Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

4.

0 KAEDAH SURVEI

Kajian ini menggunakan kaedah survei soal selidik (questionaire) dan juga temubual
(interview) untuk mencapai matlamat kajian. Kaedah survei digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Idid, 1993).
Kaedah survei dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah
mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh
melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan
populasi yang dikaji. Salah satu tujuan menjalankan kaedah survei ialah untuk membuat
kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Menurut Chua (2006), ciri-ciri
kaedah survey adalah kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang
cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden
dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian.
Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kaedah survei iaitu melalui pensampelan rawak
mudah (simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan
sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau
bagaimanapun pemilihan sampel dalam kaedah survei adalah secara rawak daripada sesuatu
populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2003).

Kaedah survei boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual
secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Kaedah servei yang
paling popular adalah soal selidik dan temu bual digunakan untuk menyokong hasil kajian yang
diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian disediakan oleh penyelidik atau soal selidik
penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji
kebolehpercayaannya juga boleh digunakan.

Dalam menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Antaranya ialah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan
yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu
dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Bagi temu bual pula, beberapa bentuk
temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak
berstruktur. Menurut Gay & Airasian (2003), temu bual tidak berstruktur jarang digunakan
dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu. Item-item soal selidik perlulah penggunaan
bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak
mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwimaksud, soal selidik yang terlalu
panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Idid, 1993).

Bagi sesi temu bual tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang
tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan
jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai,
tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan
menghargai responden merupakan ciri penemu bual yang baik. Oleh itu, adalah jelas yang
penggunaan kaedah kaedah survei iaitu sol selidik dan temubual adalah sesuai dengan keperluan
kajian ini yang memerlukan data-data yang tepat dari responden yang terlibat.

You might also like