50 Tip Marketing Power Oleh DR Azizan Osman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

50 Tip Marketing Power oleh Dr Azizan Osman.

15 April 2013 at 23:17


50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih
Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"

Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling "power" di dunia atau anda mungkin
boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda
atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan
menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana
untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka
gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk
merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada "biasa-
biasa' kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" kepada anda untuk belajar menjadi pakar
pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada
anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan
"berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-
teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya di dalam Klinik Usahawan
Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari
anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda
mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda
kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia
perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya
secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan
kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas
perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk
merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang
tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat
membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan.
Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau
mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka
puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris
di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka
kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias
sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti
tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan
"menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda,
tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda
apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda
tawarkan!

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat
pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap
6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan
yang anda menghargai mereka.

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif
daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam
menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-
kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi
telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan
anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan
"database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk
tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan
di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih
terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi
SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti
Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap
minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam
masa yang singkat.

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog.
Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan
anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling
banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang
hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu
apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej
tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk
kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda
memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan
kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah
dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat
atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope),
Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera
jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda
dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan
YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas
dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta
kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda
mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda
melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan
membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda
perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada
pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu
mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang
mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang
tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin
membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang
berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo
syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman
orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau
perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan
apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau
perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus
untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau
tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang
membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.

34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda
selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar
mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan
kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan
nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!"

33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk
berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap
pelanggan baru yang diperkenalkan.

32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai
tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di
kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat
menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.

31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan
sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan
mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.

30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi
ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan
tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.

29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang
bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa
yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak,
mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang
perniagaan anda.

28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda
atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik
pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan
pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan
pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa
mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!

25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab
telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan
senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.

24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang boleh
membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan
mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria
apabila menyertai kempen ini.

23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah
produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada
anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.

22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher
untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual
voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.

21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan
SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau
memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda
penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda
boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.

20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk
menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda
pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan
anda.

19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-
mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk
mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau
syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat
tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami
mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.

17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang
senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di
senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital
printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.

16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk
tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat.
Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk
mengumumkan kempen tersebut.

15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai
pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.

14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis
perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan
anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.

13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka
mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.

12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi
memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan
anda.

11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan
perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak
sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.

10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun
lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat
strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari
perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.

9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda
atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.

8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman
web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan
anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips
percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini
membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.

6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah
anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada
serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti
di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama
pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.

5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang
sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.

4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda
menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu
bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau
pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia
memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang
berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan
perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu
berita daripada anda.

1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka
yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja
selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang
lain secara percuma!
Apakah strategi pemasaran dan idea yang paling berkesan yang perlu anda tahu?
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendakkah mudah supaya senang disebut dan mudah diingat.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan- usaha penyebaran maklumat produk wajar
diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif- kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif kursusnya
dari segi kos.
5. Sentiasa cuba pelbagaikan strategi pemasaran. Apa yang paling penting anda dapat
mengenal pasti strategi pemasaran yang terbaik dan dapat memberi kesan yang
positif.
6. Kunci pemasaran adalah reminder kerana manusia itu sendiri cepat lupa. Tugas
anda ialah memberi peringatan terhadap mereka tentang produk anda atau lebih
disebut
7. Lakukan jualan atau promosi bagi menawar atau membeli “jiwa” pelanggan.
8. Justeru itu peniaga atau usahawan perlu belajar bagaimana mengurus dan membeli
emosi pelanggan.
9. Kekalkan hubungan dengan pelanggan: simpan maklumat pelanggan anda di dalam
ingat nama mereka dan murah dengan senyuman anda.
Tips Tambahan

Self-funded proposal
Tahukah anda apa itu ‘self-funded proposal’?
‘Self-funded proposal’ adalah salah satu cabang marketing yang tidak diketahui ramai.
Secara ringkasnya ia adalah satu cara menjual produk sampingan yang bertujuan untuk
menjual produk utama.

Contoh paling mudah ialah anda kisah seorang penjual ‘kereta mewah terpakai’.

Sebagai seorang jurujual baru, adalah sukar untuk bersaing dengan otai-otai yang
mempunyai pengalaman luas dan mungkin pelanggan tetap tetapi anda boleh menukar
strategi marketing anda dengan menulis ebook yang berkaitan dengan membeli kereta
mewah terpakai.

Untuk itu anda telah mengeluarkan ebook bertajuk “7 trik Mendapatkan Kereta Mewah
Tanpa Perlu Bergolok Gadai, Kerani Bergaji RM2000 Pun Mampu” dan anda
menjualnya dengan harga RM70 di pasaran tempatan. Katakan anda berjaya menjual
2000 ebook. Dari 2000 orang pelanggan ini, 10 telah membuat tempahan kereta dari
anda, manakala 50 orang lagi bercadang untuk membeli kereta daripada anda dalam
masa beberapa bulan lagi. 70 orang pula telah rekomen anda kepada orang lain untuk
membeli kereta mewah daripada anda.

Sudah tentu anda happy!

Kenapa? Kerana anda telah berjaya menjual ebook dan mendapat:


2,000 ebook x RM70 = RM140,000.
Cukup untuk anda sendiri membeli kereta mewah terpakai juga. :-D.

Tetapi selain dari jualan ebook, anda juga berjaya menjual 10 buah kereta malah
terdapat lagi 50 orang yang sedang bersedia untuk membeli kereta dari anda dalam
masa terdekat.

Mission accomplished!

Sekarang anda adalah tersenarai sebagai seorang jurujual pro yang sedang meningkat
naik.

Menarik kan tip ini? Tip ini adalah salah satu tip yang terdapat di dalam ebook Formula
Income Seumur Hidup.Terdapat banyak lagi tip-tip berguna dan advance mengenai
pemasaran di dalam ebook ini. Juga pelbagai ilmu yang anda tidak akan jumpa dari Mr.
Google.

Supaya anda tidak tertinggal walau 1 tip pun, saya sarankan anda terus
dapatkan Formula Income Seumur Hidup
Kesimpulannya, strategi pemasaran yag berkesan mestilah berkeupayaan untuk
menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai pembeli yang boleh tanpa
halangan geografi, demografi dan komunikasi. Satu yang pasti ialah setiap bisnes yang
menguntungkan mempunyai strategi yang terancang.

You might also like