Jurnal M1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Jurnal

Bilangan Jurnal : Ke-1


Minggu Praktikum :1
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 Ogos 2018
Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak menumpu perhatian
semasa guru sedang mengajar

Masalah
Pada minggu pertama, saya telah mengajar kanak-kanak berumur lima dan
enam tahun bermula pada 29 Julai 2018. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapat
mengesan masalah kanak-kanak yang paling serius ialah tidak boleh berfokus dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Masalah ini menyebabkan proses P&P
saya terganggu dan terpaksa menghentikan proses P&P semata-mata kerana ada
beberapa murid yang suka mengganggu murid lain dan tidak memberi tumpuan
terhadap penerangan yang diberikan guru. Oleh itu, saya berinisiatif untuk
menyelesaikan masalah ini supaya tidak memberikan kesan negatif terhadap
keberkesanan P&P saya.

Analisis Masalah

Dalam pemerhatian saya, murid memang sangat aktif dan suka bercakap. Namun,
apabila guru ingin memberi penerangan dan menyampaikan pengetahuan kepada
kanak-kanak, mereka mula menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai seperti berlari,
mengganggu rakan, berbaring di lantai dan sebagainya. Sikap-sikap yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah yang saya hadapi
ini. Berdasarkan berita Utusan Online (2009), antara punca kanak-kanak
“memberontak” adalah kekurangan aktiviti yang menarik minat mereka. Setelah saya
membaca artikel ini, sntara soalan-soalan yang timbul di dalam pemikiran saya ialah:

- Adakah murid tidak berminat terhadap aktiviti pengajaran saya?


- Mangapa murid ini bersikap sedemikian?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk menarik minat murid?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini?

Daripada tinjauan awal yang saya lakukan melalui temu bual dengan guru-guru
taska, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada
permasalaan ini, iaitu:

- murid ingin mendapat perhatian daripada guru


- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak cukup seronok
- Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
Cadangan
Bagi mengubah masalah dan sikap murid supaya berfokus pada pengajaran guru,
saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi
masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Antara cadangan saya ialah:
- melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka seperti bermain
- sentiasa memberi layanan yang adil
- sentiasa memerhati keadaan murid
- memaklumkan kepada murid tentang peraturan sebelum memulakan P&P
- merancang aktiviti yang mengikut tahap kemampuan murid iaitu tidak terlalu
susah atau sebaliknya.

Tempoh Penyelesaian
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari
persekolahan, iaitu dari 5 Ogos hingga 9 Ogos 2018.

Tindakan Susulan
Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa menimba ilmu
pengetahuan dan kemahiran pada diri sendiri terutamanya cara pengurusan bilik
darjah yang baik dan cara memotivasi serta menarik minat murid dalam proses P&P.
Daripada hasil pembacaan yang telah dibuat, saya menyedari bahawa gaya dan
kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan P&P
berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Gaya dan kaedah
pengajaran seseorang guru yang sesuai dapat memastikan murid mencapai objektif
yang telah ditetapkan (Mohammad Saidi Usop et.al, 2010). Maka, untuk memastikan
kanak-kanak berfokus pada pengajaran saya, saya perlu merancang aktiviti yang
berpusatkan murid dan selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman
yang sesuai (Rohaty & Abu Bakar, 2004). Malah, saya juga akan melaksanakan
pelbagai kaedah pembelajaran seperti aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang
dapat merangsangkan minat murid dan melibatkan mereka secara aktif.
Tambahan pula, saya juga akan berusaha mendekati murid supaya mereka
berasa dikasihi dan disayangi. Apabila mereka berasa diambil berat oleh guru, mereka
akan mendengar arahan daripada guru. Maka, saya seharusnya banyak bersembang
dan berbual-bual dengan kanak-kanak untuk menunjukkan kasih sayang terhadap
mereka.
Kesimpulan
Pendekatan yang saya ambil telah menampakkan hasilnya apabila tingkah
laku negatif murid telah dapat dikurangkan. Saya juga dapat menjalankan proses p&p
dengan lebih lancar dan berkesan. Maka, peranan guru untuk memastikan kesediaan
murid dan keadaan bilik darjah yang kondusif semasa sesi P&P amat penting untuk
menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Rujukan

Mohammad Saidi Usop, Siti Zawani Sarumat, Zuraida Inson, Nurul Shuhairiani Ishak
&Nurul Syahida Mohd Fadzil. (2010). Gaya dan kaedah pengajaran guru
prasekolah. Diakses daripada https://docs.google.com/document/d/1lj
SNvJYnWN8eImFSIbWbLJPApmH0h_0B7kw9wpaqrs/edit?copiedFromTrash
Rohaty Mohd Masjud & Abu Bakar Nordin. (2004). Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Utusan Online. (2009). Punca kanak-kanak memberontak. Diaskses daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like