2018 Surat Jemputan Peserta LDP Lw10

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj.Kami: PPP/B18/LDP/lw(12)
Tarikh : 08 Mei 2018

Pengetua
SK PERMATANG PASIR,

Tuan/ Puan,
KURSUS PEMBINAAN LAMAN WEB ATAS TALIAN.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau


Pinang akan menganjurkan kursus seperti di atas, mengikut ketetapan berikut.
Sehubungan itu, calon dari Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi tuan seperti
berikut telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut.

Nama : SITI MUNIRAH BINTI ZULKIFLI


Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Tempat : Bilik LPS, Bangunan Pentadbiran,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Masa : 8.30 pg – 4.30 ptg

3. Untuk makluman tuan/puan, tuntutan perjalanan, makan dan minum serta


penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur.

4. Calon kursus diminta agar membawa bersama laptop, broadband, senarai


nama guru dan pelajar sekolah, contoh soalan peperiksaan dan rancangan
pengajaran bagi dimuat turun dalam laman web yang dibina.

5. Perhatian dan kerjasama daripada tuan/ puan dalam menjayakan kursus ini
amat dihargai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Azlan Bin
Darus, di talian 04-6603134.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

s.k: Siti Munirah Binti Zulkifli, SK Permatang Pasir.

You might also like