Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEK MEN KEB AGAMA AL-MASHOOR LELAKI

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KETIGA 2010

TARIKH : 17/8/2010 (SELASA)

MASA : 1.45 PETANG

TEMPAT : PUSAT AKSES

KEHADIRAN :

1) PN. MAKWAN RASHIDAH BT(Guru Kanan)


2) PN. WAN ZAIMAS BT WAN IBRAHIM (Ketua Panitia)
3) PN. NOR JALINA BT JAAFAR
4) PN. NUR HAFIZAH BT MD AZNI
5) EN. DUL FATTAH MYDIN
6) EN. ARMAN BIN ABD TALID
7) EN. ZULKEFLI BIN HUSIN
8) EN. MOHD ABDULLAH BIN RAMLI
9) PN. RASHIDA BT. ABDUL RAHMAN
AGENDA PERKARA
1. Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Kanan mengalu-alukan kehadiran guru-guru
Mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Mesyuarat
Panitia Kali Ketiga.

1.2 Semua guru mengucapkan selamat datang kepada


guru Bahasa Melayu yang baharu iaitu En Mohd
Abdullah bin Ramli.

2. Program Gemilang 2.1 Guru Kanan memaklumkan semua guru


perlu melaksanakan beberapa program untuk
meningkatkan pencapaian akdemik pelajar seperti
berikut:

a) Mengadakan latih tubi


b) Memberi nota tambahan
c) Mengadakan kelas tambahan untuk kelas-
kelas PMR

2.2 Berkenaan program teknik menjawab Bahasa


Melayu PMR yang diadakan pada 1 Mei 2010, Pn
Wan Zaimas memaklumkan bahawa kehadiran
pelajar memuaskan. Program teknik menjawab
SPM pula telah dijalankan pada hari jumaat (7 Mei
2010) menyebabkan sebilangan pelajar tidak hadir
berikutan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.
Masa yang diperuntukkan untuk penceramah juga
suntuk.

Tindakan: Semua guru


3 Pengurusan Panitia 3.1 ULBS dan PLBS: Semua guru yang mengajar
tingkatan 1, 2 dan 3 perlu melaksanakan PLBS BM
kedua dan merekod markah ke dalam borang
selengkapnya. Penyelarasan system pemarkahan
akan dilakukan oleh guru-guru berpengalaman
dengan guru-guru baharu bagi menyeragamkan
pemarkahan. Fail-fail yang lengkap perlu
diserahkan kepada Pn. Rashida. Salinan rekod
ULBS dan PLBS perlu disimpan bagi memudahkan
proses pertukaran pelajar yang berpindah ke sekolah
lain.
3.2 Semua guru diminta menghantar buku latihan
pelajar untuk disemak bagi kali kedua kepada
Ketua Panitia dan Guru Kanan Bidang. Guru-guru
Tingkatan 1 dan 2 perlu menghantar buku latihan
kepada Ketua Panitia dan guru-guru Tingkatan 3, 4
dan 5 perlu menghantar buku kepada Guru Kanan.
Terdapat segelintir guru yang masih belum
menghantar buku latihan pelajar untuk disemak bagi
kali pertama.

Tindakan: Semua guru

3.3 Pn. Ma’Wan Rashidah memaklumkan pencerapan


terhadap guru-guru Bahasa Melayu perlu
dilaksanakan segera. Keutamaan pencerapan perlu
dilakukan kepada guru-guru yang belum mencapai
tahap yang ditetapkan. Pemarkahan pencerapan
akan dihantar ke PPD, jadi semua guru perlu
merujuk balik sistem permarkahan pencerapan bagi
membolehkan semua guru mencapai tahap yang
dikehendaki. Kerjasama antara guru pencerap dan
guru yang dicerap adalah perlu bagi melancarkan
proses pencerapan.

Tindakan: semua guru

3.2 Beliau meminta guru- guru yang menyediakan


soalan Pertengahan Tahun 2010 perlu
menyediakan Analisis Item (untuk tingkatan 3 dan
5) dan JSU (untuk semua tingkatan) seterusnya
menghantarnya kepada ketua bidang untuk
disimpan.

Tindakan: Semua guru

3.3 Guru-guru perlu menyemak balik sukatan


pelajaran dan melakukan penambahbaikan dalam
rancangan tahuan dan rancangan harian
berdasarkan taqwim sekolah demi kelancaran
pembelajaran pada tahun hadapan.

Tindakan: Semua guru.


3.4 Semua guru tingkatan 3 dan 5 sudah menghabiskan
sukatan pelajaran dalam bulan Julai lalu. Usaha
akan diteruskan dengan Program Lonjakan Perdana
yang akan dimaklumkan oleh Guru Penolong Kanan
I untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.

Tindakan: Guru ting 3 dan 5

4. Peperiksaan Pertengahan 4.1 Sasaran PMR dan SPM hanya pada gred A dan B
Tahun 2010 bagi mata pelajaran Bahsa Melayu.

4.2 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun:

4.2.1 Hasil analisis menunjukkan mata pelajaran


Bahasa Melayu masih belum mencapai
sasaran PMR 2010 (iaitu sepatutunya
meningkat 0.1 daripada GMP 2009).

4.2.2 Mata pelajaran Bahasa Melayu hanya


mendapat 2.54 bagi Tingkatan 3 berbanding
1.31 bagi PMR 2009 dan terdapat 54 pelajar
mendapat gred C dan 3 orang pelajar
mendapat gred D

4.2.3 Pencapaian bagi pelajar Tingkatan 5 pula


berada pada 2.61 berbanding 1.70 bagi SPM
2009 dan terdapat 2 orang mendapat C+ serta
seorang mendapat C.

4.2.4 Oleh itu, Pn Ma’Wan Rashidah menyarankan


guru-guru supaya meningkatkan lagi usaha
bagi memperbaiki tahap pencapaian pelajar.

4.3 Pencapaian bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 juga perlu


diperbaiki supaya GMP dapat ditingkatkan sekurang-
kurangnya 0.1 bagi setiap peperiksaan dan tamat
sukatan pelajaran pada bulan September. Latih tubi
perlu diadakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun.

( Sila rujuk Lampiran untuk maklumat terperinci)

Tindakan: Semua guru


5. Hal-hal lain 5.0 Pn. Ma’Wan Rashidah memaklumkan jadual
waktu anjal gerak gempur akan dilaksanakan untuk
semua kelas peperiksaan selepas peperiksaan
percubaan. Beliau juga meminta ahli panitia
memikirkan cara yang terbaik untuk
menjalankannya.

5.1 Beliau memaklumkan visi baru Sekolah Al-


Mashoor Lelaki ialah Mencapai Sekolah
Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

5.2 Pembaharuan jadual waktu mungkin akan dilakukan


berikutan kehadiran seorang guru Bahasa Melayu
yang baharu.

5.3 Pn Hafizah akan mengadakan ‘inhouse training’


tentang kursus yang telah dihadirinya kepada guru-
guru Bahasa Melayu.

5.4 Teknik menjawab Bahasa Melayu bagi STPM masih


belum dibuat. Guru Kanan meminta guru-guru
Bahasa Melayu berusaha untuk mendapatkan
penceramah.

5.5 Pn Ma’Wan Rashidah mengingatkan bahawa setiap


perjumpaan/mesyuarat kecil perlu direkod.

5.6 Guru-guru Persatuan Bahasa Melayu telah mengisi


borang kokurikulum dalam buku LAB murid.
Banyak aktiviti telah diadakan dan kehadiran murid
memuaskan.

5.7 Aktiviti pengisian selepas Peperiksaan Akhir Tahun


ialah guru-guru diminta mengajarkan sekurang-
kurangnya 2 topik kepada pelajar untuk sesi 2011
(pelajar Tingkatan 1 akan diajarkan topic untuk
Tingkatan 2 dan begitu juga untuk pelajar Tingkatan
2 dan 4).
5.8 Pn. Ma’wan Rashidah memaklumkan guru-guru
supaya menanamkan sifat sayang sekolah kepada
pelajar supaya mereka menjaga maruah sekolah
ketika berada di luar sekolah mahupun selepas tamat
persekolahan.

5.9 En Arman memaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir


Tahun akan dijalankan untuk Tingkatan 1 dan 2 pada
11 Oktober 2010 sehingga 19 Oktober 2010 dan
untuk pelajar Tingkatan 4 pada 4 Oktober 2010
sehingga 18 Oktober 2010.

Tindakan: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH.

--------------------------------------- -------------------------------------------
(ZULKEFLI BIN HUSIN) (PN. WAN ZAIMAS BT WAN IBRAHIM)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like