Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mengikut keputusan yang didapati dalam Jadual 3, persoalan yang akan saya

keluarkan terlebih dahulu adalah Soalan 4, Soalan 5 dan Soalan 7. Tahap kesukaran
untuk ketiga-tiga soalan adalah pada tahap sederhana, iaitu nilai p adalah dalam
lingkungan 0.50 hingga 0.70. Selain daripada itu, Soalan 4, Soalan 5 dan Soalan 7
mempunyai nilai indeks diskriminasi 0.60 iaitu diskriminasi positif tinggi. Secara
amnya, soalan-soalan yang mempunyai nilai indeks diskriminasi yang positif
menunjukkan murid yang berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab soalan
tertentu dengan betul daripada murid yang berpencapaian rendah.

Kemudian, saya akan memilih Soalan 1, Soalan 6, Soalan 8 dan Soalan 10.
Keempat-empat soalan ini mempunyai nilai indeks kesukaran yang sederhana iaitu
dalam lingkungan 0.60 hingga 0.80. Maka, soalan-soalan ini boleh diterima dan
digunakan untuk menggubal soalan. Akan tetapi nilai indeks diskriminasi untuk
kempat-empat soalan ini adalah 0.40 iaitu merupakan diskriminasi positif sederhana.
Maka soalan-soalan tersebut perlu diubahsuai terlebih dahulu sebelum digunapakai
untuk menggubal soalan dalam ujian.

Sebaliknya, Soalan 2, Soalan 3 dan Soalan 9 pula perlu dibuang dan ditulis
semula. Soalan 2 mempunyai nilai indeks kesukaran 1.00 iaitu semua calon murid
dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Ini bermakna Soalan 2 adalah terlalu
mudah dan tidak sesuai atau perlu diubahsuai semula untuk dibina sebagai item
soalan. Ketiga-tiga soalan ini mempunyai nilai indeks diskriminasi 0.00 iaitu
diskriminasi positif rendah di mana ketiga-tiga soalan ini perlu ditulis semula. Maka,
Soalan 2, Soalan 3 dan Soalan 9 perlu dibuang atau ditulis semula untuk dibina
sebagai item soalan.

You might also like