Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PANDUAN AM PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN

SEKOLAH ANTARABANGSA

Sekolah antarabangsa : Sekolah yang menggunakan kurikulum negara luar dan


menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan menerima masuk
murid bukan warganegara dan warganegara

BIL PERKARA CATATAN

1 Pemilik a) Syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan


berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM)

b) Aktiviti syarikat berkaitan dengan pendidikan


hendaklah jelas dinyatakan dalam Memorandum
and Article (M&A)

2 Modal / Ekuiti a) Modal Berbayar minimum : RM1 juta

b) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen


rasmi SSM yang menunjukkan jumlah modal
berbayar bagi syarikat.

c) Ekuiti asing dibenarkan 100% di bawah Dasar


Liberalisasi Perdagangan Autonomous untuk
perkhidmatan pendidikan mulai 31 Mac 2012

d) Keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat


hendaklah sekurang-kurangnya satu (1) orang
warganegara Malaysia

3 Lokasi, Premis, a) Hak milik sendiri, Sewaan atau Pajakan


Tanah dan
Kemudahan b) Setiap sekolah hendaklah mempunyai sekurang-
kurangnya keluasan binaan premis seperti berikut :

i) Sekolah Rendah : 30,000 kaki persegi

ii) Sekolah Menengah : 25,000 kaki persegi

iii) Kedua-dua : 50,000 kaki persegi

(Sertakan pelan lokasi dan pelan lantai


bangunan)

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

c) Bilangan minimum bilik darjah:

i) Sekolah Rendah : 20 buah

ii) Sekolah Menengah : 15 buah

iii) Kedua-dua : 35 buah

d) Lokasi, penggunaan tanah dan premis adalah


tertakluk kepada sokongan Pihak Berkuasa
Tempatan dan kelulusan Ketua Pendaftar.

e) Lokasi hendaklah strategik dan diyakini mempunyai


golongan ekspatriat yang ramai ataupun berada di
koridor pembangunan ekonomi yang baharu.

f) Tidak dibenarkan untuk beroperasi sementara di


premis sementara seperti di rumah kedai, rumah
kediaman, banglo atau pejabat.

g) Kawasan persekitaran hendaklah kondusif untuk


menjalankan aktiviti pendidikan.

h) Nisbah kelas kepada murid adalah 1 : 25

i) Bilik-bilik khas seperti makmal sains, bilik muzik,


bilik seni, surau dan sebagainya hendaklah
disediakan mengikut keperluan kurikulum.

j) Mempunyai gelanggan permainan / padang untuk


aktiviti riadah dan permainan mengikut keperluan
kurikulum.

4 Nama Institusi a) Nama bagi sekolah antarabangsa hendaklah


mengikut ketetapan berikut:

i) Sekolah rendah sahaja : International Primary


School / Sekolah Rendah Antarabangsa

ii) Sekolah menengah sahaja : International


Secondary School / Sekolah Menengah
Antarabangsa

iii) Kedua-dua : International School / Sekolah


Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

b) Penggunaan nama khas hendaklah disertakan


dengan dokumen berkaitan kebenaran penggunaan
nama tersebut daripada pihak yang berkaitan.

5 Kurikulum a) Menggunakan kurikulum luar negara di mana


bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris dan
dipersetujui atau tertakluk kepada Ketua Pendaftar.

b) Kurikulum yang dibenarkan adalah :

i) Kurikulum British

ii) Kurikulum Amerika

iii) Kurikulum Australia

iv) Kurikulum Kanada.

v) International Baccalaureatte

Surat sokongan daripada wakil CIE Malaysia


diperlukan bagi Kurikulum British.

c) Penubuhan cawangan sekolah antarabangsa luar


negara yang mempunyai jenama terkenal adalah
diutamakan.

d) Sekolah hendaklah mendapat akreditasi daripada


badan pengiktirafan antarabangsa dalam tempoh 3
(tiga) tahun beroperasi.

e) Sekiranya terdapat 5 orang atau lebih murid yang


beragama Islam, sekolah antarabangsa hendaklah
mengadakan pengajaran agama Islam selama
tempoh sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu
dalam waktu pengajaran biasa bagi murid tersebut.

6 Lembaga a) Suatu Lembaga Pengelola hendaklah terdiri


Pengelola daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli
atau apa-apa bilangan ganjil termasuk satu (1)
orang Pengerusi

b) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1)


warganegara Malaysia sebagai ahli lembaga
pengelola

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

c) Pengetua secara automatik bertindak sebagai


setiausaha.

d) Ahli Lembaga Pengelola tidak dibenarkan mengajar


/menjalankan tugas sebagai seorang guru.

e) Ahli Lembaga Pengelola hendaklah bebas daripada


tindakan mahkamah.

f) Semua lembaga pengelola hendaklah mempunyai


permit pengelola

7 Surat Cara a) Setiap sekolah antarabangsa hendaklah


Pengelolaan mempunyai surat cara pengelolaan yang
diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

b) Sebarang cadangan pindaan kepada surat cara


pengelolaan yang telah diluluskan hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Pendaftar bagi tujuan
kelulusan.

8 Murid a) Pengambilan murid antarabangsa :

i) Sekolah antarabangsa hendaklah mendapat


kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dengan sokongan daripada KPM sebelum
pengambilan murid antarabangsa

ii) Murid antarabangsa hendaklah mempunyai


pas yang sah semasa belajar di sekolah
antarabangsa sama ada pas tanggungan
atau pas pelajar daripada Jabatan Imigresen
Malaysia.

b) Pengambilan murid warganegara Malaysia :

i) tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.


1/2012 : Pelaksanaan Dasar Kemasukan
Murid Warganegara Malaysia ke Sekolah
Antarabangsa berkuatkuasa bertarikh 1 Julai
2012 yang telah memansuhkan kuota
kemasukan murid warganegara Malaysia ke
sekolah antarabangsa

ii) Sekolah antarabangsa diwajibkan


melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (dalam jadual waktu rasmi)

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

bagi mata pelajaran berikut kepada murid


warganegara Malaysia:

a. Bahasa Melayu;

b. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral;


dan

c. Sejarah Malaysia

9 Guru Besar / a) Sekolah antarabangsa hendaklah melantik


Pengetua seorang guru besar / pengetua yang
bertanggungjawab untuk menguruskan
pentadbiran kurikulum.

b) Guru Besar / Pengetua hendaklah mempunyai


kelayakan profesional dan ikhtisas serta
berpengalaman dalam mentadbirkan urusan
pendidikan.

c) Guru Besar / Pengetua hendaklah sihat tubuh


badan dan diperakui oleh pengamal perubatan di
Malaysia

d) Guru Besar / Pengetua hendaklah mempunyai


permit mengajar.

e) Guru Besar / Pengetua hendaklah sentiasa berada


di sekolah tersebut untuk menguruskan urusan
pentadbiran sekolah berkenaan. Tidak dibenarkan
seorang pengetua untuk mentadbirkan lebih
daripada sebuah sekolah.

10 Guru a) Sekolah antarabangsa digalakkan mengambil


guru-guru warganegara Malaysia yang mempunyai
kelayakan akademik yang bersesuaian dengan
keperluan kurikulum.

b) Sekolah antarabangsa yang ingin mengambil guru


bukan warganegara hendaklah memastikan :

i) Guru bukan warganegara mempunyai


kelayakan akademik sekurang-kurangnya
peringkat ijazah sarjana muda

ii) Guru bukan warganegara mempunyai


kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

iii) Guru bukan warganegara hendaklah


diperakui tahap kesihatannya oleh pengamal
perubatan di Malaysia.

c) Sekolah antarabangsa hendaklah mengemukakan


permohonan surat sokongan pengambilan guru
bukan warganegara kepada KPM bagi tujuan
mendapatkan pas penggajian daripada Jabatan
Imigresen Malaysia

d) Semua guru hendaklah mempunyai permit


mengajar

11 Yuran dan bayaran a) Sebarang yuran pengajian atau bayaran lain yang
lain hendak dikenakan oleh sekolah antarabangsa
hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar
terlebih dahulu.

b) Kadar yuran yang dikenakan hendaklah


bersesuaian dengan lokasi dan kemudahan
pembelajaran yang diberikan.

c) Struktur yuran dicadangkan diselaraskan mengikut


kategori tetap seperti berikut:

i) Yuran Kemasukan

ii) Yuran Pendaftaran

iii) Deposit (hendaklah dikembali) : Tidak


melebihi RM5,000

iv) Yuran pengajian (tahunan)

d) Sekolah antarabangsa boleh menetapkan syarat


bagi pemulangan deposit yang bersesuaian
tertakluk kepada kelulusan Ketua Pendaftar.

e) Yuran pembangunan (development/building fee)


tidak boleh dikenakan kepada murid.

f) Sebarang kenaikan yuran hendaklah mendapat


kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu dengan
syarat iaitu selepas tiga (3) tahun kelulusan terakhir
diberikan dan pada kadar kenaikan maksimum
sebanyak 30 peratus sahaja.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

12 Kajian Pasaran a) Pemohon hendaklah melaksanakan kajian


pasaran berhubung keperluan penubuhan sekolah
antarabangsa yang meliputi aspek berikut :

i) Bilangan anak-anak bukan warganegara


yang memerlukan pendidikan antarabangsa
di kawasan yang dicadangkan

ii) Bilangan sekolah antarabangsa sedia ada


dan enrolmen semasa di kawasan yang
dicadangkan

iii) Permintaan untuk pendidikan antarabangsa


dalam kalangan warganegara Malaysia

iv) Perbandingan yuran yang dikenakan oleh


sekolah antarabangsa sedia ada di kawasan
yang dicadangkan.

b) Hasil kajian pasaran yang dilaksanakan hendaklah


dikemukakan bersama-sama dengan permohonan
penubuhan.

13 Permohonan a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan


Penubuhan menggunakan Borang BPS 1 – Pindaan

b) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada


Bahagian Pendidikan Swasta, KPM

14 Pembentangan Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang


Penubuhan ditetapkan dalam Panduan Penubuhan Sekolah
Antarabangsa sahaja akan dipertimbangkan untuk
membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa
Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta di KPM

15 Surat Kelulusan a) Permohonan penubuhan sekolah antarabangsa


Penubuhan yang diluluskan akan diberikan surat kelulusan
penubuhan dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan.

b) Surat kelulusan penubuhan sekolah antarabangsa


adalah sah untuk tempoh dua (2) tahun

c) Sebarang perlanjutan tempoh kelulusan penubuhan


adalah tertakluk kepada keputusan Ketua Pendaftar

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

d) Pemohon hendaklah mengemukakan laporan


status pembangunan sekolah kepada KPM setiap
enam (6) bulan.

e) Kelulusan yang diberikan tidak boleh dipindah milik


atau lokasi.

f) Ketua Pendaftar boleh membatalkan kelulusan


penubuhan sekolah antarabangsa pada bila-bila
masa sekiranya terdapat pelanggaran kepada
syarat yang telah ditetapkan.

16 Pendaftaran a) Pendaftaran sekolah antarabangsa yang telah


diluluskan penubuhannya hanya boleh diberikan
sekiranya premis sekolah berkenaan telah
mendapat kebenaran menduduki daripada pihak
berwajib.

b) Pemohon hendaklah memaklumkan status premis


kepada KPM bagi tujuan kelulusan pendaftaran.

c) Sebarang perubahan kepada maklumat dalam surat


kelulusan penubuhan hendaklah dimaklumkan
kepada KPM sebelum permohonan pendaftaran
boleh diluluskan.

d) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan


pendaftaran sekolah antarabangsa kepada Jabatan
Pendidikan Negeri yang berkaitan dalam masa 30
hari daripada kelulusan pendaftaran diberikan.

17 Data dan a) Sekolah antarabangsa yang telah berdaftar


Maklumat hendaklah mengemukakakan data dan maklumat
sekolah dalam Sistem Maklumat Institusi
Pendidikan Swasta (SMIPS).

b) Maklumat tersebut hendaklah diisi dan dikemaskini


sebanyak 3 kali setahun berdasarkan jadual seperti
berikut :

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676
BIL PERKARA CATATAN

Data berakhir Tarikh akhir


Sesi
pada pengisian data
Januari -
31 Januari 15 Februari
Mei
Jun -
30 Jun 15 Julai
September
Oktober -
31 Oktober 15 November
Disember
18 Pematuhan a) Subseksyen 86(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
kepada menyatakan:
Peruntukan Akta
Pendidikan 1996 “Tiada seorang pun boleh mempromosikan sesuatu
[Akta 550] institusi pendidikan sama ada melalui iklan,
prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika
institusi pendidikan itu telah didaftarkan atau
perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan
di bawah subseksyen 81(1)”

b) Subseksyen 132(2)(g) Akta Pendidikan 1996 (Akta


550) menyatakan:

“Seseorang yang bertindak sebagai pengelola atau


pekerja di institusi pendidikan yang tidak didaftarkan
di bawah Akta ini adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabit kan , didenda
tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.”
Dis’13/Jan’14/’Mac’14/Okt’17

Dikemaskini pada 8 Januari 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta, Aras 3, Blok E2,


Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W. P. Putrajaya
Tel: 03 8884 9536/9571 Fax: 03 8888 6676

You might also like