO. FAKS : 03-60280000

E-MEL : berjaya@streamyx.com.my

4
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

LAMAN WEB : http:// www.berjaya.com.my

BENTUK PERNIAGAAN : Milikan Tunggal

JENIS PENTERNAKAN : Penternakan

AKTIVITI PERNIAGAAN : Menternak dan memasarkan ikan keli

TARIKH BEROPERASI : 01 Januari 2011

NO. PENDAFTARAN : A – 622780

MODAL PERNIAGAAN : RM 150,000.00

NAMA BANK : AGRO Bank, Cawangan Rawang.

NO. AKAUN PERNIAGAAN : 62278088123

3.2 LATAR BELAKANG PEMILIK

NAMA PENUH : Muhammad Fakhrin b. Ahmad Shairuzi

KAD PENGENALAN : 790810 – 08 – 6031

TARIKH LAHIR : 10 Ogos 1979

JANTINA : Lelaki

ALAMAT TETAP : No. 13, Jalan Tanjung 2a, BS2,

Bandar Bukit Sentosa, 48300 Rawang,

5
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Selangor Darul Ehsan.

NO. TELEFON : 012 – 6164646

TARAF PERKAHWINAN : Bujang

KELAYAKAN AKADEMIK : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan,

(UKM) 2002 – 2004.

KURSUS : Kursus Keusahawanan,

Anjuran SMIDEC

KEMAHIRAN : Pengurusan Akuakultur

PENGALAMAN PEKERJAAN : Pengurus Pemasaran, Masbahal Aquatic,

Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Kursus.

(2005 – 2007)

4.0 PROFAIL PERNIAGAAN

4.1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Demi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan taraf dan sosio ekonomi masyarakat

di dalam bidang pertanian dan penternakan, maka pemilik telah menubuhkan sebuah

syarikat perniagaan yang dikenali sebagai Berjaya Enterprise di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). Perniagaan ini beroperasi sebagai pusat pembangunan

6
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

teknologi pembenihan, pembesaran dan penjualan hasil penternakan ikan keli berasaskan

‘bioteknologi’.

4.2 MISI SYARIKAT

Membuka ladang berskala besar di seluruh negara yang dapat memenuhi keperluan

masyarakat setempat serta mencari peluang pasaran di luar negara.

4.3 VISI SYARIKAT

Ingin mencapai tahap syarikat multinasioanal dengan mewujudkan francais di luar negara

seperti China, Eropah dan Timur Tengah.

5.0 KETERANGAN PROJEK

Spesis ikan air tawar yang telah dikenalpasti dan terbukti keberkesanannya untuk projek

ini adalah ikan keli. Ini kerana spesis ini telah diusahakan dengan jayanya secara

komersial dan kejayaannya amatlah memberangsangkan.

Faktor utama pemilihan spesis tersebut untuk tujuan komersial adalah disebabkan oleh:

a. Dikenali ramai dan permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar

negara

b. Bekalan benih mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan

c. Tempoh ternakan yang singkat (3-6 bulan) dan boleh diusahakan secara

berperingkat

d. Memerlukan kawasan yang kecil dan boleh distok lebih padat daripada spesis

lain

7
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

e. Makanan ikan mudah didapati dalam bentuk until dengan kos yang berpatutan

f. Daya ketahanan penyakit dan kadar kehidupan yang tinggi

g. Hidup dalam persekitaran semulajadi (kolam tanah) dengan mudah.

h. Potensi untuk dieksport ke Negara Luar dengan kadar pulangan yang tinggi

Penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi akuakultur telah banyak memberi

peluang kepada penternak ikan air tawar untuk mengenalpasti potensi dan perkembangan

terkini bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan nilai tambah terhadap produk

perikanan.

Ini adalah satu titik permulaan bagi memperkembangkan operasi perniagaan di bidang

akuakultur dan agrikultur disamping memperluaskan skop perniagaan. Ini akan dilakukan

melalui proses pembelajaran dan peningkatan ilmu-ilmu perniagaan yang diperolehi

secara formal atau informal.

5.1 DISKRIPSI PERNIAGAAN

Perniagaan Berjaya Enterprise menternak dan memasarkan ikan keli. Ikan keli ini

dipasarkan ke pasaran melalui peraih, pemborong dan peruncit.

Keistimewaan produk ikan keli

a. Produk ikan keli yang dihasilkan mengandungi Omega 3,6, dan 9

8
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Produk ikan keli yang dihasilkan mengandungi protein tinggi dan tanpa

karbohidrat

b. Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih dan berkualiti di mana

bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman

binatang.

c. Harga yang berpatutan

d. Saluran agihan yang besar

Perniagaan Berjaya Enterprise juga mengutamakan aspek perundangan dengan

mengambil lesen yang berkaitan bagi membolehkan perniagaan dijalankan dengan lancar

dan selamat di sisi undang-undang.

6.0 PERANCANGAN PENGURUSAN

Struktur dan perancangan organisasi Berjaya Enterprise menumpukan kepada

pengkhususan dan koordinasi dalam unit kerja. Struktur ini dapat menjelaskan bagaimana

tugas dibahagikan, sumber digunakan dan unit-unit dapat diselaraskan. Integrasi antara

unit sentiasa wujud untuk menjamin pencapaian objektif perniagaan ini. Perancangan

dibuat untuk memastikan objektif tercapai dan memilih haluan alternatif yang sesuai.

9
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

6.1 MAKLUMAT PERJAWATAN PERNIAGAAN

PENGURUS BESAR

Penolong Pengurus
Kerani
Pentadbiran

Pengawai Operasi Pegawai Pemasaran &


Kerani Kewangan
(tugas ditanggung oleh Jualan
Penolong Pengurus (tugas ditanggung oleh
dibantu 1org pekerja Penolong Pengurus)
am)

Jawatan Bil. Pekerja Sumber


Pengurus Besar 1 Pemilik
Penolong Pengurus 1 Sepenuh masa
Pegawai Operasi 1 Sepenuh masa
Pegawai Pemasaran 1 Kontrak
Kerani Pentadbiran 1 Kontrak
Kerani Kewangan 1 Kontrak
Pekerja Pemasaran 1 Kontrak
Pekerja Operasi 2 Sambilan

10
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Spesifikasi Tugas Jawatan dan Tanggungjawab Utama

Pengurus

 Memimpin dan mengurus aktiviti ke arah pencapaian matlamat.


 Memastikan perniagaan berjalan dengan lancer dan berada pada tahap yang lebih

berdaya saing.
 Membuat keputusan penting dalam syarikat seperti menentukan belanjawan.
 Memimpin pekerja supaya berdisiplin.

Penolong Pengurus

 Memastikan dokumen dan maklumat teratur


 Bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja baru.
 Mengurus kebajikan pekerja.
 Mengurus hal-hal pentadbiran.
 Membuat jadual waktu kerja.
 Melantik dan melatih pekerja.

Kerani Pentadbiran

 Mengurus kemasukan pekerja.


 Merekod dokumen dan maklumat pekerja.
 Merekod maklumat dan dokumen syarikat.
 Membantu Pengurus & Penolong Pengurus melicinkan pentadbiran.

Pekerja Kebersihan

 Melaksanakan tugas membersihkan pejabat.

Pengurus Kewangan

11
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

 Mengurus rekod perniagaan.


 Membuat perancangan belanjawan.
 Merancang perbelanjaan.
 Mengurus akaun-akaun perniagaan.
 Menilai keuntungan atau kerugian perniagaan

Pegawai Kewangan

 Membantu Pengarah Kewangan.


 Membuat akaun.
 Mencatat dan merekod document kedalam buku atau komputer Kerani Kewangan
 Membantu Pengurus Kewangan di dalam urusan kewangan perniagaan.
 Melaksanakan tugasan pejabat.

Gaji dan Imbuhan Pekerja

Jawatan Bil. Gaji KWSP PERKESO Jumlah


Bulanan 13% 2%
Pengurus 1 2500 325 50 2875
Pentadbiran
Pengurus 1 2500 325 50 2875
Kewangan
Pegawai 1 400 520 80 4600
Kewangan
Kerani 1 2000 260 40 2300
Pentadbiran
Kerani 2 2000 260 40 2300
Kewangan
Pekerja 2 1600 208 32 1840
Pentadbiran
Pekerja 5 1000 130 20 1155
Kebersihan
Jumlah 15 15600 2028 312 17945
Nota:

 Tarikh bayaran gaji dilakukan pada setiap 27 hari bulan.


 KWSP (13%) dan PERKESO (2%) dipotong mengikut Akta Pekerja 1955.
 Cuti tahunan 14 hari setahun.
 Cuti sakit mengikut cuti yang diberi oleh doktor.
 Bonus mengikut peratus telur ikan yang ditetaskan.

12
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

 Pembiayaan perubatan oleh klinik panel.

6.2 MAKLUMAT TEKNIKAL LOKASI PROJEK

LOKASI PROJEK LOKASI PROJEK

Rasional pemilihan lokasi :

 Kawasan memang ditetapkan untuk kawasan pertanian dan Penternakan


 Berdekatan dengan bandar Rawang
 Berhampiran dengan lebuh raya utara-selatan

Projek penternakan ikan air tawar yang akan diusahakan oleh Berjaya Enterprise ini akan

beroperasi di sebuah tanah terbiar seluas 1 ekar yang terletak di Kg Tersusun, Selangor.

Sila rujuk maklumat tapak projek dibawah:

Lot No : Lot 437, Persiaran Sentosa, Bukit Sentosa

13
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Luas Kawasan : Satu Ekar

Jenis Geran : Lot Bumiputera

Mukim / Daerah : Bukit Sentosa, Rawang

Tapak ini dilengkapi dengan bekalan air sedia ada yang mengalir di keliling tanah

tersebut. Ia juga dihubungkan oleh mini tar pada jarak 20 meter daripada jalanraya.

Selain dari itu, ia juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air daripada

penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa sedia ada disalurkan bagi memenuhi

keperluan penggunaan elektrik di tapak projek tersebut.

Walaupun tapak yang dicadangkan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi

menjayakan projek ini, pihak syarikat akan menggunakan sebahagian (3/4 bahagian)

daripada keluasan tapak satu ekar sahaja bagi mengusahakan projek penternakan ikan

keli. Ini adalah inisiatif pengusaha dalam memfokus ternakan dan optimasi penggunaan

tanah satu ekar. Kos infrastruktur dan pembinaan tapak tersebut memerlukan modal yang

besar untuk diusahakan. Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan bagi kemajuan dan

perkembangan syarikat ini di masa hadapan.

Projek penternakan ini akan dijalankan di sebahagian daripada keluasan tanah satu ekar

atau kurang keluasan tapak. Di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur bangunan

pusat pengumpulan, kolam asuhan simen, kolam pembesaran simen. kolam tadahan dan

kolam punca air.

Sila rujuk keterangan di bawah:

14
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

a) Kolam Pembesaran (40’x 10’x 4’) – 40 buah

b) Kolam Asuhan (10’x 10’X 2’) – 18 buah

c) Kolam Punca Air (40’x 20’X10’) – 1 buah

d) Pusat Pengumpulan / Stor (20’X 90’X10’) – 1 buah

e) Kolam Tadahan & Punca Air – 1 buah

f) Kolam Fiber – 4 buah

Kos sewa tapak = RM2000.00 setahun dan perjanjian selama 5 tahun

6.3 MAKLUMAT PERALATAN

Peralatan / Mesin Yang diperlukan

Jenis Bil Unit Harga (RM) Pembekal

Centrifugal Pump-2 HP 2 2,400 Viacon Ent.

Pam Angin (Blower) – 3 HP 1 1,850 Viacon Ent.

Karcher High Water Pressure Jet 1 set 1,650 Viacon Ent.

Jaring / Tangguk / Grading Mess 3 3,300 Irev Ent.

Peralatan Sistem Kualiti Ai 1 2,680 Irev Ent.

Tangki Oksigen 1 350 M'sian Oxygen

Peralatan Pembungkusan Benih 10 750 Irev Ent.

15
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Timbang-200 kg 1 340 Conscale Ent.

Peralatan Proses Pembenihan 8 2,650 Irev Ent.

Bakul Pengumpulan Hasil 10 1,500 CH metal Engineering

Peralatan Pejabat 8 3,600 Delta Business Solution

JUMLAH (RM) 21,070

6.4 KEPERLUAN BAHAN MENTAH

Harga
Jenis Bil Unit Pembekal
(RM)

100,000
Benih Anak Ikan Keli 10,000
ekor

Makanan Permulaan (Starter) 5,000 kg 10,250

Makanan Tumbesaran (Grower) 12,000 kg 23,400

Induk Ikan Keli 100 ekor 1,000

Makanan Rega (Artemia) 10 tin 2,250

Hormon Ovaprime 5 botol 900

Bahan Pre bio (Starbio) 15 kg 300

Ubat-ubatan 5 500

JUMLAH (RM) 52,100

6.5 ALATAN PEJABAT

Syarikat memerlukan pejabat rasmi untuk digunakan oleh pekerja dalam urusan-urusan

pentadbiran seperti merekod perbelanjaan perniagaan yang juga melibatkan penggunaan

komputer. Di samping itu, kemudahan telefon perlu disediakan bagi memudahkan

16
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

komunikasi dan perhubungan. Sehubungan dengan itu, aset dan peralatan pejabat perlu

disediakan bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.

Aset Tetap Jenis Bil. Harga Seunit Jumlah (RM)

(RM)
Perabot Meja 3 200 600
Kerusi 6 50 300
Kabinet 2 500 1000
Set Sofa 1 1500 1500
3400
Alatan Mesin Faks 1 500 500
Mesin Fotostat 1 1000 1000
Pejabat Papan Putih 1 50 50
1550

Komputer Komputer 1 1500 1500


Pencetak 1 500 500
2000
Lengkapan Hawa Dingin 1 1300 1300

Jumlah 8250

Aset Tetap Dan Inventori Jumlah (RM)


Perabot 6750
Alatan Pejabat 1600
Komputer 5700
Kelengkapan 3900

7.0 RANCANGAN OPERASI

17
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Proses pengeluaran ialah sistem aktiviti yang mengendalikan input untuk menghasilkan

output. Sistem ini melibatkan aktiviti merancang keperluan bahan mentah, mereka cipta

proses operasi, menyusun atur ruang operasi dan mengagihkan sumber tenaga pekerja.

Perkara utama yang akan dinyatakan dalam proses pengeluaran ialah carta proses

pengeluaran dan kaedah pengeluaran. Bagi carta proses pengeluaran akan disertakan

sekali rajah aliran proses. Setiap langkah dalam kaedah pemprosesan akan dijelaskan

seperti jangka masa proses pengeluaran, kegunaan mesin, jumlah pekerja yang terlibat.

18
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

MULA

SAIZ INDUK > 1KG


PROSES
2 BETINA : 1 JANTAN
PEMBENIHAN

Induk
19 Keli

PEMILIHAN INDUK BETINA


SECARA
Ovaprim - 0.5mL / Kg
INDUK
Di biarkan 12 jam
SUNTIKAN INDUK BETINA

HORMON Dipicit bahagian abdomen bagi


KOLAM Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan
pengeluaran telurIkan Keli
PERSENYAWAA
INDUK JANTAN
PEMBENIHAN N
Dibelah perut & dikeluarkan pundi2
Dicampur dlm bekas.
sperma.
LUAR
Di kacau dgn bulu ayam sehingga
Induk Betina akan mengeluarkan telur. PERCAMPURAN
Telur akan dipersenyawakan oleh Induk sebati.
jantan. TELUR &
Selepas menetas anak ikan akan dijaga di
dalam mulut induk SPERMA
TANGKI Dipindahkan ke atas jarring di dalam
Selepas 1 bln anak ikan akan dipindahkan ke
tangki penetasan
kolam asuhan
Selepas 24 jam telur akan mula
PENETASAN
menetas

48JAM Diberi makan Artemia.


Selepas 1 bln baru dipindahkan ke
SELPAS kolam asuhan

KOLAM
PENETASAN
ASUHAN

20
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

M
u
;
KOLAM Diberi makan palet starter 2-3 x sehari.
a Di taburkan dengan Starbio – 0.5kg/hect setiap 10 hari @
selepas grading.
ASUHAN

Setiap 10-14 hari anak ikan akan di gradekan kpd 3 saiz.


Bagi menghasilkan siaz yang sekata untuk pembesaran
GRADING Selepas 1 bulan, anak ikan akan di ubah ke kolam
pembesaran

Diberi makan palet grower 2 x sehari.


KOLAM Di taburkan dengan Starbio – 0.5kg/hect pada awal
pemindahan
PEMBESARAN

Selpeas 1 bulan di dalam kolam pembesaran. Ikan keli


GRADING sudah boleh dijual
Ikan akan di gradekan kesize 6-8 ekor sekilo sebelum di
pasarkan.

Selepas di grade ikan akan dikumpulkan


PUSAT di pusat pengumpulan untuk dipasarkan.
Ikan boleh dipasarkan secara hidup @ yang telah di pesiang
PENGUMPULAN untuk kegunaan pelanggan.

DAN

PEMASARAN
T

21
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

PROSES MENYEDIAKAN TEMPA T


MENYEDIAKAN INDUK UNTUK
TERNAKAN
PEMBIAKAN
menyediakan tempat ternakan.
mengapurkan tempat ternakan. menyediakan tempat pembiakan.
memasukkan air ke tempat ternakan. mensanitasikan tempat dan peralatan
membaja tempat ternakan. pembiakan.
memasang alat pengudaraan. menyelia perkembanagan induk.
membasmi pemangsa. memilih ikan untuk dijadikan induk.
memeriksa tempat ternakan ikan. menjalankan proses pembiakan ikan.
merawat induk ikan selepas meleret
telur.

MENJALANKAN KERJA-KERJA
PENETASAN TELUR MENTERNAK REGA

menjalankan proses pengeraman telur. menyediakan tempat ternakan.


mengasingkan telur menetas dan tidak memberi makan rega.
menetas. menuai hasil ternakan.
membersihkan tempat selepas mengawal mutu air tempat ternakan
penetasan. rega.
mengawal mutu air tempat penetasan memantau kesihatan rega.
telur. mengatur aktiviti pengasuhan rega ikan.
memindahkan rega ke kolam asuhan. melaksanakan program aktiviti ternakan
memantau proses penetasan telur ikan rega ikan.

22
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

MENGASUH BENIH TERNAKAN


MENGURUSKAN TERNAKAN
menyediakan tempat asuhan.
menyediakan tempat ternakan.
memberi makan benih ternakan.
melepaskan benih ke tempat ternakan.
menuai benih ternakan.
mengawal mut air tempat ternakan.
mengred benih ternakan.
memberi makanan kepada ternakan.
membungkus benih ternakan.
memantau kesihatan ternakan.
mengawal mutu air tempat ternakan
membuat persampelan, rekod dan
benih.
analisis data.
memantau kesihatan benih ternakan.

MENYEDIAKAN MAKANAN HIDUP

menyediakan tempat untuk MENYEDIAKAN MAKANAN RUMUSAN


menternak makanan hidup.
menuai makanan hidup. membuat makanan rumusan.
mengawal mutu air ternakan tempat menyukat kadar makanan ikan.
makanan hidup. membuat anggaran kadar makanan ikan.
memperkayakan makanan hidup. menyelia pemberian makanan ikan.
mengawasi aktiviti penyediaan
makanan hidup.

23
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

MENGUTIP HASIL TERNAKAN MEMANTAU DAN MERAWAT PENYAKIT.

mengred hasil ternakan. memberi rawatan kepada ternakan.


membungkus hasil ternakan. membuat diagnosa penyakit ternakan.
menyediakan tempat menyimpan mengasingkan ternakan berpenyakit.
hasil. menyediakan ubat untuk rawatan.
membuat kerja persediaan sebelum menentukan jenis dan takaran ubat-
menuai. ubatan untuk rawatan ikan.
menuai hasil ternakan. menyelia kesihatan ternakan ikan.
menyelia aktiviti menuai hasil
ternakan ikan.

TAMAT

7.1 KAEDAH PENGELUARAN

JANGKA MASA PROSES PENGELUARAN

Bil. Proses Masa


1 Menyediakan tempat ternakan 4 jam
2 Menyediakan induk untuk ternakan 2 hari
3 Menjalankan kerja-kerja penetasan telur 1 minggu
4 Menternak rega 3 minggu
5 Mengasuh benih ternakan 2 minggu
6 Menguruskan ternakan 3 minggu
7 Menyediakan makanan hidup 3 hari
8 Menyediakan makanan rumusan 1 hari
9 Mengutip hasil ternakan 3 bulan

24
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

10 Memantau dan merawat penyakit 2 hari

7.2 KEGUNAAN MESIN

Bil. Mesin Kegunaan


1 Alat pengudaraan Membekalkan oksigen kepada ikan
2 Alat pengepam Mengitar semula air kolam
3 Lampu ultraviolet Membunuh bacteria dalam air
4 Mesin membuat pellet Membuat pellet mengikut kadar yang ditetapkan
5 Mesin pengredan ikan Mengred saiz ikan yang sesuai untuk dijual

7.3 SUSUN ATUR RUANG OPERASI

KAWASAN KOLAM

25
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

TPAN1 TPAN2 TPAN3 TPAN4

KAT1 KAT11 KAT21 KAT31

KAT2 KAT12 KAT22 KAT32

KAT3 KAT13 KAT23 KAT33

KAT4 KAT14 KAT24 KAT34

40 kaki KAT5 KAT15 KAT25 KAT35


KAT6 KAT16 KAT26 KAT36
KAT7 KAT17 KAT27 KAT37
KAT8 KAT18 KAT28 KAT38
KAT9 KAT19 KAT29 KAT39

KAT10 KAT20 KAT30 KAT40


10 kaki 10 kaki 10 kaki

TPAN5
KB1 KB2 KB3 KB4 KB5 KB6 KB7 KB8 KB9 KB10

Keterangan susun atur kawasan kolam (Petunjuk saperti dibawah)

26
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Paip saluran Air dan Nutrien (PAN) Kolam Asuhan & kolam Ternakan (KAT)

Tangki Pengitaran Air & Nutrien (TPAN) Kolam Pembenihan (KB)

7.4 MESIN DAN PERALATAN

Jenis Bil. Harga Jumlah Spesifikasi Model Pembekal Keupayaan


seunit mesin
Alat 9 110 960 K312 OASIS Zaidi Membekalkan
pengudaraan Aquatic oksigen
kepada ikan.
Alat 8 120 960 K222 OASIS Zaidi Mengitar
pengepam Aquatic semula air
kolam
ternakan.
Lampu 5 150 750 J342 OASIS Zaidi Membunuh
ultraviolet Aquatic bacteria
dalam air.
Mesin 1 800 800 HK876 Triple Fish Ling Membuat
membuat Manufacturer pellet
pellet mengikut
kadar tetap.

Mesin 4 1000 4000 JH547 TripleFish Ling Mengred saiz


pengredan Manufacturer ikan yang
saiz ikan sesuai untuk
dijual.
Jaring pukat 40 50 2000 DK198 OASIS Zaidi Menangkap
Aquatic ikan
Jumlah 9500

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Pasaran Tempatan

27
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Sasaran pasaran bagi projek perikanan ini adalah 100% bagi pasaran tempatan di mana

ianya difokuskan kepada pengusaha-pengusaha makanan , gerai menjual makanan,

restoran dan pemborong yang terdapat di sekitar kawasan Selangor.Buat masa sekarang

permintaan sangat menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha makanan setempat dan

peratusan ini menunjukkan peningkatan yang drastik dari masa ke semasa terutamanya di

sekitar bulan Ramadhan. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk mengeluarkan

hasil secara berterusan dan berperingkat-peringkat bagi memastikan kesinambungan

bekalan ikan di pasaran bagi setiap masa.

Harga borong pasaran tempatan ikan air tawar adalah:

Ikan Keli : RM4.00 – RM5.00 / kg (Harga Purata = RM 4.50)

Pengeluaran spesis ikan air tawar sebanyak 21,000 tan metrik setahun untuk pasaran

tempatan adalah dihasilkan oleh 90% pengusaha kecil dan sederhana. Pengusaha ikan

secara komersial pula banyak memfokuskan kepada pasaran luar negara yang lebih

global dan mempunyai pulangan yang konsisten dan tinggi.

Pelanggan Masa hadapan Syarikat adalah terdiri dari pada:

Pasaran Luar Negara

Syarikat menjangkakan 3 tahun selepas operasi pasaran luar negara menghasilkan 20%

daripada nilai jualan. Negara yang menjadi potensi bagi penjualan hasil ikan air tawar ini

adalah Thailand, Singapura, Amerika & Timur Tengah.Walaupun begitu kebanyakkan

hasil ikan air tawar yang dieksport adalah dalam bentuk yang sudah diproses seperti fillet,

surimi dan makanan sejuk beku.

28
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Harga pasaran bagi ikan air tawar ke luar Negara adalah:

Ikan Keli: USD2.50 – 3.00 / kg.

Walaupun pihak syarikat mempunyai keyakinan terhadap pasaran di Luar Negara namun

buat masa terdekat ini, pihak syarikat tidak akan mengeksport hasil perikanan ke Luar

Negara.Ini adalah disebabkan kos logistic dan penghantaran adalah terlalu tinggi jika

dibandingkan dengan kadar pengeluaran hasil syarikat dalam jangka pendek. Tambahan

pula kadar pengeluaran syarikat tidak mencukupi bagi menampung keperluan Negara luar

yang begitu tinggi permintaannya. Oleh yang demikian, syarikat akan berusaha untuk

memperluaskan dan mempertingkatkan hasil projek penternakan ikan air tawar ini bagi

memenuhi permintaan pelanggan di luar Negara.

8.1 RANCANGAN PEMASARAN

Berjaya Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik

bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan ialah

pihak pengurusan perniagaan sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua

pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang. Disamping itu, pihak pengurusan

perniagaan juga akan mengadakan beberapa promosi di dalam media cetak, elektronik

dan internet.

Dalam aspek ini, dinyatakan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk memasarkan

produk. Maklumat yang dinyatakan ialah ialah target jualan, strategi pemasaran,

perjawatan dalam rancangan pemasaran, dan anggaran perbelanjaan pemasaran.

8.2 TARGET JUALAN

29
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Unsur-unsur yang dijelaskan dalam target jualan ialah produk yang ditawarkan, sasaran

pasaran, saiz pasaran, pesaing-pesaing utama, syer pasaran, dan ramalan jualan.

Produk Yang Ditawarkan

 Berjaya Enterprise merupakan perniagaan yang berasaskan perikanan.


 Berjaya Enterprise menawarkan produk ikan keli yang terdiri daripada dua jenis

gred iaitu gred A (200-250g) dan gred B (150-200g).


 Produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih, dan berkualiti di mana

bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman

binatang.
 Produk yang dihasilkan mengandungi Omega 3,6 dan 9 serta kandungan protein

tinggi dan tanpa karbohidrat setelah membuat kajian bersama Universiti Putra

Malaysia dan MARDI.

Kualiti setiap produk yang dihasilkan cukup berkualiti dan ini akan lebih membuatkan

pelanggan berpuas hati dan yakin terhadap produk ikan keli Berjaya Enterprise.

8.3 SASARAN PASARAN

Kawasan pasaran yang dipilih adalah di sekitar negeri Selangor kerana kawasan pasaran

ini mempunyai banyak tarikan penguna yang gemar akan ikan keli setelah dibuat

statistik.

30
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Pengguna yang menjadi pilihan Berjaya Enterprise terdiri daripada surirumah, chef-chef

di restoran besar, peniaga di restoran biasa dan sebagainya.

Penyalur utama yang menjadi pilihan ialah pasar raya besar dan pasar borong.

Target jualan Berjaya Enterprise ialah RM 3000 – RM 5000 bagi pasar raya dan RM

1000 – RM 3000 bagi pasar borong.

8.4 SAIZ PASARAN

Saiz pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satu- satu kawasan

dagangan yang disasarkan.. Ini boleh dinyatakan seperti berikut:

Bilangan pasar raya = 200

Andaian = 30%

Bilangan pembeli = 60

Jika setiap pasar raya membelanjakan RM 3000.00

=60 buah pasar raya x RM 3000

=RM 180 000

Bilangan pasar borong = 400

Andaian = 30%

Bilangan pembeli = 120

Jika setiap pasar borong membelanjakan RM 1000.00

31
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

=120 buah pasar borong x RM 1000

=RM 120 000

8.5 PESAING – PESAING UTAMA

Jadual Kekuatan Dan Kelemahan Pesaing

Nama dan alamat Kekuatan Kelemahan Syer

pesaing
Fourteenquest, Taman · Telah dikenali · Bayaran mahal. 30%

Sri Rampai, 53300 · Tempat strategik · Kurang berkualiti.

Kuala Lumpur
Masbahal Aquatic, Batu · Telah dkenali. · Bayaran mahal. 40%

15, Lenggeng, Negeri · Mempunyai pelanggan · Kurang berkualiti.

Sembilan tetap. · Modal terhad.

· Produk diimport. · Lokasi jauh.

Ciri- ciri Fourteenquest Masbahal


Pilihan produk 2 3
Syer pasaran 2 3
Kualiti produk 2 3
Imej 1 2
Pembungkusan 1 2
Harga 1 2
Promosi dan iklan 1 2
Saluran agihan 2 2
Kemampuan pengeluaran 2 3
Jumlah 14 22
Nota: Skala 3-Baik 2-Sederhana 1-Lemah

32
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Jadual kekuatan,kelemahan,ancaman dan peluang Berjaya Enterprise

Nama Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman


Berjaya · Produk ikan · Produk · Berupaya · Syarikat
Enterprise keli yang masih baru di memikat hati Fourteenquest dan
dihasilkan pasaran, masih pelanggan Masbahal Aquatic
mengandungi ramai yang yang gemar merupakan saingan
Omega 3,6, tidak tahu akan ikan keli. sengit dan telah lama
dan 9. akan · Harga yang menguasai
· Produk ikan kewujudan murah dan pasaran
keli yang Berjaya berpatutan · Terdapat banyak
dihasilkan Enterprise berupaya syarikat yang hasilkan
telah dibuat menarik produk ikan keli pada
kajian bersama ramai masa kini
UPM dan pelanggan
MARDI amat
bermutu

8.6 ANALISIS SWOT BERJAYA ENTERPRISE

Kekuatan - Ancaman

Produk ikan keli yang dihasilkan mengandungi Omega 3,6, dan 9 yang jarang dihasilkan

oleh syarikat lain dapat menyaingi Fourteenquest dan Masbahal Aquatic yang telah lama

menguasai pasaran.

Kelemahan - Peluang

Produk ikan keli Berjaya Enterprise masih baru di pasaran, dan produk ini masih tidak

dikenali ramai orang berupaya memikat hati pelanggan yang gemar akan ikan keli.

Kelemahan - Ancaman

33
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Produk ikan keli Berjaya Enterprise yang masih baru di pasaran, masih ramai yang tidak

mengenali produk ikan keli Berjaya Enterprise dan mempunyai saingan yang kuat kerana

terdapat banyak syarikat yang menghasilkan produk ikan keli pada masa kini.

Kekuatan - Peluang

Produk ikan keli yang dihasilkan telah dibuat kajian bersama Universiti Putra Malaysia

dan MARDI amat bermutu berupaya memikat hati pelanggan yang gemar akan ikan keli

di samping harga yang murah dan berpatutan.

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan perlu dijelaskan dalam sesuatu perniagaan. Bagi rancangan

perniagaan Berjaya Enterprise, maklumat rancangan organisasi ialah jadual kos

pelaksanaan projek, jadual sumber pembiayaan projek, jadual susut nilai aset tetap, jadual

bayaran balik pinjaman, jadual sewa beli aset-aset tetap.

Rancangan kewangan Berjaya Enterprise yang terperinci terdapat dalam bahagian-

bahagian yang berikut. Anggaran awal mencadangkan bahawa Berjaya Enterprise akan

mengalami pertumbuhan kukuh dalam tahun pertama operasi selepas

pembiayaan.Anggaran-anggaran pendapatan adalah berpangkalan di dalam bahagian,

hasil-hasil yang dijangka daripada akaun-akaun yang telah terjamin oleh pemilik dalam

jualan Berjaya Enterprise. Berjaya Enterprise juga menjangka satu penambahan dalam
34
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

margin kasar dan jumlah jualan. Oleh itu, rancangan kewangan menyeluruh ini

menterjemahkan gambaran yang konservatif tetapi realistik kedudukan kewangan

Berjaya Enterprise.

Andaian Penting

Berjaya Enterprise beranggapan saperti berikut:

 Unjuran-unjuran pertumbuhan pasaran untuk industri penternakan ikan keli

adalah tepat.
 Keadaan ekonomi negara yang wujud baik untuk industri penternakan ikan keli

dan tidak akan mengalami penurunan dalam tiga tahun selepas pembiayaan.
 Keadaan akan kekal baik untuk penyedia perkhidmatan dan Berjaya Enterprise

akan dapat mengekalkan perhubungan.

Penunjuk Kewangan Utama

Rajah berikut menunjukkan kewangan utama Berjaya Enterprise untuk tiga tahun

pertama perniagaan selepas pembiayaan. Berjaya Enterprise menjangka pertumbuhan

dalam jualan dengan belanja operasi yang agak stabil. Keadaan ekonomi yang baik dan

ramalan-ramalan pertumbuhan berterusan dengan sokongan pasaran penternakan ikan

keli Berjaya Enterprise menjangka rancangan kewangan mampu berjaya.

Unjuran jualan diperincikan dalam Anggaran Jualan Tahunan, Margin Kasar Tahunan dan

Untung Bersih Tahunan Tahun Fiskal 2011,2012 dan 2013 seperti dibawah:

9.1 ANGGARAN PENGELUARAN

BULAN NILAI TAHUN (RM)

35
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

1 2 3
1 0 54,000 90,000
2 0 54,000 90,000
3 0 54,000 90,000
4 18,000 72,000 108,000
5 18,000 72,000 108,000
6 18,000 72,000 108,000
7 27,000 72,000 108,000
8 27,000 72,000 108,000
9 27,000 72,000 108,000
10 54,000 90,000 108,000
11 54,000 90,000 108,000
12 54,000 90,000 108,000
JUMLAH 297,000 864,000 1,242,000

*NILAI PENGELUARAN DALAM RM Purata Nilai Harga: Keli – RM4.50 / kg,

9.2 UNJURAN PENYATA PENDAPATAN 3 TAHUN

Berjaya Enterprise
Penyata Pendapatan
2011 ke 2013
(RM)
2011 2012 2013
HASIL BERSIH 252,000 630,000 966,000

KOS dr Hasil 124,020 202,700 299,600


% dr hasil 49.2% 32.2% 31.0%

Untung Kasar 127,980 427,300 666,400


% dr hasil 50.8% 67.8% 69.0%

Belanja Operasi
Jualan & Pemasaran 33,940 60,400 84,160
R&D 0 0 0
Am dan Pentadbiran 34,250 29,900 30,420
Jumlah Belanja Operasi 68,190 90,300 114,580
% dr hasil 27% 14% 12%
36
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

PENDAPATAN dr OPERASI 59,790 337,000 551,820

PENDATAPATAN LUARBIASA /
(PERBELANJAAN) 0 0 0

EARNINGS BEFORE INTEREST & TAXES 59,790 337,000 551,820

FAEDAH PENDAPATAN /
(PERBELANJAAN) (2,000) (1,600) (1,200)

Untung Bersih SEBELUM CUKAI 57,790 335,400 550,620

CUKAI (14,447) (83,850) (137,655)

Untung Bersih 43,342 251,550 412,965


% dr hasil 17.2% 39.9% 42.8%

9.3 UNJURAN KUNCI KIRA-KIRA 3 TAHUN

Berjaya Enterprise
Kunci Kira-Kira 3 Tahun
2011 ke 2013
(RM)
2011 2012 2013
Aset
Semasa Aset
Tunai 25,000 111,304 332,059 710,733
Akaun Belum Terima 37,800 75,600 112,700
Inventori 37,800 60,480 86,403
lain Aset Semasa 4,536 9,072 13,524
Jumlah Aset Semasa 25,000 191,440 477,211 923,360
Hartanah & Peralatan (29,320) (29,320) (29,320)
Jumlah Aset 25,000 162,120 447,891 894,040

LIABILITI & EKUITI


PEMEGANG SAHAM
LIABILITI SEMASA

37
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Hutang Jangka Singkat 0 0 0 0


Akaun Belum Bayar & Accrued
Expen 39,241 78,926 117,659
Lain Liabiliti Semasa 4,536 9,072 13,524
Bahagian Semasa Hutang Jangka
Panjang 0 0 0 0
Jumlah Liabiliti Semasa 0 43,777 87,998 131,183

Hutang Jangka Panjang (kurang


Bahagian Semasa) 0 50,000 40,000 30,000

EKUITI PEMEGANG SAHAM


Stok Awam 0 0 0 0
Stok DiUtamakan 0 0 0 0
Pendapatan Tertahan 43,342 294,892 707,857
Jumlah Ekuiti 0 43,342 294,892 707,857
JUMLAH LIABILITI & EKUITI 0 137,120 422,891 869,040

9.4 PENYATA ALIRAN TUNAI 3 TAHUN

Berjaya Enterprise
Penyata Aliran Tunai 3 Tahun
2011 ke 2013
(RM)
2011 2012 2013
Aktiviti Operasi
Untung Bersih 43,342 251,550 412,965
Susut Nilai 29,320 0 0
Perubahan Modal Kerja
(Meningkat)/Menurun Akaun Belum
Terima (37,800) (37,800) (37,100)
(Meningkat)/Menurun Inventori (37,800) (22,680) (25,923)
(Meningkat)/Menurun Lain Aset
Semasa (4,536) (4,536) (4,452)
Meningkat/(Menurun) Akaun Belum Bayar
& Belanja Akrew 39,241 39,685 38,732
38
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Meningkat/(Menurun) Lain Semasa


Liab 4,536 4,536 4,452
Tunai Bersih Diuntukkan(Diguna)
Oleh
Aktiviti Operasi 36,304 230,755 388,674

Aktiviti Pelaburan
Hartanah & Peralatan 0 0 0
Lain
Tunai Bersih Diguna Dlm Aktiviti
Pelaburan 0 0 0

Aktiviti Kewangan
Meningkat/(Menurun) Hutang
Jangka Singkat 0 0 0
Meningkat/(Menurun) Bah.
Semasa Hjp 0 0 0
Meningkat/(Menurun) Hutang
Jangka Panjang 50,000 (10,000) (10,000)
Meningkat/(Menurun) Stok Awam 0 0 0
Meningkat/(Menurun) Stok
Diutamakan 0 0 0
Dividen Isytihar 0 0 0
Tunai Bersih Diuntukkan(Diguna)
Oleh Kewangan 50,000 (10,000) (10,000)

Meningkat/(Menurun) Tunai 86,304 220,755 378,674

Tunai Permulaan Tahun 25,000 111,304 332,059


Tunai Hujung Tahun 25,000 111,304 332,059 710,733

9.5 ANALISA PULANG MODAL

Berjaya Enterprise
Analisa Pulang Modal
2011 ke 2013
(RM)
2011 2012 2013
Hasil 252,000 630,000 966,000

Kos dr Hasil
Berubah 72,000 180,000 276,000

39
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

Tetap 52,020 22,700 23,600


Jumlah 124,020 202,700 299,600

Belanja Operasi
Berubah 17,640 44,100 67,620
Tetap 50,550 46,200 46,960
Jumlah 68,190 90,300 114,580

Jumlah Kos & Perbelanjaan


Berubah 89,640 224,100 343,620
Tetap 102,570 68,900 70,560
Jumlah 192,210 293,000 414,180

Kos Berubah /Nisbah Hasil 0.36 0.36 0.36

Poin Pulangan Modal dr Hasil 159,200 106,940 109,517

10.0 PENUTUP

Penternakan ikan keli menggunakan kolam simen telah terbukti dapat meningkatkan hasil

pengeluaran ternakan. Ini kerana pengurusan ternakan mudah dipantau dan penjagaan

kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

Disamping itu, kerja-kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah kerana

dasar kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat penting bagi

ternakan keli kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).

Ketidakseimbangan ternakan dari segi saiz akan menggalakkan pemangsaan sesama ikan

keli. Oleh yang demikian, setiap ikan yang besar dan ganas/ hiperaktif perlulah

40
Berjaya Enterprise (A – 622780) : Projek Ternakan Ikan Keli

diasingkan daripada kolam ternakan. Mengikut pengalaman daripada beberapa penternak

yang telah mengusahakan ternakan keli, purata ikan keli yang bersaiz besar ini adalah

sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan ternakan.

Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi di kalangan

penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00 sekilo bergantung

kepada kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini adalah daripada orang

melayu dan kerana itu bekalan keli yang bersih dan halal perlulah dibekalkan oleh

penternak yang beretika. Ini kerana terdapat beberapa kes iaitu penternak memberikan

bangkai ayam kepada ternakan keli sebagai sumber protein. Ini belum termasuk dengan

penternak bangsa asing yang memberi makan bangkai khinzir kepada ternakan keli

mereka. Oleh yang demikian, perbuatan seperti ini hendaklah dielakkan dengan

mewujudkan barisan penternak keli yang beretika, bersih dan halal kepada pengguna.

LAMPIRAN

622780-A

41
BERJAYA ENTERPRISE

You might also like