Tajuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk :PENGALAMAN BERHARI RAYA DI KAMPUNG

Malam itu selepas berterawikh, saya sekeluarga terus


mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung nenek. Selesai solat subuh
keesokan harinya, kami terus bertolak ke kampung nenek di Batu Pahat,
Johor. Tiba di kampung kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Nenek dan datuk sedang merebus ketupat dan memasak pelbagai


jenis lauk-pauk. Mereka sungguh gembira kerana kami pulang untuk beraya
bersama mereka. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, kami menikmati
ketupat, rendang dan pelbagai juadah yang nenek masak.

Datuk dan nenek memang menunggu kepulangan kami untuk


membuat lemang. Malam itu saya sekeluarga menolong mereka membuat
lemang. Inilah pengalaman baru saya, membakar lemang. Adik-adik saya
seronok bermain bunga api bersama saudara-mara di kampung. Ayah
memerhatikan keselamatan mereka.

Lewat malam barulah kami tidur. Selepas solat subuh, kami


bersarapan awal kerana hendak menziarahi kubur kaum keluarga. Pulang dari
tanah wakaf, kami terus mandi dan berpakaian serba baru. Sebelum ke
masjid, saya sekeluarga memohon maaf kepada datuk dan nenek. Saya
memeluk dan mencium ibu dan ayah serta memohon maaf kepada mereka.

Kaum lelaki pergi ke masjid untuk solat aidil fitri. Kaum


perempuan di rumah sahaja dan menyiapkan hidangan kuih-muih dan juadah
yang ada. Sekembali dari masjid, kami sekeluarga serta saudara-mara yang
lain berkumpul dan membacakan tahlil serta bersalam-salaman sesama
saudara-mara. Masa inilah yang saya tunggu-tunggu. Kanak-kanak menerima
duit raya.

Selepas itu kami menikmati juadah yang disediakan. Lemang menjadi


pilihanku, kerana itulah hasil bekas tanganku malam tadi. Rendang daging
nenek sungguh enak dimakan bersama lemang. Selesai makan, kami perlu
mengemaskan hidangan kuih-muih dan juadah untuk tetamu kumpulan
marhaban kampung. Kaum lelaki semua beraya mengikut kumpulan marhaban.

Kira-kira jam empat petang, kumpulan marhaban tiba. Mereka mengalunkan


selawat beramai-ramai dan membacakan doa. Saya sempat juga mengikut
kumpulan marhaban itu. Walaupun penat, tetapi pengalaman itu sungguh
menyeronokkan.
Tajuk :PERSIAPAN HARI RAYA

Pada sebelah malamnya, kami bertandang ke rumah jiran-jiran dan


saudara-mara yang berdekatan rumah datuk. Keesokan harinya, saya
berpeluang beraya dengan saudara-mara di sekitar kampung dengan
berbasikal.

Setelah tiga hari beraya di kampung, kami berkemas untuk pulang ke rumah
datuk keluarga ibu pula. Tahun ini saya dapat mengumpul banyak duit raya
kerana ramai adik-beradik ayah pulang beraya. Pengalaman hari raya tahun
ini sungguh menyeronokkan.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Pelbagai
persediaan yang kami sekeluarga lakukan untuk menyambut perayaan
tersebut. Semua ahli keluarga mempunyai tugas masing-masing. Saya dan
abang ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar rumah. Kami memotong
rumput dan menyapu sampah sarap yang terdapat di kawasan luar rumah.
Rumputrumput dan sampah sarap itu kami masukkan ke dalam plastik hitam.
Kemudian, kami pun memasukkan plastik hitam itu ke dalam tong sampah.
Sementara itu, kakak dan adik perempuan saya ditugaskan untuk menghias
ruang tamu. Mereka menanggalkan kain langsir yang lama dan menggantikan
dengan kain langsir yang baharu. Mereka juga menghias ruang tamu dengan
bunga plastik yang beraneka warna. Pelbagai kad ucapan digantung di dinding
rumah. Setelah siap, mereka mengelap cermin dan membuang habuk-habuk
yang melekat di perabot di dalam rumah. Ibu saya pula sibuk memasak
beraneka jenis kuih di dapur. Antara kuih yang dimasak oleh ibu ialah kuih
kapit, kuih bakul, dan beraneka jenis biskut. Ibu memasukkan kuih kapit dan
biskut ke dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau. Seminggu sebelum
menyambut tahun baru, kami sekeluarga membeli-belah di pasar raya. Ketika
itu, pasar raya menawarkan potongan harga rendah sempena perayaan Tahun
Baru Cina. Kami membeli pakaian baharu untuk menyambut perayaan ini. Kami
juga membeli barang makanan dan minuman yang perlu sebagai persediaan
menyambut perayaan tersebut. Saya berharap Hari Raya Aidilfitri pada
tahun ini dapat disambut dengan meriah. Tentu banyak angpau yang akan
saya peroleh sempena tahun baru nanti.
KU SEBUAH TELEVISYEN
CETUSAN IDEA

Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku SEBELUM
berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak
mewah dan mementingkan kualiti. Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Namaku terkenal di antero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global Cari kunci soalan
seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang Tentukan tajuk
cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna. Tulis tajuk cerita*

SEMASA
Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka
Rangka/peta minda
bersetuju membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut Cetusan idea
tidaklah terlalu mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang. Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita Bahasa bombastik*
dan maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan Ayat memukau*
kerenah mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya Pendapat rasional*
badanku.
SELEPAS

Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Menyemak ejaan*
Aku dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.

Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang
agak tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan
rakanku yang baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat
tinggal.

 ISI-ISI KARANGAN

 tempat kelahiran – bertubuh sasa, berwarna “silver” – lahir dalam keluarga mewah
 terkenal di antero dunia – Sony, nama komersialku – kualiti, pilihan pertama pengguna
 dilamar, sepasang suami isteri – setuju membeli aku – harga RM2200.00, secara tunai
 menemani mereka – berkhidmat, menyampaikan maklumat – banyak siaran, rasa letih
 disambar petir – jantung meletup dan badan terbakar – terkulai layu, tidak bermaya
 kecederaan terlalu parah – kos rawatan tinggi – diganti dengan televisyen yang baru

You might also like