Jaringan Antarabangsa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROSEDUR PENGANJURAN PROGRAM PERINGKAT ANTARABANGSA

(PENGLIBATAN PESERTA DARI LUAR NEGARA)

1. Menyediakan Kertas Cadangan

2.Pembentangan Kertas Cadangan


dalam Mesyuarat JK Pemantapan
Kualiti

3.Pembentangan Kertas Cadangan


dalam Mesyuarat Profesional KPM

4.Menyediakan Memorandum
Jemaah Menteri untuk diangkat
kepada BDHA

5.Pembentangan Memorandum
dalam Kabinet oleh Menteri
Pelajaran

6.Memohon Kelulusan Khas 7.Memohon Kelulusan Pakej


Perbendaharaan daripada daripada Bahagian Kewangan
Bahagian Kewangan
NOTA :

1. Menyediakan Kertas Cadangan

1.1 Sekolah menyediakan Kertas Cadangan yang lengkap yang mengandungi :


1.1.1 Tujuan
1.1.2 Latar belakang
1.1.3 Asas pertimbangan
1.1.4 Implikasi
1.1.5 Kesimpulan
1.1.6 Syor

1.2 Semakan Kertas Cadangan oleh Sektor Urusetia dan dipanjangkan kepada
Sektor Dasar, Inovasi dan Komunikasi, BPSBPSK.

2. Pembentangan Kertas Cadangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan


Kualiti

2.1 Kertas Cadangan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa


Pemantapan Kualiti yang diurus setiakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) untuk tujuan penyemakan kualiti
(QC) Kertas Cadangan

3. Pembentangan Kertas Cadangan dalam Mesyuarat Profesionalisme KPM

3.1 Pembentangan Kertas Cadangan oleh Pengarah BPSBPSK atau Pengetua/


Guru Besar SBT terlibat

4. Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri

4.1 Memorandum Jemaah Menteri akan dipanjangkan kepada Bahagian Dasar


dan Perhubungan Antarabangsa
4.2 Memorandum akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
4.3 Memorandum seterusnya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran
untuk kebenaran menjalankan program
4.4 Mendapatkan ulasan daripada kementerian-kementerian yang berkaitan
dengan program. Tiga (3) Kementerian yang wajib mengulas ialah
Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian
Kewangan
4.5 Setelah mendapatkan ulasan, Memorandum akan dikemukakan semula
kepada KSU dan Menteri Pelajaran bagi mengambil kira ulasan yang
diberikan
4.6 BPSBPSK dalam masa yang sama perlu menyediakan Ringkasan
Memorandum (maksimum 4 muka surat) jika Memorandum yang
dikemukakan melebihi tujuh (7) muka surat. Talking point Menteri Pelajaran
juga perlu disediakan maksimum sebanyak dua (2) muka surat

5. Pembentangan Memorandum dalam Mesyuarat Kabinet

5.1 BDHA akan memaklumkan BPSBPSK untuk mengemukakan Memorandum


Jemaah Menteri yang telah dipersetujui kepada Jabatan Perdana Menteri
untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Kabinet.
5.2 Kabinet akan bersidang setiap hari Rabu dan tarikh akhir penghantaran
Memorandum untuk pembentangan ialah pada hari Isnin sebelum jam 3.30
petang

6. Memohon Kelulusan Khas Perbendaharaan daripada Bahagian Kewangan

6.1 Setelah Memorandum diluluskan, permohonan kelulusan khas bagi


membiayai perbelanjaan (makan, minum, penginapan dsb) warga negara
asing perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM (jika berkaitan)

7. Memohon Kelulusan Pakej daripada Bahagian Kewangan

7.1 Jika program melibatkan penginapan di premis bukan kerajaan,


permohonan pakej perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan untuk
kelulusan (jika berkaitan)
CARTA ALIR PENGANJURAN PROGRAM PERINGKAT ANTARABANGSA

(PENGLIBATAN RESOURCE PERSON)

Memohon kelulusan daripada


Kementerian Dalam Negeri

Memohon kelulusan Kementerian


Luar Negeri

Mendapatkan kelulusan Mesyuarat


Profesional KPM

Mendapatkan kelulusan Mesyuarat


Pengurusan Tertinggi KPM
NOTA :

1. Penglibatan resource person seperti hakim, pembentang kertas kerja dan


fasilitator di dalam program peringkat antarabangsa perlu menjalani proses tapisan
keselamatan.

2. Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk dikemukakan kepada KDN dan KLN


ialah :
a. Nama
b. Jawatan
c. Salinan muka hadapan passport (yang tertera no passport dan gambar
pemegang passport)
d. Tempat bekerja
e. Tajuk ceramah / kertas yang akan dibentang (jika berkenaan)

You might also like