Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Laporan lawatan sambil belajar ke Melaka Zoo dan Planeterium

Persatuan Sains IPGKRM telah mengadakan lawatan ke Melaka Zoo dan


Planeterium pada 8 Julai 2017 iaitu hari Sabtu yang lalu. Rombongan ini terdiri daripada 33
orang gru peatih dan diiringioleh 4 orang pensyarah. Guru pelatih yang turut menyertai
lawatan ini ialah pelajar major dan elektif sains. Sebelum lawatan, sesi perjumpaan telah
diadakan untuk memberi taklimat tentang tempat dan masa berkmpul serta soalan tugasan
yang perlu disiapkan.

Kami berkumpul di garaj bus pada 7:15 pagi dan bertolak pada 7:45 pagi. Perjalanan
ke Melaka mengambil masa satu jam. Kami juga bersarapan pagi bersama-sama sebelum
memulakan lawatan ke Melaka Zoo. Seterusnya, kami dibahagikan kepada kumpulan dan
diberikan taklimat supaya menjaga keselamatan diri.

Dalam Melaka Zoo, kami mendapati pelbagai jenis binatang termasuk yang tidak
pernah saya kenali. Terdapat empat zon dalam zoo ini yang menempatkan binatang yang
berlainan. Sebuah peta zoo akan disertakan untuk rujukan. Lawatan ke Melaka Zoo
mengambil masa 2 jam. Kami makan tengah hari di Food Court.

Pada pukul 2:00 petang, kami bertolak ke planetarium Melaka. Sewaktu kami tiba di
destinasi, kami sempat meonton sebuah tayangan video tentang luar angkasa di teater.
Tayangan video mengajar banyak tentang apa yang dipelajari semester lepas termasuk
meteor, komet, meteoroid, planet, matahari dan lain-lain lagi. Seterusnya, kami juga
berkesematan untuk melawat planetarium tersebut. Pelbagai jenis ilmu luar angkasa
dipaparkan seperti fasa bulan, kehidupan di luar angkasa dan ahli astronomi terkenal. Kami
juga mengambil gambar pasukan di planetarium sebagai kenangan.

Pada 3 petang, kami mula bertolak balik ke IPG dan tiba di destinasi pada sekitar 4
petang. Saya amat bersyukur kerana mendapat peluang keemasan untuk menyertai lawatan
ini. Lawatan ini telah membuka mata saya dan saya dapat memahammi dengan lebih
mendalam.

Disediakan oleh,

______________

(LAW KAI XIN)


Gambar pasukan elektif sains di planeterium

Saya dan rakan-rakan saya


Lawatan ke zoo

Gajah

Tapir (hampir pupus)


Sunbear

White rhinoceros
Panther

Zebra dan Giraffe


Harimau

Peta Melaka Zoo


Refleksi

Refleksi

Amali 1 Mengkaji awan dan cuaca

Dalam pelaksanaan tugasan amali mengkaji awan dan cuaca, saya telah mengenalpasti
pengetahuan dan pengalaman yang didapati sepanjang masa ini. Apabila saya menerima
tugasan ini, saya berasa amat tertekan kerana subjek ini bukan kekuatan saya selama ini.
Namun demikian, saya tetap menenangkan fikiran saya dan mula membuat perancangan
untuk menghasilkan laporan yang baik pada masa yang tepat.

Pertama sekali, laporan ini memberi peluang pertama saya memerhati bentuk-bentuk awan
yang sentiasa berubah-ubah. Persoalan ini sering bermain di minda saya sejak kecil lagi dan
akhirnya saya mendapat jawapannya melalui amali ini. Saya turut mendapati bahawa
peubahan cuaca dan bentuk awan adalah saling berkaitan. Ramalan cuaca dapat dibuat
melalui perubahan awan di langit.

Selain itu, saya juga dapat menguasai beberapa proses kemahiran sains melalui amali ini
iaitu proses memerhati, proses mengelas, proses membuat inferens, proses meramal,
proses mentafsir data. Saya mendapati bahawa dalam pembelajaran subjek sains,
seseorang itu perlu sentiasa bersikap ingin tahu dan berusaha mencari jawapan. Saya perlu
aktif mencari ilmu pengetahuan melalui proses-proses ini agar dapat memahami dengan
lebih mendalam. Aktiviti “hands-on” ini turut membolehkan saya belajar

Di samping itu, saya menghadapi beberapa cabaran dalam menjalankan tugasan ini
termasuk penggunaan bahasa Malaysia dalam subjek sains. Hal ini demikian kerana
kebanyakan bahan ilmiah atau sumber subjek sains adalah dalam bahasa Inggeris dan tidak
diterjemahkan kepada bahasa Malaysia tetapi bahasa Indonesia. Untuk menyelesaikan
masalah ini, saya berusaha bahan rujukan di perpustakaan dan mendapat bantuan daripada
rakan-rakan Melayu.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya dan
rakan sayan yang bertungkus lumus menjayakan lawatan ini.

You might also like