Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24

Jalan Petola 24/8, Seksyen 24


40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon :03-55418623 Faks : 03-55482017 Kod Sekolah : BBA 8105

Ruj. Kami : SKS 24 500-6/1/1


Tarikh : 10 Januari 2018

Kepada,

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(up: Ustaz Mohamad Fahim bin Mohamed Jamil)

MEMOHON KEBENARAN PENCERAMAH UNTUK PROGRAM LATIHAN PERSONEL


SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA PEGAWAI : DR. JIANI BINTI JAMAN


PN RASHIDAH BT KARNAIN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam akan
mengadakan Latihan Personel 1/2018. Kami berbesar hati ingin menjemput pegawai-pegawai
berikut sebagai penceramah untuk Bengkel Pembelajaran Abad Ke 21 dan Penulisan
Rancangan Pengajaran Harian pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 13 Januari 2018 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Wawasan, SKS 24
Sasaran : 80 orang guru
Lampiran : Tentatif program

3. Program ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru dalam penyampaian


PdPc Abad Ke-21 di dalam bilik darjah.

4. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran dan pelepasan kepada
pegawai-pegawai tersebut untuk menyumbang kepakaran dalam menjayakan program ini. Segala
kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

…………..…………………...…….
(CHAN SOOK LING)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
b.p GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
SHAH ALAM, SELANGOR
TENTATIF BENGKEL PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DAN PENULISAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 13 JANUARI 2018


HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN WAWASAN, SK SEKSYEN 24

7.30 – 8.00 pagi : Pendaftaran


8.00 – 10.00 pagi : Bengkel Pembelajaran Abad Ke 21
10.30 – 12.30 tengah hari : Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
12.30 tengah hari : Bersurai

You might also like