Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUAYAN PENAMPANG

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2018
1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi
menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos
ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 61. Oleh
itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk
semangat patriotiK dalam jiwa pelajar agar sentiasa saying dan cinta akan negara
serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-


pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.

4.0 Anjuran

Unit kokurikulum bersama dengan Panatia Sejarah

5.0 Sasaran

Semua pelajar SK Buayan Penampang

6.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos

Tempat : SK Buayan Penampang


7.0 Cadangan Aktiviti

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN

1 Pelancaran bulan kemerdekaan 1 Ogos 2018 Semua guru


peringkat sekolah.

2 Nyayian lagu patriotik. 1 Ogos – 31 Guru bertugas


Ogos 2018

3 Program mengibarkan bendera 13 Ogos 2018 Semua guru


Jalur Gemilang.

4 Pertandingan melukis poster dan 16-17 Ogos Tahap 1 : mewarna


mewarna. 2018
1. Pn Zeabenia Mositol
2. Pn Lee Fung Ken
3. En Salleh Hj Abas
4. En Alexius Majili.
5. En Christopher Peter

Tahap 2 : melukis poster

1. En Jeffrey Joseph
2. En Stanley Julih
3. En Tay Oi Leng
4. En Bob Freddy Gabin

5 Pertandingan Explore Race 28 Ogos 2018 Semua guru


Merdeka

6 Program “Sayangi Malaysiaku” 13-14 September Semua guru


2018
- Perarakan Merdeka.
- Pertandingan Nyayian solo
dan koir.
- Tayanga video
kemerdekaan.
- Penyampaian hadiah.
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)

1. Banner 1 x RM 100 RM 100.00

2 Hamper 3 x RM 50.00 RM 150.00

JUMLAH RM 250.00
9.0 Jawatankuasa Induk

Penaung : En Mojuntin Ebin

Pengerusi : En Matius Bin Kusop

Setiausaha : En Salleh Hj Abas

Penyelaras : En Christopher Peter Yong

AJK Persiapan : En Stanley Julih

Tempat En Jeffrey Joseph

Sambutan dan : En Tay Oi Leng

Protokol En Alexius Majili

Buku Program : Pn. Lee Fung Ken

Fotografi : En. Harold Mark

En Christopher Peter Yong

Dokumentasi : En Harold Mark

Pengacara Majlis : En Bob Freddy Gabin

Persembahan : Semua guru

Jamuan : Pn. Zeabenia Mositol


9.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa patriotik
yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh Diluluskan oleh

………………………………… …………………………………

(En Christopher Peter Yong) (En Matius Bin Kusop )

Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar

You might also like