Minit Mesyuarat TMK 3-2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM,
12100 BUTTERWORTH, Telefon : 04-3333110
Faks : 04-3333110
Emel : pbb2028@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


BIL 3 / 2017

TARIKH : 24 July 2017


MASA : 01.15 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:
1. En.Iswadi bin Saidin ( Pengerusi )
2. En. Shahrom Nizam bin Azali
3. En. Annukman bin Mohamed Illias (Setiausaha)

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat kali ketiga bagi tahun 2017.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat membaca minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya mengesahkan minit mesyuarat bil 2 / 2017.

2.2 En. Shahrom Nizam bin Azali mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh En. Annukman bin Mohamed Illias.

1
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk pada mesyuarat yang lalu, semua guru yang mengajar subjek TMK telah
mengambil tindakan untuk menjalankan kelas TMK di Bilik 21st century SK
Assumption. Guru-guru juga didapati menggunakan peralatan ICT di bilik 21st century
secara menyeluruh.

Tindakan : Makluman

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Daripada panitia TMK , didapati bagi yang mengajar subjek TMK:

4.1.1 Guru mencatat aktiviti abad 21 dalam Dokumen Persedian Mengajar dengan
baik.

4.1.2 Penggunaan “Traffic Light” tidak banyak digunakan dalam pdp. Harap guru
dapat menggunakannya supaya dapat membantu murid yang lemah.

4.1.3 Penggunaan alatan komputer agak menyeluruh bagi PDP TMK.

4.1.4 Penggunaan perisian-perisian seperti Scratch dan sebagainya berada pada


tahap yang memuaskan dan boleh dipertingkatkan lagi.

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengerusi membentangkan analisa PKSR 1 (sila rujuk lampiran)

4.3 Pengerusi meminta semua guru merancang dan melaksanakan program sokongan
yang dapat meningkatkan prestasi murid jika keadaan memerlukan.

4.4 Semakan buku latihan

4.5 Program yang akan dijalankan iaitu Code on Wheels dan Tech Mentor Coding akan
dijalankan selepas peperiksaan UPSR. Pada dasarnya, programming atau
pengaturcaraan adalah suatu kaedah memberi arahan atau perintah kepada
komputer untuk menjalankan sesuatu tugas (atau mana-mana mesin elektronik).
Kaedah pemberian arahan atau perintah pada asasnya adalah dalam bentuk kod
binari. Disebabkan kaedah pengaturcaraan telah mengalami evolusi yang sentiasa
berkembang pesat, arahan atau perintah kepada komputer juga semakin rumit, maka
ia ditulis dalam bentuk kod. Oleh itu selaras dengan perkembangan ini program ini
dapat memberi pendedahan yang baik kepada murid.

Tindakan : Semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku-buku latihan murid perlu dikutip dan disemak
sebelum dikembalikan kepada murid sebelum berakhirnya sesi persekolahan pada
tahun ini.

Tindakan : Semua guru

2
6.0 PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan terima kasih
juga diatas perhatian yang diberikan. Beliau juga memohon maaf sekiranya ada
kesilapan sepanjang mesyuarat dijalankan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15
petang.

You might also like