Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KAEDAH pERSAMPELAN

Selepas kumpulan kami menjalankan soal selidik ataupun bancian,


data-data primer yang dapat dikumpulkan akan diproseskan dan
seterusnya dianalisis.  Pendek kata, analisis data dilakukan selepas
pengumpulan data. Tujuan kumpulan kami menjalankan analisis data
adalah untuk menjelaskan data-data yang dikumpul kepada bentuk
yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh masyarakat umum. 
Kumpulan kami telah menggunakan program excel untuk mengumpul
data yang didapatkan.  Selepas itu,  graf dibentuk supaya setiap data
yang dikumpul lebih mudah difahami dalam bentuk graf. 

PERSAMPELAN

Dalam projek ini, kumpulan kami menggunakan teknik persampelan


adalah untuk menganalis data yang dikumpul.  Kumpulan kami
menggunakan teknik persampelan sebab kaedah tersebut dapat
mewakili sesuatu populasi kajian.  Sampel dalam kaedah
persampelan ini merupakan satu subset populasi dan sample ini
berupaya mewakili keseluruhan populasi.  Populasi di lebuh Macallum
adalah 38 782 orang.    Sebelum menjalankan soal selidik, kumpulan
kami telah menetapkan saiz sampel kepada 300 orang iaitu kira-kira 1
peratus daripada keseluruh populasi di Lebuh Macallum.  Sampel atau
responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah
mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung.  Rangka sampel kajian ini
adalah penghuni-penghuni dari tiga blok pangsapuri di Lebuh
Macallum iaitu pangsapuri pelangi, pangsapuri 358 dan pangsapuri
360.

Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah


persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak
berkebarangkalian.  Persampelan berkebarangkalian pula
dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, 
sampel berstrata dan sampel berkelompok.  Persampelan tidak
berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji"
dan sampel pertimbangan.  Teknik persampelan yang digunakan oleh
kumpulan kami ialah persampelan berkelompok.  Persampelan
berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan
kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi. 
Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam
unit ini akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel
berkelompok.  Dalam kajian kami,  populasi dibahagikan mengikut
pangsapuri sebab setiap pangsapuri adalah sama .  Terdapat 21 blok
pangsapuri di Lebuh Macallum dan kami telah memilih secara rawak 3
blok pangsapuri untuk soal selidik. Daripada 3 blok ini pula kami telah
memilih 300 sampel sebagai sampel kelompok kami.

MENGAPA 300 SAMPEL ?

Tujuan kumpulan kami menggunakan teknik persampelan


berkelompok ini adalah sebab kawasan kajian kami  yang kedudukan
geografinya jauh antara satu sama lain.  Pangsapuri di Lebuh
Macallum terletak jauh antara satu sama lain.  Kami hanya memilih 3
blok daripada 21 blok.  Dalam kajian ini kami telah membuat soal
selidik terhadap wakil penghuni-penghuni dari setiap rumah dari
pangsapuri yang terpilih sahaja dan membahagikan mereka
mengikut pangsapuri pelangi, pangsapuri 358 dan pangsapuri 360. 

Selain itu, kami juga membuat bancian  terhadap penjaja di lebuh


Macallum dengan memilih 22 orang daripada 32 orang. Bagi soal
selidik ini,  kami telah menggunakan persampelan berstrata sebab
kami telah membahagikan penjaja mengikut jenis barang jualan.

You might also like