Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang giat aktif menempah nama di
persada dunia setanding dengan negara-negara maju. Untuk mencapai tahap sebuah
negara maju, aspek pembangunan kawasan tidak boleh dipisahkan sebagai langkah yang
perlu diambil oleh kerajaan Malaysia dalam mencapai usaha tersebut. Kawasan-kawasan
bandar akan semakin pesat dibangunkan, kepelbagaian infrastruktur telah dibina,
kemudahan-kemudahan sosial yang lain turut disediakan, malah perkembangan ini turut
datang bersama dengan isu-isu perbandaran seperti kepadatan penduduk, kesesakan lalu
lintas, peningkatan penggunaan sumber seperti tenaga dan air, isu-isu alam sekitar seperti
pencemaran serta masalah yang melibatkan pengurusan sisa pepejal. Bukan itu sahaja,
malah cabaran ekonomi seperti pendapatan, rumah mampu milik dan sebagainya sudah
pasti tidak ketinggalan. Aspek keselamatan turut akan menjadi aspek penting yang tidak
boleh dipandang remeh.

Apabila berbicara mengenai pembangunan sesuatu kawasan, aspek kesejahteraan


perlu dititik beratkan dalam menjamin perkembangan pesat pembangunan agar berjalan
dengan lancar dan seterusnya membawa Malaysia setaraf dengan negara maju.
Kesejahteraan bandar adalah proses perancangan pembangunan dengan matlamat untuk
mencapai pembangunan mampan secara holistik. Apabila berbicara mengenai
kesejahteraan bandar terdapat tiga aspek utama yang menjadi fokus yang dititikberatkan
iaitu sistem sosial yang inklusif iaitu matlamat bagi mewujudkan komuniti yang sihat,
berinteraksi dengan masyarakat dan sebagainya. Dari segi tindakan fizikal pula adalah
seperti mewujudkan sebuah bandar yang selamat daripada jenayah dan juga menawarkan
perumahan mampu milik bagi semua rakyat yang selesa. Aspek kedua ialah ekonomi yang
produktif. Aspek ini dilihat dari segi membanteras kemiskinan bandar, dan mewujudkan
ekonomi yang berdaya saing. Aspek ketiga adalah persekitaran hijau iaitu mewujudkan
sebuah bandar yang kadar penggunaan sumber rendah, pengurusan sisa pepejal yang
efisien, penggunaan tenaga yang cekap, dan sebagainya.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 1


Proses pembangunan yang semakin pesat membuatkan sesuatu kawasan tidak
kiralah daerah, bandar, ataupun bandaraya kini terdedah kepada pelbagai aspek-aspek
yang positif juga negatif. Aspek-aspek negatif ini perlu di beri perhatian, diatasi dan di jaga
bagi menjamin kesejahteraan bandar. Bukan itu sahaja, pembangunan yang semakin pesat
turut menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk turut meningkat. Jumlah penduduk
wilayah selatan yang terdiri daripada Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan untuk tempoh
5 tahun sekali iaitu tahun 1990, 1995, 2000,dan 2005 menunjukkan berlakunya peningkatan
penduduk. Bagi negeri Johor jumlah penduduk pada tahun 1990 sebanyak 2,121.3 pada
tahun 1995 jumlah penduduk meningkat kepada 2,422.0, tahun 2000 pula sebanyak 2,721.9
dan peningkatan turut berlaku pada tahun 2005 iaitu menjadi 3,020.0. Bagi negeri Melaka,
pada tahun 1990 ialah sebanyak 531.6 meningkat pada tahun 1995 kepada 600.0 dan pada
tahun 2000 jumlah penduduk Melaka sebanyak 634.1 dan sekali lagi meningkat pada tahun
2005 menjadi 681.0. Jumlah pertumbuhan penduduk pada tahun 1990 di Negeri Sembilan
adalah sebanyak 531.6 meningkat kepada 804.0 pada tahun 1995 kemudian jumlah
tersebut terus meningkat pada tahun seterusnya kepada 858.9 dan pada tahun 2005 jumlah
penduduk adalah sebanyak 907.7. Pertumbuhan penduduk yang pesat, malah kadar guna
tenaga yang turut meningkat terutama di negeri yang lebih maju menyebabkan
kesejahteraan bandar perlu dijamin kelangsungannya. Peningkatan pembangunan ini
menyebabkan pihak yang berkuasa perlu melaksanakan perancangan demi perancangan
yang sistematik, pentadbiran diurus dengan lebih cekap dan sudah pasti saluran
perkhidmatan adalah lebih baik dan mesra pengguna.

Pihak yang berkuasa yang bertanggungjawab mengurus tadbir sesebuah daerah


ataupun kawasan bagi menjamin kesejahteraan bandar adalah dipegang oleh Pihak
Berkuasa Tempatan ( PBT ). Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) merupakan satu badan
yang ditubuhkan melalui perundangan perlembagaan persekutuan. Di Malaysia, terdapat
sebanyak 149 PBT iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya ( DB/MB ), 39 buah Majlis
Perbandaran ( MP ) dan 98 Buah Majlis Daerah ( MD ). Bagi wilayah selatan pula iaitu terdiri
daripada Johor, Melaka dan Negeri sembilan terdapat sebanyak 27 PBT iaitu bagi negeri
Johor mempunyai 15 PBT, Melaka 4 PBT dan Negeri Sembilan 8 PBT.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 2


Dibawah Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mana menyatakan bahawa
Pihak Berkuasa Tempatan adalah terdiri daripada mana – mana Majlis Bandaraya, Majlis
Perbandaran, atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan dan berhubungan
dengan wilayah persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah
sesyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 ( Akta 190 ). Dibawah peruntukkan Akta ini juga
telah mengariskan bahawa hal ehwal bagi tiap-tiap kawasan pihak berkuasa tempatan
hendaklah ditadbirkan oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan oleh dan
mengikut akta ini. Namun begitu penggunaanya tertakluk dengan syarat bahawa jika
pemakaian Akta ini bagi Wilayah Persekutuan terdapat apa-apa percanggahan diantara
Akta ini dengan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 atau peraturan-peraturan yang dibuat
dibawahnya, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 hendaklah dipakai.

Terdapat 4 fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang menjadi kelaziman iaitu pertama
dari segi aspek pelindungan. PBT mempunyai kuasa untuk mengawal keselamatan iaitu
meliputi perlindungan daripada bahaya sama ada melibatkan individu mahupun kumpulan
serta kawalan kesihatan awam. Fungsi kedua adalah dari segi Awam. Aspek ini meliputi
fungsi-fungsi yang melibatkan awam seperti menyediakan infrastruktur contohnya tempat
riadah, mewujudkan alam sekitar yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang
optimum. Fungsi ketiga adalah dari segi individu. Aspek ini melibatkan pemberian bantuan
terus kepada individu sebagai contoh kebajikan. Fungsi yang terakhir adalah perdagangan
iaitu melibatkan mana-mana aktiviti yang mendatangkan hasil kepada ekonomi setempat.
Dibawah Akta ini juga turut mengariskan bidang kuasa mandatori dan juga kuasa budi
bicara kepada PBT.

Secara rumusnya, topik kajian ini akan mengupas lebih lanjut lagi tentang peranan
pihak berkuasa tempatan dalam menjamin kesejahteraan bandar di Wilayah Selatan
Semenanjung Malaysia. Topik yang akan dikupas adalah serba sedikit mengenai
perkembangan bandar di Wilayah Selatan iaitu di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
serta peranan pihak berkuasa tempatan setiap negeri dalam menjamin kesejahteraan
bandar. Oleh itu, berikut merupakan huraian yang akan diceritakan dengan berdasarkan
contoh – contoh aktiviti – aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa
bagi menjamin kesejahteraan bandar dan juga keselesaan penduduk setempat.

2.0 Johor Bahru

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 3


Pihak Pengurusan Tempatan (Bandar)

Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang tergolong dalam negeri di wilayah selatan,
sama seperti negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Kedua-kedua negeri tersebut merupakan
negeri yang bersempadanan dengan Johor termasuklah negeri Pahang iaitu negeri di
sebelah pantai timur semenanjung Malaysia. Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang
dikelilingi dengan kawasan perairan iaitu Selat Tebrau, Selat Melaka dan Laut China
Selatan. Kawasan-kawasan ini juga memisahkan persempadanan politik diantara negara
seperti Indonesia dan Singapura. Negeri Johor merupakan salah sebuah negeri yang ke 5
terbesar di dalam Malaysia manakala merujuk kepada Semenanjung Malaysia, Johor
merupakan negeri ke 3 terbesar.

Dalam negeri johor terdapat satu bandar yang terkenal dan besar sehinggakan
diiktiraf sebagai sebuah bandaraya iaitu Johor Bahru. Johor Bahru merupakan salah satu
daerah yang terdapat dalam negeri Johor dan merupakan ibu negeri kepada Johor.
Berdasarkan kepada laman portal rasmi negeri Johor, Johor mempunyai 10 daerah-daerah
dan terdapat 15 pihak berkuasa tempatan ( PBT ) yang menguruskan setiap perihal
masyarakat yang tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan tempatan tersebut. Johor Bahru
merupakan sebuah daerah yang berstatus bandaraya. Status bandaraya mestilah
mempunyai bilangan penduduk seramai 10 000 orang di satu-satu kawasan dan ia berbeza
mengikut negara. Bagi menguruskan hal-hal masyarakat tempatan, Majlis Bandaraya Johor
Bahru telah ditugaskan untuk menguruskan setiap inci kawasannya. Kewujudan kerajaan
tempatan di Johor Bahru sejak dari tahun 1910 dimana Lembaga Bandaran ditubuhkan,
seterusnya dinaik taraf kepada Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada
tahun 1977 dan Majlis Bandaraya pada tahun 1994 iaitu setelah Johor Bahru diiktiraf
sebagai bandaraya.

Secara umumnya, sebagai ibu negeri Johor dan juga merupakan bandar yang
terbesar di Johor, peranan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) perlu dilihat dalam menjamin
kesejahteraan bandar. Persoalan disini adalah bagaimanakah pihak pengurusan tempatan
menjalankan tanggungjawab dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan bandar tersebut.
Hal ini kerana sebagai salah sebuah bandar terbesar terdapat pelbagai aspek kesejahteraan
perlu diambil kira.

2.1 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Bandaraya Johor Baharu

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 4


Secara umumnya, kerajaan tempatan yang ada di Malaysia ini turut dikenali sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak berkuasa tempatan yang ditugaskan untuk menjaga
sesebuah kawasan mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mentadbir kawasan-
kawasan mereka dan berhadapan dengan masyarakat mengenai masalah-masalah di
kawasan persekitaran mereka. Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan sebuah kerajaan
yang paling kecil di dalam hierarki pentadbiran di Malaysia. Walaupun peranan kelihatan
kecil, namun peranan yang dipikul adalah besar kerana membantu kerajaan negeri dalam
melicinkan lagi pemerintahan dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan tempatan.
Tugak Pihak berkuasa tempatan adalah diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-
undang negeri. Peranan PBT adalah meliputi tugas mengambil cukai yang terhad seperti
cukai pintu dan melaksanakan undang-undang kecil. Lazimnya pegawai yang tertinggi di
dalam kerajaan tempatan dipanggil dengan gelaran Datuk Bandar bagi bandaraya,
manakala Yang di-pertua atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga majlis daerah.
Selain itu, pihak penguasa tempatan turut melaksanakan tugas seperti perancangan
tempatan, kuasa pengeluaran lesen, membina bangunan, perumahan dan unit-unit gerai
dan pasar, pengurusan kawasan bandar, mengurus lalu lintas, alam sekitar dan lain-lain. Ia
merupakan tugas-tugas bagi sesebuah kerajaan tempatan.

2.1a. Dasar Perumahan Rakyat Johor MBJB 2011-2015

Majlis Bandaraya Johor Baharu telah melaksanakan satu dasar untuk perumahan iaitu
“Dasar Perumahan Rakyat Johor MBJB 2011-2015” yang telah dilaksanakan. Dasar ini
bertujuan bagi kesejahteraan masyarakat dan bandar tersebut.

Berdasarkan dasar perumahan tersebut ia bertujuan untuk memastikan rakyat Johor


terutama di kawasan Johor Baharu dan Wilayah Iskandar memliki rumah yang selesa,
kondusif dan mampu milik. Hal ini kerana memiliki rumah yang selesa merupakan impian
bagi sesebuah institusi kekeluargaan. Rumah yang selesa dapat membantu meningkatkan
perhubungan institusi kekeluargaan sekaligus dapat melahirkan modal insan yang berkualiti
dan mewujudkan suasana bandar yang terancang, sejahtera dan harmoni. Di samping itu,
dasar perumahan ini bukan sahaja menekan aspek keselesaan dan rumah mampu milik di
Johor Baharu dan Wilayah Iskandar, malah ia menekankan aspek kesejahteraan bandar
kerana apabila keselesaan dapat dinikmati maka kesejahteraan bandar mampu wujud di
antara masyarakat itu sendiri. Bukan itu sahaja, persekitaran yang kondusif juga mampu
melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan secara tidak langsung mampu mewujudkan
sebuah bandaraya yang bertaraf antarabangsa. Aspek ini adalah sebagaimana visi dan misi
MBJB iaitu menuju bandaraya bertaraf antarabangsa.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 5


Jadual 2.1a.: Jadual berikut merupakan jadual dasar semasa yang menunjukkan
bagaimana kos harga rumah mampu milik dimana semua penduduk mempunyai
kemampuan untuk memiliki sebuah rumah.

2.1b. Pelan Perancangan Strategik

Selain itu, MBJB juga melaksanakan “ Pelan Perancangan Strategik ”. Dalam Pelan
Perancangan Strategik ini, ia memfokuskan kepada perancangan dan hala tuju bandaraya
Johor Bahru. Terdapat tujuh objektif dalam pelan ini demi mencapai bandaraya yang
bertaraf antarabangsa. Antaranya ialah melakukan lonjakan paradigma dalam pentadbiran
kerajaan tempatan, memperkukuhkan kedudukan kewangan, meningkatkan penggunaan
teknologi secara menyeluruh, melakukan pembangunan holistik dan mampan,
membudayakan kualiti hidup yang unggul, mengamalkan pengurusan fasiliti dan efisen dan
memperkasa imej bandaraya Johor Bahru. Bagi menjamin kesejahteraan bandar, MBJB
memainkan peranannya untuk memberikan perancangan yang baik dan teratur.bukan itu
sahaja malah segala tindakan yang dilaksanakan adalah berdasarkan objektif yang telah
dibuat agar tidak terpesong. Objektif-objektif ini pula telah disokong dengan isu-isu strategik
dan cabaran-cabaran yang kritikal bagi mendapatkan impak yang dikehendaki berdasarkan
garis panduan yang telah ditetapkan dalam Pelan Perancangan Strategik.

Terdapat beberapa peranan dan fungsi dalam pelan ini, yang pertama adalah
perancangan dan pembangunan bandar. Hala tuju dan trend bandar Johor Bahru adalah
sentiasa menepati perancangan pembangunan dan visi nasional iaitu bandaraya Johor
Bahru sebagai Bandaraya Bertaraf Antarabangsa mengikut Rancangan Pemajuan yang
diwartakan. Seterusnya, perkhidmatan perbandaran dan kesihatan awam, pihak MBJB
sentiasa peka dan mengambil berat setiap perkhidmatan dibawah kerajaan tempatannya,
malah setiap perkhidmatannya haruslah dianggap sebagai profesional begitu juga dengan

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 6


taraf kesihatan yang ada di kawasannya. Hal ini adalah bagi tujuan demi menjaga
masyarakat daripada masalah kesihatan yang berbahaya serta mengambil langkah
pencegahan awal terutama sekali di dalam kes denggi. Perkhidmatan semburan asap
dilakukan sebagai langkah pencegahan awal sebelum terdapatnya kes-kes yang
menyebabkan kematian orang awam.

Di samping itu, antara peranan dan fungsi lain berdasarkan pelan ini adalah, pihak
MBJB memastikan pengurusan sistem saliran yang mesra alam. Melalui pelan ini, pihak
MBJB mengambil langkah-langkah awal sebelum berlakunya masalah perparitan dan
saliran. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dilaksanakan bagi memastikan tiada berlakunya
banjir kilat dan air yang bertakung ketika hujan lebat serta menyediakan sistem perparitan
yang lebih berkualiti dan responsive seiring dengan keperluan pembangunan bandaraya
Johor Bahru.

Bukan itu sahaja, peranan MBJB dalam pelan ini juga meliputi aspek memastikan
pengindahan dan kecerian di kawasan bandar terjaga dan sentiasa cantik dan menarik.
Melalui pelan ini, MBJB perlu memastikan setiap inci kawasan Bandaraya sentiasa dalam
keadaan yang indah, cantik, molek dan bersih serta mampu memberikan keselesaan
kepada masyarakat setempat secara tidak langsung memberikan suasana yang harmoni.

Namun yang demikian, terdapat beberapa isu-isu strategik dalam pelan ini. Isu ini
adalah melibatkan kepesatan pembangunan semasa selari dengan persediaan warga kerja.
Di mana, dalam memastikan kesejahteraan bandar aspek ini juga adalah penting. Dalam isu
ini, MBJB telah melakukan langkah proaktif dengan menyediakan pelbagai kursus dan
latihan kepada warga kota untuk persediaan diri mereka dalam alam pekerjaan. Bukan itu
sahaja, malah mereka boleh mempertingkatkan lagi kemahiran mereka yang sedia ada dan
memperkembangkannya dengan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bidang sahaja
tetapi mampu memceburkan diri dalam pelbagai bidang. Masyarakat boleh terlibat dengan
kemahiran yang pelbagai untuk persediaan diri demi pembangunan bandar.

Isu seterusnya adalah melibatkan sumber hasil yang terhad di samping amalan
pengurusan kewangan yang kurang berkesan. Dalam isu ini, MBJB mempunyai masalah
kewangan dalam memungut hasil-hasil dibawah kerajaan tempatannya. Hal ini kerana, hasil
yang diperolehi agak terhad dan tidak mencukupi untuk proses pembangunan setempat.
Terdapat beberapa faktor kenapa hasil MBJB tidak mampu dipertingkatkan antaranya ialah
peruntukkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Bukan itu sahaja, malah turut
disebabkan oleh faktor ekonomi, senario politik semasa dan persepsi masyarakat terhadap
perkhidmatan.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 7


Selain itu, dalam aspek pengurusan kewangan, masalah yang dilalui MBJB adalah
dari segi kecekapan pengurusan perbelanjaan, pengurusan hasil, pengurusan perolehan,
pengurusan projek dan tindakan penguatkuasa. Kesemua aspek ini perlu ditingkatkan agar
masalah ini tidak berterusan. Apa yang boleh dilihat dalam aspek yang melibatkan
pungutan hasil daripada ekonomi konvensional dianggap sebagai cara yang tidak berkesan
kerana beban perbelanjaan yang kian meningkat. Antara cadangan yang boleh diambil
adalah penubuhan perbadanan dan persempadanan semula kawasan pentadbiran untuk
memperkukuhkan kewangan pada masa hadapan.

2.1c. Program Pemuliharaan Alam Sekitar SG. Sebulung

Peranan MBJB juga merangkumi aspek yang melibatkan alam sekitar, di mana dalam
mengejar pembangunan aspek alam sekitar tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja.
Peranan MBJB dalam aspek alam sekitar ini dapat dilihat dalam program yang dijalankan
oleh MBJB iaitu Program Pemuliharaan Alam Sekitar SG. Sebulung. Pihak MBJB
melaksanakan program ini kerana usaha bagi menjamin kesejahteraan bandar khasnya di
SG. Sebulung dan Johor Bahru amnya. Dalam Program ini, MBJB di bawah bahagian
saliran dan pengurusan sungai telah menaik taraf sistem perparitan, pengindahan dengan
mengetengahkan penggunaan teknologi “Effective Microorganism” ( EM ) dan laman herba
sebagai konsep program.

Antara objektif perlaksanaan program ini adalah untuk menghidupkan sebuah


persekitaran yang mesra alam ( ekologi ) dengan berasaskan konsep penempatan (
Kampung Tradisional ). Bukan itu sahaja, program ini juga dilaksanakan bagi mengekalkan
sifat keadaan alam semula jadi sungai, iaitu dengan mengambil kira habitat sungai itu
sendiri berkonsepkan laman herba. Dalam masa yang sama, perlaksanaan program ini turut
cuba untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat dan juga aspek kediaman yang
lebih tersusun bagi penempatan setinggan. Apabila menjalankan aktiviti yang melibatkan
sungai, sudah pastilah objektif perlaksanaan program ini juga bertujuan bagi meningkatkan
kualiti air sungai ( IKA ) malah dalam masa yang sama juga cuba mengawal pelepasan
enfluen daripada tangki septik berpusat.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 8


Rajah 2.1c. : Keadaan sungai Sebulung sebelum dan selepas program dilaksanakan.
Program ini dilihat bukan sahaja mampu menjaga sungai Sebulung malah dapat
mencantikkan lagi sungai Sebulung dan seterusnya menjadi tarikan luar untuk
bertandang ke sungai Sebulung.

Usaha yang dilakukan oleh MBJB dalam menjamin keselesaan serta kesejahteraan
bandar terutamanya kepada penduduk di persisiran sungai Sebulung adalah dengan
menjalankan program-program pendidikan dalam kalangan penduduk kampung. Matlamat
daripada program ini adalah dengan memberikan kesedaran kepada para penduduk akan
pentingnya penjagaan alam sekitar bagi kelangsungan hidup dan dalam masa yang sama
menggunakan teknologi EM dalam usaha penjagaan alam sekitar ini. MBJB telah
menjalankan aktiviti program kitar semula namun menggunakan pendekatan program kitar
semula yang berbeza daripada selalunya.

Program kitar semula yang dijalankan MBJB ini adalah program kitar semula sisa-
sisa organik daripada bahan buangan dapur dengan berasaskan kepada bioteknologi EM.
Pengumpulan bahan buangan dapur ini adalah bagi menggalakkan proses fermentasi yang
bertujuan untuk penghasilan EM Bokashi ataupun lebih dikenali dengan gelaran baja
kompos sebagai baja organik yang mesra alam.

Bukan itu sahaja, MBJB turut menggunakan kaedah penghasilan EM daripada air
beras. Strategi ini melalui kaedah pengambilan air basuhan beras pertama lalu dicampurkan
dengan larutan EM1. Gabungan daripada campuran ini akan menghasilkan bahan pencuci
untuk kegunaan kerja-kerja pembersihan parit, tandas, merawat air kumbahan dan baja
cecair untuk kegunaan tanaman. MBJB melaksanakan program rawatan secara terus ke
sungai dengan menggunakan dua bahan yang pertama adalah EM Mud Balls yang

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 9


berfungsi untuk pembiakan bakteria anaerobik di dasar sungai dan yang kedua adalah
larutan EM yang bertindak untuk menguraikan ammonia dan juga asid sulfurik kepada
unsur-unsur tidak berbau melalui aktiviti fototropika bakteria.

Rajah 2.1.c: Rajah diatas menunjukkan bagaimana program kitar semula bahan
buangan dari dapur dijadikan baja kompos yang boleh digunakan untuk tanaman
dengan menggunakan teknologi. Keadaan ini dilihat bukan sahaja dapat memelihara
sungai daripada tercemar malah mampu memberikan pendidikan kepada penduduk
kampung dan seterusnya bahan buangan tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya
dapat dihasilkan baja.

Melalui program-program ini, MBJB jelas memainkan peranan penting dalam usaha
menjaga alam sekitar dengan strategi pengurusan yang tepat iaitu dengan mengoptimakan
penggunaan sumber yang sedia ada.

3.0 Negeri Melaka

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 10


Majlis Bandaraya bersejarah Melaka

Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Melaka terdiri daripada 4 majlis
daerah iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis
Perbandaran Jasin dan juga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Tumpuan utama topik
yang akan dikupas ialah mengenai majlis daerah utama di negeri Melaka iaitu Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah.

Perkembangan Negeri Melaka

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka.
Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya namun begitu Perbandaran Melaka
terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka telah dinamakan sebagai "The Town
and The Fort of Malacca" yang ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan
Inggeris. Pada 1 Januari 1977 pula iaitu melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran
Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).
MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah
bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan
pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-
sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan. Pada 15 April 2003, Majlis
Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya
Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan dapat mempertingkatkan
lagi mutu perkhidmatannya kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong
amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai adalah sungguh luar biasa.

3.1 Peranan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan salah satu daripada pihak berkuasa
tempatan di negeri Melaka dan oleh sebab itulah majlis ini mempunyai peranan yang sangat
penting demi menjamin kesejahteraan bandaraya Melaka. Terdapat beberapa projek yang
dilaksanakan dibawa Majlis Bandaraya Melaka bersejarah, misalnya projek kolam yang
mempunyai pancutan air di jalan bukit beruang, projek penanaman pokok hiasan dan
banyak lagi.

Antara peranan MBMB ialah sebagai pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran
serta kesejahteraan Bandar selaras dengan visinya iaitu untuk menjadikan Melaka sebagai
sebuah bandaraya warisan, maju dan indah ialah dengan merancang dan menggalakan
pembangunan di kawasan bandaraya yang selari dengan undang-undang dan dasar-dasar
pembangunan negeri dan negara. MBMB juga berperanan dalam menyedia dan

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 11


menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, parit, pembentungan,
lampu-lampu jalan, pasar, gerai, tandas awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.
MBMB juga berperanan memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan kepada
penduduk-penduduk serta perkhidmatan pungutan dan pelepasan sisa pepejal, pelupusan
najis, pembersihan jalan dan parit serta lain-lain perkhidmatan perbandaran. MBMB juga
menyediakan dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-
taman dan lain-lain kemudahan perbandaran. Merancang pembangunan bandaraya secara
berterusan. Perancangan yang akan dibuat oleh MBMB adalah perancangan pembangunan
yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai pusat kebudayaan,
komersil, pendidikan dan pentadbiran. MBMB bertanggungjawab dalam menjadikan Melaka
sebuah bandaraya maju.

3.1a. Melaka sebagai ‘Bandaraya Dalam Taman’

Peranan MBMB ialah menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman'
dengan menanam pokok-pokok dan bungaan di sepanjang jalan serta kawasan awam
dengan mereka bentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan dengan sempurna dan
teratur. Jika sebelum ini, pengunjung melalui jalan-jalan utama negeri melaka pada tahun
sebelumnya hanya disajikan dengan pemandangan kosong namun kini pengunjung pasti
teruja apabila menyelusuri jalan utama negeri melaka. Hal ini demikian kerana kecerian dan
apa yang dapat dilihat di kiri dan kanan jalan tidak ubah seperti laluan istana raja. Peranan
dalam menjadikan Bandar Melaka bandar dalam taman dilakukan melalui perlaksanaan
projek pengindahan jalan utama di bandar Melaka. Melalui projek pengindahan tersebut,
kawasan yang diberi tumpuan oleh MBMB ialah sepanjang jalan Batu Berendam, Jalan
Bukit Katil, Jalan Bukit Beruang, Jalan pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Jalan Tun
Abdul Razak dan Jalan Gapam. Semua jalan-jalan ini telah dihiasi dengan landskap yang
mengubah ruangannya yang kosong kepada adanya landskap baru. Malahan di Jalan Bukit
Beruang, identiti baru dibina bagi jalan itu dengan pembinaan kolam yang mempunyai
pancutan air.

Selain itu, projek landskap yang mempunyai taman permainan turut dibina di jalan
Cempaka. Selain itu, Kawasan pelancongan seperti pantai Puteri turut dinaiktaraf dengan
pembinaan siar kaki dan penambahan landskap baru. Satu mercu tanda baru juga dibina di
negeri Melaka iaitu di taman seribu bunga. MBMB turut berperanan dalam membina dan
menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta
memperbaiki taraf hidup penduduk dan para pelancong. Memainkan peranan dalam
merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dalam usaha mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan
harmoni.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 12


3.1b. Projek Landskap Negara

Di dalam rajah 3.1b menunjukkan pelaksanaan Projek Landskap Negara dibawah jabatan
Landskap yang dibina di jalan Gapam. Melalui Projek ini, penanaman pokok hiasan yang
membabitkan pokok bunga raya dan bunga kertas. Selain itu, pokok renek jenis balung
ayam, bunga kertas, siantan, heleconia, tahi ayam, kana dan rumput penutup bumi spesies
ros jepun serta pintoi turut ditanam. Setiap jalan utama di Bandar Melaka mempunyai
identitinya yang tersendiri dan dapat dibezakan bagi setiap kawasan. MBMB telah melantik
27 kontraktor untuk melaksanalan projek landskap dan kerja-kerja penyelenggaraan. MBMB
turut menaiktaraf landskap di Lebuh Ayer Keroh dan taman tasik Ayer keroh dan ia juga
membabitkan pembinaan empat ladskap baru serta kerja menukar lebih 110 batang pokok
hiasan. Projek itu turut membabitkan pembinaan air terjun di bukit sebukor, taman bunga
merdeka di bandar hilir dan pembinaan landskap di kawasan Jambatan Syed Abdul Aziz.

Rajah 3.1b: Projek Landskap yang dilaksanakan oleh MBMB

3.1c. Jabatan-jabatan di bawah kelolahan MBMB

Di bawah MBMB terdapat beberapa jabatan yang bertanggungjawab dalam membantu


MBMB melaksanakan tugas pengurusan tempatan. Jabatan itu termasuklah jabatan
kejuruteraan dan alam sekitar, jabatan perancangan Bandar, jabatan pengindahan Bandar
dan banyak lagi jabatan yang terlibat. Jabatan yang berperanaan dalam memastikan
pengurusan tempatan yang baik bagi menjamin kesejahteraan adalah dibawah bidang tugas
Jabatan Pengindahan Bandar. Matlamat jabatan ini adalah untuk menjadikan bandaraya
melaka bersejarah sebagai "Bandar Dalam Taman" yang bersih dan indah.

Peranan Jabatan Pengindahan Bandar ialah menjalankan projek-projek pengindahan


di dalam kawasan MBMB. Misalnya ialah projek baja kompos yang dilaksanankan dan

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 13


dipantau oleh bahagian landskap. Projek ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri
Melaka untuk menjadikan Bandaraya Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau. Projek ini
dilaksanakan sepenuhnya di tapak semaian MBMB yang terletak di Jelutong, Ayer Keroh.
Projek ini telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 yang pada ketika itu kaedah yang digunakan
ialah menggunakan tinta cacing. Fungsi utama jabatan pengindahan Bandar dalam program
pengindahan dan pengurusan nurseri yang berkaitan dengan pembuatan baja kompos.
Fungsinya dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti seperti melaksanakan projek pengindahan
landskap oleh jabatan, memantau projek pembangunan peruntukan jabatan lanskap negara
yang dilaksanakan oleh kontraktor, memproses kelulusan pelan landskap dan memberi
sokongan CCC/CF, menguruskan inventori pokok dan peralatan stok baja dan racun serta
memastikan bekalan anak pokok mencukupi untuk mencapai sasaran hasil sewaan pasu
dan sumbangan pokok kepada komuniti.

Jabatan ini juga mengurus dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan landskap.


Melalui aktiviti menyelenggara landskap oleh jabatan, ia akan memantau kerja-kerja
penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan memantau dan menyelenggara
alat permainan kana-kanak. Jabatan pengindahan Bandar juga berperanan dalam
memantau dan mengawal selia kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal melalui
aktiviti memantau dan mengawal selia kerja pembersihan dan pelupusan sisa oleh pihak
swasta-Southern Waste Management dan kontraktor serta mengeluarkan notis semak-
samun. Jabatan ini juga turut menyediakan perkhidmatan hiasan bunga pasuan untuk
upacara-upacara rasmi bagi pihak kerajaan dan juga swasta. Pada masa yang sama, ia
turut memberikan perkhidmatan penyelenggaraan landskap untuk kawasan-kawasan yang
terletak di dalam kawasan MBMB. Sebagai contohnya ialah perkhidmatan menebang dan
mencantas pokok. MBMB turut memberi mandat kepada jabatan pengindahan Bandar
Melaka bagi menguruskan tapak semaian di Batu Berendam, Melaka. Selain itu, ia turut
menerima aduan awam dan mengambil tindakan dalam masa 48 jam, menerima tempahan
untuk hiasan bunga pasuan, menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di taman-taman
awam, MBMB, menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, melaksanakan projek-projek
landskap dengan peruntukkan Jabatan Landskap Negara dan mewakili mesyuarat rasmi
bagi pihak MBMB.

4.0 Negeri Sembilan

Majlis Perbandaran Seremban

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 14


Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai barat
Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di utara, Pahang di timur, Johor di
tenggara, Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat. Oleh itu, topik ini akan menghuraikan
lebih lanjut tentang Majlis Perbandaran Seremban. Di Negeri Sembilan mempunyai lapan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras,
mengawal penggunaan dan aktiviti memajukan tanah dan bangunan di sesebuah bandar
atau wilayah. Kelapan-lapan PBT di Negeri Sembilan adalah Majlis Perbandaran Seremban,
Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Jelebu, Majlis
Daerah Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah
Tampin. Setiap PBT mempunyai peranan masing-masing dalam menjaga kesejahteraan
bandar. Bandar Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban terletak
di barat semenanjung Malaysia. Seremban terbahagi kepada tujuh mukim iaitu Mukim
Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukin Seremban, Mukim Rantau, Mukim
Pantai, dan juga Mukim Labu. Keluasan Daerah Seremban ini adalah kira-kira 14,355.32
hektar. Seremban telah ditadbir dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seremban
(MPS). Seremban telah dinaik taraf dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran
Seremban pada 1 Mac 1979. Majlis dan diketuai oleh Yang DiPertua.

Fungsi Majlis Perbandaran Seremban ialah berperanan dalam memberikan


perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Antara
perkhidmatan tersebut ialah perkhidmatan mengangkat sampah, pembersihan bandar,
perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya, longkang dan lampu jalan. MPS juga berperanan
menyediakan kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan
penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan
perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan juga
merupakan tanggungjawab MPS. MPS juga menceburkan diri dalam projek-projek
pembangunan seperti usaha sama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi
memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Di bawah pentabdiran Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 12 buah jabatan yang


menjadi tunggak pembangunan Seremban. Setiap jabatan tersebut mempunyai fungsi dan
peranan masing-masing. Jabatan-jabatan tersebut adalah Jabatan Pentadbiran dan
Personel, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Perlesenan dan Pembersihan, Jabatan
Bangunan, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Hartanah, Jabatan Kejuruteraan,
Jabatan Undang-undang, Jabatan ICT, Jabatan Pengindahan dan Seni Taman, Jabatan Hal
Ehwal Komuniti dan Aduan Awam, serta Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan
Warisan.

4.1 Peranan Majlis Perbandaran Seremban

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 15


4.1a Pembersihan bahu jalan

Majlis Perbandaran Seremban telah mengadakan Program Zon Sifar Sampah di kawasan
bandar Seremban. Di dalam rajah 4.1.a menunjukkan bahawa Jalaluddin dan Azhar dalam
usaha membersihkan kawasan tengah bandar dengan mencuci bahu jalan menggunakan
air bertekanan tinggi. Program ini adalah ganding usaha daripada Majlis Perbandaran
Seremban (MPS), Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan SWM
Environment Sdn Bhd (SWM). Kesemua badan ini berusaha untuk melaksanakan operasi
pembersihan khas di sepanjang bahu jalan yang merangkumi panjang 7,817 meter di sekiar
kawasan bandar Seremban.

Rajah 41.a: Rajah menunjukkan Jalaluddin dan Azhar mencuci bahu jalan di tengah
bandar menggunakan air bertekanan tinggi.

Datuk Jalaluddin Alias yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak


Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri telah mengatakan
bahawa aktiviti pembersihan yang dilakukan dengan penggunaan jentera Water Jet
berkuasa tinggi telah digunakan untuk operasi khas itu. Kerja – kerja pembersihan yang
dilakukan adalah meliputi kerja pembersihan longkang di pusat bandar, pembersihan bahu
jalan, kerb dan dinding longkang yang penuh dengan lumut. Beliau juga mengatakan
bahawa operasi pembersihan khas tersebut sudah bermula pada 20 Januari lalu dan
dijangka berakhir pada 7 Februari depan. Kerja – kerja pembersihan ini telah dijalankan bagi
menjamin kesejahteraan bandar Seremban.

Kerja – kerja pembersihan ini telah dilaksanakan pada waktu sebelah malam iaitu
pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Tujuan pembersihan yang dilaksankan pada
waktu malam adalah untuk memudahkan kelancaran kerja. Hal ini adalah bermaksud di

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 16


mana pada waktu tersebut, bilangan kenderaan yang memasuki kawasan pusat bandar
adalah kurang. Selain itu, operasi pembersihan yang dijalanakn pada waktu malam ini juga
mengambil kira faktor tidak mengganggu peniaga gerai yang menjalankan perniagaan pada
waktu siang.

Antara senarai jalan yang telah dibersihkan bagi menjamin kesejahteraan bandar
ialah Jalan Datuk Bandar Tunggal sepanjang 2,732m, Jalan Yam Tuan (2,258m). Jalan
Berhala (324m), Jalan Tunku Munawir (1,724m), Jalan Dato’ Abd Rahman (156m), Jalan Dr
Krishnan (305m) dan Jalan Lee Fong Yee (318m). Aktiviti pembersihan ini telah melibatkan
penggunaan jentera pembersihan seperti Ultra Whack Vacuum Cleaner dan dua buah
jentera Water Jet serta 10 tenaga kerja. Datuk Jalaluddin juga turut mengatakan bahawa
operasi pembersihan khas tersebut perlu diteruskan dan diperluaskan ke bandar dan pekan
lain bagi menjamin setiap pekan dan bandar adalah bersih daripada sampah dan tahap
pembersihan longkang adalah pada tahap memuaskan. Semasa operasi dijalankan, operasi
ini telah dikawal selia oleh Pegawai Penguatkuasa PPSPPA dan SWM. Tujuan penyeliaan
adalah berperanan dalam memantau perjalanan kerja di samping menjaga aspek
keselamatan pekerja yang menjalankan tugas yang diamanahkan.

Secara rumusnya, Program Zon Sifar Sampah yang dijalankan oleh Majlis
Perbandaran Seremban dengan jalin kerjasama bersama Perbandaran Sisa Pepejal dan
Pemebersihan Awam (PPSPPA) dan SWM Environment Sdn Bhd adalah bertujuan dalam
menjamin kesejahteraan bandar di bandar Seremban,Negeri Sembilan.

4.1b Program Bandar Selamat

Majlis Perbandaran Seremban juga telah melancarkan Program Bandar Selamat bagi
menjamin kesejahteraan bandar. Pelaksanaan Program Bandar Selamat Tahun 2012 ialah
dengan melibatkan aktiviti pengasingan laluan pejalan kaki dan bermotor di hadapan KTMB,
Jalan Dato Bandar Tunggal. Rajah 4.1b dibawah menunjukkan keadaan sebelum dan
selepas bagi pelaksanaan program pengasingan pejalan kaki dengan bermotor.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 17


Rajah 41.b: Rajah menunjukkan projek – projek Pembangunan Program Bandar
Selamat Tahun 2011

Tujuan pelaksanaan Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Seremban adalah


merupakan satu langkah pencegahan jenayah dalam memastikan sesebuah bandar itu
dapat dikurangkan kadar jenayah dan di samping itu juga, pelaksanaan program ini juga
bertujuan untuk menjamin penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta
selamat. Selain itu, pada 28 Januari 2004, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya
diwujudkan bandar dan pekan yang selamat serta mengelakkan lorong – lorong daripada
sunyi, gelap dan lain – lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah.

Pelaksanaan projek – projek pembangunan Program Bandar Selamat Tahun 2011


adalah amat penting dalam menjamin kesejahteraan bandar dan juga penduduk.
Pemasangan – pemasa0ngan yang dilakukan sepenjang program ini adalah termasuk
membekalkan dan memasang lampu jalan awam dan kerja – kerja berkaitan di
persimpanagan Sek. Men. Sri Ampangan sehingga masuk ke Taman Bukit / Taman Negeri
Ampangan, Seremban dan membuat pemasangan Bolland dan kemudahan laluan pejalan
kaki di Jalan Tuanku Munawir dan sekitar kawasan Terminal One serta sebahagian laluan
pejalan kaki sedia ada di Jalan Sg. Ujong.

Selain itu, terdapat juga beberapa langkah pencegahan jenayah ke arah


pelaksanaan Program Bandar Selamat iaitu melalui strategi mereka bentuk persekitaran
fizikal. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mengasingkan laluan pejalan kaki dari laluan
bermotor, pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran yang Selamat (CPTED) dan juga
pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar Selamat manakala strategi dalam
memperkasakan kawasan saran ialah melalui penyediaan Balai Polis Tetap atau Bergerak,

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 18


penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah, penyediaan Penggera Keselamatan,
pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam, laluan
awam tidak terlindung dari pandangan awam dan penjanakan aktiviti bersesuaian di
kawasan terhadap jenayah.

4.1c Landskap serlah keindahan

Peranan Majlis Perbandaran Seremban dalam menjamin kesejahteraan bandar telah


ditingkatkan lagi dengan pelaksanaan program mengindahkan landskap. Hal ini adalah
berikutan daripada perancangan menggabungkan Seremban dan Nilai sebagai sebuah
bandar raya menjelang 9 September 2009 yang lalu. Tujuan pelaksanaan program ini
adalah langkah untuk penyediaan landskap bermutu supaya ia menjadi contoh kepada
bandar lain.

Datuk Abd,. Halim Abd. Latif yang berfungsi sebagai Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Seremban (MPS) ketika itu yang merangkap Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Nilai (MPN), beliau mengatakan bahawa jika sesebuah bandar itu tidak
diperindahkan dengan landskap, ia ibarat rupa tanpa wajah dan akibatnya bandar itu akan
menjadi suram, sekali gus tidak brminat dikunjungi pelancong dalam serta luar negara. Oleh
itu, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan program mempertingkatkan landskap di
bandar sasaran bagi tujuan memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada para
pengunjung dan rakyat setempat. Selain itu, Datuk Abd Halim juga turut menambahkan
bahawa selain menjadikan bandar Seremban dan Nilai sebagai ikon kepada piahk berkuasa
tempatan yang lain sama ada dalam aspek pentadbiran, faktor keindahan juga turut diberi
keutamaan.

Aktiviti – aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program mengindahkan


landskap ialah termasuklah memeprindahkan Taman Tasik Seremban, mewujudkan
kawasan tempat duduk di beberapa lokasi dalam bandar Seremban, membina sebuah
dataran di Seremban dan Nilai serta mempertingkatkan lagi tapak letak bunga. Tujuan
projek meningkatkan keindahan landskap dengan meletakkan pokok – pokok bunga di
pembahagi jalan, keceriaan dengan lampu – lampu, kebersihan, menanam rumput,
membina struktur baru adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk. Selain
itu, pengindahan landskap ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung akan
datang ke bandar Seremban.

Selain itu, projek seperti pembinaan ruang pejalan kaki di Jalan Datuk Sheikh
Ahmad, Seremban dan sekitar kawasan kompleks pentadbiran negeri di Wisma Negeri,
Wisma Persekutuan dan persekitaran MPN juga turut dilaksanakan. Projek bagi menaik

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 19


taraf serta pembinaan landskap bagi kedua – dua kawasan Seremban dan Nilai telah
menelan belanja sebanyak RM30 juta. Pihak berkuasa tempatan juga akan turut menambah
dan memantau setiap pelaksanan program dalam memastikan projek – projek berkenaan
dapat diselenggara dengan baik bagi mencapai tujuan keindahan landskap dapat
dikekalkan. Secara rumusnya, projek pengindahan landskap di bandar Seremban dan Nilai
bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar tetapi juga turut
berfungsi menarik perhatian dan memberi kesejahteraan kepada pelancong yang
bertandang.

4.1d Penyelesaian Masalah Pencemaran Sungai

Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) sumber bekalan air bersih di negara ini kini tidak
lagi bersih akibat dicemari sampah sarap, sisa toksik, kumbahan manusia dan haiwan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Di Negeri Sembilan, kajian JAS mendapati bahawa
kira-kira 90 peratus Sungai Linggi tercemar. Antara punca utama pencemaran sungai itu
dikatakan dari Pasar Besar Seremban apabila pelbagai sisa dibuang ke Sungai Temiang
yang mengalir masuk ke Sungai Linggi. Pencemaran tersebut dipercayai berpunca daripada
tindakan peniaga, terutama peniaga ayam yang tidak mengambil berat kebersihan apabila
mengalirkan kekotoran, terutama air sembelihan terus ke Sungai Temiang. Selain itu, sungai
sepanjang sembilan kilometer itu juga kerap menjadi sebutan dan sering dipersalahkan
setiap kali hujan lebat kerana menjadi sungai itu menjadi punca banjir kilat yang melanda
bandar Seremban.

Akibat daripada pencemaran ini, sungai tersebut dipenuhi dengan sampah sarap dan
turut mengalami hakisan tanah. Tambahan pula, banyak gerai makan di dalam kawasan
pasar akan terganggu jika aktiviti penyembelihan terus dilakukan di situ dan kesannya ia
bakal memberikan suasana jijik dan mual kepada pengunjung yang berkunjung untuk makan
di gerai makanan tersebut. Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak berkuasa
untuk membersihkan kawasan tersebut. Contoh pendekatannya ialah dengan memutuskan
bahawa hanya ayam yang sudah diproses boleh dijual di pasar terbabit tetapi MPS tidak
membenarkan lagi kegiatan penyembelihan ayam dilakukan di situ. MPS juga mengeluarkan
dua notis kepada peniaga ayam untuk memastikan mereka mematuhi peraturan baru yang
telah diperkenalkan. Selain itu, Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Seremban telah
mencadangkan supaya MPS dapat memasang mesin khas bagi mengitar semula air
sembelihan kerana peniaga terpaksa menanggung peningkatan kos sekiranya ayam dijual di
pasar tersebut tetapi diproses di tempat lain. Mereka juga mencadangkan supaya MPS
memasang perangkap bagi menghalang pengaliran sisa sembelihan seperti bulu ayam atau
bahagian ayam yang lain (Hussain Said, 2009).

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 20


4.1e Penyelesaian Masalah Denggi di Bandar Seremban
Masalah denggi bukanlah masalah yang baru di negara kita. Masalah ini semakin hari
semakin membimbangkan. Bandar Seremban juga turut terjebak dengan masalah ini.
Penyakit denggi merupakan salah satu masalah sosial yang amat membimbangkan di
bandar Seremban. Semakin hari, peningkatan wabak denggi dalam kalangan masyarakat
semakin meningkat. Menurut kenyataan akhbar, ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
mengatakan bahawa jumlah terkumpul kes denggi sehingga minggu ke 10 pada tahun 2010
bagi demam denggi adalah sebanyak 533 kes manakala jumlah terkumpul bagi kes denggi
berdarah adalah sebanyak 209 kes di Negeri Sembilan. Kebanyakan kes di Negeri Sembilan
ini dilaporkan di daerah Seremban.
Antara punca-punca yang menyebabkan peningkatan penyakit denggi di daerah
Seremban adalah berikutan sikap tidak prihatin masyarakat terhadap tempat pembiakan
nyamuk aedes. Ini berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains,
Teknologi dan Inovasi negeri yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan kecil
masyarakat yang tidak prihatin dengan masalah pembiakan nyamuk aedes kerana
membiarkan premis dan kediaman mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Selain itu, sikap ketidakprihatinan ini dapat ditunjukkan dengan pemantauan yang dijalankan
di premis perniagaan, hampir 1787 buah premis yang dikatakan mempunyai tempat
pembiakan nyamuk aedes. Berdasarkan angka tersebut ternyata keprihatinan masyarakat di
bandar ini sangat kurang memuaskan.
Justeru, pelbagai langkah telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Seremban bagi
mengatasi masalah denggi dalam kalangan masyarakat di bandar Seremban. Antara
langkah yang dilakukan bagi menangani wabak ini ialah pihak majlis menjalankan kerja-
kerja kutipan sampah longgok dan pembersihan awam secara “in house” bagi
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran
Seremban juga telah melantik dua syarikat kontraktor di daerah ini untuk menjalankan
kutipan sampah longgok dalam kawasan bandar Seremban. Kerja-kerja pemotongan rumput
juga turut dijalankan dari semasa ke semasa bagi menghapuskan pembiakan nyamuk
aedes. Pihak Majlis Perbandaran Seremban juga telah mengambil inisiatif dengan
menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.
Hal ini bukan sahaja dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sebaliknya ia
turut menjadikan bandar Seremban ini bersih daripada sampah sarap. Selain itu juga, Majlis
Perbandaran Seremban turut mengambil langkah dengan menempatkan lapan orang PKA di
Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dalam membantu dalam menjalankan kerja-kerja
pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar
Seremban. Mereka juga merupakan pasukan dalam mencari dan menghapuskan tempat

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 21


serta tapak pembiakan nyamuk aedes. Selain itu mereka juga bertindak untuk melakukan
kerja-kerja “fogging” di lokasi yang telah ditetapkan. Selain itu juga pihak majlis perbandaran
juga turut menempatkan tujuh orang PRA untuk menjalankan pencarian kawasan yang
mempunyai pembiakan nyamuk aedes disamping membantu melakukan kerja-kerja
“fogging” di kawasan yang telah ditetapkan. Dengan adanya pembantu PRA dan PKA ini, ia
telah meringankan beban Majlis Perbandaran Seremban dalam membantu menghapuskan
kawasan pembiakan nyamuk aedes di sekitar bandar seremban.
Pihak Majlis Perbandaran juga telah mengambil langkah dengan melakukan
pemantauan dan pembersihan di kawasan semak-samun terutama di kawasan “no man’s
land”. Pihak majlis juga turut mengeluarkan notis terhadap semak samun serta tanah
persendirian yang tidak dibersihkan seterusnya mengambil tindakan mahkamah sekiranya
gagal dalam mematuhi arahan notis yang dikeluarkan. Selain itu juga, pihak yang terbabit
juga turut menjalankan pemauntauan seterusnya memaklumkan untuk tindakan dalam
menyelenggarakan kolam-kolam takungan yang mampu membiakkan nyamuk aedes milik
JPS. Pihak yang terbabit juga turut menjalankan pembiakan ikan “guppy” yang memakan
jentik-jentik nyamuk secara biologikal di kawasan-kawasan takungan terbiar dalam kawasan
Majlis Perbandaran Seremban ini. Tidak lupa juga, kerajaan turut mengambil tindakan
segera sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan masalah ini yang dilapor oleh
masyarakat di bandar Seremban. Hal ini mampu menjamin kesejahteraan dan tahap
kebersihan di bandar Seremban.

4.1f Kes Jenayah yang berlaku di Seremban


Pada hari ini di mana-mana tempat kita boleh mendengar kes jenayah berlaku terutamnya di
kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk padat seperti di kawasan bandar Seremban.
Di Seremban kadar kes jenayah semakin hari semakin meningkat, misalnya kes pecah
rumah, pembuangan bayi dan kes minum arak. Kes jenayah yang serius berlaku di
Seremban kini ialah kes pecah rumah. Masalah ini berlaku berpunca daripada jumlah
penduduk yang terlalu padat. Apabila penduduk padat, pelbagai masalah boleh terjadi dan
yang sangat membimbangkan ialah masalah jenayah. Kes kecurian dan penagihan dadah
merupakan kes yang sering berlaku, dan kes-kes ini boleh menyebabkan berlakunya
kegiatan pecah rumah. Keadaan ini didapati berlaku akibat daripada ketidakprihatinan pihak
kerajaan yang gagal membina sebuah pondok polis sebagai pengawasan di sekitar
kawasan yang berpenduduk padat. Dalam kes Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail,
Kampung Jibol dan sekitarnya merupakan salah satu kawasan yang mempunyai penduduk
yang padat iaitu melebihi 20,000 orang. Risiko kepada berlakunya kegiatan pecah rumah di
sekitar kawasan ini sangat tinggi.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 22


Oleh itu, pelaksanaan Program Bandar Selamat telah diketengahkan oleh Majlis
Perbandaran Seremban. Program ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan jenayah
bagi memastikan sesebuah bandar dapat dikurangkan kadar kes jenayah dan membolehkan
penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta selamat. Pelbagai langkah
pencegahan telah dilaksanakan melalui Program Bandar Selamat oleh Majlis Perbandaran
Seremban. Antaranya ialah meletakkan cermin keselamatan di sekitar kawasan yang sunyi
dan di lorong-lorong untuk mengelakkan berlakunya kes kecurian dan untuk memastikan
keselamatan pejalan kaki. Selain itu juga, pemasangan CCTV juga diletakkan agar
pemantauan dapat dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan kawasan yang sering
berlaku kes jenayah dapat dikurangkan. Tindakan proaktif daripada pemimpin dan
penduduk setempat penting bagi memastikan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral terus
berleluasa sehingga boleh mendorong remaja atau individu lain turut terbabit. Selain itu,
penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Seremban telah dijalankan di kawasan dataran
yang sering menjadi lokasi maksiat oleh golongan remaja.

4.1g Strategi alam sekitar di bandar Seremban


MPS juga berperanan menjaga kualiti alam sekitar di bandar Seremban. Kerajaan Negeri
Sembilan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah pun
menyediakan satu Pelan Induk Alam Sekitar (PIAS) untuk seluruh daerah di Negeri
Sembilan. PIAS merangka satu garis panduan yang komprehensif untuk mengambil kira
faktor alam sekitar dalam merancang dan melaksanakan sebarang bentuk pembangunan.
PIAS turut menggariskan jenis pembangunan yang sesuai bagi kawasan-kawasan tertentu
dengan mengambil kira keadaan alam sekitar kawasan itu. Ia juga menyediakan garis
panduan dan tindakan yang patut diambil bagi memulih kawasan yang telah tercemar.
Kerja-kerja pembuangan sisa pepejal di daerah Seremban dikendalikan oleh Majlis
Perbandaran Seremban.
Pemungutan sampah dibuat dua kali sehari bagi kawasan perumahan dan setiap
hari bagi kawasan kedai dan pasar. Bagi kawasan-kawasan industri, kerja-kerja
pembuangan sampah dikendalikan oleh kilang-kilang sendiri ke tapak pelupusan. Sisa
pepejal yang dipungut dikumpulkan di tapak pelupusan sampah di Pajam yang mempunyai
kawasan seluas 70 ekar. Kaedah pelupusan yang digunakan di tapak pelupusan ini ialah
kaedah longgokan terbuka. Kadang-kadang turut berlaku kebakaran kecil yang tidak
diketahui puncanya. Sebuah jentolak yang disewa oleh pihak MPS turut digunakan untuk
membuat kerja-kerja penimbusan. Di samping itu, MPS juga bertanggungjawab dalam
pemuliharaan hutan di bandar Seremban. Di bandar Seremban, terdapat hutan simpanan
yang berjumlah 16,925.41 hektar. Pemuliharaan kawasan-kawasan hutan simpanan di
Seremban adalah bagi menentukan pembekalan air yang bersih, keseimbangan hidrologi,

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 23


kestabilan alam sekitar misalnya dari segi perubahan tanah, hakisan dan penjagaan ekologi
hutan yang kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. Pemuliharaan hutan
dan sumber semulajadi dapat memberi peluang kepada generasi masa hadapan untuk
melihat, mengkaji dan menikmatinya. Di samping itu, kawasan-kawasan hutan simpan juga
berpotensi untuk digunakan khusus bagi sektor pelancongan seperti pembangunan pusat
pelancongan berkonsep “eco-tourism”.

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pihak pengurusan tempatan juga disebut sebagai Pihak Berkuasa
Tempatan, di mana kedua – dua istilah ini membawa erti yang sama iaitu mana – mana
Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah mengikut mana – mana yang
berkenaan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pihak
Berkuasa tempatan amat mempunyai kesinambungan dengan kehidupan masyarakat
terutamnya masyarakat di bandar. Hal ini adalah kerana masyarakat di bandar telah
mengalami proses pembandaran yang maju dan pesat, oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan
adalah sangat penting dalam memainkan peranannya untuk menjamin kesejahteraan
bandar di Wilayah Selatan Semenanjung Malysia yang merangkumi negeri Johor, Melaka
dan negeri Sembilan.

Fungsi Pihak Pengurusan Tempatan di Malaysia adalah dipertanggungjawabkan


dengan pelbagai fungsi yang boleh dikaegorikan kepada beberapa aspek iaitu seperti
pembersihan kesihatan, kawalan dan pembangunan. Sebagai contoh, antara kegiatan
pembersihan yang utama ialah pembuangan sampah kediaman, pembuangan sisa
perindustrian, pembuangan najis dan lain – lain lagi. Hal ini adalah lebih tertumpu
terutamnya pada masyarakat moden yang mempunyai kehidupan yang kompleks akan
membawa kepada masalah sampah yang semakin bertambah.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mempunyai kuasa dan peranan penting
dalam merancang dan mengawal pembangunan fizikal dalam kawasannya agar mengikut
pelan pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tambahan pula, Pihak Berkuasa
Tempatan juga diwujudkan melalui perundangan di mana segala aktiviti atau
pelaksanaannya adalah terhad kepada kuasa – kuasa yang diperuntukkan dalam undang –
undang. Sebagai contoh, jika Pihak Berkuasa Tempatan bertindak tanpa megikut seperti
yang diperuntukkan dalam undnag – undang, tindakan tersebut adalah dikenali sebagai ultra
vires yang bermaksud diluar kuasa, oleh itu, tindakan dari mahkamah boleh
menghalangnya. Prinsip ini merupakan asas kepada fungsi kerajaan Tempatan.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 24


Dalam keadaan perbandaran yang pesat, perancangan yang baik adalah amat perlu
untuk mengelakkan gejala – gejala sosial yang melanda masyarakat bandar seperti
kemudahan lalulintas yang kurang berkesan sehingga menyebabkan kesesakan, kawasan
yang tidak mencukupi untuk kemudahan kediaman, rekreasi dan pengasingan kawasan
perindustrian supaya tidak mengganggu dan mencemarkan. Hal ini terutamanya akan
dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengalami pertumbuhan penduduk yang
pesat dan padat iaitu penduduk yang tinggal di kategori bandar.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa akta parlimen telah digubal


bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah
Akta kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi,
tugas dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama,
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi
kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan
tanggungjawab utama sebagi perancang fizikal di peringkat tempatan kepada Kerajaan
Tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan
beberapa peranan Kerajaan Tempatan berkaitan peparitan, penyelenggaraan jalan
bandaran dan juga bangunan – bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini,
beberapa undang – undang lain termasuk undang – undnag kecil juga telah digubal dan
dikuatkuasakan bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

Secara rumusnya, pihak pengurusan tempatan di wilayah selatan yang merangkumi


negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mempunyai Majlis Perbandaran masing –masing
dalam mengelora kerja – kerja yang berkaitan untuk menjamin kesejahteraan bandar. Setiap
peranan pihak pengurusan tempatan di wilayah selatan merangkumi kerja – kerja seperti
penyelenggaraan perparitan, sistem keselamatan, pembinaan landskap, pengindahan
bandar dan sebagainya. Kesemua kerja – kerja ini adalah bertujuan untuk menjamin
pembangunan wilayah yang seimbang dan juga untuk mengekalkan keindahan bandar yang
mampu mendatangkan impak positif kepada penduduk setempat dan juga kepada
pengunjung yang bertandang.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 25


6.0 Bibliografi

Buku

Ibrahim Ngah (2003). Pelan Tindakan Desa. Johor: Penerbit Unit Teknologi Malaysia.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (2005). Senarai Pihak Berkuasa Tempatan dan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) di Semenanjung Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Katiman Rostam dan Asmah Ahmad ( 2006 ). Penilaian & Pengurusan Sumber Alam. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lukman Z. Mohamad et al. ( 2002). Impak Pembangunan Kualiti Hidup dan Persekitaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Thenmolli Vadeveloo & Kuppusamy Singaravelloo (2004). Kerajaan Tempatan Dan


Pembangunan Masyarakat: Satu Perspektif Teori. Kuala Lumpur: Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran Universiti Malaya.

Internet

Artikel Sinar Harian. Bandar Seremban dibersihkan (1 Februari 2014). Diperoleh pada Mac
2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/bandar-seremban-dibersihkan-
1.246586.

Dipetik daripada Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesejahteraan


Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan. Diperoleh daripada
http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=64&Ver
tSectionID=31&CurLocation=31&IID=

Dipetik daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim


http://www.johordt.gov.my/

Di petik daripada Rancangan Malaysia Ke Lapan ( 2001-2005) Bab 05 : Pembangunan


Wilayah

Di petik daripada Undang-undang Malaysia Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976
http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/Akta_Kerajaan_Tem
patan/HTML/Akta_Kerajaan_Tempatan.html#/2/

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 26


Hussain Said (2009) Sungai Temiang tercemar. Diperoleh pada Mac 6, 2014 daripada
http://portal.mpsns.gov.my/sg.temiang

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sewmbilan (2009, April 2). Situasi Denggi
Negeri Sembilan Sehingga Minggu 13 Mohd Amin Jali (2010) Balai semak. Harian
Metro. Diperoleh pada Mac 7, 2014 daripada
http://www.hmetro.com.my/articles/Balaisemak/Article/

Landskap Serlah Keindahan (16 April). Diperoleh daripada


http://www.mpsns.gov.my/c/journal/view_article_content?groupId=10124&articleId=2
1983&version=1.1

Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Majlis Daerah Seremban Dan Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan 1995-2020. (1996). Disediakan oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Sembilan. Dengan Kerjasama AZ-A Planning and Development
Services Sdn. Bhd

Projek – projek pembangunan Program Bandar Selamat Tahun 2011, Diperoleh pada 12
Mac 2014, daripada http://www.mpsns.gov.my/nsm_mps-theme/pdf/Projek-
projek%20Pembangunan%20Program%20Bandar%20Selamat%202010.pdf.

HNG3033 PEMBANGUNAN WILAYAH Page 27

You might also like