Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

INDIAN TRANSFORMATION CENTRE (ITC)

ITC SERDANG - No.3-2, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang, 43300 Sri Serdang, Selangor.
(HQ) Tel : +6012- 312 7274 Email : itcedu2727@gmail.com

___________________________________________________________________________________
Rujukan : ITC/2018/023
Tarikh : 28 Julai 2018

Tuan/Puan,
KEM KEPIMPINAN INDIAN TRANSFORMATION CENTRE
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, Indian Transformation Centre (ITC) akan mengadakan Kem Kepimpinan bagi
pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Kem kepimpinan ini akan menjadi pemangkin dan kesediaan untuk
menjadikan para pelajar lebih bersistematik dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan secara tidak
langsung membantu mengurus diri pelajar dengan berkesan.

2. Selain itu, Kem kepimpinan ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan semangat para
pelajar dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang cemerlang dan menguruskan masa dengan baik
dalam aspek kehidupan. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 WAJIB menyertai Kem Kepimpinan yang
dianjurkan oleh ITC. Makanan dan penginapan selama dua hari akan disediakan oleh pihak kami.
Pengangkutan juga akan disediakan dari setiap cawangan ITC ke Universiti Putra Malaysia. Pelajar yang
menyertai Kem Kepimpinan ITC akan mendapat sijil penyertaan dan T-shirt ITC. Pelajar dikehendaki
berada di di ITC pada pukul 7.30 pagi. Pihak penganjur berhasrat untuk mengadakan program ini pada
ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 17 & 18 July 2018 ( Sabtu & Ahad)


Tempat : Universiti Putra Malaysia
Bayaran : RM 55

3. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi
En.Soloman di talian 012-3127274. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan ke arah menjayakan usaha
murni ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, segala hormat.


(_________________)
Soloman Santhiaboo,
Pengarah Indian Transformation Centre (ITC)
_________________________________________________________________
Saya _________________________ ibu bapa/ penjaga kepada __________________________,
No.KP / No Surat Beranak __________________ membenarkan / tidak membenarkan anak saya
mengambil bahagian dalam Kem Kepimpinan ITC ini. Dengan ini saya sertakan bayaran
penyertaan sebanyak RM 55.00.
Tandatangan : No.Telefon :

You might also like