Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNGKAH MELAYU

TARIKH : 04 JULAI 2018


MASA : 2:00 petang
TEMPAT : Kelas Pra Sekolah, SK Tungkah Melayu, Simunjan
KEHADIRAN : Encik Asri bin Om
Guru Besar, SK Tungkah Melayu
Encik Hamsah bin Long
Penolong Kanan, SK Tungkah Melayu
Encik Kamri bin Kawi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Tungkah Melayu
Cik Jelia binti Tamin
Guru Pra Sekolah, SK Tungkah Melayu
Encik Udin bin Sebi
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Tungkah Melayu

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah dengan membaca surah
Al- Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat pemilihan kali ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan
mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa pemilihan kerana dapat merancang dan
menjayakan mesyuarat ini.
1.3 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah untuk memutuskan
senarai nama murid yang akan dipilih memasuki kelas Prasekolah bagi sesi 2019.

2. TAKLIMAT DAN PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2019

2.1 Pengerusi memgedarkan salinan Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid


Prasekolah Sesi 2019 KPM
2.2 Pengerusi menerangkan syarat-syarat kemasukan murid mestilah warganegara
Malaysia yng mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa pemohonan

1
2.3 Pemilihan berdasarkan merit dan bagi murid Pendidikan Khas hendaklah ada
pengesahan dari pada pengamal perubatan dan JPN/PPD
2.4 Hebahan telah dibuat dengan mengantung kain rentang dihadapan kawasan sekolah
untuk maklumat orang ramai
2.5 Pemohon memohon secara atas talian di dalam laman sesawang yang disediakan.
2.6 Pengerusi menyatakan jumlah murid di dalam kelas Prasekolah Ceria Aktif
seramai 22 orang.
2.7 Pengerusi memaklumkan seramai 22 pemohon telah mendaftar di atas talian
sehingga tarikh tutup pada 30 April 2018.
2.8 Pengerusi juga memaklumkan 3 pemohon menghantar borang secara manual sehingga
tarikh tutup pada 31 Mei 2018 tetapi tidak dapat dikuncimasuk kerana masalah yang
tidak ingat kata kunci.
2.9 Pengerusi menyatakan jumlah semua permohonan prasekolah sesi 2019 adalah
seramai 25 orang murid.

3. SESI PEMILIHAN PRASEKOLAH 2019

3.1 Pengerusi mengedar dan membentangkan nama-mana pemohon yang telah memohon
di dalam atas talian.
3.2 Pengerusi mencadangkan memandangkan hanya 22 permohonan yang memohon di atas
talian beliau mencadangkan agar semua permohonan ini berjaya terpilih memasuki
prasekolah bagi sesi 2018 dan melengkapkan permohonan di dalam atas talian untuk
dimaklumkan kepda PPD Simunjan
3.3 Namun begitu beliau berharap ada lagi permohon selepas sesi pemilihan ini boleh
di terima untuk melengkapkan seramai 25 orang murid di dalam kelas Prasekolah.
Tindakan : Cik Jelia binti Tamin
4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi menyatakan akan menghantar surat tawaran yang hanya boleh dicetak melalui
laman sesawang yang disediakan.
4.2 Beliau juga menyatakan akan berhubung dengan GPK HEM untuk takwim sesi
Orientasi Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2019.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

2
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………. ……………………………………
( JELIA BINTI TAMIN ) ( ASRI BIN OM )
Setiausaha, Guru Besar
Jawatankuasa Pemilihan Pra Sekolah SK Tungkah Melayu, Simunjan
SK Tungkah Melayu, Simunjan

You might also like