Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BERITA

Isnin Ogos 22, 2011

Prasarana Akan Terus Urus Isu Sehingga Diserahkan Kepada MRT Co

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan terus menguruskan
kesemua isu berkaitan projek My Rapid Transit (MRT) sehingga MRT Co
ditubuhkan.Prasarana akan bekerjasama dengan kerajaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan (Pemandu) bagi memastikan kesemua kerja terus berjalan lancar danmengikut
jadual, kata Pengarah Urusan Kumpulan Shahril Mokhtar dalam satu kenyataan Isnin."Kerja-
kerja mengenai projek MRT perlu diteruskan. Adalah rasional bagi kami melaksanakan kerja
dan program yang telah diputuskan sebelum kami menyerahkansecara rasmi project itu
kepada MRT Co yang baharu," katanya.

Shahril berkata beberapa perkara berkaitan pemerolehan dan taklimat telah dilaksanakan
manakala satu taklimat dijadual diadakan dengan para pemilikhartanah di Jalan Bukit
Bintang mengenai isu pengambilalihan tanah hari ini."Esok, kami akan mengadakan satu
taklimat pratender bagi kesemua kontraktor prakelayakan. Kesemua mesyuarat itu dan jadual
yang sudah disahkan perludilaksanakan tanpa gangguan," katanya.Prasarana, katanya yang
diwujudkan untuk mengtransformasi sistem pengangkutan awam negara, memerlukan
sokongan dari pihak yang relevan yang lain bagi mencapai matlamatnya.

"Pengangkutan awam sentiasa mempunyai kaitan rapat dengan kesemua rakan kami dan
pihak berpentingan. MRT Co adalah satu rakan kami yang baharu berkaitan MRT,yang
akhirnya akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan dan tanggung jawab kami, apabila
siap kelak," katanya.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa
Kabinet telah memutuskan untuk memperbadankan MRT Co di bawah
KementerianKewangan Diperbadankan bagi mengawasi secara alngsung projek berbilion
MRT Lembah Klang itu. – BERNAMA
H T T P : / / R I Z I Q I N . B L O G S P O T. C O M / 2 0 1 2 / 0 9 / N K R A - M E N I N G K AT K A N -
KEBERKESANAN.HTML

S AT U R D A Y, S E P T E M B E R 2 2 , 2 0 1 2

NKRA Meningkatkan Keberkesanan Pengangkutan Awam


Bandar
Untuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi
kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam
Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan


pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf
pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika
ini adalah:

- Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)


- Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)

Projeck mega MRT Kuala Lumpur bernilai RM36 bilion direka untuk menghubungkan jarak
sepanjang 150 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang. Ia akan meningkatkan
keberkesanan rangkaian hubungan rail sedia ada, di samping itu juga turut menjadi
sebahagian dari sistem rail yang lebih bersepadu.

Sistem MRT Kuala Lumpur ini juga, apabila sudah siap sepenuhnya, bakal the menjadikan
Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya-bandaraya moden dunia yang lain. Ia juga akan
meningkantkan keberkesanan sistem rangkaian rail ringan di seluruh Lembah Kelang.
Sistem LRT yang ada sekarang akan diperluaskan rangkaiannya dengan penyambungan bagi
kedua-dua laluan Ampang dan Kelana Jaya. Projek penyambungan yang menelan belanja
sebanyak RM7 bilion ini menyaksikan penyambungan trek sepanjang 17 kilometer dari
Kelana Jaya ke Putra Heights dan 17.7 kilometer dari Sri Petaling ke Putra Heighrs bagi
laluan Ampang.

Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) menganggarkan kira-kira 800,000 warga kota
akan menggunakan kemudahan ini setiap hari menjelang 2014, berbanding hanya 300,000
pengguna sehari ketika ini.

NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar adalah antara inisiatif terpenting kerajaan
untuk memberikan keselesaan kepada warga kota. Pada masa yang selama, ia juga selaras
dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Kulala
Lumpur akibat pertambahan kenderaan. Sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu
dan menyeluruh diharapkan dapat memantau pembaziran masa warga kota akibat kesesakan
jalan raya.

Setakat tahun 2011, NKRA Memingkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan
pembaharuan yang menggalakkan.
Sementara itu, pencapaian NKRA Meningkatkan Penangkutan Awam Bandar turut terjana
dalam kategori di bawah:

Menggerakkan 470 bas RapidKL untuk meningkatkan kekerapan bas di sekitar Lembah
Klang. Sehingga 31 Disember 2011, lebih 4.04 juta orang penumpang menggunakan
perkhidmatan bas RapidKL berbanding pada tahun 2010.

Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya
yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun 2011,
berbanding dengan hanya 254,745 penumpang pada tahun 2010. Pada tahun 2011, lebih 10.4
juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan LRT.

Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%.

Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan telah beroperasi sepenuhnya. Terminal ini
berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalihkan
500 bas ekspres dari arah selatan tanah air daripada memasuki pusat bandar.

Transformasi terminal Pudu Sentral telah berjaya disempurnakan. Setelah melalui proses
pengubahsuaian utama yang pertama kalinya semenjak dibuka kepada orang ramai pada
tahun 1976, Pudu Sentral yang berwajah baharu kini dibuka semula bagi orang ramai pada
bulan April 2011 dengan menawarkan kemudahan moden bertaraf dunia.
Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa
perjalanan bas di tiga laluan utama.

Buat pertama kali dalam sejarah, penumpang bas dapat menikmati pengalaman menggunakan
tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu merentas
semua bas RapidKL yang diperkenalkan di bawah Syarikat Prasarana Nasional Berhad
(Prasarana).

Kini penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan
Kutipan Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran
Kelana Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket
bagi perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011.

http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/pengangkutan-awam

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?postid=9557116
Sharizat Minta Semua Prasarana Termasuk Pengangkutan Awam Mesra OKU
KUALA LUMPUR, 16 Mei -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat meminta semua prasarana termasuk pengangkutan awam seperti stesen rangkaian
Transit Aliran Ringan (LRT), bas dan teksi agar lebih mesra terhadap pengguna golongan
Orang Kelainan Upaya (OKU).Sehubungan itu, menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
berkata kementerian tersebut akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) bagi merangka dan meneliti rangka kerja yang telah dirancang oleh SPAD pada
tahun ini.

"Kemajuan dalam sesuatu pembangunan negara turut melibatkan golongan OKU, kerana
tuntutan untuk menjadi sebuah negara maju tidak seharusnya terdapat halangan-halangan
terhadap golongan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat
Majlis Kebangsaan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sini, Isnin.

Mengulas kejadian wanita menjadi mangsa simbahan cecair dipercayai asid di sekitar
Lembah Klang, beliau berkata kementeriannya akan membuat semakan dengan Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan sama ada perlu atau tidak penjualan dan
pembelian asid harus dikawal atau diperketatkan.
"Saya akan membawa isu ini dalam kabinet iaitu lusa (Rabu), dan akan berbincang dengan
menteri-menteri terbabit sama ada langkah ini perlu dibuat atau tidak," katanya.
Pada Sabtu lepas, Sharizat berkata kementeriannya akan membawa isu penjualan dan
pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan
asid dapat diperketat.

Sehingga Jumaat lepas, sebanyak 22 kes jenayah menyimbah cecair terhadap wanita berlaku
di sekitar Lembah Klang yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berusia antara 20-an dan
30-an yang menaiki motosikal.
http://pecutanakhirbm1.blogspot.com/2010/10/isu-pengangkutan-awam.html
Khamis, 7 Oktober 2010
ISU PENGANGKUTAN AWAM
Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.
Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah
mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan
pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar.
Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam
.
..........“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun
yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang
rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat,
Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam
berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan
monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan
awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif
dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam..
..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang
berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain
dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan
sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka
yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam
(PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat
mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian.
Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di
Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos
yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa
“serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan
yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan
harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang
pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau
bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta
mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi
rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi
perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti
shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan
menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat
ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik
perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang
motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak
akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini
dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era
globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual
perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan
mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini
haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem
perkhidmatan pengangkutan awam..
..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di
dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana
langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang
berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan
mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam
pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak
penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika
dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang
mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti
alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih
selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini
pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai
boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum.
Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para
penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
...........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem
perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam
ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah
dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan
masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang
dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan
juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan
benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat
mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan
pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan
Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan
awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang
digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan
cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan
meningkat..
..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk
menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di
kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah
bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat
lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja
boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider”
yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan
pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika
kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan
ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah
ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga
perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki
kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang
agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh
itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti
pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita
tidak dianggap “indah khabar dari rupa”..
..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan
rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi
penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada
fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan
kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah
imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat
melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas
sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk
menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka
tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika
konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada
masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan,
mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos
kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah
menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan
langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara
kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain
seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-
awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.html
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Apa itu pengangkutan awam?


Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri.
Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit
aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA
Transit)
Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin
menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk
menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan
itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam
di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Pertama:
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;
Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;
Ketiga,
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
Keempat,
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia
ada dan penumpang baru.
Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
1. Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.
i) Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda
(bergantung kepada laluan tertentu.)
ii) Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain
gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang
berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di
pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.
iii) Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan
iv) Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara
berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000
penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna
pengangkutan awam pada tahun 2012
v) Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang,
Ampang Jaya dan Kajang.
vi) 850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di
laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat
perkhidmatan ketika ini.
2. Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam
i Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar
kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012
iv Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen
serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
v Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh
vi. Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah
diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.
3 Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.
i Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan dan
dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal
Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota,
Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke
pusat bandar.
4. Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
i Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu
prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar
dan pemantauan kawalsedia.
ii 13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang
berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem
pengangkutan awam secara keseluruhan.
5. Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)
i Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan
pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat,
Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna
kenderaan persendirian akan dipercepat.
NKPI bagi NKRA Pengangkutan Awam
Kategori Hasil pada 2010-2011
Bas
200 bas baru
4 koridor baru bagi bus expressway transit
800 perhentian bas yang dinaiktarafkan
Rel
26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya
Integrasi
Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar Tasik Selatan
Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan tambang diskaun bagi tiket
tanpa tunai
4,000 petak letak kereta baru di stesen rel
Rangkaian
Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang tidak membayar samannya
Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada waktu puncak
Rapid KL
Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi mengurangkan pemindahan penumpang dan
menjimatkan masa
Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL bernilai RM150 bagi membenarkan
perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan Prasarana iaitu bas RapidKL, LRT
Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel
KTM Komuter
Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada 20 minit kepada 15 minit, di laluan
bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke Kajang dan Kuala Lumpur ke Shah Alam
Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja
Nota: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)
Kesimpulan
Kerajaan telah menunjukkan kesungguhannya dalam NKRA bagi mempertingkatkan
pengangkutan awam. Ia bertujuan memudahkan rakyat menikmati khidmat pengangkutan
awam yang sistematik. Yang penting di sini, rakyat diminta untuk meninggalkan kereta
persendirian dan mula menggunakan pengangkutan awam. Sekali lagi, bermulalah dengan
langkah kecil : Cubalah perkhidmatan bas tempatan pada hujung minggu atau komited untuk
menggunakan pengangkutan awam satu hari dalam seminggu. Pengangkutan awam adalah
pilihan terbaik.

You might also like