Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Permatabatan Bahasa Melayu

MARTABAT dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan


terutamanya di institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan status apabila Akta
Pendidikan 1996 diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen
berkenaan dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di
semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun,
menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain. Peruntukan tersebut jelas
menunjukkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
telah mengalami perubahan. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
MALAYSIA PERLEMBAGAAN persekutuan Malaysia melalui Perkara 152(1) memperuntukkan
bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk
maksud rasmi. Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kecualian, iaitu
dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-
apa bahasa lain.
Berdasarkan perkara ini, mahkamah pernah memutuskan, dalam kes Universiti Merdeka lawan
Kerajaan Malaysia, bahawa oleh sebab tiadanya perkataan “in” (dalam), maka hak untuk
mengajar “dalam” bahasa Cina atau sesuatu bahasa lain, selain bahasa Melayu tidak dibenarkan
dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

You might also like