Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 10 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKMJ

Kehadiran :

1. Pn. Jamaliah binti Mat Sarib GPK HEM


2. Pn. Salmah binti Nong Ketua Panitia (Pengerusi)
3. Pn. Rosniza binti Yusof
4. Pn. Norraida binti Dahlan
5. Pn. Normazatul Akma binti Muda
6. Pn. Nurul Syabani binti Ab Rahman
7. Pn. Sharifah Raihanom binti Syed Ismail
8. Pn. Nurul Umairah binti Othman
AGENDA 1 : UCAPAN KETUA PANITIA (PENGERUSI)

1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik Tahun 2018.

Makluman : Ahli Panitia

AGENDA 2 : UCAPAN GPK HEM

2.1 Puan Jamaliah (GPK HEM, Guru Matematik Tahun 5–Tahun 6) mengalu-alukan
kehadiran semua ahli Panitia Matematik.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan dan UPSR 2017.
2.3 Beliau mengharapkan semua ahli panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dengan lebih
mantap dan memastikan keputusan Matematik dapat dipertingkatkan.

Makluman : Ahli Panitia

.AGENDA 3 : RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN

3.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT),


Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada
(format KSSR).
3.2 Pengerusi memberitahu bahawa DSKP 2018, boleh dimuat turun melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
3.3 Pembahagian penyediaan DSKP bagi setiap tahun;

Tahun Nama Guru


Tahun 1 Pn. Normazatul Akma binti Muda
Tahun 2 Pn. Salmah binti Nong
Tahun 3 Pn. Sharifah Raihanom binti Syed Ismail
Tahun 4 Pn. Nurul Syabani binti Ab Rahman
Tahun 5 Pn. Rosniza binti Yusof
Tahun 6 Pn. Norraida binti Dahlan

Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 4 : PENETAPAN TOV


4.1 Hasil perbincangan bersetuju untuk menetapkan target TOV seperti berikut;

Tahun TOV
Tahun 2 – Tahun 4 Penambahan 3%
Tahun 5 – Tahun 6 Penambahan 5%
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 5 : DIAGNOSIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN MURID

5.1 Guru Tahun 6 mendapati murid masih lemah fakta asas Matematik setelah ulangkaji
untuk awal tahun dilaksanakan.
5.2 Puan Jamaliah mencadangkam agar semua guru Matematik cakna berkenaan hal ini
dan mengatasi masalah tersebut dengan mengadakan pelbagai aktiviti atau program
sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 6 : PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

6.1 Puan Rosniza mencadangkan Program 5 Minit (sebelum berlangsung PdPc) diteruskan
seperti tahun-tahun sebelum ini.
6.2 Puan Norraida mencadangkan berkenaan Program Bijak Sifir yang melibatkan murid
Tahun 2 hingga Tahun 6 dan semua guru. Mana-mana guru boleh menjadi mentor murid
untuk membaca sifir.
6.3 Puan Salmah selaku Penyelaras Unit Kantin mencadangkan nota Matematik (fakta asas
dan rumus) diletakkan di meja makan murid di kantin.
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 7 : LINUS 2.0

7.1 Puan Normazatul Akma selaku Penyelaras LINUS memaklumkan Saringan 1 Numerasi
akan diadakan mulai 1 Mac 2018 hingga 6 April 2018 untuk lisan dan 8 April 2018
hingga 20 April 2018 bagi saringan bertulis. Pengisian data perlu diisi mulai 22 April
2018 hingga 4 Mei 2018. Murid tahun 3 sahaja yang terlibat dengan Saringan 1. Murid
tahun 1 dan tahun 2 akan disaring pada bulan Ogos hingga Oktober 2017.
7.2 Puan Nurul Umairah (Guru Pemulihan LINUS NKRA) memaklumkan berkenaan
bilangan murid LINUS yang berada di kelas pemulihan semasa PdP Matematik dan
sasaran bagi tahun 2018 seperti berikut;

Tahun Konstruk 1-2 Konstruk 3-12 Sasaran Menguasai K1-K12


Tahun 2 2 orang 10 orang 6 orang
Tahun 3 2 orang 8 orang 8 orang

Tindakan : Guru Matematik Tahun 2 & Tahun 3

AGENDA 8 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


8.1 Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) mengikut Abad ke 21.
8.2 GPK HEM mencadangkan agar set induksi dimulakan dengan fakta asas Matematik
secara lisan atau bertulis.
8.3 Bacaan Sifir sebelum sesi PdPc Matematik perlu diteruskan. GPK HEM memohon guru
pelbagaikan kaedah penyoalan untuk mencabar minda murid.
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN

9.1 Puan Rosniza selaku Setiausaha Kurikulum memaklumkan berkenaan Program Rehat
Minda (pengisian semasa ‘jadual berkampung’). Setiap panitia perlu menyediakan
bahan yang bersesuaian dengan aras murid. Pembahagian penyediaan bahan mengikut
DSKP 2018 (Rujuk 3.3). Puan Nurul Umairah akan menyediakan bahan untuk murid
pemulihan yang berada di kelas 2 Ikhlas dan 3 Usaha.
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea
untuk meningkatkan prestasi pencapaian Matematik.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………........ ....……………………….....
Pn. Nurul Umairah binti Othman, Pn. Salmah binti Nong,
Setiausaha Panitia Matematik, Ketua Panitia Matematik,
SK Muadzam Jaya. SK Muadzam Jaya.

Disahkan oleh,

………………………….
Pn. Kamariah binti Said,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Muadzam Jaya.

You might also like