Professional Documents
Culture Documents
Contoh & Latihan Karangan Sejarah SPM
Contoh & Latihan Karangan Sejarah SPM
Soalan 1:
Soalan 1(a):
Soalan 1 (a):
Ciri-ciri utama kerajaan agraria ialah ia sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah dan padi huma.
Selain itu, masyarakat agraria juga terlibat dalam kegiatan mengumpul hasil hutan dan
menternak binatang. Ia terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah-
lembah sungai dan kawasan pedalaman contohnya di Sungai Menam, Sungai
Irrawaddy dan Tanah Tinggi Dieng di Indonesia.
Di samping itu, kedudukan kerajaan maritim juga adalah strategik di tengah jalan
perdagangan antara China dan India. Faktor ini membolehkan kerajaan maritim
muncul sebagai pelabuhan pembekal. Selain kegiatan perdagangan, masyarakat
kerajaan maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil
hutan.
Kerajaan maritim:
F1 - memerlukan tukang kayu & tukang batu dari kerajaan agraria
F2 - mendapatkan bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk membuat kapal
F3 - mendapatkan bahan mentah & haiwan seperti gajah dari kerajaan agraria
Kerajaan agraria:
F4 - mendapat barangan mewah dari china atau India dari kerajaan maritim
F5 - menyalurkan tenaga kerja seperti tukang kayu & tukang batu kepada kerajaan
maritim
F6 - menghasilkan sumber makanan utama seperti beras kepada kerajaan maritim
Soalan 1(b):
Kerajaan maritim dan kerajaan agraria saling bekerjasama dan saling bergantung
antara satu sama lain. Contohnya kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai
hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi kepada kerajaan maritim.
Selain itu kerajaan agraria juga mempunyai sistem pertanian yang baik hingga dapat
menghasilkan sumber makanan seperti beras dan membekalkannya kepada kerajaan
maritim.
Kerajaan agraria juga mendapatkan barangan mewah seperti tembikar, tekstil, gelas
dan manik dari kerajaan maritim.
Manakala kerajaan maritim pula mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan
binatang seperti gajah dari kerajaan agraria.
Selain itu kerajaan maritim juga mendapat bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk
membuat kapal.
Kerajaan maritim juga mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir dari
kerajaan agraria.