Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Perkembangan ekonomi negara kearah negara maju pada era pascamerdeka telah menyaksikan

satu lagi penyakit yang dikatakan kronik di rantau asia iaitu pengaliran keluar bakat ke luar negara
ataupun dinamakan sebagai brain drain. Kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri." Pepatah tersebut sesuai sekali untuk menerangkan mengenai permasalah brain
drain yang berlaku sekarang ini.

Brain drain ini beerti pengaliran keluar bakat atau perpindahan keluar golongan pekerja yang
berkemahiran dan juga professional dalam skala besar ke luar negara dengan tujuan untuk
mencari perkerjaan. Dengan kata lain, mereka yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam
sesuatu perkara berhijrah ke luar negara bagi mencari mata pencarian disebabkan oleh beberapa
faktor yang mendorong mereka untuk berhijrah ke luar negara.

Menurut kajian daripada International Labour Organization (ILO) pada tahun 2000 menyatakan
bahawa hampir 785,000 rakyat Malaysia (3.1%) telahpun berhijrah ke negara asing. Negara yang
mencatatkan jumlah teramai ialah mereka yang berhijrah ke Singapura iaitu seramai 303,828
orang, Australia seramai 78,858 orang, Brunei seramai 57,346 orang, Filipina seramai 56,343
orang, Amerika Syarikat seramai 51,669 orang, England seramai 50,061 orang dan diikuti dengan
Indonesia seramai 46,850 orang. Kesemua tujuh buah negara tersebut telah menerima
penghijrahan rakyat malaysia yang teramai iaitu seramai 645,955 orang atau 82.2% penghijrahan.
Penghijrahan ini menyebabkan berlakunya brain drain.

Menurut data yang terbaru daripada laporan parlimen, 140,000 meninggalkan negara dan
berkemungkinan untuk kebaikan pada tahun 2007. Antara bulan Mac 2008 dan ogos 2009,
penghijrahan tersebut mencatatkan pertambahan berganda kepada 305,000 bakat ke luar negara.
Peningkatan angka penghijrahan keluar bakat keluar negara ini amat membimbangkan kerana
mereka yang bijak pandai ini sepatutnya menyumbangkan bakat yang mereka ada kepada
negara.

Faktor keluarnya bakat keluar negara


Banyak faktor yang menyebabkan
pengeluaran keluar bakat ke luar negara ini. Disini penulis ingin membuat sedikit
perkongsian. Pada tahun lepas, penulis sempat berjumpa dengan seorang doktor perubatan.
Semasa bersembang dengan beliau, beliau sempat lagi menyatakan hasrat untuk berhijrah ke luar
negara apabila kontrak kerajaan tamat pada tahun 2014. Soalan yang diajukan kepada doktor
tersebut ialah, "Adakah doktor hendak mendapatkan gaji yang lebih besar?". Doktor itu menafikan
beliau hendak mendapatkan gaji yang lebih besar tetapi menyatakan bahawa beliau hanya hendak
mendapatkan gaji yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga, memiliki dua buah
kereta dan juga sebuah rumah. Beliau menujukkan slip gaji dan membandingkan dengan negara
luar. Jelas menunjukkan beliau hendak berhijrah kerana beberapa faktor tertentu. Antara faktor
yang merancakkan lagi pengeluaran bakat ke luar negara ialah:

Ekonomi yang Sering pumping


Ekonomi negara yang lembap serta pumping disamping kadar inflasi meningkat menyebabkan
berlakunya masalah ini. Tekanan hidup akibat daripada bebanan kenaikan harga barangan yang
mendadak disamping pekerjaan kos upah yang rendah merancakkan lagi pengeluaran bakat ke
luar negara. Masalah ini bukan sahaja berlaku dalam industri perubatan. Jurutera, juruterbang dan
profession yang lain juga meninggalkan negara untuk mencuba nasib mereka di negara yang
membangun dan negara maju kerana mereka yakin akan mendapat pendapatan dana dulang
emas dan pulangan yang lebih di negara maju dan membangun yang lain.

Infrastruktur dan Perkhidmatan Awam Kurang Memuaskan


Infrastruktur dan kemudahan awam yang kurang memuaskan juga menjadi punca kepada
berlakunya masalah pengaliran keluar bakat ini. Keadaan infrastruktur ini menyebabkan ramai
pekerja yang mahir dan professional berhijrah ke luar negara dengan harapan mereka akan
mendapatkan kemudahan awam dan infrastruktur yang lengkap dan mencukupi. Infrastruktur dan
kemudahan awam di negara kita belum cukup baik berbanding negara yang maju yang mampu
memberikan taraf hidup yang lebih tinggi kepada rakyat mereka. Contohnya servis perkhidmatan
perubatan negara kita yang masih lagi kurang memuaskan dengan keadaan hospital dan
peralatan yang terhad.

Pencabulan Hak Asasi


Pencabulan hak asasi di negara kita berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk konspirasi politik,
penyeksaan tahanan politik, kehilangan hak kebebasan bersuara, hak kebebasan media
dicabul juga telah menjadi faktor penolakan ramainya bakat yang terdapat di negara kita.
Pelanggaran hak asasi dan kekejaman pihak pemerintah kepada rakyat telah menyebabkan ramai
golongan professional berfikir dua kali untuk tinggal di negara ini. Mereka merasakan bahawa
mereka tidak selamat lagi untuk berada di negara ini akibat sistem kehakiman yang telahpun
dicemari serta media yang tidak telus. Lantas mereka memilih untuk meninggalkan negara. Ada
juga dalam kalangan mereka berhijrah ke luar negara akibat daripada tekanan politik terhadap
sesetengah pihak.

Tekanan Hidup akibat Kenaikan Harga Barang


Faktor tekanan hidup akibat kenaikan harga barang ini berkait rapat dengan perkembangan
ekonomi negara kita. Penguncupan ekonomi menyebabkan harga barang diselaras dan dinaikkan
bagi mengawal ekonomi serta bebanan hutang negara. Tekanan hidup yang tinggi inilah
menyumbangkan pengeluaran bakat ke luar negara. Tekanan hidup ini juga boleh menyebabkan
peningkatan kadar jenayah negara. Pelaku jenayah sanggup melakukan apa sahaja bagi
mengurangkan tekanan hidup akibat kekurangan sumber kewangan dan keperluan.

Peningkatan Kadar Jenayah


Kadar jenayah di negara kita meningkat dan ianya telah mengancam rakyat di negara kita. Selain
pelabur asing yang 'lari' meninggalkan negara kita akibat daripada kadar jenayah meningkat,
rakyat di negara kita juga mengambil kesempatan yang sama untuk turut serta 'lari' ke luar negara.
Ironinya, jumlah kakitangan polis, rela dan pengawal keselamatan telahpun ditambah melalui peta
kerja yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah negara kita dalam Program Tranformasi
Kerajaan (ETP). Peningkatan kadar jenayah inilah yang membengkakkan lagi keadaan kerana
ianya menyebabkan ekonomi kian lembab akibat daripada kurang berminatnya pelabur terhadap
negara yang mempunyai kadar jenayah yang kurang memuaskan.

Sistem Pendidikan yang Cacamerba


Dasar pendidikan negara yang sering gagal mencapai objektifnya serta sestem pendidikan yang
cacamerba mendorong kepada penghijrahan bakat ke luar negara. Acuan pendidikan mengikut
citarasa pemerintah dan seringkali dipolitikkan menyebabkan sistem pendidikan negara menjadi
cacamerba. Pendidikan yang ditawarkan oleh negara-negara industri dan negara maju ialah
pendidikan yang mempunyai ruang lingkup yang besar, percuma dan berkualiti tinggi. Di negara
kita, pendidikan tinggi agak menyedihkan. Universiti di negara kita hanya mampu melahirkan
modal insan yang hanya mampu menyelenggara ekonomi masakini tetapi belum mampu lagi
melahirkan modal insan yang akan memacu ekonomi masa depan. Mereka lebih yakin terhadap
pendidikan di negara lain kerana ianya mampu menjaminkan akses pendidikan formal yang
berkualiti tinggi kepada anak-anak serta tangungan muda mereka.

Kestabilan politik yang kian tergugat


Sejak kebelakangan ini, bukan sahaja penulis bahkan ramai pihak yang waras melahirkan rasa
bimbang mengenai perkembangan politik di negara kita. Ianya diburukkan lagi dengan gejala
politik wang ataupun rasuah yang kian membengkak. Ketidakstabilan politik negara boleh
mengancam ramai pihak di negara kita sama ada mereka yang bekerja bersendirian mahupun
mereka yang mempunyai syarikat serta empayar perdangan yang besar. Ketidakstabilan politik
mampu mengugat pekerjaan dan pendapatan mereka dari segi tarikan pelabur. Hal ini juga
mendorong mereka untuk berhijrah ke luar negara.

Secara tuntasnya, semua pihak khususnya pihak pemerintah seharusnya merangka satu langkah
bagi mengelakkan pengaliran keluar bakat secara serius ke luar negara ini. Hal ini kerana mereka
sepatutnya memberikan sumbangan kepada negara mereka kearah merealisasikan matlamat
wawasan 2020. Pengeluaran bakat ini bukan sahaja merugikan negara bahkan ianya akan
merencatkan lagi usaha kita kearah negara maju 2020.
Artikel blog feature Open
- See more at: http://www.wandy.co/2010/12/brain-drain-mitos-lama-realiti-
baru.html#sthash.7ivscDte.dpuf

You might also like